CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2087|Reply: 8

Ladies, Yakin Ke Hubungan Cinta Direstui Keluarga? Ketahui Dengan Cara Ini

[Copy link]
Post time 18-10-2016 11:33 AM | Show all posts |Read mode
Sumber: Girlchase.com


Penting bagi sepasang kekasih untuk mengetahui samada ibu bapa merestui atau tidak hubungan anda bersama pasangan yang dicintainya.


Mesti susah hati kalau ibu atau bapa menghalang percintaan anda berdua disebabkan tidak menyukai dirinya. Kalau sudah tidak suka, bagaimana nak melangkah ke alam perkahwinan kan?


Sebenarnya kalau nak tahu ibu bapa kita suka atau tidak dengan pasangan, senang sahaja. Mereka akan menunjukkan tanda suka melalui perkataan dan perbuatan yang spontan. Nak tahu apa, jom tengok:


1. Ibu anda akan membahasakan diri sebagai 'mama', 'ibu' atau 'emak' ketika bersembang dengan teman lelaki anda. Kadang-kadang ianya berlaku secara spontan samada sengaja atau pun tidak.


2. Ibu bapa anda selalu bertanya tentang khabar pasangan anda dan akan mengajaknya untuk makan malam bersama di rumah. Kadang-kadang sampai merajuk adik-beradik anda yang lain kerana ibu suka masak lauk kegemaran buah hati anda itu.


3. Selalunya ibu akan lebih banyak bercerita tentang diri anda kepada teman lelaki anda itu contohnya, "Anak makcik ni bukan pandai masak sangat. Harap sudilah terima dia dengan seadanya ya."


4. Ibu bapa anda selalu kirim salam kepada ibu bapanya walupun tidak pernah bersua muka. Ini membuktikan yang mereka sudah pun menjalinkan hubungan jarak jauh.

Sumberovepanky.com




5. Nama pasangan anda akan menjadi topik perbualan di kalangan ahli keluarga terutamanya dengan makcik-makcik. itu tanda yang bagus sebab ia menunjukkan yang ibu bapa anda mengakui perhubungan anda berdua.


6.Ibu bapa anda lebih percaya apa yang disampaikan teman lelaki berbanding apa yang diceritakan oleh anda.


7. Sekiranya bergaduh, ibu adalah orang pertama yang akan menghubungi pasangan untuk memujuk dirimu.


Jadi, ada tak tanda-tanda di atas berlaku pada diri anda? Kalau satu pun tak ada, maksudnya keluarga tak suka pada teman lelaki andalah tu. Tunggu apa lagi, boleh mula cari yang lain pula. - CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2016 12:22 PM | Show all posts
kalau berlainan bangsa dan agama, memang payah nak restu
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 18-10-2016 12:22 PM
kalau berlainan bangsa dan agama, memang payah nak restu

Laki org pn ssh dpt restu gak..hehe..kecuali laki org tu betul2 mantop....mantop dr segi hartalah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 02:09 PM | Show all posts
tak payah ketahui tanda2...

mak aku jenis terus cakap klu tak suka...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
awanjingga replied at 18-10-2016 02:09 PM
tak payah ketahui tanda2...

mak aku jenis terus cakap klu tak suka...

Kan...straight to the point gitu   
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 12:16 PM | Show all posts
pendiam perahsia betul mak ayak sendiri sampai kena tengok tanda tanda dari dorang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-1-2017 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
No one should determine your happiness
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2017 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada akali baca artikel pasal tokoh maal hijrah ada anak berapa belas entah. Dia kata cukuplah dengan membesarkan anak, tugas diorang cukup sampai situ dgn beri kasih sayang and tunjuk ajar jadi org yg baik and hormat ibubapa etc but when it comes to mencari pasangan hidup or marriage, as parents diorang rasa xperlu lah diorang tentukan dgn siapa anak2 nak kahwin cos jodoh tu urusan Allah SWT..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2017 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
I suruh mak i je yang carikan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.127543 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list