CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sellie003

NOVEL~ Jadilah Kekasihku Selamanya

[Copy link]
 Author| Post time 1-11-2016 01:50 PM | Show all posts
“GOOD Morning Aunty Kally.” Mikail memaut mesra ibu itu. Sekian lama tidak ke temu. Ingin dilepaskan rasa rindunya itu. Muuuhh…

“Wey.” Sempat muka Mikail ditahan dengan telapak tangan seseorang. Lelaki ini cukup meluat. Berani sungguh. Dia menolak muka Mikail hingga terteleng ke belakang.

        Lelaki itu memaut mesra bahu si ibu.

        “Ni apa hal nak cium-cium mak orang? Mak sendiri, tak nak, nak cium.”
        “Hekeleh. Aku rindu dengan aunty lah. Kedekut.”

        “Dah jom sarapan kamu berdua ni. Pagi-pagi dah bergaduh. Rezeki tak masuk tahu.”

        Dua jejaka itu menerima piatan telinga. Seorang di kiri seorang di kanan. Menyeringai mereka menerima habuan kenakalan mereka berdua.

        Puan Khalija sudah ke meja makan. Kedua jejaka tadi saling tersengih-mengih sambil menggosok-gosok telinga masing-masing.

        Puan Khalija menuang minuman dalam cawan untuk 3 orang. Tuan Adman membelek surat khabar The Star, diletakkan di sebelah tepi meja. Tuan Adman lebih banyak diam. Kurang bercampur hal mereka anak beranak tadi.

        Cukuplah anak lelakinya dan isteri tercinta memberi keceriaan dan kebahagiaan kepadanya.

        Cawan dihulurkan kepada mereka bertiga. Kemudian, berebut Khalif dan Mikail mahu menuang minuman dalam cawan buat si ibu. Tersenyum Puan Khalija melihat telatah mereka berdua. Pelik juga pagi-pagi begini, Mikail berada di rumah mereka. Agaknya, pasti anak muda ini bermalam di sini.

        “Mika bila balik Malaysia?”

        Mikail yang galak membaham roti salad tuna mula mengunyah perlahan.

        “Masuk dua hari dah saya kat Malaysia Aunty Kally.”

         Panggilan mesra Mikail buat Puan Khalija

        “Dua hari? Sebelum tu kamu duduk mana?”
        “Hotel. Hotel Diamond.”
        “Jadi, kamu diarahkan ayahanda dan bonda kamu menguruskan Hotel Diamond?”
        “Nampaknya begitulah aunty.” Mikail tersenyum seraya menyambung makan.

        Khalif dan Tuan Adman sekadar mendengar tanpa menyampuk perbualan mereka berdua.

        “Oh ya aunty. Mika ingat nak ajak Alif duduk sekali kat Kondo di Country Height. Boleh kan aunty Alif temankan Mika?”

Terhenti kunyahan Khalif. Memandai betul si mangkuk ni nak aku tinggal dengan dia.

“Woit, woit…apa pulak aku kena temankan kau?”

“Bukan aku yang nak sangat kau temankan aku. Dari bonda yang teman, baik kau. Kau taukan bonda aku macam mana.”

“Biarlah dia teman. Apa masalahnya?”

“Kau ni macam tak faham-faham. Aku kan…”

Terhenti percakapan Mikail saat matanya melirik kepada Puan Khalija dan Tuan  Adman. Mereka berdua sedari tadi hanya memerhatikan dua sepupu ini saling berlawan kata. Mana pernah nak cakap baik-baik. Macam ajak gaduh kalau kedua pemuda ini saling berbicara.

“Eloklah bonda kau teman. Bagi jinak sikit perangai kau…aaa…!”

Terjerit kecil Khalif apabila terasa kakinya dipijak-pijak Mikail.

“Apa tu Alif?…Mika?”
“Dia ni…”

Mereka berdua saling menunding jari di hadapan Puan Khalija dan Encik Adman.

“Dah, habiskan sarapan tu. Lepas tu, kamu berdua nak bertekak nak mencekik satu sama lain pun tak kisah.”

Terus mereka berdua habiskan sisa hidangan apabila ditegur Tuan Adman yang nampak tegas dan betapa kuat aura kebapaan serta sebagai ketua keluarga. Kalah aura ayahanda, Tan Sri Raja Aluddin merangkap bapa Mikail yang lebih mesra dan melayan anak sendiri sebagai sahabat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2016 02:43 PM | Show all posts
sellie003 replied at 1-11-2016 01:50 PM
“GOOD Morning Aunty Kally.” Mikail memaut mesra ibu itu. Sekian lama tidak ke temu. Ingin dilepask ...

wow! kerabat rupanya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2016 10:15 AM | Show all posts
BAB 7

Serentak, Khalif dan Mikail hempas punggung pada sofa empuk. Sesi mengemas gara-gara berpindah berjaya dilaksanakan dengan sempurna.

Perabot dan segala kelengkapan rumah sudah ada, lengkap semunya. Cuma perlu dicantikkan lagi. Acara mengecat, menyapu, menyusun dan mengemop sama-sama dilakukan Khalif dan Mikail.

“Amacam bro. Nak tak tinggal dengan aku? Besar ni. Tak syoklah tak ada member. Boleh mati berdiri aku bosan tahap gaban sorang-sorang kat kondo ni.”

“Kenapa tak ajak aje member-member sosial kau, tinggal dengan kau?”

“Hei bro. Kau ingat…bonda aku senang-senang ke nak lepaskan aku duduk sendiri macam ni. Aku bagitau bonda aku tau yang kau tinggal dengan aku. Terus bonda aku bagi green light tanpa banyak soal. Bonda aku tu, dah siasat semua background kawan-kawan sosial aku. Memang dia pangkah habis-habisan kalau aku sebumbung dengan diorang.”

“Sayang betul bonda kau dengan kau ni. Kau patut bangga tau. Dia nak kau jadi manusia bukan monyet.”

Mikail yang bersandar kepala pada sofa memandang bengang Khalif yang selamba memerli dirinya yang tak cukup baik ini.

“Kau kalau cakap dengan aku…bikin panas aje hati aku.”

"Aku bukan cakap kosong ni bro. Aku hentam kau bagi kau sedar. Tu sebab Bonda Ana nak aku tinggal dengan kau. Boleh aku brainwash otak dan hati kau bagi insaf lebih. Hahahah…”

Khalif tertawa lepas. Dia awal-awal menerima panggilan Bonda Ana, gelaran mesra Khalif terhadap ibu Mikail, sebelum Mikail bercadang mahu berpindah untuk hidup sendiri.

Bonda Ana mengharapkan Khalif sudi mengawal tingkah laku Mikail. Anak lelaki tunggalnya itu, sudah maklum tahap liar dan lepas laku kehidupan sosialnya. Mikail dilihat lebih rapat dan mendengar juga kata-kata Khalif walaupun mereka sebaya.

Khalif dianggap ábang’kepada Mikail. Satu-satunya waris lelaki yang dia ada. Lagi 4 anaknya, perempuan semua. Silap Bonda Ana terlalu manjakan anak lelaki bongsu nan seorang. Sehingga mengabaikan pendidikan agama buat anak itu. Sudahnya, bila terlebih tatang…rosak jadinya jiwa anak itu.

Nak pukul, bukan kecil lagi. Sukar dilentur. Kena ambil pendekatan psikologi untuk anak itu. Khalif, antara sepupu yang boleh membawa anaknya itu ke arah yang lebih baik. Khalif menegur terus mengena batang hidung hingga anak itu jadi segan sendiri.

“Monyet sekarang dah advance tau. Ala-ala dalam filem ápe tu…macam-macam boleh buat. Jadi manusia boleh…monyet pun boleh. Hehehe…”

“Huh, cakap tak pernah kalah. Puii…”

Mereka berdua saling bergelut.

“Weh, dapur cantik kau tu ada makanan tak? Lapar ni.”

Khalif meraba perut yang mula berkeroncong.

“Kan baru pindah. Mana sempat shopping barang dapur. Makan luarlah. Disebabkan kau dah tolong aku…aku belanja.”
“Macam nilah member.”

Khalif memaut bahu Mikail. Mereka beriringan menuju tempat makan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2016 11:38 AM | Show all posts
HARI pertama Mikail bekerja di Hotel Diamond, amat-amat membosankan. Fail-fail bersusun atas meja belum sekali disentuh.

Mikail menarik laci meja dan mengambil smart phone yang ditinggalkan seorang gadis misteri di tempat parkir. Kemungkinan ianya terjatuh semasa kejadian dan pemilik, tidak menyedarinya.
Mikail galak memutar-mutar smart phone ditangan. Dia menghela nafas. Dia mula menekan punat. Terpapar wallpaper gambar pemilik smart phone tersebut. Gambar selfie depan kaunter Hotel Diamond.

Mikail mengukir senyum. Manis. Gadis itu mengenakan kebaya batik warna ungu, biru merupakan pakaian seragam Hotel Diamond.

Acapkali dia menggodek isi telefon tersebut. Sempat juga dia menceroboh ruangan whatsapp, membaca beberapa ulasan di situ. Ada juga paparan gambar dan video lucu dalam smart phone gadis itu.

Mungkin kenalannya yang hantar. Ada juga gambar peribadi keluarga gadis tersebut. Teruja juga dia melihat gambar-gambar keluarga besar gadis itu. Hilang juga rasa bosannya melayan smart phone gadis itu.

Kedengaran pintu diketuk dari luar. Kelam-kabut Mikail menyimpan semula smart phone dalam laci dan mula ambil fail atas meja. Buat-buat sibuk.

“Masuk.” Mikail terus menunduk melihat dokumen sedangkan langsung tidak dibacanya. Pura-pura sahaja.

“Sibuk nampak.”

Heh? Terus Mikail termengadah.

“Woi kau. Datang tak call dulu.”

Mikail bangkit dari duduk tatkala melihat Khalif menyengih terpacul depan mata. Macam tau-tau aku tengah tahap bosan ni.

Pertemuan akrab mereka dimulai salam semut.

“Wahh…hebat bilik office kau ni Mika. Kalah bilik office aku yang so-so aje.”
“Dah aku pengusaha hotel. Mestilah gah.”
“Hey, kau dah breakfast? Jomlah, sempena hari pertama kau kerja.”
“Kau belanja ke?”
“Ye, aku belanja. Nak breakfast kat mana?”
“Jom pekena mamak. Teringin nak roti canai dan Teh Tarik kaw.”
“Yelah. Aku pun asyik pekena sandwich bosan gak.”

Khalif langsung ke Hotel Diamond. Hilang mood dia mahu berada dalam pejabat setelah dia berperang dingin dengan Naurah. Pagi-pagi lagi gadis itu buat dia stress.

Disuruh buat begini, gadis itu buat begitu. Sakit hatinya. Bagi meredakan hati yang tengah panas, elok dia mengeteh dengan Mikail. Nak ajak member sepejabat. Tiada yang serasi dengannya.

“Yang kau keluar waktu office ni, tak ada yang sound ke?”
“Aku bagi alasan nak lawat site. Tapi, memang nak ke site pun lepas ni, nak tengok perkembangan projek. Duduk dalam office pun boleh sakit jiwa aku kat dalam tu.”

“Aik, lain macam aje. Kau gaduh lagi dengan awek tu?”

“Huh, mau taknya. Pagi-pagi lagi buat aku hangin. Apa yang aku suruh, dia tak ikut. Ikut keras kepala dia aje. Susahlah macam ni.”

“Lah, dia masih tak puas hati ke? Kau dah buat plan yang aku suruh tu?”

“Plan apa yang aku tak buat bro. Macam-macam. Nota sweet-sweet. Senyum, sapaan mesra, sabar…semuanya bro. Tapi tak ada kesan pun. Lagi tunjuk ek dengan aku ada lah.”

Mikail pelik. Perempuan macam ni pun ada.

“Tak pernah aku jumpa perempuan macam tu. Setiap kali aku buat plan-plan tu, perempuan jual mahal pun cair.”

“Ni bukan jual mahal lagi ni bro. Ni tahap tak ada perasaan.”

Sampai dimeja makan mereka labuhkan duduk dan memesan sarapan.

“Kalau ikutkan hati aku ni. Nak aje aku…eee…”

Khalif membuat isyarat nak cekik orang.

Mikail tertawa. Lucu pula melihat gelagat Khalif. Geram sangatlah tu.

“Kau nak cekik dia…?”

Khalif menggeleng. Terus dia bersandar pada kerusi dan berpeluk tubuh.

“Aku nak cium, cium dia. Geram.”

Hahah… Kuat Mikail ketawa. Ingat yelah nak cekik. Boleh tahan merenyam member aku ni.

“Woi, woi…udah-udahlah tu gelakkan aku sampai satu restoran dengar. Aku bengang ni. Jangan kau pulak tambah bengang aku. Ada juga yang kena curah dengan kari mamak ni karang.”

“Okey, okey. Rileks lah.”

Sampai pesanan mereka dengan kalimah Bismillah, mereka makan tanpa toleh kiri, kanan. Usai bedal roti canai sehingga menjilat jari, mereka mencicip Teh Tarik Kaw panas-panas. Berehat sebentar bagi melancarkan penghadaman.

“Kau ada plan lain tak?”
“Ada. Tapi…kau kena beranilah.”
“Maksud kau?”
“Perempuan begini, kalau tak jalan cara halus…kena cara kasarlah. Cuma, kau sanggup tak sanggup aje.”

“Tak kisahlah. Aku nak dengar plan kau tu.”
“Begini…”

Khalif menyua telinga dan mula tekun mendengar rancangan Mikail secara berbisik.

“Woi kau…!”

Pantas mulut Khalif dipekup Mikail. Mereka berdua pandang sekeliling. Beberapa pengunjung tertoleh juga melihat keletah mereka berdua. Namun, hanya seketika.

Lega mereka melihat pengunjung tidak ambil pusing pun.

“Aku cakap tadi kan. Tapi…bagi aku…ini aje cara yang boleh buat awek tu tak berani lagi. Aku jamin hundred percent. Muahh…” Mikail mencium kekura tangan ala-ala trendmark ‘Che Man’ daripada pelakon veteran dari filem Rock Oo.

Khalif mengurut dagu. Memikirkan plan yang baginya, agak gila itu.

“Hundred percent ya plan ni menjadi?”

Khalif mohon kepastian daripada Mikail. Dia sebenarnya cuba yakinkan diri, samaada boleh atau tidak dia  menjayakan plan tersebut.

“Hudred percent bila kau berani mencuba. That’s the point.”

Fuh! Khalif urut dada. Sedikit gemuruh. Boleh ke aku buat ni?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 03:34 PM | Show all posts
sellie003 replied at 2-11-2016 11:38 AM
HARI pertama Mikail bekerja di Hotel Diamond, amat-amat membosankan. Fail-fail bersusun atas meja be ...

makin menarik cerita ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2016 10:52 AM | Show all posts
BAB 8

Naurah mengeluh. Puas dia mencari fail yang berkaitan projek infrastruktur yang menjadi projek bersama. Dia ingin lebih terperinci melihat laporan tersebut. Dia mahu lakukan secara sendirian untuk membuktikan kemampuannya.

“Awak buat apa kat bilik saya ni?”

Terkejut bukan kepalang Naurah disapa dari belakang. Disangkakan lelaki itu tidak masuk lagi pejabat setelah lelaki itu seharian di luar.

“Bila saya tanya, tolong mengadap saya. Bukan belakangkan saya!”

Terhinjut bahu Naurah disergah begitu. Belum pernah dia mendengar suara lantang lelaki itu. Selama ini, lelaki itu sabar dan tidak pernah meninggikan suara. Setakat buat muka bengang dan pejam-pejam mata menahan marah tu ada lah.

Perlahan-lahan Naurah memusingkan badan. Sedikit menunduk. Tidak berani bertentang mata. Terasa aura berang lelaki itu. Kuat sangat.

“Answer my question now. What are you doing in my office, Miss Naurah?”

Khalif berpeluk tubuh. Memang dah melampau. Berani gadis itu menceroboh biliknya tanpa pengetahuannya. Apa masalah dia ni sebenarnya?

Naurah menarik nafas. Mengumpul kekuatan yang ada. Alang-alang depan mata, baik dia berterus terang dan maju ke depan.

“Saya cari fail projek yang kita sama-sama buat tu. Saya nak buat kertas cadangan saya sendiri.” That’s it. Lega bila dapat luahkan.

Membulat iris mata Khalif. What? Kali ini, dia bercekak pinggang pula. Betul-betul tak sangka. Selama ini, gadis ini tidak suka bekerjasama dengannya?

Ini baru projek pertama, dia dah suka nak buat sendiri. Bagaimana dengan projek-projek akan datang? Nonsense.

“Awak tau dah pukul berapa sekarang?”

Hah? Naurah naif melihat jam tangan. Hadiah dari teman tersayang sempena hari pertamanya bekerja. Rozy memang sahabat sejati.

“Err…pukul enam setengah petang?”

Naurah memandang hairan roman wajah Khalif. Senyuman sinis dan wajah itu… Naurah telan air liur. Nampak scary wajah itu.

“Yeah, enam setengah petang. Rasanya, tiada sesiapa kat office ni. Just you…and me.”

Naurah tersentak dan mula kecut perut.

Khalif berlalu depan pintu. Klik. Naurah semakin dihenyak ketakutan. Tombol pintu dikunci Khalif.
Naurah terundur ke belakang melihatkan Khalif mula mara ke depan.

“En…encik…kenapa ni…?”
“Kau tanya aku kenapa?”

Naurah terketar. Panggilan saya, awak…hilang dah. Sikap budiman lelaki itu pun dah melayang ke mana. Nampaknya, Naurah sedang kejutkan harimau yang sedang tidur rupanya.

Naurah melingas melihat pintu. Dia perlu menuju arah pintu, keluar dari sini. Tanpa fikir panjang, Naurah melarikan diri. Namun, lelaki itu lebih pantas memintas Naurah. Naurah panik dan berpatah balik cuba loloskan diri dari dikepung Khalif.

Apakan daya, amarah Khalif seakan tidak mampu dibendung. Sempat dia menyambar pergelangan tangan Naurah sewaktu meloloskan diri. Dan ditarik Naurah sehingga berada dalam dakapan Khalif.

Naurah meronta-ronta hampir terlepas. Kemudian, tubuh molek Naurah dipeluk dari belakang dan dikilas pergelangan tangan gadis itu dengan kuat dan kejap lagi.

Naurah yang semakin dihenyak ketakutan, menjerit meminta pertolongan. Namun, telapak tangan Khalif menekup mulut Naurah.

“Diam, aku kata diam!”

Naurah mengongoi. Tidak mampu melawan kudrat lelaki yang sedang diamuk marah. Naurah mula menyesal akan sikapnya terhadap lelaki itu. Tidak terlintas fikirannya yang Khalif kelihatan budiman, bertindak agresif begini.

“Kenapa menangis? Kau sukakan lihat aku macam ni. Kau ingat, aku seronok-seronok datang kerja semata-mata nak bertekak hari-hari dengan kau. Apa yang buat kau benci sangat aku hah?! Kalau sebab kau tak puas hati pasal hari interview tu…sekarang ni…kau dah pun diterima kerja kan. Aku dah buat macam-macam…bagi note, minta maaf…apa lagi kau nak…? Kau nak aku sembah sujud kau baru puas hati ke? Sembah sujud tu…layak untuk Allah…bukan dengan manusia hati busuk  macam kau ni…”

Naurah berhenti menangis. Note? Note froggy yang hari-hari tepek kat komputer aku tu ke?
Melihat gadis itu tidak lagi meronta dan menangis, Khalif sedikit pelik. Beberapa ketika mereka diam. Perlahan-lahan, Khalif kendurkan telapak tangan dari terus menekup mulut Naurah. Rangkulan pun sedikit terlerai.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-11-2016 10:56 AM | Show all posts
“WOIT, apahal bergelap ni?” Rozy agak terkejut melihatkan Naurah sedang duduk atas sofa dalam gelap.

Nasib ada samar-samar lampu dari luar dapat dia mengecam diri Naurah yang duduk diam begitu. Jika tidak. Harus dia mati kejung akibat terlihat lembaga misteri atas sofa.

Nak kata elektrik kena potong. Minggu lepas dah bayar dah. Rozy tidak suka bertangguh-tangguh soal membayar bil. Memang dapat sahaja gaji, itu yang kena lunaskan dulu.

Naurah langsung tidak berkutik. Hah tidak, huh pun tidak. Asyik benar mengelamun kosong ke suatu arah tanpa tujuan pasti. Makin berlapis-lapis dahi Rozy.

Dah kenapa tu? Takkan dah kena sampuk kot.

Perlahan-lahan Rozy melangkah mendekati Naurah. Takut-takut jugalah. Mana tau itu bukan Naurah. Makhluk lain yang menyamar ke kan. Hish, simpanglah benda-benda macam tu. Sepanjang menyewa ni, tak pernah berlaku perkara-perkara pelik pun. Aman damai aje sepanjang mereka berada di rumah ini.

Atau, ada masalah kot si Ara ni. Entah-entah, kena buang kerja. Tapi, atas alasan apa tiba-tiba dibuang kerja? Ingat senang ke buang orang macam tu saja. Dan, Ara ni tak ada tokoh nak seleweng duit syarikat. Penakut ni.

Sudah! Sampai seleweng-seleweng aku fikir ni. Baik tanya sendirilah Rozy oii…kan senang cerita.

“Hei.” Rozy duduk mengadap temannya ini. Dari tadi tak gerak-gerak. Statik sahaja.

Naurah menjeling sekilas. Dia menarik nafas sambil mengesat airmata. Tergamam Rozy tatkala Naurah menyapu juraian airmata dipipi.

“Hei, kenapa ni beb? Kau nangis?”

Rozy pegang kedua bahu Naurah. Dia tidak menyangka, gadis keras hati seperti Naurah, menangis di hadapannya.

Ini kalau tak ada perkara yang betul-betul buat Naurah sedih memang susah nak lihat gadis ini menangis.

“Beb, jangan diam aje. Bagitaulah apa yang buat kau sedih ni? Risaulah aku tengok kau macam ni.”

Rozy cuba mendesak. Tidak keruan melihatkan teman yang serba ceria tiba-tiba berduka begini.
Naurah gumam. Masih belum sedia nak bercerita. Jiwa sedang melara kini.

“Rozy, pinjam bahu kau kejap. Aku belum mampu nak cerita. Aku sedih sangat ni.”

Rozy hela nafas.

“Okay. Take your time. Nah, kau melalaklah puas-puas. Tapi sebelum tu, aku alas bahu aku dengan tisu dulu. Nak keluar segala macam cecair dari mata ke, hidung ke…sekurang-kurangnya ada protection.”

Naurah ketawa kecil. Menjadi juga lawak Rozy bagi meredakan perasaannya ini. Naurah kemudiannya bersandar pada kenangan dibahu Rozy. Rozy, menggosok-gosok lengan Naurah. Sebagai teman, cukup sekadar menjadi peneman tanpa bicara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2016 11:00 AM | Show all posts
“ISH…kenapa gelap sangat ni?”

Mikail yang baru balik dari berjimba dengan teman-teman lama sedikit hairan betapa suasana ruang tamu bergelap begini. Nak kata ada kerja-kerja selenggara, koridor ni elok aje berlampu.
Lampu depan dipasang.

“Woo...” Terkejut cicak Mikail melihatkan Khalif sedang duduk memaut kedua lutut atas sofa dalam kegelapan. Langsung tiada sebarang pergerakkan terhasil oleh teman serumahnya itu. Mau tak terkejutnya tadi. Ingat ada makhluk mistik mula mendiami kediamannya ini.

Minta jauhkanlah. Aku bukannya alim sangat.

Mikail teragak-agak datang mendekat. Mula mengamati diri Khalif yang bagaikan tidak menyedari kepulangannya. Jauh benar mengelamun.

“Hoi!”
“Hoi! Kau penyamun.”

Khalif angkat majalah seperti nak dipukulnya Mikail. Mikail menghalang dengan tangan. Namun, perlahan-lahan dijatuhkan tangan apabila menyedari akan diri Mikail.

“Kau kenapa? Tak reti bagi salam. Main hoi-hoi pulak. Nasib aku tak pegang pistol.”
Mikail menyengih. Sempat lagi mamat ni bergurau. Tapi, kenapa muka tu macam baru lepas kena pecat. Eh?

“Kau kena pecat ke bro? Takkan baru sebulan, dua kerja dah kena pecat.”
“Siapa pulak yang pecat. Aku tak buat salah apa pun.”

Uih, serius semacam. Muka tu pun dah macam itik serati. Muncung sedepa.

“Apa masalah kau ni? Aku balik, kau dah tercongok dalam gelap. Apa kesnya ni? Kau ada menuntut ilmu melihat dalam gelap ke?”

Aduh dia ni. Bikin spoil mood.

“Tak ada apalah. Aku…jiwa tengah kacau ni.”
“Lah, siapa pulak yang kacau jiwa kau?”
“Ni semua kau punya planlah ni.”
“Eh, aku pulak.”
“Plan gila kau tulah…tapi…salah aku jugak. Aku yang naik gila tadi.”

Mikail garu kepala.

“Apa kau cakap ni bro? Tak faham aku.”
“Pagi tadi punya plan yang kau bagitau kat mamak tu. Makan semut ke apa?”
“Weh, cepatnya kau. Aku ingat kau nak atur strategi dulu nak kenakan dia.”

“Memang asalnya aku nak plan dulu. Tapi nak jadi cerita, petang tadi dia buat hal. Aku punya hangin dah naik atas kepala. Terus jadi plan yang tak dirancang. Mengamuk tak ingat aku jadinya. Aduhh…aku betul-betul rasa bersalah kat dia. Terlebih kasar aku kat dia. Lepas ni, makin susah aku nak kerjasama dengan dia.”

Khalif mengusutkan rambutnya. Bingung sekejap.

Terkelu Mikail. Tak dapat nak menolong.

“Aku, tak tau nak cakap apa bro. Karang aku gelak, kau lari balik rumah parents kau. Dahlah, jom tidur. Esok kita fikir cara lain. Jangan kau stress sangat, kau tu…baru kerja. Belum apa-apa, prestasi kerja kau merosot gara-gara dia. Tak ke sia-sia.”

Betul juga kata si mangkuk ni. Takkan kerana dia, kerjaya aku musnah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2016 12:52 PM | Show all posts
sellie003 replied at 3-11-2016 11:00 AM
“ISH…kenapa gelap sangat ni?”

Mikail yang baru balik dari berjimba dengan teman-teman lama sed ...

Naurah... Naurah... Ego tinggi sangat... Kan dh kena musibahnya... Khalif buat apa kt Naurah ni?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2016 01:19 PM | Show all posts
sellie003 replied at 3-11-2016 11:00 AM
“ISH…kenapa gelap sangat ni?”

Mikail yang baru balik dari berjimba dengan teman-teman lama sed ...

makin panas makin best

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2016 01:27 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 3-11-2016 12:52 PM
Naurah... Naurah... Ego tinggi sangat... Kan dh kena musibahnya... Khalif buat apa kt Naurah ni?{: ...

mmg ego tinggi Naurah ni...Khalif banyk beralah...tp kalu asik kena cabar jek...mau tak mengaum Khalif...miah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2016 01:36 PM | Show all posts

jagn sampai terbakor...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2016 01:38 PM | Show all posts
BAB 9

Seawal jam 9.00 pagi, mesyuarat tergempar diadakan. Baru sahaja melabuhkan punggung atas kerusi dia dimaklumkan ada mesyuarat secara mengejut. Naurah pelik. Namun, tanpa banyak soal dia hadirkan diri.

Eh? Naurah makin hairan. Dah kenapa lima kerat saja ni? Mana yang lain?

“Jemput duduk Cik Naurah.” Encik Helmi mempersilakan Naurah duduk mengadapnya.

Lambat-lambat Naurah melabuhkan duduk. Sekilas dia melihat Khalif sedang rancak berbual dengan seorang pegawai. Naurah terasa malu sendiri. Lelaki itu lebih awal dalam bilik meeting, siap berborak lagi.

“Maaf jika meeting pagi ini agak tergesa-gesa. Cuma, ada perkara yang nak kita bincangkan dan usulkan bersama.”

Encik Helmi membuka bicara.

“Sebelum tu, saya nak maklumkan suatu berita yang agak mendukacitakan.”

Naurah pegun. Ada rasa kurang senang mendengar kenyataan Encik Helmi. Khalif hanya tenang di situ.

“Kemungkinan, khidmat saya hanya sampai di sini.”

Naurah menutup mulut mengawal perasaan terkejutnya. Dia goyah apabila Encik Helmi yang baik hati ini akan menamatkan kerjayanya.

Bagaimana aku nak teruskan kerjaya aku kalau tiada tunjuk ajar daripada Encik Helmi? Runtun hati Naurah tika ini. Hilang mood awal-awal pagi begini.

“Seperti yang sedia maklum, saya baru-baru ini dimasukkan ke hospital. Didapati saya mengidap implikasi jantung yang agak serius dan memerlukan pembedahan segera. Untuk itu, saya perlu rehat yang secukupnya selepas pembedahan. Jadi, di sini saya ambil peluang untuk tentukan siapa yang layak menggantikan posisi saya.”

Naurah duduk menegak. Seakan peluang menyinar kembali.

“Untuk dapatkan kelayakan, perlu ada pembentangan menyeluruh projek yang sedang kita jalankan sekarang dan mengharapkan usul yang dikemukakan nanti akan dibentangkan di mesyuarat ahli lembaga pengarah bulan hadapan. Oleh itu, Encik Khalif dan Cik Naurah boleh ambil peluang ini.”

Encik Helmi dan dua pegawai yang pernah interview mereka mengangguk seakan memberi semangat buat Khalif dan Naurah.

Khalif mengerling menatap Naurah. Gadis itu mula menunjukkan wajah ceria, kalau sebelum ini, tika masuk meeting tadi wajah manis itu nampak muram sahaja.

Harap lepas ni, ada perkembangan positif antara aku dan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2016 01:40 PM | Show all posts

kita bako kita bako
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2016 01:41 PM | Show all posts
NAURAH menepek bedak di bahagian sekitar mulut bagi menutup celaan itu. Malu dia terhadap Encik Helmi di bilik mesyuarat, apabila dia ditanya akan sebab kesan merah disekitar mulut itu muncul. Tidak mampu dijawab.

Takkan nak cerita semua hal semalam. Eloklah dia diam dan tayang sengih sahaja. Mujurlah Encik Helmi tidak bertanya lanjut mengenangkan lelaki itu tiba-tiba menerima panggilan telefon. Lega hati Naurah tanpa perlu jelaskan apa-apa.

Saat keluar dari tandas, dia terkejut. Khalif berada di situ. Lelaki itu pegun melihat dirinya. Masing-masing berdiam cuma.

Naurah tidak betah berlama-lama mengadap lelaki itu. Terasa terlalu janggal dan memalukan. Naurah menunduk sambil berlalu. Namun, lelaki itu menyeru namanya.

“Cik Naurah.”

Naurah terkaku disapa lelaki itu. Tidak jadi pula menyambung langkah.

Khalif berdiri betul-betul di hadapan Naurah. Dia tercari-cari wajah Naurah yang menunduk. Tanpa sedar, laju sahaja tangannya memaut dagu Naurah.

Eh? “Apa ni Encik Khalif?”

“Err…” Khalif pantas turunkan tangan. Memanglah dia ni, kalau bertindak bukan fikir panjang pun.
“Kesan tu…sakit ke?”

Khalif pamer kerisauan. Apabila Encik Helmi menegur kesan merah pada wajah Naurah, barulah dia perasan. Kesan dari kekasarannya terhadap Naurah petang semalam.

Naurah gumam. Kemudian, hati jadi panas tiba-tiba. Baru ni nak tanya. Fuh!

Naurah menghembus nafas deras. Kepala dipanggung menatap berani wajah Khalif. Adeh, tinggi pulak dia ni.

Gulp! Khalif kaku. Roman wajah Naurah berubah tegang dan ada mimik tegas pada wajah itu.

“Awak tak perlu risau ya Encik Khalif. Saya masih mampu bertahan. Cuma sekarang ni…elok kita persiapkan diri untuk pembentangan tu. Saya sekali-kali takkan mengalah. Kalau tak terpilih sekalipun, sekurang-kurangnya…ada usaha. Huh.”

Naurah berlalu dengan langkah bangga. Puas hatinya dapat tunjuk berani dengan lelaki itu. Tersungging senyumannya melihatkan wajah cuak Khalif.

“Amboi, ini bukan makin baik…lagi dicabar kita lagi ada lah. Memang tak boleh pakai dah plan hari tu.”

Bengkak Khalif dicabar Naurah. Nampak gaya, gadis itu bukan senang nak ditundukkan.

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2016 02:00 PM | Show all posts
makin best....

cpt smbung lagikk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2016 05:45 PM | Show all posts
waaa....menarik....

next..next....
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2016 11:51 AM | Show all posts
sellie003 replied at 3-11-2016 01:41 PM
NAURAH menepek bedak di bahagian sekitar mulut bagi menutup celaan itu. Malu dia terhadap Encik Helm ...

apa yg Khalif buat kt Naurah ya sampai merah macam tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2016 12:08 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 4-11-2016 11:51 AM
apa yg Khalif buat kt Naurah ya sampai merah macam tu...

Masa dia pekup mulut Naurah...khalif terlebih kasar...

P/S: tenet problem..kerap restart forum Cari nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2016 12:09 PM | Show all posts
BAB 10

Rozy genyeh mata melihatkan lampu di ruang tamu terang benderang. Dia hendak ke dapur minum air.

“Pukul berapa ni?” Bisik Rozy sendiri. Dia melihat jam pada dinding. Huih, 2 pagi?

Rozy tidak terus mengganggu Naurah yang gigih menyiapkan kertas kerja dalam laptop. Dia menuju ke dapur seperti niat asalnya tadi.


NAURAH tekun menyiapkan kerjanya. Namun, hidungnya sempat menangkap aroma menyegarkan. Naurah terdongak melihat kehadiran Rozy menatang mug yang meruap.

“Nah. Aku buatkan kau Kopi O.”
“Huhu…thanks Rozy.” Terharu Naurah menerima air tangan Rozy.

Naurah menghirup panas-panas Kopi O buatan Rozy. Hmm…memang kaw. Rozy memang pandai bancuh Kopi O. Terbaik.

“Dah lewat ni. Kau tak nak tidur ke? Esok pagi nak ke tempat kerja lagi. Karang kau lewat masuk pejabat pula.”
“Sikit saja lagi ni. Kau tidurlah ya. Kejap lagi aku masuk tidur.”
“Okey, selamat malam. Jangan lewat sangat.”
“Jangan bimbanglah.”

Naurah merenganggangkan jari jemari dan menegangkan kedua tangan agar urat-urat tidak tersimpul. Dia mula menyambung tugasannya. Dia perlu siapkan kertas kerja tersebut agar lepas ini, dia boleh menarik nafas lega.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.500098 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list