CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2971|Reply: 1

[Penulis] Antara PENULIS dan KAPITALIS

[Copy link]
Post time 21-10-2016 12:04 AM | Show all posts |Read mode
Antara PENULIS dan KAPITALIS

Penulis boleh menjadi kerjaya atau hobi.Bukan semua penulismengharapkan wang atau royalti.Sesiapa sahaja yang boleh menulis, iadikategorikan PENULIS.Ada yang suka menulis di forum,FB,blog ,buku,rencana,makalah,tesisdan sebagainya.

Khalifah  HarunAr-Rasyid ialah khalifah kelima daripada Bani Abbasiyah dalam zaman erakeemasan Islam dan amat mengambil berat dunia penulisan.Sebagai menggalakkanhasil karya,beliau telah membuat dasar bayaran emas  sebagai bayaran kepada hasil penulisan.Jikahasil penulisan seberat sekilogram,maka sekilogram emas diberikan kepadapenulis.

Khalifah ini  jugamembuka perpustakaan  Baitul Hikmah,mengandungi9 juta buku dalam pelbagai bahasa dunia dan dikunjungi sarjana dan pelajarpelusuk muka bumi untuk menimba ilmu.

Nilai kekayaan penulis British, JK Rowling ialah USD1 biliondan itu adalah jumlah mustahil bagi penulis di Malaysia mendapat pendapatansebanyak itu.
Jika dikumpulkan wang dan aset 100,000 orang penulis diMalaysia pun takkan sebanyak itu …

Setiap tahun negara melahirkan jutaan golongan profesionalsama ada lulusan kolej,universiti hatta lulusan luar negara namun amat sedikityang menulis buku ,mengapa?

Intelektual dan sarjana pada zaman dahulu terutama sekalizaman era keemasan Islam ,pemerintah amat menggalakkan penulisan buku keranahanya dengan cara itulah ilmu akan berkembang dan diperluaskan di sampingmeninggalkan khazanah ilmu buat generasi akan datang.
Andainya seorang doktor perubatan hanya menjalankan tugassebagai doktor sahaja di sebuah hospital dan tidak menulis,ilmu dankemahirannya akan dibawa mati ke kubur.Amatlah rugi .

Dua penulis novel , Latifah Mohd. Yusof (Anis Ayuni) dan Norzailina Nordin antarapenulis yang mendapat royalti lumayan dari syarikat penerbitan.Aku menemuikeduanya ketika mereka memberikan tips dan panduan berguna penulisan novel diPerpustakaan Negara,KL.Mereka berdua tidak lokek dengan ilmu,ramah danbercerita dari A ke Z sehingga aku memahami dunia penulisan novel.

Nasihat Norzailina Nordin ,pembaca era moden amatpeka.Jangan menulis mengenai kisah  dancerita seorang doktor jika malas berkunjung ke hospital dan berkawan dengandoktor.Nasihatnya amat tepat.

Dunia penulisan adalah dunia yang amat mencabar.Akucontohnya ,menyiapkan buku PERIBADI DR M sahaja mengambil masa lima tahun,mewawancara hampir 500 orang dari pemandu peribadi hingga politikus danpelbagai jenis manusia dan ragam aku temui.Ratusan jam di perpustakaan dan masaberkualiti bersama famili terpaksa dihadkan.
Dunia penulisan di Malaysia masih kelam dan samar.Terkiniseorang penulis yang menyaman syarikat penerbitan akhirnya dia pula kalah danterpaksa membayau ganti rugi.Aku tidak mahu mengulas panjang kes tersebut namunsebagai penulis,aku simpati.
Jika aku penerbit novel yang kemudiannya difilemkan,kemudianpula filem box office mengaut kutipan RM15 juta,aku akan berikan ganjaran khaspenulis  novel tersebutsekurang-kurangnya RM500,000.

Mengapa?Filem itu adalah ilham dari sebuah novel yangdihasilkan penulis.Sebagai penulis,aku tahu asam garam ,pahit maung menyiapkansesebuah buku dan novel.

Terkini seorang pensyarah Univ di Thailand mahu menterjemahbuku aku  “USAHAWAN KAYA WANG KAYA IMAN “ke bahasa Thailand dan aku izinkan dengan syarat hak aku sebagai penulis perlu diakui.Prosespenterjemahan sedang dilakukan .

Mengapa aku tulis tajuk antara penulis dan kapitalis?

Dalam industri penulisan,syarikat penerbitan bergantungkepada karya penulis sama adarencana,berita,puisi,sajak,cerpen,buku,rencana,jurnal,katalog dansebagainya.Tanpa penulis,sebuah syarikat tidak akan maju ke depan.

Membuka sebuah syarikat penerbitan amat mudah.Mendaftar SSMtidak sampai RM100 dan mempunyai pejabat di rumah pun boleh bergelar PENERBIT.
Mudah kan ?

Namun sebuah syarikat penerbitan hanya boleh berjaya jikamendapat karya berkualiti contohnya novel atau buku.

Sebuah buku dan novel 300 muka surat hanyalah RM8 sahaja  kosnya  danboleh dijual RM25.00 di pasaran dan penulis hanya mendapat royalti 6 peratusatau paling banyak 10 peratus .Jika laku 1000 naskhah setahun,penulis hanyamendapat RM2500 dan dibahagikan 365 hari,pendapatan penulis lebih terukberbanding penerima bantuan dari JKM.Itulah hakikatnya.

Kapitalis  berada dimana-mana ,bukan sahaja dalam industri penulisan.

Kapitalis boleh mengaut jutaan ringgit sebulan setelahmembayar pekerja dan royalti penulis-penulis.

Namun seorang penulis tegar sekalipun di Malaysia jika diberikanjangka hayat seperti Nabi Noh as sekali pun ,takkan berjaya mengumpul kekayaanseperti JK Rowling.
Seorang penulis yang telah berjaya menulis sebanyak 100 buahbuku,masih gagal membeli rumah banglo RM300K.Namun  di Amerika,seorang penulis lirik bagi sebuahlagu sahaja  boleh membeli kondominiumberharga USD1 juta.

Malaysia sebuah negara Islam yang membangun dan dikenalidunia Islam ,namun langkah melahirkan jutaan penulis tegar seakansuram.Andainya 20 % penduduk Malaysia menulis 5 buah buku sahaja,30 juta bukuberjaya dihasilkan dan jika diterjemahkan kepada 100 bahasa dunia,pendapatannegara boleh mencecah RM100 bilion setahun.

Namun  segelintir sikapkapitalis yang sengaja tidak memberi hak dan bayaran sepatutnya kepadapenulis,ia penyebab ramai rakyat Malaysia tidak mahu menulis sedangkan  Malaysia mempunyai banyak fasiliti canggih sepertiperpustakaan canggih dan pusat rekreasi yang tenangd an damai untuk menulis.

Ketika aku di Univ luar negara,aku rajin membaca diperpustakaan Univ ,membeli buku di toko buku sehingga 75 % duit bantuan bulanan pengajian aku habiskan untuk pembelianbuku,novel dan majalah.Jika mahu menjadi penulis,ubah sikap malas membacakepada rajin.Hingga kini aku masih membaca dan membaca.

Aku penat mencadangkan Universiti  Al-Qalam (Pena) kepada menteri danpolitikus.Aku berharap Univ akan melahirkan jutaan penulis berkualiti dalampelbagai bidang dan mampu mengeksport bahan ilmiah ke pelusuk muka bumi.

Namun sebagai insan biasa tiada Tan Sri dan Datok,suara akutidak pernah dipeduli.Mencari RM500  jutamembuka Univ bukan perkara mudah.
Ketika Sultan Mansyur Syah memerintah Melaka ,rakyatnyamampu bertutur 70 bahasa dunia dan ini menjadi tarikan pedagang pelusuk duniadatang ke pelabuhan Melaka.Melaka menjadi sebuah negeri kaya dan dicemburuiEropah dan akhirnya Melaka tewas ke tangan Portugis pada 1511 Masehi.
Hampir 500 tahun kita terjajah dan kita mendapat nikmatkemerdekaan.

Andainya negara tercinta tak pernah terjajah,mungkin kitalebih maju dan kaya berbanding hari ini.

Setiap tahun kerajaan membelanjakan wang yang besar untukindustri hiburan sehingga menjemput PSY melalak hiburkan rakyat pada Tahun BaruCina namun industri penulisan dipinggirkan.Seakan industri penulisan tidakmenyumbang kepada kemajuan dan pemodenan negara.

Setiap tahun,puluhan  ribu novel berada di pasaran ,namun andainyaia diterjemahkan ke bahasa Inggeris  danlain-lain , dijual pelusuk dunia,bukan sahaja pendapatan penerbitbertambah,malah penulis pun senyum menerima bayaran royalti.
  
Malaysia mempunyai  rakyat  yang boleh menulis,namun mereka terpaksamelupakan dunia penulisan akibat sikap tamak kapitalis dan kurangnya sokongankerajaan dalam industri penulisan.

Aku akan terus menulis kerna matlamat utama bukan wang namunkepuasan menyebarkan ilmu.Apa yang dipelajari dalam Univ dan pengalaman hidupboleh diterjemahkan dalam buku dan novel.Namun alangkah bagusnya melihat negaratercinta terkenal dengan jolokan “Perpustakaan Dunia” apabila jutaan buku danbahan ilmiah berkualiti dihasilkan setiap tahun.

Bukan semua boleh menulis namun sikap rajin membaca,menambahkemahiran,rajin bertanya dan mahu meninggalkan khazanah berharga akanmenjadikan seseorang berjaya menulis.

Buku Al-Qanun Fittib tulisan Ibnu Sina diterjemahkan lebih100 bahasa dunia dan menjadi rujukan sarjana perubatan Eropah dan dunia lebih500 tahun dan sehingga hari ini bukunya masih dikaji dan dibuat rujuan pakarperubatan moden.

Sarjana dan cendekiawan Eropah sanggup datang ke negarateluk untuk belajar bahasa arab  demimemahami buku Ibnu Sina dan tokoh ilmuwan lain.Ketika itu,kebanyakan buku sainsdan teknologi ditulis dalam  bahasa arabpada era zaman keemasan Islam.

Ibnu Sina hidup di zaman tiada komputer dan internet,mengapakita hidup pada zaman moden,boleh berkata”Aku tidak boleh menulis…” .

Negara kita mempunyai jutaan ibu tunggal,penganggur,lulusanpengajian tinggi ,pakar dan pelbagai lapisan masyarakat.Jika negara berjayahasilkan 50% rakyatnya bergelar penulis,tidak mustahil Malaysia akan diberijolokan”PERPUSTAKAN DUNIA”  dan menjadirujukan  seantero dunia dalam bidangindustri penulisan.

Ketika aku memberi training penulisan buku di Bernama KL dimana dihadiri pegawai kerajaan,swasta,mahasiswa dan sebagainya ,kebanyakanmereka mempunyai bakat penulisan namun tidak tahu bagaimana cara menulis.8 jamberceloteh dan memberi latihan kepada mereka amat menyeronokkan dan aku gembiramelihat ramai rakyat Malaysia mempunyai niat untuk menulis dan sanggup datangmenaiki bas dan teksi untuk mendengar celoteh aku berjam-jam.

Kata seorang pengarah Bernama bergelar Datok “I red ur bookbut this is first time I hear ur voice.Hope u come again….”
Kami berbual ketika rehat tengah hari sambil berkongsipandangan dalam industri buku.

Bulan lepas aku mengunjungi sebuah sekolah di luar negaradan terperanjat  melihat  perpustakaan sekolah tersebut hanya mempunyai10 buah buku.Mata jantanku merembes dan bersyukur menjadi rakyat Malaysia.
Aku cintakan buku.Kepayahan hidup ketika kanak-kanak di manaibu bapa tidak mampu membeli buku,aku mengayuh basikal ke rumah kawan untukmembaca buku di rumahnya.Hari ini membawa anak-anak ke kedai buku,aku berikanRM100 seorang untuk memilih buku,novel,majalah kesukaan mereka.

Zaman telah berubah…………….

Aku berharap pemimpin negara tercinta belajar dari KhalifahHarun Ar Rasyid membina tamadun ilmu,bukan membazirkan RM7 bilion membinamenara tinggi  yang tidak memberikanmakna kepada generasi akan datang.

Cukuplah KLCC menjadi ikon negara.

Maaf andai tersalah kata dan bicara.Terima kasih kernamembaca.

GAM

Teratak  Raedah,AlorGajah,Melaka
21 Oktober 2016 Masehi…………………

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2017 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju dgn pendapat ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.058857 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list