 Sumber Foto: Berita Harian
Seronok melihat kemesraan antara Elfira Loy dan pelakon kacak dari negara seberang, Randy Pangalila. Selalu memegang watak sebagai pasangan kekasih di dalam drama, keserasian antara kedua pelakon ini memang tidak dapat dinafikan lagi.
Disebabkan itu, ramai peminat pasangan ini yang tidak sabar untuk melihat mereka bergandingan lagi dalam drama cinta. Kali pertama bekerjasama adalah dalam drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang arahan oleh Michael Ang dan diikuti pula dengan drama Dalam Hati Ada Taman.
Sekarang pasangan merpati dua sejoli dalam lakonan ini sedang sibuk menjalani penggambaran untuk sebuah telefilem dan Elfira sebenarnya sangat teruja bertemu Randy lagi di dalam set yang sama.
Elfira menyatakan kepada Berita Harian Online, "Judul telefilem itu belum boleh didedahkan. Biarlah rahsia dulu. Namun, cerita ini sudah popular dalam kalangan kita. Tak sangka saya dan Randy ditawarkan menyertai produksi telefilem ini."
Sumber Foto: IG RandyPangalila
Sebelum ini ramai yang sudah salah sangka dan menganggap pasangan ini benar-benar bercinta kerana terkesan dengan adegan lakonan berkasih dan romantik seperti yang dijayakan mereka dalam drama.
"Ketika Randy mula berlakon di Malaysia, peminat belum mengenali dirinya. Mereka tidak tahu dia sudah ada kekasih. Jadi peminat dengan cepat mengaitkan saya dengan Randy. "Sekarang peminat sudah tahu kisah sebenar dan mereka faham dengan keserasian kami apabila berlakon bersama," tambahnya. -CARI |