CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1865|Reply: 8

Ujian PT3 Terpaksa Ditangguhkan Akibat Kebakaran Di Makmal

[Copy link]
Post time 12-10-2016 05:39 PM | Show all posts |Read mode


sumber foto: http://www.bharian.com.my/



Seramai 208 calon tidak dapat meneruskan Ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Suleiman akibat makmal komputer dan bilik masakan di sekolah mengalami kebakaran, siang tadi.


Difahamkan, kebakaran terjadi kira-kira jam 11.55 pagi ketika para pelajar sedang menjawab kertas Pendidikan Islam di dewan yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.


Menurut Pengarah Pendidikan Perlis, Izmi Ismail, selepas terima arahan bomba, peperiksaan terpaksa ditangguhkan sekitar jam 12.20 tengah hari sebelum disambung semula jam 1 tengah hari.

"Sepanjang tempoh itu, semua calon PT3 dikuarantin di lokasi selamat sebelum dibawa masuk semula ke dewan peperiksaan."


Bomba mengambil masa kira-kira 45 minit untuk mengawal kebakaran.


Kejadian tidak menyebabkan kemalangan jiwa dan hanya dua bilik, iaitu makmal komputer dan bilik masakan yang hangus terbakar. - CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2016 05:43 PM | Show all posts
sempat la bincang jawapan
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 07:34 PM | Show all posts
hahaha..

dari satu segi musibah  (kuarantin,dpt bincang jawapan)

dari satu segi..nanti dpt bangunan baru, komputer mungkin yg terbakar tu dah lama, dpt yg baru..
alat2 bilik masakan dapat yang baru..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Uishh bilik komputer, bilik masakan tu dah tepi library. Ingatkan makmal bio kat bawah tu

Motif akak tau susunan bilik2 di skolah tuh
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 11:47 PM | Show all posts
cik_tonggek replied at 12-10-2016 08:11 PM
Uishh bilik komputer, bilik masakan tu dah tepi library. Ingatkan makmal bio kat bawah tu

Motif a ...

maybe akak ex student situ..

atau ex ticer...

atau ex  pengetua..

atau kontraktor bekal perabut dll...hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
cik_tonggek replied at 12-10-2016 08:11 PM
Uishh bilik komputer, bilik masakan tu dah tepi library. Ingatkan makmal bio kat bawah tu

Motif a ...

Sekolah lama Cik Tong ke tu?       
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2016 11:52 PM | Show all posts
Nasib baik x ada kemalangan jiwa
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
ronapink replied at 12-10-2016 11:47 PM
maybe akak ex student situ..

atau ex ticer...

Salah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2016 04:37 PM | Show all posts

hihihi..

semua jawapan di atas salah..

meneka dalam kesamaran la ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.155573 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list