View: 3360|Reply: 3
|
Pamer Video Potong Rambut Sendiri, Sulli Sakit Jiwa Ke?
[Copy link]
|
|
Jika baru-baru ini, artis Korea ini dikecam kerana memuatnaik video berbaur seks, hari ini Sulli, ahli kumpulan f(x), memuatnaik videonya menggunting rambut sendiri di akaun Instagramnya. Macam-macam pula kerenah artis itu.
Video itu memaparkan Sulli yang berada di sebuah salon, menggunting sendiri hujung rambutnya sambil menatap ke arah kamera dan diperhatikan beberapa orang di dalam salon itu.
Lebih menjadi tanda tanya, mengapa dia membaling rambut yang sudah dipotong itu ke arah kamera sambil 'mengilai' ketawa?
Video itu sudah tentu menarik perhatian netizen yang mengatakan Sulli mahukan perhatian dan kemungkinan dia mempunyai masalah mental.
"Kesian, dia perlukan bantuan," kata seorang netizen.
Sementara itu, ada juga netizen yang menganggap ia perkara biasa dan tetap setia dengan Sulli.
Sumber foto: IG Sulli
Mungkin gadis itu sengaja memotong rambutnya sendiri dan video itu hanya gurauan semata untuk menceriakan hari peminatnya. Tetapi dari sejarahnya yang lepas-lepas, mungkin juga dia mempunyai masalah mental. Siapa tahu? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
gila kot... |
|
|
|
|
|
|
|
sulli ni ada masalah jiwa ke? dia dgn choiza tu da clash ke tu yg dia jd mcmni? sayangnya.. dulu comel2 je |
|
|
|
|
|
|
| |
|