Sumber Foto: mStar Online
Bukan sekali, malah sudah banyak kali Nabil Ahmad dikecam oleh pelbagai pihak kerana gurauannya yang dikatakan agak melampau.
Kali ini yang jadi 'mangsa' adalah penyanyi yang kebelakangan ini sedang hangat dibualkan dek isu berkenaan rumah tangganya, Elly Mazlein.
Namun, bagi Elly sendiri dia memahami apa yang cuba disampaikan Nabil pada masa itu dan sedikit pun tidak ada perasaan marah kepada pelawak terkenal tersebut.
“Saya faham Nabil hanya bergurau sahaja dan saya tidak mengambil hati dengannya. Alhamdulilah ramai yang prihatin, maknanya saya disayangi sekarang dan ramai mahu menjaga hati saya,” katanya dipetik daripada Astro Gempak.
Sumber Foto: IG Elly Mazlein
Nabil dikatakan biadap kerana menjadikan isu yang sensitif sebagai bahan gurauan dengan mengatakan, "Macam ni punya cantik pun berpisah jua."
Walaupun berasa sedih dan terkesan dengan lagu 'Berpisah Jua' yang dibawanya pada konsert minggu lalu, namun Elly tetap kuat berjuang memberikan persembahan yang terbaik.
Dia juga cukup tenang mengawal perasaan dan hanya tersenyum ketika Nabil 'bergurau kasar' malam itu. -CARI |