CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2010|Reply: 6

Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Sabtu Ini - Menteri MOSTI

[Copy link]
Post time 14-10-2016 04:21 PM | Show all posts |Read mode


Bermula esok iaitu 15 Oktober hingga Rabu, 19 Oktober di kawasan perairan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dijangka mengalami angin kencang barat laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.


Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Madius Tangau hari ini sebagai peringatan buat penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran pantai di seluruh negara.


Tambahnya fenomena tersebut dijangka turut berlaku di kawasan pesisiran pantai Sabah dan Sarawak berikutan angin daripada barat daya.


Orang ramai juga boleh mendapat maklumat terkini melalui aplikasi telefon myCuaca, laman sosial Facebook dan Twitter atau mengubungi MetMalaysia Hotline di talian 1 300 22 1MET (1638).- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2016 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama2 solat hajat jauhkan dr segala bala bencana
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2016 05:40 PM | Show all posts
Dah hujan seminggu dah pun, angin hari-hari kuat
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2016 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Cash ke sis?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2016 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengarah Perak:
UNTUK TINDAKAN SEMUA SU JK BENCANA DAERAH
Berdasarkan ramalan yang dikeluarkan oleh JUPEM dan Unit Hidrologi TLDM meramalkan Air Pasang Besar dijangaka berlaku pada 15 -  19 Oktober 2016  dengan Paras Air tertinggi mencapai 2.8M sehingga 3.4M. Pihak Sekretariat JKPBN Perak telah mengarahkan Sekretariat JKPB Daerah seperti Daerah Bagan Datoh, Hilir Perak, Manjung, Larut Matang Selama dan Kerian supaya menggambil langkah - langkah awal dengan memaklumkan ramalan ini kepada Ketua-ketua jabatan yang berada dlm kawasan tepi pantai yang berisko kepada fenomena ini untuk memaklumkan kepada penduduk setempat supaya mengambil langkah-langkah awal spt berikut :
i. Menyimpan dan menempatkan dokumen-dokumen penting yang mudah dicapai untuk dibawa ke tempat yang selamat.
ii. Memaklumkan kepada ketua isi rumah supaya berpindah ke pusat pemindahan yang tetap apabila diarah.
iii. Memaklumkan kepada ketua-ketua jabatan peringkat daerah supaya sentiasa bersedia untuk bertindak sekiranya keadaan memerlukan.
iv. Ketua komuniti diminta memaklumkan sekretariat daerah bagi tindakan evakuasi.
v. Sekretariat dengan kerjasama PDRM untuk mengarahkan supaya penduduk yang berisiko berpindah ke pusat pemindahan pada peringkat awal bermula pada 15 Oktober 2016.
vi. Agensi penyelamat diminta untuk membuat rondaan pemantau di kawasan-kawasan berisiko.
vii. Memaklumkan JKM Daerah berkenaan supaya sentiasa bersedia untuk membuka pusat - pusat pemindahan bermula pada 15 Oktober 2016.
Ini adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Pengurusan Bencana Peringkat Pusat yang dipengerusikan oleh Menteri JPM Dato' Seri Dr. Shahidan Bin Kasim pada 27 Sep 2016.
Senarai kampung di setiap mukim yang berisiko banjir DAERAH MANJUNG

Mukim: Beruas

1. Kg. Paya Ara
2. Kg. Changkat
3. Kg. Pintu Gerbang
4. Kg.gadoh
5. Kg paya takung
6. Kg pulau meranti

Mukim: Lekir

1. Kg. Batu 10
2. Kg. Pasir Pandak
3. Kg. Batu 8
4. Kg. Sungai Tiram
5. Kg. Kayan
6. Kg. Tanjung Kepah
7. Kg. Batu 14
8. Kg. Batu 15
9. Kg. Desa Pemarak

Mukim: Lumut
1. Kg. Batu 3 Segari
2. Kg. Tersusun Pundut / Lumut
3. Kg. Bharu (L) Ayer TAwar
4. Kg. Padang Tembak / Teluk Muruh
5. Kg. Telaga Nenas (L) Ayer Tawar
6. Kg. Teluk (L) Ayer Tawar
7.kg batu 2,lumut
8. Kg. Teluk Gedong, Pulau Pangkor
9. Kg. Teluk Raja Bayang, Pulau Pangkor
10. Kg. Sungai Pinang Besar, Pulau Pangkor
11. Kg. Teluk Dalam, Pulau Pangkor
12. Kg. Telok Kecil

Mukim: Pengkalan Bharu
1. Kg. Pengkalan Bharu
2. Kg. Matang Acheh
3. Kg nelayan(pantai tin)
4. Kg. Matang Kerian
5. Kg. Indah
6. Kg. Sungai Batu
7. Kg. Tebuk Yan
8. Kg. 40 Rantai
9. Kg. Beting Luas
10. Kg. Segari
11. Kg. Panchor
12. Kg. Pantai Remis

Mukim Sitiawan
1. Kg. Sitiawan
2. Kg. Pasir Panjang laut
3. Kg teluk pencalang
4. Kg. Ayer Tawar
5. Kg. Paya Nibong


SEKTERIAT JAWATAN KUASA PENGURUSAN BENCANA DAERAH APM MANJUNG

Tlg panjangkan info ni pd sanak saudara yg berisiko dgn air psg besar..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2016 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kapal di Port Klang.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2016 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut la pokok mangga aku asik patah dahan je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.052652 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list