CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ipes2

LUBUK KREDIT: RUANGAN UNTUK / LUAHAN / TAK PUAS HATI DGN SISTEM PERUBATAN MESIA

  [Copy link]
Post time 10-3-2017 12:55 PM | Show all posts
tak sangka pulak ada benang macam ni. bole lah buat luahan rasa sikit.

arwah mak umur 53 tahun, tahun 2016.

middle Nov 2016.

arwah mak start kembung perut & perut dia memang nampak buncit macam org kena busung, besar nya lebih kurang org pregnant 5-6 bulan. mata dia kuning. arwah mak ada hepatitis b yg baru je tawu last year 2015 sebab sy yg dapat detect dulu. masa sy derma darah, kali ke-3 derma baru doc panggil & bagitawu darah sy infected by hep B virus. siapa yg dapat darah sy tu, sy mintak maaf la sebab sy sendiri tak tawu. berniat baik nak derma darah. disebabkan sy dah detect, sy mintak family members buat screening sebab nak tawu macam mana sy dapat hep B tu. since doc dekat HTAA pandang sinis pada sy masa dia bagitawu yg sy ada hep B. siap tanya dgn nada yg tak sedap didengar di telinga, adakah sy ada buat seks rambang dgn banyak kali & suggest for HIV test. sy tak kesah nak buat test semua tu tapi tolong la jangan bagi nada sindir2 macam sy ni dapat virus tu drpd sy berzina pulak haha.

back to the story. lepas dah confirm, sy pegi dapatkan 2nd opinion dekat private hospital. masa dapat result family screening, confirm mak sy ada. doc sy cakap maybe sy dapat virus ni dari mak sy sebab kat mesia ni, kebanyakkan kes memang mak akan transmit virus kepada anak masa lahir. mak sy pegi follow up dekat specialist clinic jln Ipoh bila dah confirm ni. doc tu cakap baru sikit je baru affected dekat hati. mak happy tapi dia pasrah dan redha.

after 1 year, middle nov, mata mak kuning, perut buncit. sy risau. bawak pegi klinik pakar jln Ipoh tempat dia selalu pegi tu. doc tu pun cakap kuning tu bukan jaundis. sy suspect jaundis sebab mata kuning. okay. masa tu mak nak jalan pun tak larat. balik rumah. dia rehat je. sy risau.

early dec 2016.


sy jadi risau sebab mak tak larat. dan batuk tak henti macam orang tak cukup napas. sy gesa mak nak bawak pegi hospital. tapi dia tak nak.

middle dec 2016.

sy paksa mak. bawak mak pegi hospital pantai. sebab nak result cepat. dekat hospital pantai, doc tu buat ultrasound. dia cakap hati mak dah rosak & dia suspek mak kanser hati. tapi dia tak dapat nak confirm selagi belum buat ct scan. dia suggest mak pegi hospital selayang.

bawak mak pegi hospital selayang. pegi petang dalam kul 2, register dekat emergency. lepas tunggu doc check apa sume. doc nak admit & nak buat ct scan esok pagi. tunggu dalam tengah malam baru dapat katil. kami sabar sebab ni hospital kerajaan, kami paham. banyak pesakit, then amik masa nak kemas katil apa semua.

esok nya ct scan tak jadi nak buat. doc tunda nak kena buat lagi seminggu. sy tak kesah. sebab sy paham ramai pesakit dekat hospital kerajaan & semuanya kena tunggu giliran.

tapi yg sy tak puas hati dan kecewa, sikap doc yg datang masa round ward. silapnya masa tu sy tak ada, sy pergi beli breakfast kejap. mak seorang dekat ward. doc datang tanya pasal sejarah sakit mak. mak jawab based on apa yg result yg hospital pantai bagitawu dia la. kalau sy ada, sy boleh terangkan pun apa yg doc hospital pantai bagitawu.

mak sekolah tak tinggi. dia tak paham bahasa inggeris, yes no alright je yg dia tawu. tapi doc ni boleh cakap laymen medical dekat dia, lepas tu bila mak tanya, sebab tak paham, boleh pulak dia cakap 'eh makcik ni tak paham bahasa inggeris ke.? sakit makcik sendiri pun makcik tak tawu'

siap dengan nada perlian sebab mak refer dari hospital pantai, boleh pulak cakap 'kenapa datang sini, kat sini banyak lagi pesakit nak kena rawat, kenapa tak terus je duduk dekat hospital pantai tu.?'. mak kecik hati sebab dia tak paham nak baca report bahasa inggeris dari hospital pantai tu. & dah report tu pun korang amik, kenapa korang tak baca & pahamkan. terangkan dekat orang tua yg sekolah pun tak tinggi.

sy dengar dari apa yg mak cerita yg sampai skrg terngiang dekat telinga saya. doc ward hepatologi ward 10 hospital selayang memang mulut hansuang. sampai skrg sy tak terasa nak maafkan doc2 yg dah lukakan hati mak.

mak discharge petang tu. then kena datang balik seminggu kemudian.

1 week later.

hantar mak check in hospital. esoknya buat ct scan. confirm mak ada liver cancer which is I know doc tak nak bagitawu stage bape. but I guess memang last stage sebab nak buat operation pun takda guna sebab hati mak semuanya dah keras & ada banyak sangat nodul2 kecik2 like a cyst dekat hati. nak buat kimo pun tak boleh sebab badan mak sangat lemah. kanser mak dah merebak dekat spleen, sebab tu perut mak kembung sebab spleen bengkak. kanser mak pun dah merebak dekat paru2 mak. sebab tu la mak selalu batuk & tak cukup nafas.

doc ward hepa serah mak dekat ward palliative.

doc dekat ward palliative baik sangat, terangkan semua sakit mak dalam bahasa yg mak paham. & apa yg diorg boleh tolong. sy terhutang budi dengan doc ward palliative hospital selayang. sy puji sangat terutama doc fadzly which is sy tawu dia dari hkl, doc perempuan india yg sy dah lupa nama dia, dan doc teoh.

mak bertahan di ward palliative dgn morfin. sy memang tak tinggal mak sebab kesan morfin ni buat mak pening dan macam berhalusinasi.

lepas 4 hari duk ward palliative, mak tiba2 nazak. meracau, tak sedarkan diri. doc bagitawu yg ni kesan drpd sakit dia yg sakit sangat dah tak tertanggung tapi kita tak dapat rasa. then mak dah tak sedarkan diri.

pagi sebelum mak meninggal, doc teoh yg rawat mak buat family meeting. doc cakap kena terima apa saja yg jadi lepas ni. semangat mak nak hidup memang kuat tapi badan mak dah tak boleh nak tanggung lagi sakit tu.

malam tu mak meninggal. mak meninggal 26.12.2016.

banyak terima kasih sy tak terucap dekat ward palliative hospital selayang, yg jaga mak sampai la mak meninggal. tak terbalas rasanya jasa2 nurse yg sy kejut malam2 dan pagi2 buta sebab mak meracau, nurse yg tenangkan sy & bagitawu sebab kenapa mak jadi macam tu. doc2 ward palliative yg support sy dan family. doc2 yg lemah lembut pegang tangan mak, check mak. sy betul2 terhutang budi & sy doakan semua doc murah rezeki.

sekian luahan panjang pulekk.

al fatihah untuk arwah mak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2017 06:55 PM | Show all posts
anissa_kyra replied at 10-3-2017 12:55 PM
tak sangka pulak ada benang macam ni. bole lah buat luahan rasa sikit.

arwah mak umur 53 tahun, t ...

Al fatihah....takziah untuk kematian mak anissa_kyra... mmg kematian itu pasti .. semua yg terjadi adalah sebab dan akibat sahaja...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2017 03:21 AM | Show all posts
kak_sall replied at 10-3-2017 12:07 PM
satu lagi....

tak sampai seminggu hantar dia balik asrama... hari khamis dia call lagi... kaki di ...

ha ha seronok baca kak sall ngomel
byk masa ari ni ye, ngomel weken weken gini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2017 03:50 AM | Show all posts
anissa_kyra replied at 10-3-2017 12:55 PM
tak sangka pulak ada benang macam ni. bole lah buat luahan rasa sikit.

arwah mak umur 53 tahun, t ...

Innailiallahi wa inna ilaihi raajiun, im sad to hear you recently lost your mom, semoga almarhumah di tempatklan dikalangan org yg Allah rahmati.
Now, back to those who are still living..I am very sorry for those who recieved your hepatitic blood; you were not at fault; the Blood Transfusion Service was. No doubt that your blood was infected and you were probably infectious. Those who recieved your blood, by now, have seroconverted to be infected by Hepatitis B. After 3 times pon tak tahu lagi ye? Depa tu tak screen ke blood? Scandolous betul. If di negara lain, dah tentu kena saman dah govt 6-7 angka RM.

What is HTAA? I tak setuju you biar seseorang cakap kat you dgn nada sindiran esp pasal sexuality; esp from golongan yg dikira ''professional''. You shouldnt have allowed that and patut tulis surat to the hospital about that.

....and they actually missed a Jaundice diagnosis??? ah, sedihnya... u tentu tak tulis surat about that. you should have.

'eh makcik ni tak paham bahasa inggeris ke.? sakit makcik sendiri pun makcik tak tawu'. My sister pernah sound a doctor yg cakap mcm tak hormat to my mom..i do not understand kenapa org di Malaysia menerima kata kata yg tak sedap didengar yg dikatakan pada mereka. Next time anissa_kyra kena  bertindak dan tidak menerima kata kata kesat seseoarng; you pay tax and GST, u pay their gaji. you n almarhumah mak u deserved much better.


you need to know that HBV is a carcinogenic virus ie ini antara several viruses yg boleh sebabkan cancer, and the risk to develop liver cancer increases as time passes by. make sure you get follow up.



Pasal kemaafan, you maafkan saja jika ada yg singgung hati u; itu lebih baik, tetapi u taklah boleh biarkan tanpa tulis surat..supaya org lain tak tersinggung sama di masa depan. Maafkan saja, sebab depa yg singgung hati almarhumah, they will now never get thechance utk dapat kemaafan dan di hari akhirat, almarhumah tidak lagi dapat memaafkan mereka as well. So, they are forever in a difficult situation dan ianya pasti Allah balas.


Drop a card and a box of chocolate to the Palliative Team. Depa kena tahu depa dihargai


Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2017 03:38 PM | Show all posts
kak_sall replied at 10-3-2017 06:55 PM
Al fatihah....takziah untuk kematian mak anissa_kyra... mmg kematian itu pasti .. semua yg terjadi ...

terima kasih kak sall. memang kematian itu pasti. sy terima.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2017 04:24 PM | Show all posts
ipes2 replied at 11-3-2017 03:50 AM
Innailiallahi wa inna ilaihi raajiun, im sad to hear you recently lost your mom, semoga almarhumah ...

thanks ipes2 for the reply. terharu tetiba sebab boleh luahkan apa yg terpendam dekat sini.
2015, after I was confirm with hep B, I'm helpless.

fyi, HTAA is hospital tengku ampuan afzan, kuantan. in short, kuantan GH.

actually, masa masuk 2015, I berazam nak derma darah every 3 months. I like to do a charity, then masa I stay dekat kuantan, I cuma dapat buat pegi mengajar dekat rumah anak yatim je. then nak tambah in list of benda yg I nak buat, I decide nak derma darah. then my senior pun galakkan suruh buat regular, lepas tu I boleh layak utk derma aferesis pula. in 2015, i derma darah in Jan, Apr and July. July tu masa bulan puasa, then lepas raya I dapat surat cop Urusan Seri Paduka Baginda mintak I pegi HTAA, specifically Blood Bank. doc dekat situ yg cakap, diorg detect I got hep B dekat my blood yg derma for the third time.

I'm speechless. dah tiga kali derma, baru tawu yg darah I infected.? then macam mana dgn org yg dah terima darah I.? they said they will trace who the one that get my blood. ipes2, u just imagine that u masuk hospital, u are clean then kena buat transfusion darah tapi after that, u just knowing that u got intected blood.


mula2 tawu, I rasa macam kemurungan sebab tak tawu nak seek the help drpd siapa. & yeah, I keep blaming myself as I already transmitted the disease without knowing, kesian dekat siapa yg terima darah I tu, I tak tawu I dapat drpd mana hep B ni sampai la confirm yg memang I dapat drpd arwah emak, I stress dgn doc at HTAA yg keep remind me yg hep B is a sexually transmitted disease, everytime I pegi HTAA for regular check-up, they keep repeated benda yg sama which is I dah tawu like tak boleh share brg dgn org, kena jaga2 tak bole jangkitkan dengan org, with pandangan yg annoying sebab I perempuan.


sampai one time I rasa macam dah tak nak pegi follow-up dekat GH sebab I rasa stress & tak da harapan. I rasa jijik dgn diri sendiri. bila I tanya ada treatment yg boleh clearkan this virus in my body, they said no. tapi arwah mak suruh pegi je sebab kurang2 I ada record dgn gov hospital.

beside that, I follow up dgn private. this one doc refer me to his friends yg speciality in this field. dia nak try dgn one of drugs yg boleh kill all the virus in my body, which is no guarantee that the virus will be 100% clear but it will goes to undetected phase in the viral load test. he insist I get that drug treatment since I'm still young and the viral load in my body is quite high. yg ni masih dalam usaha, sebab I need to go 48 weeks cycle & kena duk diam dekat kuantan. skrg ni keje I perlukan I ulang alik KL-kuantan. I postphone this treatment & take high dosage vit C and vit E for last year. alhamdulillah my last viral load count last dec show penurunan drastik for viral count. hopefully next viral load test tunjuk result yg lebih baik & I tak perlu undergo that drug treatment.

the one that missed the Jaundice diagnose is private clinic at Jln Ipoh. Now if I want to do a report towards that doc, I dont know how to do that. is it I need to write official letter to KKM.? but I didnt have a proof like report from that doctor. just verbal consultation. but sure that clinic have written diagnose by the doc.

eh makcik ni tak paham bahasa inggeris ke.? sakit makcik sendiri pun makcik tak tawu'. My sister pernah sound a doctor yg cakap mcm tak hormat to my mom..i do not understand kenapa org di Malaysia menerima kata kata yg tak sedap didengar yg dikatakan pada mereka. Next time anissa_kyra kena  bertindak dan tidak menerima kata kata kesat seseoarng; you pay tax and GST, u pay their gaji. you n almarhumah mak u deserved much better.


yg ni, I tak report sebab I tak berada di tempat kejadian. cuma masa tu arwah mak dgn all the docs yg buat ward round pagi tu. tapi arwah mak cakap, next ward round, doc yg cakap macam tu dekat dia dah tak ada. or tak join, I dont know. kalau benda ni berlaku depan mata I, memang tak cakap banyak I bahankan dulu that doc yg bagi I kurang ajar. I know susah nak terangkan dekat org tua yg tak paham bahasa inggeris dan tak sekolah tinggi tentang medical term. but u need to learn about this. bukan semua org terpelajar, belajar dan paham apa yg doc belajar. after I was diagnosed with hep B, I banyak membaca medical books but still I'm seeking opinion from my doc, so I understand what happened to me. tapi ni I lulusan degree, macam mana pulak dgn my late mom yg setakat lulusan spm je. I yg degree ni pun susah nak paham, apetah lagi my mom.

pasal kemaafan, currently I tak boleh lagi nak bagi kemaafan. I wil forgive them but it will takes time. It really hurts me so much.

oh ya, about the Palliative Team, actualy I'm planning to send them a lunch box but tak sempat masa lagi skrg sebab too busy. But I will. sebab I nak jumpa & cakap sendiri terima kasih dekat semua org yg tolong arwah mak dan I masa kami dekat hospital.

woahhhh panjang gila dah tulis, dah macam luahan hati. rasa lega sangat. thanks ipes2.!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2017 10:16 AM | Show all posts
dr nak tanya... mmg kalau kita terima darah org mmg akan ada effect apa2 ke.. tak de la.. masalah ksall ni kecik je la... ksall pernah accident masa student dulu... b4 accident tu kulit ksall ni halus mulus je la.... tak de problem apa2 pun....

masa accident tu mmg kena masuk darah... after tu le.. kulit2 muka habis naik jerawat2 semua.. pastu senang sgt allergik gatal2 kat badan ni... tak tau le sebab utama... tapi rasa sebab masuk darah masa accident tula kot....boleh jadi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 10:26 AM | Show all posts
ipes2 replied at 11-3-2017 03:21 AM
ha ha seronok baca kak sall ngomel
byk masa ari ni ye, ngomel weken weken gini

hahahha.. mmg mengomel je... baca cerita2 org lain semua serius2 je... ksall tak de pengalaman yg buruk lagi so far walaupun selalu jugak masuk keluar hospital samada diri sendiri, anak atau family terdekat....so...mengomel le cerita  kecik2 sebab geram je... tu yg kdg2 org cakap anak nak jauh dari parents tunggu dia besar sikit dah boleh berdikari.. ni baru form 1 dah hantar jauh2... bila sakit2 ni mmg susah la.. walaupun sakitnya sikit2 je...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2017 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru je discharged dr ward pead putrajaya. Service terbaik, doc semua efficient. Cuma satu je sy kesal, iv line anak sy smpai 3 kali tukar. Mmg hospital kerajaan takde sop ke utk iv line budak2? Anak sy 2 tahun, da tentu aktif and refuse for neb. Sgt struggle smpai iv line bengkak. Bukan anak sy je ada masalah iv line ni, bley dikatakan semua budak2 below 3yrs ada masalah iv line ni. Diorg tak proper balut kemas2 tempat cucuk tu. Obviously la sng bergerak. Harapkn tape je. Anak sy da la jenis berpeluh, tape pon tamo lekat. Ke nak kena request suruh balut kemas2 baru diorg buat? Takde sop ke suruh kemaskn iv line? Kesian ok, baby lain smpai terpaksa cucuk kt kaki. Dulu anak sy penah masuk az zahrah jugak 2 mlm. Langsung x de masalah pasal iv line, sbb diorg mmg betul2 balut iv line tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2017 01:44 AM | Show all posts
kak_sall replied at 13-3-2017 10:16 AM
dr nak tanya... mmg kalau kita terima darah org mmg akan ada effect apa2 ke.. tak de la.. masalah ks ...

masalah dgn darah tranfusion tu lain kak_sall, bukan semacam yg kaksall rasa ni.
sy yakin, kaksall tetap mulus gebu semacam biasa, cuma kaksall je terasa kulit kak sall beubah
apa apa pon, keep well hydrated, avoid the sun, dan jgn bagi obese..nnt stretcthed kulit, rosak la kemulusan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2017 01:53 AM | Show all posts
kekgebu replied at 13-3-2017 07:56 PM
Baru je discharged dr ward pead putrajaya. Service terbaik, doc semua efficient. Cuma satu je sy kes ...

ye, kebanyakan sevice yg kita dapat adalah elok je
standards kita pon amat baik
cuma sekali sekala ade la yg negatif
yg inilah yg patut kita tegur dan tulis surat, agar tak jadi pada org lain
juga agar quality kita naik

yes ada SOP for IV lines tu.. maybe depa tak ikut betul btul
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2017 02:09 AM | Show all posts
anissa_kyra replied at 11-3-2017 04:24 PM
thanks ipes2 for the reply. terharu tetiba sebab boleh luahkan apa yg terpendam dekat sini.
2015 ...













Ya, sy paham apa yg Anissa nak sampaikan berkenaan org yg got the blood tu..biasanya ibu mengandung.. semoga dia hanya jadi chronic carrier aje, dan tidak kena full blown Hep B. Dan semoga awak pon gitu juga.


bagus awak buat byk kerja amal; keran, bila kita ninggal, kita tak tinggal yg lain hanya amal yang baik (dan semoga amal jahat kita terhapus oleh amat baik kita); sentiasalah berdoa ''Ya Allah jadikanlah hidupku berguna untuk Islam dan muslims''.. apalah guna hidup ini jika tiada yg benefit dari wujudnya kita.


HBV ini STD?? tak cerdik nyer dia..HBV ni mcm HIV la, blood-borne disease. HIV ni boleh dapat from transfusion, terluka etc etc. One day awak ckp ye, ''eh setahu saya cousin sy yg doctor kata, HBV, HIV ni bloodborne..jadi org yg kena HBV dari guna darah saya tu, kira ada STD ke?''..jika dia bijak, dia akan faham the cynical barbs inside this statement.


yes Viral Load is important follow up figures in this case; how many copies u still have is relevent to how you may fare in the future; i am sure that u will fare very well, that u akan sentiasa under control. get treatment. jgn rely on internet etc..im sure u r sensible enough not to.
tulis aje surat to KKM.. they will read it and process it; kita tak nak lah doctor tu masuk jel ke apa, cuma we want him to perform better. just write the letter first.


sy tak berapa paham dgn og yg tak tahu hormat og tua; tidak kah mreka ada parents?


a lunch box will do fo the Pall team..dont forget a card, with your name and the name of almarhumah mak you..manalah tahu kot kot salah seorng depa yg baca tu, rasa teringat dan sejuk hati kat mak u and doakan dia? doa dari org yg tak de kena mengena dgn u adalah doa yg sgt jujur



Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 04:02 PM | Show all posts
ipes2 replied at 21-3-2017 01:44 AM
masalah dgn darah tranfusion tu lain kak_sall, bukan semacam yg kaksall rasa ni.
sy yakin, kaksal ...

bukan ye... hahahha... ni dok dengar cakap2 org yg tak reti le... mak ksall mak sedara ksall semua dok kata dulu2 dia ni tak de problem pun dgn kulit... lepas accident tu la.. entah masuk darah sapa2 la... hehehe... ksall tak de le nk percaya 100% bahkan sebenarnya bersyukur banyak2 kerana ada org yg dok derma darah la membolehkan kita ni servive di saat2 kecemasan...
maybe faktor utama suasana kat hospital tu la kot ye...and cara hidup after accident juga.. maklum le.. lama jugak le bertapa kat spital ... tapi seriously la dr mmg kulit muka ksall dulu2 tak de jerawat pun... tak payah pakai produk apa pun... after accident tu mmg very sensitif...

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 05:14 PM | Show all posts
Saya tak ada la tidak puas hati dengan sistem perubatan malaysia. Sbb tak pernah lagi menjadi pesakit di hospital. Saya cume ingin luah kan tidak puas hati, skrg di internet. facebook, instragram kalau buka jer. mesti banyak yang menjual produk kesihatan, kecantikan dan macam-macam.

Lepas tue boleh dengan yakin, nyatakan boleh sembuhkan macam-macam penyakit. sedangkan diaorg bukan ahli perubatan bertauliah. semua penyakit boleh sembuh dengan supplement yang mereka jual. macam-macam testimoni yang diberikan. ruangan komen plak akan dipenuhi dengan komen suruh pm. Semua teruja untuk kurus, cantik, sembuh penyakit macam-macam. sejauh mana kebenaran dan pentauliahan tukang jual tak pernah dipersoalkan.

Pernah datang kat rumah, jual supplement kat mak saya. Macam2 janji diberikan, boleh sembuh dari kencing manis. tak payah dah makan ubat hospital. tapi yang penjual tue kelulusan takat spm. bukan ahli perubatan bertauliah. Kadang situasi macam nie bahaya. Orang tua akan mudah termakan janji manis. sehingga beli produk mereka, tinggalkan ubat hospital. kesan sampingan tue bukan mereka akan bertanggungjawab.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2017 10:41 PM | Show all posts
nora_balqis replied at 21-3-2017 05:14 PM
Saya tak ada la tidak puas hati dengan sistem perubatan malaysia. Sbb tak pernah lagi menjadi pesaki ...

ya betul NB, ini mmg byk sgt di mesia. sgt sedih bila kita fikirkan yg negara kita ni agak moden, tetapi pemikiran kita mungkin tidak sekedepan dgn infrastruktur kita.

yg utama ialah kurangnya penguatkuasaan. jika ada pon, depa buat derk je. sgt tak puas hati sy tentang ini..kerana sy yg berada dinegara lain boleh nmpk penguatkuasaannya.

satu lagi, kita masih percaya sgt pada sesuatu seolah olah ianya dah terbukti..eg rebus akar x, letak daun y dan campur honey dan minum tiga kali sari nanti penyakit A dan penyakit B boleh sembuh, dan cancer C boleh hilang. Jikalah semuanya semudah itu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 08:33 AM | Show all posts
ipes2 replied at 21-3-2017 10:41 PM
ya betul NB, ini mmg byk sgt di mesia. sgt sedih bila kita fikirkan yg negara kita ni agak moden,  ...

Betul dr, kebanyakan obses untuk putih,kurus, sembuh penyakit tanpa makan ubat yang betul. Asal ada duit boleh keluarkan produk sendiri. Penguatkuasaan terlalu kurang. kalau ada pun serbuan, rampasan dibuat. Biasanya nama produk tidak dinyatakan. itu pun setelah syarikat tue mengaut banyak keuntungan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-4-2017 12:02 AM | Show all posts
nora_balqis replied at 22-3-2017 08:33 AM
Betul dr, kebanyakan obses untuk putih,kurus, sembuh penyakit tanpa makan ubat yang betul. Asal ad ...

Ya, sy ada dengar tentang ini.
yang kita takut ialah kandungan benda yg dia taruk dlm supplements semua tu boleh membahaya kan eg steroids la, testosterone la dan mcm mcm lagi.
yg paling takut ialah chemicals yg boleh membawa kepada terbentuknya cancer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2017 12:23 AM | Show all posts
kak_sall replied at 21-3-2017 04:02 PM
bukan ye... hahahha... ni dok dengar cakap2 org yg tak reti le... mak ksall mak sedara ksall semua ...

hmm sepatutnya tak lah
maybe changes with time je kotg kak
sy takde jerawat
tapi isteri sampai sekarang berjerawat jika periods
hormones punya pasal la
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2017 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 2-4-2017 04:23 PM
hmm sepatutnya tak lah
maybe changes with time je kotg kak
sy takde jerawat

Dr Ipes, I nak tanya something ni
Ni berkaitan sepupu I yg tgh mengandung. Dia dikira high risk punya case sbb ada hx of HELLP syndrome, kena beranak awal.
So mmg kena shared care antara KKIA dan pakar O&G lah.

Yg menjadi kemusykilan adalah doc yg attend beliau di KKIA.
Doc tu mcm clueless gila, mcm tak tau apa2 pasal kandungan and the risks involved. Contohnya macam sepupu sy ada beta thalassemia trait jd Hb dia perpetually low, tp dia insist gak nak upkan dose hematinics sampai ferritin reading naik over 500. Last check up Hb cousin jd 8.3, dia suruh tukar dari FF tablet pg Iberet when doc pakar dh suruh stop any kind of hematinics.

Lagi satu masa VDRL test my cousin keluar result reactive utk rapid plasma test, dia kata my cousin kena syphlis and insist nak buat physical exam on both her and her husband. Bila my cuz bawak result tu jumpa doktor lain, doktor kata it could be a false positive result and it's common utk perempuan mengandung dpt false positive result sbb the test itself is not conclusive.

So persoalannya, patutkah dia report doctor tu dekat KKM for incompetency or is my cousin just being paranoid sbb her pregnancy is precious pregnancy and she is just overreacting? Banyak lg conduct doc tu yg mencerminkan yg dia sbnrnya clueless but then again we are both bukan org medical background and we could be wrong in our assessment abt his competency. Any advice?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2017 04:16 AM | Show all posts
aldilla_zahraa replied at 3-4-2017 11:20 AM
Dr Ipes, I nak tanya something ni
Ni berkaitan sepupu I yg tgh mengandung. Dia dikira high risk p ...

HELLP? Yes, dikira high risk dan kena pantau prenatally vey well, as well peripartum.
Oh, tapi beta-Thal dia trait je kan, bukan homozygous.. hmm tapi jika haematologist dah bagi suggestion, patut doc tu terima becoz ia adalah recommendation dari another professional. tapi dia boleh overrule, sebab dia pon pakar jugak dlm bidang dia..maybe sebab HELLP etc, dia nak improvekan juga Hb dan sacrifice sikit on haematinics profiles tu.

ha ha awat buat VDRL for spirochaetes masa tgh ngandung ni? syphilitic tests memang byk false positive and VDRL akan beri guides and advice on its intrepretation.
hish, sedap je kata org mungkin ada syphilis..yg ni sy tak berapa suka..
jika hanya pada 3 things above, takde lah byk hal sgt; i sebagai endocrinology doctor, taklah fasih sgt pasal HELLP contohnya; tetapi i will bergantung pada my fellow specialist la utk guide me. no, sy rasa he/she is still within his/her capacity dan taklah neglignce  etc..setakat yg i can garber from your input.

overall, you cuma rasa kecewa shaja and want a better doctor je, tetapi itu tidak menandakan that doc is incompetent atau negligence. Maybe next time you can choose a difference Obstetrician.

What is KKIA by the way?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.303307 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list