CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2052|Reply: 8

Penjenayah 'Syaiton', Selamba Terjah Kedai Serbaneka Dengan Parang Panjang!

[Copy link]
Post time 13-10-2016 05:58 PM | Show all posts |Read mode





Memang melampau! Satu paparan video rakaman CCTV di sebuah kedai serbaneka menunjukkan bagaimana perompak kini semakin berani melakukan jenayah.


Jika minggu lalu, kecoh di media sosial perihal penjenayah bersenjata tajam cuba merompak mangsa di tengah jalan. Kini dalam video yang dikongsikan menerusi Facebook Kelab Info Malaysia tak kurang 'syaitan' dan teruknya! Bezanya kali ini penjenayah berjaya menyembunyikan identiti wajah supaya tidak mudah menjadi viral dan ditangkap!


Kejadian tersebut yang berlaku pada 4.50 pagi di Kampung Padang Luas, Jerteh menyaksikan beberapa orang penjenayah yang menutup wajah mereka cuba menghunus parang panjang kepada mangsa iaitu cashier di situ.


Menerusi video berdurasi 36 saat itu, perompak dilihat bukan sahaja semakin berani malah bijak menutup identiti serta nampak begitu yakin untuk menyerang mangsa.

"Samun di 7E Padang Luas pagi tadi. Mohon kerja sama bagi maklumat kalau kenal siapa sapsek. 4 saspek no pendaftaran kereta guna ialah DCD 3373 jenis Perodua Axia wanr asilver atau putih (disyaki palsu)," memetik apa yang ditulis menerusi Facebook Kelab Info Malaysia.




Add Image Caption Here





Meskipun tiada mana-mana mangsa yang cedera, namun kejadian tersebut menunjukkan bagaimana penjenayah semakin berani dan juga bijak menggunakan ruang yang ada untuk merompak.


Bukan itu sahaja, daripada video tersebut kelibat penyamun dan perompak ini nampaknya memang sudah biasa melakukan aktiviti jenayah terbabit.


Bagi anda yang mempunyai maklumat tentang hal ini sila berhubungan dengan balai polis berdekatan. - CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2016 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Scarynye . Rakyat makin terdesak sekarang..pendatang pula mengambil kesempatan
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kadang kesian kt staff 7e, sentiasa tabah menghadapi rampokan
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm pendatang je. err dh dtg tempat org buatlah perkara baik2 sikit
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 10:19 PM | Show all posts
Kain batik sapa le dia orang kebas buat merompak atire
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 11:51 PM | Show all posts
aku rasa 7e nih kene wat palang macam kedai emas tuh dah......kesian aku tengok budak tuh......nasib budak tuh rilek jer....

malaysia harus undi trump kot untk jadi pm kome .........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2016 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Syukur la.. Mesia masih aman katanye..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2016 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Manusia smakin hilang kewarasan dan kemanusiaan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2016 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku klu memalam nk beli something kt 7e or pam minyak sesampai je mata mesti melilau.takut tetibe perampok dtg.cpt2 beli trus blah.

Manusia perampok terdesak ni tak kisah nyawa org lain melayang jnji die dpt duit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.043167 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list