CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 32953|Reply: 60

Himpunan Teka Teki Macam Pernah Dengar!

  [Copy link]
Post time 17-10-2016 12:33 PM | Show all posts |Read mode
Soalan: Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ?Jawapan: Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!

Soalan: Kenapa mayat dibungkus kain putih?Jawapan: Kalau dibungkus dengan kain hitam, siapa takut!!!!

Soalan: Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. Maka ayam menjadi apa?

Jawapan: Ayam jadi banyaklah bilangannya.
Soalan: Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda?Jawapan: Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah.

Soalan: Kenapa di tepi rel kereta api diletakkan batu kerikil?Jawapan: Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan.

Soalan: Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?Jawapan: Lampu jiran tetangga kita. Cubalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya.

Soalan: Kalau ditutup dia akan mengintai, tapi kalau dibuka dia akan marah-marah?Jawapan: Orang naik beca semasa hujan

Soalan: Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.

Jawapan: Tapak kaki kitalah.
Soalan: Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan?Jawapan: Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau, sedangkan profesor memikir untuk masa depan.

Soalan: Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam?Jawapan: Ia bergantung kepada kedudukan anda samaada anda manusia atau tikus!

Soalan: Kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan dibandingkan dengan kepintarannya?Jawapan: Sebab lelaki yang bodoh jumlahnya lebih banyak dibandingkan lelaki yang buta.

Soalan: Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?

Jawapan: Nampak pembohongnya, sebab kura-kura mana boleh panjat pokok.
Soalan: Apakah yang berada di antara langit dan bumi?Jawapan: Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki adalah "dan"

Soalan: Apakah benda bertali yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama?

Jawapan: Gasing! Tak kiralah gasing cina ke gasing melayu ke semuanya sama.
Soalan: Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah itu?Jawapan: Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat gelaran Datin, Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato, suami tidak mendapat sama.

Soalan: Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi?

Jawapan: Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi.
Soalan: Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas, kadang di bawah. Kalau salah kedudukan boleh kabur pandangan, kurang pendengaran.Jawapan: Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak jer kat tanah, kalau kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara pun tak ada.

Soalan: Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?

Jawapan: Buang tebiat
Soalan: Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah Kembang, Terkadang tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang.

Jawapan: Batang hidung engkaulah!
Soalan: Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?

Jawapan: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!!
Soalan: Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa?

Jawapan: Sebab anak dia tu perempuan
Soalan: Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?

Jawapan: Bahrain - bah tu banjir, 'rain' tu hujan.
Soalan: Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?Jawapan: Pemandunya lah yang mati... ... kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar... .mati lah orang tu, kan-kan?

Soalan: Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala. Kalau makan tak pulak?Jawapan: Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh.

Soalan: Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?

Jawapan: Pisang Goreng
Soalan: Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya di kepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala?

Jawapan: Kutu ler... Sebab memang dok kat kepala orang!
Soalan: Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3?Jawapan: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat.

Soalan: Apakah haiwan yang berkaki 3?Jawapan: Kuda cacat. Kalau tak cacat pasti kakinya 4.

Soalan: Kenapa kebanyakan motosikal namanya YAMAHA?Jawapan: Kerana yang menciptanya orang Jepun. Kalau Arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD.

Soalan: Apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk?Jawapan: Orang kurus makan hati, orang gemuk makan tempat.

Soalan: Haiwan apakah yang paling tidak sopan?Jawapan: Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang.

Soalan: Kenapa koboi Mexico kalau berjalan sering membawa gitar?Jawapan: Takkan nak bawak piano pulak! besar tuh!

Soalan: Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu?

Jawapan: Waktu itu adalah siang hari bukannya malam!
Soalan: Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu?

Jawapan: Anak mancis daaa.
Soalan: Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar?

Jawapan: Orang tu le penipu besar, mana ada rumah dalam kapal... ha... ha... ha..
Soalan: Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan telefon?Jawapan: Perjalanan anda tidak akan terganggu oleh kerja-kerja menggali jalan oleh TELEKOM

Soalan: 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masalah, namun 4 ekor burung telah jatuh ke bumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh ke bumi?

Jawapan: Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa.
Soalan: Binatang apakah yang paling kaya di dunia?Jawapan: Beruang (sebab binatang ni ber wang)

Soalan: Ikan apakah yang separuh Jawa dan separuh Inggeris?Jawapan: Ikan Belukang kerana "Blue" adalah perkataan inggeris, "Kang" adalah perkataan Jawa.

Soalan: Apa orang Islam Arab kata jika: 1- Seorang pekerja jatuh bangunan lalu mati... 2- Seorang wanita berlari keliling padang tanpa seurat benang... 3- Gaji anda akan dinaikkan 30% bulan depan.




Sekadar lawak jenaka


Sumber: Internet
Jawapan: Mereka akan kata. 1-Inna lillahi wa ina ilahi roo jiuun. 2- Astagh firullah hal azim. 3- Alhamdulillah.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2016 12:35 AM | Show all posts
Ada teka-teki yg kita baru tahu...nice riddle collection...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 09:32 AM | Show all posts
Thread perkongsian semata ke ni...?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2016 11:41 AM | Show all posts
Elle_mujigae replied at 18-10-2016 12:35 AM
Ada teka-teki yg kita baru tahu...nice riddle collection...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2016 11:41 AM | Show all posts
Eva_yy_Ellin replied at 18-10-2016 09:32 AM
Thread perkongsian semata ke ni...?

yer himpunan teka-teki
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2016 09:19 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2017 11:13 AM | Show all posts
hahaha nice collection! tergelak gelak mek baca..boleh cuba teki teki ni untuk kenakan membe2..tq TT!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2017 11:14 AM | Show all posts
meklalala replied at 12-1-2017 11:13 AM
hahaha nice collection! tergelak gelak mek baca..boleh cuba teki teki ni untuk kenakan membe2..tq TT ...

my pleasure
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2017 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni kalau guna kena kan bebudak mmg best
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 05:47 PM | Show all posts
banyak yang tak pernah dengar.. boleh la try bagi kawan2 ofis ni nanti
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 11:52 AM | Show all posts
kikiki..ada yang tak pernah dengar. bagus ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 04:49 PM | Show all posts
buang tebiat hahaha,senang je jwpan
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2017 08:59 PM | Show all posts
Bagus bagus
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 03:41 PM | Show all posts
banyaknya collection teka teki..

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 08:30 AM | Show all posts
byk sangat sampai xlarat nak baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2017 12:04 PM | Show all posts
sssf83 replied at 27-2-2017 03:41 PM
banyaknya collection teka teki..

internet jer chuols
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-3-2017 12:04 PM | Show all posts
GegarVaganja replied at 9-3-2017 08:30 AM
byk sangat sampai xlarat nak baca

pemalas khenss chuols ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2017 12:05 PM | Show all posts
fizze_legend replied at 16-2-2017 11:52 AM
kikiki..ada yang tak pernah dengar. bagus ni

tq chuols
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2017 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada yg iols pernah dgr & tak.. Mmg lawak teka teki simple pun ada yg meols x berjaya pk jwpn
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2017 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg telekom tu kelakar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.077194 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list