View: 41095|Reply: 293
|
LUBUK KREDIT: RUANGAN UNTUK / LUAHAN / TAK PUAS HATI DGN SISTEM PERUBATAN MESIA
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum semua.
Disini disediakan tempat untuk anda semua meluahkan komplen, rasa tak puas hati, pengalaman buruk, dan kesilapan dari pihak perubatan di Malaysia.
Undang-undang:
1) Tidak boleh meletak nama mana-mana doctor /nurse yang terlibat
2) Depa yang mengomen hendak lah mengomen dengan niat untuk memperbaiki keadaan
Di harap, dengan ada nya ruangan ini, kita boleh bincang apa yg berlaku. Juga, org lain boleh menerima atau menolak luahan / keluahan anda.
Setiap new input akan diberi 100 kredit. Ianya mesti dimulakan dengan ''New Komplen / Luahan Rasa / Kesilapan Perubatan'' Mana-mana komen yang bernas akan diberi 10 kredit.
|
|
|
|
|
|
|
|
New Komplen:
Assalamualaikum semua. Kawan sy seorang doctor dipanggil balik dari UK kerana dilaporkan ayahnya kena stroke, dan lumpuh sebelah kanan. Ayahnya yang bekerja sebagai anggota polis, tidak lagi dapat bekerja dan kelumpuhan itu terus kekal.
Bila kawan saya sampai di Malaysia, dia diberitahu oleh ahli keluarga bahwa ayahnya telah pergi kehospital kerana pening dan sengal sengal di sebelah kanan badan minggu sebelumnya. Tetapi diberitahu bahawa ianya ialah jangkitan telinga sahaja, lalu dihantar pulang tanpa CT scan etc.
Jika doctor yg mula mula jumpa pesakit ini, dan check dia betul ebtul, tentulah dia akan segera tahu bahawa ini adalah tanda awal stroke. Ahli keluarga memberitahu, doctor hanya tanya beberapa soklan dan dengar jantung sahaja. Hospital pula tidak mahu komen.
Ini sebenarnya adalah kecuaian, cuma ahli keluarga tadi enggan menyaman kerana kos saman yang tinggi, dan menganggapnya takdir.
Komen saudara saudari? |
|
|
|
|
|
|
|
saya dah biasa dengan situasi gini doc. Most of the doctors kat malaysia ni hanya check yang basic saja. Then, take time untuk sampai ke tahap yang benar-benar dikenalpasti penyakit tu. Macam tanda2 stroke, takkan doktor tak tahu simpton awal.pada saya, pihak hospital patut buat thorough check la. tengok pada history pesakit. Penyakit keturunan, etc. Then, diagnose dan treatment.
Sama juga dengan doktor yang tidak beri kerjasama dan acuh tak acuh menjawab bila kita tanya. Langsung tak ada encouragement untuk pesakit. Maksud saya, tidak ada dorongan untuk sembuh. Ada doktor yang terus cakap, penyakit macam awak ni, susah nak sembuh dan tak ada harapan. Salah satu contohnya...gitulah.
Apa yang saya tahu, doktor harus ada attitude yang baik.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pengalaman Buruk:
kejadian ni dah lama sangat berlaku 8 tahun yg lepas dimana aku pergi ke klinik kesihatan di plaza pantai ( wisma goshen- tapi skang da tutup pindah tanglin). aku pergi sana utk buat ujian HIV nak kahwin. bila nak dapatkan result kne jumpa doc, utk doc sign kat borang tu. paling mengejutkan aku dan aku pasti nurse dalam tu pun sama2 terkejut, doc india tu tetiba mood swing, mengamuk dan tanya "awak tau apa itu aids? awak ada baca flyers x? pergi ambil flyers kat luar!! " then aku pun dgn bodonya pegi amik flyers kat luar dan masuk semula jumpa doc tu. kemudian doc mabuk todi tu pun bebel sambil ckp patient ni bodoh xtau baca flyers kat luar, dia berjawatan DG52 ke DG54 camtu aku x ingat bla bla.. nurse dalam tu dgn aku terkebil2 ketakutan sbb tetiba kan doc tu mengaruk. yg pasti dalam fikiran aku-- abislah aku xle kawen ujian aids aku fail doc xnak sign. lol.. last2 dia sign aku pun cecepat blah dr situ. itulah pengalaman yg plg menakutkan aku tempuhi dgn klinik kesihatan. sejak dr itu xpenah langsung pegi klinik kesihatan pantai. sekian. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
New Komplen:
Last year mak aku kena operation untuk satu jenis penyakit. Malam tue doctor suruh puasa sbb esoknya ada operation. Esoknya hbes operation dalam kul 12. Kul 3 mak aku dah stabil dah tolak ke wad biasa. Yang paling aku sakit hati, sampai pagi esoknya mak aku tak dibagi makan. Bila tanya doctor mak saya blh makan tak. Dia tak bagi. Hallo dah lebih 24 jam mak aku tak makan. Minum air pon ko tak bagi. Mak aku dah tua. Mmg dia lapar sgt. Last2 aku curi-curi bagi minum milo.
Bila mak aku sakit perut sbb menahan lapor, ader nurse mulut puaka cakap "alah mengada-ngada makcik tue." Wey mak aku puasa dah lebih 24 jam. Sebutir nasi(bubur), setitik air ko tak bg mak aku. Ko ingat dia boleh tahan.
Tuelah aku harap sgt pihak hospital tgk balik bnda nie. kang dah lepas satu penyakit muncul penyakit lain. Kerja kena ikhlas okey. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kawan aku alami bnda yang sama. Dia rasa dia ader tanda2 stroke. Dia google mmg hampir 80% ader tanda tue. Last dia gi hospital dr ckp tue pnyakit biasa bkn tanda stroke. Sbb stroke slalunya menyerang org tua. Kawan aku nie muda lagi. Okeylah. Pstu tak lama lepas tue kawan aku pitam kat pejabat. Last2 confirm dia kna stroke. Nasib minor stroke. Tuelah kawan aku nie baik pulak. Kawan2 lain suruh dia saman je dr tue. Tapi dia tak nak. Skrg mulut senget sebelah.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Wow!! Pesal dia jadi camtu?? Hak awak adalah untuk mendapat service professional dari kami. Kami tidak perlu berborak sakan, ambil hati atau buta nak berbaik etc. Yang perlu ialah professional service: this is your rights. Sepatutnya awak tulis surat komplen (dengan nada baik dan bersabar; mereka yang bersabar dan nampak cool akansentiasa nampak seolah berada di tahap yang lebih tinggi dari mereka yang tidak cool...tak kiralah yg tak cool ni pilot ke doktor ke). Awak ada buat compalin letter masa tu?
Komplen mulut tidak berhasil kerana tiada documentation, ie tiada paper-trail. Saya berharap in the future awak akan komplen jika berlaku lagi, agar org lain tak kena dan juga agar doctor itu memperbaiki diri dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih; ini byk juga berlaku. Sepatutnya, bila lepas operation (jika pesakit tu melaui operation yg tak membenarkan dia guna saluran perut/usus 48-36jam after operation), maka pesakit sebegini di beri IV fluids dan di beri Peripheral Nutrition (mahal, eg Kabi, Kabiven, Normosol, Novamine, Multitrace 4, Liposyn 2, etc ) atau jika teruk, kenalah bagi Total Peripheral Nutition (TPN, lagi mahal dan problematic). Paling ringkas pon bagilah IV fluids. Bila dah dibenarkan makan, boleh lah suap makanan yg lembut dan dah di blend.
Pasal nuse yg cakap lepas tu, memang tidak membantu dan tidak pelu, juga, dikira tidak menghormati pesakit. Yang kes pertama boleh buat incidence epot, yang kedua bolh buat surat komplen sebagai kurang professional.
Saudara patut buat, utk menghalang berlaku pada org lain dan untuk memberi peluang pihak hospital improve diri mereka.
|
|
|
|
|
|
|
|
ipes2 replied at 17-10-2016 05:07 PM
Wow!! Pesal dia jadi camtu?? Hak awak adalah untuk mendapat service professional dari kami. Kami t ...
time tu aku dgn nurse dalam tu mmg terkedu dan terkejut ketakutan. kitorg diam dan angguk je xberani nak cakap or bukak mulut. nurse tgk aku, aku tgk nurse sambil dgr doc tu meroyan.
x terpikir pun nk buat komplen sbb bila doc tu dah sign so aku pun lega n cepat2 keluar dari klinik tu. nurse tu aku kesian sbb kene mengadap doc mood swing tu dalam bilik tu. ok next time aku pastikan akan buat aduan bertulis if berdepan benda sebegini. tq ipes2. |
|
|
|
|
|
|
|
Oloh kesian, innalillah. Dalam kes misdiagnose sebegini, ia adalah kes saman directly dan tidak lagi surat menyurat komplen. Kami sgt perihati sebenarnya tentang stroke kerana kecacatan yang sebahagian besarnya adalah kekal. Stroke kawan saudara tadi bukanlah minor stroke (ie TIA ie Transient Ischaemic Attack), tetapi adalah stroke yg sebenarnya (ie CVA; ie cerebrovascular accident).
Beza TIA dan CVA: TIA bila kesannya hilang seepnuhnya dalam 24hours. Jika ada facial asymmetry macam kawan awak ni (disebabkan oleh VII nerve damage kerana stroke tadi), maka ianya adalah CVA.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sama-sama. Ye, saudara patut bertindak, untuk kepentingan umum dan untuk staff lain..paling penting utk doctor itu sendiri agar dia tahu dia perlu menukar approach nyer. Kami tidak menerima org org sebegini sebagai sebahagian dari fraternity kami. Layaklah org yg marah-marah itu untuk membuat career yang lain. Mereka hanya memalukan kami.
Penampilan yang lemah, eg rambut tidak sikat elok, necktie tak betul, baju tidak sepertinya, ada bau badan.. ini amat memalukan pihak kami.
Ipes, BMedSc MB BCh BAO DipCVAMed MSc MRCS AFRCS MRCP
|
|
|
|
|
|
|
|
New suggestion?
Assalamualaikum Dr.
saya tak tahu yg ni berkaitan atau tak, cuma saya nak minta pendapat Dr. Kawan saya seorang JM yg bertugas d sebuah klinik, dia mendakwa seorg Dr. yg mempunyai klinik sendiri (tetapi masih bertugas di klinik kerajaan) mengiklankan kepada patient yg non local untuk teruskan rawatan d klinik persendiriannya dengan yuran yang lebih rendah, memandangkan fee untuk non local yang agak tinggi selepas Akta Fee dikuatkuasakan.
persoalan saya, adakah tindakan Dr itu betul? Adakah sebarang Garis Pnduan atau undang2 yg melarang tindakan Dr.itu jika tindakannya salah? sekian,Dr. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PongKang replied at 17-10-2016 04:36 PM
Pengalaman Buruk:
kejadian ni dah lama sangat berlaku 8 tahun yg lepas dimana aku pergi ke klinik ...
Salah gred tu sis, DG untuk cikgu. UD doktor. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ipes2 replied at 17-10-2016 05:29 PM
Sama-sama. Ye, saudara patut bertindak, untuk kepentingan umum dan untuk staff lain..paling pentin ...
Kerjaya tak menjamin seseorang itu menjadi profesional. Yang betul-betul ada passion and love selalunya lebih berjaya. Cth Dr Ipes sendiri gigih buat medik lepas dapat medsc degree. |
|
|
|
|
|
|
|
syadq replied at 17-10-2016 09:41 PM
Salah gred tu sis, DG untuk cikgu. UD doktor.
gitulah aku pun xberapa pasti dah dia sebut DG ke UD sbb dia memarah time dia bebel tu tp aku plg igt dia ckp gred 52 dgn 54. dan aku bkn staf gomen.
terkejut okeh time tu. yg penting time tu aku nk dia sign je borang aku nk kawen. |
|
|
|
|
|
|
|
Waalaikumussalam warokhmatullah anish,
Dua isu disitu:
1) dia tak boleh mengiklankan sebegitu (ada undang undang setakat mana u boleh iklankan)..tak ethical
2) adakah dia berkemampuan untuk menjaga kesemua penyakit mereka? eg TB adalah suatu yang specialized; Heart Attack (Myocardial Infarction) adalah bidang cardiology.. saya sgt tidak yakin seorang doctor boleh menjaga pelbagai penyakit. Sebab itulah ada hospital..jika tidak, akan adaa klinik klinik peseorangan sahajalah.
Menjawab persoalan saudara, ya saya rasa ada undang undang nya dalam hal hal sebegini..cuma sy tidak tahu Acta Perubatan yang mana satu
|
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih. Saya letak qualifications tu hanyalah utk meyakinkan sesiapa dalam ni tentang pandangan saya; maksud saya, saya tidaklah bercakap tentang isu isu yang saya tidak faham; jadi, saya adalah sedikit authority dalam jawapan jawapan atau advice yg saya bagi. Takut jugak kot kot ada forumers yg kata alah nak nunjuk. InsyaAllah saya tidak berniat gitu.
Oh pasal BMedSc tu sebenarnya sy buat masa tgh buat Medicine.. ada la sy rajin satu ketika dulu tu, so dpt marks elok, so University Senate 'memperkenankan'lah sy utk buat second degree; dgn 10 org pelajar yg lain . Awak cam ye degree tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
wah siap bagitau gred dia ya? sombong sungguh org. Pelik keadaan org yg sombong ni; dia sombong kerana dia ingat dia tinggi dari org. Tapi org tak suka dgn sikap kesombongan itu, jadi ramai yg pandang rendah kat org yg ingat dia dipandang tinggi tadi. Terbalik realiti nye.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by aza4ever at 18-10-2016 02:15 PM
New Complaint:
Assalamualaikum Dr,
Beberapa bulan lepas, sepupu saya menjalani pembedahan apendisektomi.
Apa yang kami kesali adalah sebelum dia didiagnos mengalami apendistis.
Sepupu saya mengalami sakit perut yang teramat sakit. Dia pergi ke hospital, bhgn pesakit luar dan doktor tersebut mengatakan dia hanya mengalami gastristis. Sepupu saya memberitahu doktor tersebut, gejala yang dihidapinya sekarang berlainan dgn gejala gastristis yang selalu dialami (dia juga sometime mengalami gastristis) dan doktor tersebut memarahinya dengan mengatakan:
"I'm the doctor here, i know what to do."
Kemudian sepupu saya balik ke rumah dan sakit yang dialami tidak berkurangan. After for two days, bila tgk tak ada perubahan, her housemate force her to go to emergency dept, then kat sanalah dia diagnosed with apendistis dan Dr told her apendiks dah pecah dan perlu pembedahan segera. Alhamdulillah dia dah pulih.
We regret dgn Dr kat dept pesakit luar tu yang tak nak dgr pendapat pesakit. |
|
|
|
|
|
|
|
Pengalaman Buruk
pengalaman aku sendiri beranak anak ke 2 kt gomen hospital...masa anak 1st hospital yg sama alhamdulillah terbaik....yg 2nd betul2 ujian utk aku....aku msuk masuk wad sbb overdue.....so x sakit apa2..esok doc akan induce...malam tu aku dh rasa sakit kt bhagian blakang pinggul....dlm kul 4 pagi cmtu..aku ckap kat JM yg round utk check tekanan darah tu..aku sakit..dia tnye perut sakit x..aku ckap x....dia kata xde pape...
pkul 7 pagi aku gagahkan diri g mandi dlm keadaan sakit sbb kul 8 doc nk round wad kn...lpas mandi tu aku sakit skejap2 tp kerap...jiran sebelah ckap kt nurse shift pagi yg aku sakit...nurse tu duk sibuk susun fail utk doc check...dia x dtang pn kt aku dia just ckap dr jauh...nnti dh x sakit awk bngun la g check jalan..aku pn gigih la bngun smbil trkepit2..bila sakit aku brhenti kejap..
sampai kat kaunter...ada JM pregnant ckp kt aku..jalan la..larat kan...aku pn jalan jalan smpai bilik CTG....doc mntk check jalan..skali dh full..kecoh 1 wad..sbb dh x sempat bwk g labour room..aku beranak kt bilik CTG...yg katil dia xleh laras......ko ghase ?/ ketua wad g maki kt dlm wad bengong babi semua kluar sbb lau jd pape kt aku spe nk tnggung jawab...
pas beranak aku bleeding..nurse marah aku ckp sbb aku la x duk diam masa nk cucuk wayar air tu..sakit hati aku..xkan aku nk diam dh mmg msa tu sakit bkk jalan x abis lg...pas siap jahit slama 2 jam...diorg bwk aku g wad biasa..msa kt wad biasa aku mntk nurse tlg tgk pad aku sbb aku rasa cm darah memancut jer....dia ckap kena g sndri..blh ?? pstu aku ckp kt atendan tlg aku sbb aku rasa xleh bngun..sbb rsa darah kuar x brhenti..then dia ckap xleh kena g sndiri...aku pn decide nk tnggu husband aku dtg balik bru nk g toilet sbb aku rsa x sedap hati....pstu aku bngun nk mkn nasi sekali aku jatuh terlentang atas katil rsa cm nk pitam....gigih la atendan td panggil nurse..nurse yg tadi tu dtg ngn penyelia dia..kena la korek balik kt bwah tu sbb darah x abis buang lagi....pstu penyelia tu tnggl sbb ada meeting kul 2..dia suh nurse situ jaga....tp xde sorg pn jaga aku..
then doc datang...marah2 sbb xde org jaga aku..sbb bnda ni bkn main2 blh bawa maut...blh pulak nurse ckp dia ingt dh ada org lain tgk....kena korek lg skali...900 gram smua darah....pstu br aku rasa cm lega n kena tmbah darah 1 beg.....
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|