Nanasheme - Boleh Blah
Farah Farhanah - Sampai Jannah
Daiyan Trisha
Wany Hasrita - clone Tok Ti tp sedap nyanyi lagu pop etnik
Wani - Alhamdulillah
Anis AL Idrus
Rozita Rohaizad Enggan Peduli Dicemuh Kerana Lagu 'Anak Ikan'
Diterbitkan: Sabtu, 1 Oktober 2016 6:00 AM
Oleh: KEMALIA OTHMAN kamelia@thestar.com.my
Rozita tidak ambil peduli dengan kritikan diberikan terhadapnya.
(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Penyanyi Rozita Rohaizad enggan mengambil peduli tentang cemuhan segelintir pihak yang menganggap dirinya tidak sedar diri apabila muncul dengan lagu terbaharu berjudul Anak Ikan.
Rozita, 59, berkata, usia bukan penghalang untuk dia muncul dengan lagu genre dangdut itu dan meminta masyarakat agar menghormati perjuangannya sebagai anak seni.
"Saya sedar ramai yang kritik dan menganggap saya tidak sedar diri tapi saya malas untuk ambil peduli dan membaca komen-komen negatif itu.
"Saya harap mereka berhenti menghukum saya dengan meminta saya menjadi makcik-makcik di dapur, saya seorang yang ceria dan sentiasa gembira dengan apa yang saya lakukan," ujarnya kepada mStar Online.
Rozita ketika membuat persembahan di pelancaran Dangdut Asia baru-baru ini.
Dia menjawab tentang segelintir pihak yang mengkritik persembahannya dalam sebuah video pada pelancaran lagu tersebut minggu lalu. Mereka mengganggap ia sebagai tidak sesuai kerana faktor usianya.
Sementara itu, Rozita turut menjelaskan maksud lagu tersebut Anak Ikan yang menujukan kepada kekasih muda itu hanyalah sekadar hiburan semata-mata.
Tambah anak kepada Allahyarham Seniwati Mariani ini, dia tidak pernah mempunyai hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki yang lebih muda daripada usiannya.
"Lagu tersebut hanya hiburan semata-mata dan tidak menggambarkan diri saya pun. Saya akui ada berkawan dengan ramai lelaki yang lebih muda tapi hanya kawan-kawan sahaja.
"Saya suka lagu ini kerana ia catchy dan bertenaga apabila dipersembahkan di atas pentas," ujarnya.
Sementara itu, Rozita berkata, dia perlu menjaga stamina dan kesihatan dengan baik dalam mempromosi lagu yang memerlukannya untuk banyak menari.
Istilah 'anak ikan' sering digunakan dalam dunia hiburan bagi merujuk kepada lelaki muda kacak yang sering menjadi perhatian ramai.
Post time 15-10-2016 05:56 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Iols kuciwa lagu sufian suhaimi xbolos pencalonan lagu pop terbaik AIM 22. Wpun suara hauk tp iols harus akui lagu heshe antara yang bagus utk tahun ni. Myb ada rezeki di AJL? Tp mohon masuk kelas vokal bole? Soul tu dh ada cuma kurangkan lenggok dan sengau tu
Post time 15-10-2016 08:44 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by danieladam at 15-10-2016 08:46 PM
Kalo penilaian Suara iols vote khai bahar..mmg sedap suara heshe. Tp utk personaliti jd pengacara iols rasa supian suhaimi ok masa tgk trek selebriti. Aiman tino pon ok, tp kdg2 tgk mcm kurang adab sket mybe sbb iols rasa die budak2 sgt kot. X kena nk gurau dgn org tua lebih2. Tp heshe x cover2 mcm khai bahar.
The rest sori x kenal. Keseluruhan iols vote khai bahar.