CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

Cerpen Bersiri: Sepetang Di Jakarta (Kemaskini: 27 November 2016)

  [Copy link]
Post time 7-11-2016 06:00 PM | Show all posts
awanjingga replied at 7-11-2016 04:01 PM
ntah tetiba rasa dh meresap masuk dlm watak Sabrina....
part sebelum tu xde mjiwai sgt. ...

wah...cik AJ pun dah like Sabrina ke?

kan.....harap dammerung tak matikan watak Sabrina ni..
rasanya watak Sabrina ni boleh jadi agen perisik yang cantik..
mcm Angelina Jolie tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2016 06:04 PM | Show all posts
Ipo replied at 30-10-2016 11:44 PM
Dari Jerman pun ada..
Paling cantik, wau berbentuk seekor sotong..  

@ipes2  nape I tak dapat notice you??
eh..dammerung tension ke?? sorry la damm..
ok, nanti inform pasal pesta wau tu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2016 11:50 PM | Show all posts
Jadi betullah pengalaman dammerung sendiri ni..
Mokcun tak pernah baca kisah travelog ni..
Betui kata Ipo, tak dak lagi ceghita gini kt sini..
Sambung lagi naa...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2016 09:54 AM | Show all posts
more please, dan please jangan buat ending terkejut macam tujuh hari. baru nak feel, dah tamat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2016 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Best! Sambung lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2016 06:41 PM | Show all posts
IV.

Bau yang amat dikenalinya menyengit hidung sebaik Sabrina menuruni tangga. Membesar sebagai anak doktor klinik sebuah daerah dimana hutang darah dibayar darah, bau darah bukanlah asing baginya. Sering kali dia dibawa ayah ke klinik ketika menguruskan kes-kes kecederaan parah yang biasanya melibatkan situasi huru-hara membuatkan Sabrina lali dengan situasi genting seperti yang dihadapinya sekarang. Di kala orang lain mungkin sudah panik, Sabrina mampu menenangkan diri dan fikirkan strategi untuk menyelamatkan staf-staf kedutaan dan pada yang sama, memastikan dirinya terus bernyawa.

Sabrina berselindung di sebalik dinding tangga tingkat dua. Rayuan dan raungan memenuhi ruangan pejabat kedutaan. Luruh hatinya mendengar satu-persatu rayuan didiamkan dengan tembakan. Pistol di tangan kiri mengigil oleh bauran marah dan sedih. Dia nekad membuat sesuatu untuk menyelamatkan staf-staf yang kini menunggu masa untuk mati.

Dia mendapat idea di saat terlihat tingkap kaca bertentangan dengannya. Rancangannya mudah tapi berisiko tinggi dan Sabrina tidak banyak pilihan. Lengan jaket suit dikoyak untuk dijadikan sarung tangan. Bunyi kaca pecah menarik perhatian penceroboh. Mereka menghentikan sementara aktiviti pembunuhan dan salah seorang memeriksa bunyi tersebut. Tepat seperti apa yang dirancang, askar penceroboh itu melewati satu ruangan dimana terlindung dari pandangan. Sabrina melompat keluar dari kegelapan dan tangkas bergayut di belakang askar. Belum sempat pertolongan dilaungkan, Sabrina memacu serpihan kaca dalam genggaman ke leher askar tersebut. Tanpa belas kasihan, Sabrina menamatkan riwayat penceroboh malang itu dengan menyentap keluar kaca hingga terkoyak daging dan kulit. Darah memancut-mancut membasahi Sabrina yang tenang merebahkan mangsanya ke lantai. Senapang AK-47 bertukar tangan, begitu juga dengan bekalan peluru dan dua biji bom tangan. Kini dengan kelengkapan senjata yang pelbagai, Sabrina yakin dia punya kelebihan.

Itu bukan kesimpulan yang dibuat berdasarkan emosi. Pada mulanya Sabrina mati akal memikirkan bagaimana untuk berdepan dengan pasukan askar penceroboh yang dilengkapi kelengkapan tentera canggih biasanya digunakan oleh skuad operasi khas. Tapi tindakan menewaskan salah seorang dari mereka dengan mudah membuatkan Sabrina mempersoal keupayaan askar penceroboh. Dari apa yang dialami sebentar tadi, seolah askar tersebut hanya memiliki latihan tentera yang sangat minimum, seperti askar gerila. Jika mereka adalah gerila, dari mana datangnya peralatan-peralatan moden tersebut?

Sabrina menggelengkan kepala. Sekarang bukan masa untuk mengaktifkan mod penganalisanya. Dia meneruskan pemeriksaan ke atas mayat askar. Sebaik dia menanggalkan helmet dan sarung muka hitam, wajah anak muda mungkin tak lebih dari 20 tahun 'menyambut'nya. Jangkaannya tepat, ini bukan tentera terlatih.

Sabrina melepaskan tembakan secara rawak dan tergocoh-gocoh sekumpulan uniform hitam -tanpa sebarang organisasi- menuju ke arah bunyi tersebut. Sebaik melihat rakan mereka terbaring bermandikan darah, kumpulan penceroboh mula panik. Sebutir bom tangan mendarat betul-betul di tengah kumpulan.

Lima saat terlalu cepat, lebih-lebih lagi pada kumpulan askar penceroboh yang terbangak-bangak mengacukan muncung senapang tanpa tujuan. Tak sempat otak memberitahu di kaki mereka ada bom, letupan kuat menggegarkan tingkat dua pejabat Kedutaan Besar Malaysia. Sabrina tahu bom tangan itu tidak cukup untuk membunuh celaka-celaka yang membunuh teman-teman sekerjanya. Pantas dia keluar dari persembunyian dan memasuki asap tebal. Lima tembakan dilepaskan. Kelegaan terpancar di wajah-wajah tebusan melihat Sabrina muncul di depan mereka.

"Pergi ke bilik duta sekarang!" Arah Sabrina. Pejabat Duta Besar diperkuatkan dengan bahan anti-penceroboh dan gempa dimana boleh diguna pakai sebagai 'panic room' di saat kecemasan seperti sekarang. Sabrina melihat sayu mayat-mayat staf kedutaan yang tak sempat diselamatkan.

Dua puluh tujuh staf kedutaan bersesak dalam bilik pejabat Duta Besar. Peralatan komunikasi dan pengawasan dihidupkan. Dari monitor-monitor, CCTV Sabrina dapat melihat tahap kerosakan dan pencerobohan pada Kedutaan Besar Malaysia. Salah satu monitor menayangkan kejadian tembak-menembak di antara pasukan keselamatan kedutaan dan askar-askar penceroboh. Pasukan Kapten Bakhtiar, walaupun diatasi dari segi bilangan dan kelengkapan senjata masih berupaya mempertahankan kedudukan mereka.

"Kapten tolong berundur ke office ambo sekarang!" Sabrina tahu pasukan keselamatan hanya menunggu masa untuk dikalahkan. Biar pun mereka mempunyai latihan ketenteraan yang tinggi, tapi tak berupaya berhadapan dengan penceroboh-penceroboh yang kini sedang membawa kereta kebal memasuki perkarangan kedutaan.

"Can't do ma'am, kami akan cuba sebaik mungkin" Suara Kapten Bakhtiar kedengaran jelas di speaker. Sabrina menumbuk meja. Dia cuba menahan air mata yang bertakung di mata dari tumpah. Benda terakhir yang mahu diperlihatkan kepada mereka di dalam bilik duta besar ialah ketua keselamatan yang bertanggung jawab untuk membawa mereka keluar dari kancah peperangan itu tengah menangis 'like a little bitch'.

Mereka hanya mampu melihat seorang demi seorang ahli pasukan Kapten Bakhtiar gugur di skrin monitor. Kejadian yang sedang dirakam oleh CCTV itu juga sedang disaksikan oleh Putrajaya. Lagi bertambah geram Sabrina apabila permintaan untuk Putrajaya bertindak masih tidak dibalas.

"PUTRAJAYA! PLEASE RESPOND! SEND BACKUP!"

"KBM Jakarta. Kami memahami dan berusaha untuk mencari pertolongan. Tolong bersabar" Suara wanita dari corong speaker amat mengecewakan.

"PUTRAJAYA, KAMI TAK BOLEH BERSABAR! IN 20 MINUTES WE'RE GOING TO BE F**KING DEAD!" Sabrina melemparkan mikrofon ke dinding.

"Chief, Puan Sabrina...Sabrina" Suara Kapten Bakhtiar putus-putus di speaker.

"Kapten. Tolong update situasi" Balas Sabrina.

"Hanya tinggal saya puan" Imej Kapten Bakhtiar tersandar sambil menembak mungkin baki peluru terakhirnya.

"Puan, let say kalau saya hidup, would you go out on a date with me?"

"Kapten, tunggu situ. I'm coming to get you"

"Nope..no..jangan..Puan, saya cuba melengahkan mereka sementara tunggu Putrajaya"

Sabrina tak boleh tahan lagi. Dia melengkapkan diri dengan senjata dan bergegas ke pintu. Sekumpulan staf kedutaan menghalang Sabrina dari keluar.

"Chief, kami tak boleh benarkan you keluar. Your responsibility is to protect us" Kata-kata tegas Ms Ching, pegawai dari MOF.

Sabrina tak mempedulikan kata-kata seorang akauntan dan menekan punat kod pintu tapi dihalang oleh Ms Ching.

"If you go out there and leave us here, our death will be on your bloody hands!"

Sabrina terduduk memeluk lutut. Telinga ditutup serapat-rapatnya. Dia tak sanggup mendengar rintihan terakhir Kapten Bakhtiar yang masih cuba berhubungan dengannya. Tiba-tiba dia bingkas bangun dan mendapatkan mikrofon.

"Bakhtiar. Kita keluar dates okay? Lepas ni kita keluar date just you and me. I nak you belanja I makan ..." Sabrina tak dapat menghabiskan kata-kata. Mata terpaku pada skrin CCTV yang sedang memaparkan Kapten Bakhtiar dikerumuni tentera penceroboh. Muncung-muncung senapang diacukan pada Kapten Bakhtiar.

"Sabrina..."

"Yes Captain"

"I have a crush on you..."

Apa terjadi seterusnya ialah tubuh Kapten Bakhtiar di hujani peluru. Pesta menembak ketua pasukan keselamatan kedutaan Malaysia berterusan sehingga kehabisan peluru. Imej tangan terkulai di skrin cukup memberitahu Sabrina bahawa Kapten Bakhtiar telah tiada.

Pejabat Duta Besar bergegar kuat, seperti dilanda gempa bumi diikuti satu lagi gegaran. Dari skrin CCTV, dua kereta kebal mengambil giliran membedil pejabat duta besar. Sabrina pasti ianya bukan tembakan rawak kerana dua kali bedilan mortar tepat ke bilik duta.

Walaupun dilengkapi sistem keselamatan terkini, panic room itu tidak mampu menahan tembakan mortar berterusan. Lambat-laun dinding akan ditembusi.Jika tadi Sabrina masih menaruh harapan kini dia hanya menghitung waktu untuk mengalami nasib sama seperti Kapten Bakhtiar. Dia mendekati staf-staf yang masih berharap Sabrina akan membawa mereka keluar.

"Tuan, puan...saya minta maaf.." Kata Sabrina dengan suara terketar-ketar.

"Apa tu?" Salah seorang dari staf kedutaan menunjuk ke skrin CCTV.

CCTV askar-askar penceroboh berundur dan asap keluar dari kedua-dua kereta kebal. Satu cahaya terang memenuhi skrin CCTV. Apabila imej kembali, kelihatan semua askar penceroboh terbaring di tanah.

Pintu bilik duta besar diketuk. Skrin CCTV memapar pasukan beruniform di luar bilik. Salah seorang membuat isyarat pada kamera untuk berkomunikasi.

"Nyatakan nama dan asal" Tanya Sabrina pendek.

"Kapten Rama. TNI" Lelaki di luar menayang logo di bahu. Sabrina menekan punat kod dan sebaik pintu terbuka, satu tumbukan dilayangkan ke arah pipi Kapten Rama. Sabrina bukan calang-calang orang dan tumbukannya mampu meretakkan rahang seorang lelaki dewasa tetapi Kapten Rama juga bukan calang-calang tentera. Penumbuk Sabrina ditepis oleh tindakan refleksi Rama dan disusuli muncung-muncung senapang diacu tepat ke muka Sabrina oleh anak-anak buahnya.

"You.are.f**king.late" Kemarahan Sabrina tidak terbendung. Gara-gara TNI yang lambat bertindak, Kapten Bakhtiar, pasukannya dan tujuh orang staf kedutaan menjadi korban.

Kapten Rama tidak menjawab. Dia diberi arahan untuk menyelamatkan staf-staf Kedutaan Besar Malaysia, bukan untuk berbual. Dia melepaskan pergelangan tangan Sabrina.

Mereka diiringi ke laman kompleks kedutaan. Dari jauh dia melihat pasukan penyelamat menyusun mayat-mayat pasukan Kapten Bakhtiar untuk dimasukkan ke dalam beg mayat. Jalan raya bermandikan darah ahli Panji Merah. Semakin lama dia melihat kemusnahan yang bertebaran depan mata semakin keliru Sabrina jadinya. Tentera uniform hitam yang tidak terlatih tetapi dibekalkan dengan kelengkapan ketenteraan canggih musuh siapa sebenarnya? Apa-apa pun Sabrina tahu musuhnya bukan TNI, bukan POLRI, bukan pemerintah Indonesia tetapi kumpulan misteri yang cuba mengambil alih tampuk kuasa Indonesia.

Konvoi kereta perisai Barracuda membawa Sabrina dan staf-staf kedutaan ke lokasi rahsia. Mereka tiba di sebuah kem yang dibina atas lapangan luas. Di tengah-tengah kesibukan kem tersebut, Sabrina mengenali lelaki mat salleh berambut jingga beberapa meter di hadapannya.

"Guus!" Sabrina berlari mendapatkan rakan sejawatan dari Kedutaan Belanda Indonesia. Kegembiraan disambut pendek kedua-dua pegawai diplomatik itu kerana banyak persoalan yang mahu diutarakan.

(Bersambung)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2016 08:48 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 12-11-2016 07:50 PM
dammerung replied at 12-11-2016 05:41 PM
IV.

Bau yang amat dikenalinya menyengit hidung sebaik Sabrina menuruni tangga. Membesar sebagai a ...

wah! Hari ni  buka forum..dah ada sambungan ya damm
gagah jugaklah membaca part IV ni..walau dah

Sabrina ni cukup terlatih. Aku dah bayangkan si Angelina Jolie dah ni
Eh, sempat lagi kapten tu confess
tapi sayang...cinta tak kesampaian

ada apa-apa ke si mat saleh rambut jingga dengan Sabrina?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2016 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai kapten..awat tak mengaku awai2

Emm..kumpulan misteri?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2016 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 12-11-2016 08:48 PM
wah! Hari ni  buka forum..dah ada sambungan ya damm
gagah jugaklah membaca part IV ni..wa ...

Hang pa demam ka?..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 11:27 AM | Show all posts

dah sihat sikit mokcun..
selsema ada lagi ni...
mokcun sihat?


Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 05:23 PM | Show all posts
Ipo replied at 14-11-2016 11:27 AM
dah sihat sikit mokcun..
selsema ada lagi ni...
mokcun sihat?


alhamdulillah...
ramai yang demam , musim hujan la ni..

dammerung pulak bila nak sambung?

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 12:11 PM | Show all posts
damm dah lupa ya kat sini??
request ni...nak cerita seram misteri dari damm,
nah kasi bunga dan kopi dulu
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 02:13 PM | Show all posts
Lama tak masuk sini...
Ni pun sebab @Ipo ada mention kt bod MPS...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 11:41 AM | Show all posts
tak ada sambungan jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
I think Ham dan Sabrina ni keluar date sebab tu damm pun tak sambung2 lagi..
Sabrina terjumpa tanpa sengaja dengan Ham, terjatuh cinta dan ter'date'..

Adeh..rosak cerita damm

Sebenarnya aku dah bosan ni...merapu je la kt sini
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 09:42 AM | Show all posts
dam dum dam bunyi mercun
hmm..hmm..bila nak sambung deknon...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2016 10:14 AM | Show all posts
harap bersabar semua. Sekarang ni aku takda rakaman dah so cerita semua kena reka sendiri.

baru tahu susah gila sebenarnya nak jadi penulis.

update seterusnya dalam proses pembikinan dan penggorengan secukup rasa.

untuk meraikan transisi baru, avatar Clint Eastwood telah ditukar kepada salah satu screen hero aku, cuba teka sape hehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 10:32 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 24-11-2016 08:22 PM
dammerung replied at 23-11-2016 09:14 AM
harap bersabar semua. Sekarang ni aku takda rakaman dah so cerita semua kena reka sendiri.

baru  ...

silakan goreng sampai masak

eh yang avvy terbaru ni bukan Clint Eastwood masa tua ke?
ke orang lain...





dah dapat teka..
Marcello Mastroianni!!
tapi tak suka film dia...more to romance
Clint Eastwood lain rupanya masa tua..pandai2 je aku ni

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 10:34 AM | Show all posts
jangan lupa update tau..
nak off dulu..ada kerja..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
dammerung replied at 23-11-2016 10:14 AM
harap bersabar semua. Sekarang ni aku takda rakaman dah so cerita semua kena reka sendiri.

baru  ...

Mokcun duk tunggu jugak ni
Bila nak sambung ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.074844 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list