View: 1928|Reply: 10
|
Jose Mourinho Diejek Setelah MU Kalah Di Tangan Chelsea 0-4
[Copy link]
|
|
Pasukan bimbingan Jose Mourinho, Manchester United tewas 0-4 di tangan Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi waktu Malaysia.
Penyerang Chelsea, Pedro mengejutkan pasukan pelawat menerusi jaringan terpantas liga setakat ini iaitu tidak sampai seminit selepas aksi bermula apabila menewaskan beberapa pertahanan dan memperdayakan penjaga gol, David de Gea.
Gary Cahill menambah duka skuad Mourinho apabila meledak jaringan kedua pada minit ke-21 dengan tuan rumah selesa di depan sebaik berakhir babak pertama.
sumber foto: ESPN
Chelsea tampak semakin berselera di babak kedua apabila Eden Hazard mencipta peluang buat dirinya dengan gerakan menarik yang disudahkan pada minit ke-61.
Tidak cukup dengan itu N'Golo Kante mencetak namanya selaku penjaring pada minit ke-69 hasil gerakan menarik yang memperdayakan de Gea.
Sementara itu, penyokong Chelsea sempat mengejek pengurus Manchester United, Jose Mourinho dengan melaungkan anda bukan istimewa lagi.
Dengan tujuh gelaran besar sejak dua kali membimbing Chelsea, Mourinho telah diiktiraf selaku pengurus paling berjaya, namun kepulangannya ke Stamford Bridge telah mencetuskan ejekan paling teruk daripada bekas penyokongnya itu sepanjang kerjaya beliau.- CARI
sumber foto: https://wpcluster.dctdigital.com
|
|
|
|
|
|
|
|
puas hati semalam tengok muka fan manyu terkedu lepas pedro sumbat gol |
|
|
|
|
|
|
|
aku sempat tgk sampai 1st half 2-0 je smlm.rugi pulak tak tgk full game
*padan muka tim pogba kena tapau |
|
|
|
|
|
|
|
alesandra replied at 24-10-2016 11:16 AM
aku sempat tgk sampai 1st half 2-0 je smlm.rugi pulak tak tgk full game
Kat liga kampungan serie a boleh la pogba berlagak star masuk epl flop terus |
|
|
|
|
|
|
|
abang brahim mana? |
|
|
|
|
|
|
|
ujung2 salah nak nganjengkan serie a,juve.eh mangkok...manager chelsea tu dtg dari la liga kaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
dgrnya skrg keje kt restoran mamak
|
|
|
|
|
|
|
|
Jose ni sampai sekarang, tak jumpa2 lagi 1st eleven dia. Pastuh formasi mcm haram, dan taktik yg sama. Tak habis2 attack dari wing. Cross dari wing. Tgh2 hancur. Bangang.
MU mmg terer 4-4-2. Guna jeh la sampai mati. Tukar2, jadi bangang. Patutnya semlm Felliani tak main, Lingard tak main, Rashford tak main.
Lepas nih, tukar laa formation.
Back 4
Vallencia(LB), Smalling(CB), Bailly/Fosu Mensah(CB), Shaw(RB)
Midfield
Martial (LM) Herrera/Pogba (CAM) Carrick(CAM) Mkhi/Mata(RM)
Front
Rooney (CF/ST) Zlatan(ST)
Sub-
Zlatan OUT
Rashford IN
Martial OUT
Depay IN |
|
|
|
|
|
|
|
dulu time SAF kemain eksyen yer fan2 manu ni.. hehehe
now roda sedang berputar.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|