CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sellie003

NOVEL~ Jadilah Kekasihku Selamanya

[Copy link]
 Author| Post time 4-11-2016 12:22 PM | Show all posts
ROZY membuka pintu loker untuk mengambil beg tangan usai shift paginya berakhir. Alangkah terkejutnya dia melihat smart phone miliknya berada dalam loker di sisi beg tangannya.
Ikutkan, puas dicari smart phone di merata tempat. Alih-alih, ada depan mata. Rozy mencapai smart phone tersebut ragu-ragu, dan saat dia membelek, satu note melayang jatuh di hujung kakinya.

Rozy membongkok lalu diambil note itu, dibaca sebaris.

You owe me!

Errkk…Rozy melilau sekeliling bilik persalinan yang menempatkan bilik peribadi pekerja wanita. Siap ada toilet dan bilik air sekali bagi kemudahan mereka. Rozy kaku. Tiba-tiba bulu roma meremang pula. Dahlah bilik ni sunyi semacam. Memang agak tersorok bilik ini.

Note itu ditatap semula. Apa maksud note ni? Hutang apa?

Rozy bingung sendiri memikirkan. Kemudian, dia menutup pintu loker dan cepat-cepat beredar dari situ.

Di balik dinding, dia melihat Rozy keluar tergesa-gesa dari bilik persalinan wanita. Tersungging senyuman dibibir itu penuh makna.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-11-2016 02:30 PM | Show all posts
NAURAH meniup-niup perlahan hujung mug yang dibancuh instant coffee 3 in 1. Dia terkantuk gara-gara kurang tidur kerana menyiapkan kertas kerja malam tadi. Nak tunggu sampai pukul 5, lagi sejam nak ke detik itu.

“Sedap kopi.”

Gulp! Nak tersedak Naurah mendengar suara sipi-sipi di tepi telinga.

Khalif senyum segaris. Dia juga mahu hilangkan mengantuk. Dia turut membancuh instant coffee sebagaimana Naurah. Dia juga seharian membuat kertas kerja. Takkan sekali-kali dia lepaskan peluang merebut posisi Encik Helmi.

Walaupun mereka berdua masih terlalu baru dalam syarikat. Namun begitu, pengalaman berkerja sambil belajar boleh dipraktikkan dalam syarikat.

Khalif curi-curi memandang Naurah yang sedang menikmati minuman. Tiada sedikit pun pandangan gadis itu beralih kepadanya. Gadis itu hanya diam, merenung jauh. Entah apa yang difikirkan gadis itu.

Khalif sedikit mengeluh. Dia perlu memperbaiki hubungan dingin mereka demi syarikat. Kerjasama antara mereka amat diperlukan.

“Cik Naurah. Hanya kita berdua kat sini. Kalau ada yang tak puas hati…awak boleh cakap terus kat saya, boleh?”

Berpaling juga Naurah akhirnya. Sebenarnya, dia gugup hanya berdua di pantry dengan Khalif. Itu sebab dia berdiam diri tadi. Terselit perasaan malu seorang perempuan di sudut hati. Ditambah, serangan kecil yang sempat dia beri dekat tandas terhadap lelaki itu pagi tadi.

Naurah diam memikirkan kata-kata Khalif. Dia memusing-musingkan mug ditangan. Nafas dihela perlahan.

“Begini saja Encik Khalif. Apa kata…lepas pada pemilihan pembentangan, baru kita discuss hal ini. Buat masa ni, masing-masing dengan kerja masing-masing.”

Khalif tegak berdiri dari bersandar pada cabinet. Mug diletak di tepi, atas cabinet.

“Maksud Cik Naurah?” Khalif berpeluk tubuh.

Naurah mengerling Khalif sekilas.

“Saya akan pertimbangankan kerjasama kita apabila selesai pembentangan tu.”

Khalif menyungging senyum. Dia mengambil semula mug atas cabinet dan mendekati Naurah di sisi.

“Saya akan nantikan saat itu.” Khalif terus berlalu.

Naurah terpempan. Yeah, kita nantikan saat itu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2016 02:37 PM | Show all posts
sellie003 replied at 4-11-2016 12:08 PM
Masa dia pekup mulut Naurah...khalif terlebih kasar...

P/S: tenet problem..kerap restart foru ...

alkisahnya... patutlah tinggal kesan... kesian Naurah...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2016 12:04 PM | Show all posts
laling.. bila nak sambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2016 08:58 AM | Show all posts
MMISS replied at 8-11-2016 12:04 PM
laling.. bila nak sambung

Sorry...internet problem 2 hari lepas dan idea pom lambat mai...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2016 08:59 AM | Show all posts
BAB 11

Naurah mengemas meja kerja seadanya kerana besok merupakan hari minggu. Naurah bangun dan menggalas beg tangan ke bahu. Dia lebih senang menaiki LRT pulang ke rumah. Belum bercadang mahu membeli kereta.

Perbelanjaannya lebih menjurus untuk keluarga. Kalau teringin nak berkereta pun, dia mengumpul duit terlebih dahulu untuk bayaran pendahuluan supaya tidak perlu berhutang dalam jangka masa yang lama dan kadar potongan pun tidak membebankan. Bila segala keperluan diri dan keluarga cukup, baru difikirkan untuk membeli kereta.

Keluar dari lif, Naurah menerima panggilan telefon.

“Assalamualaikum sahabat.”

Ceria suara itu di hujung talian.

“Wa álaikum salam. Amboi seronoknya. Ada berita baik ke?”
“Mustilah. Eh, kau masih kat office lagi kan?”
“Aku dah luar office. Nak balik dah ni.”
“Kau terus ke Hotel Diamond. Aku ada benda best nak bagi kau ni.”
“Iye? Apa tu?”
“Kau datang saja. Aku tunggu kat lobi. Shift aku pun baru habis ni.”
“Memang tak boleh bagitau sekarang ke?”
“Aku nak surpise kat kau.”

Rancak mereka berdua berbual dalam talian, hingga mengundang ketawa ria.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-11-2016 09:02 AM | Show all posts
JUSTERU itu, Khalif keluar dari lif sambil kekalutan bercakap dalam talian.

“Ada jumpa tak Kak Lina?”
“Tak jumpalah Encik Khalif. Puas akak cari.”
“Tak apalah kak. Saya cari dalam poket seluar kot-kot ada kat celah-celah. Terima kasih.”

Tidak lama dia mematikan talian. Ada panggilan baru masuk. Ishh…

“Hah? Apa hal ni?”
“Woit, garangnya. Apa hal emo macam pondan ni? Kau ada problem lagi ke dengan minah tu?”
“Tsk…bukanlah. Aku…tengah kalut cari kunci kereta aku ni. Mana ntah.”

Khalif menyeluk tangan kanan dalam saku seluar. Manakala tangan kiri menekap telefon bimbit pada telinga. Langkah diatur ke tempat parkir.

“Pulak. Eh, nanti terus datang kat hotel aku. Ada hal.”
“Buat apa?”
“Datang ajelah.”
“Sekarang jugak ke?”
“Sekaranglah.”
“Tapi…kunci aku…ughh…”
“Hei?!”

Naurah terkejut saat bahunya disenggol kuat dari belakang. Pantas Naurah berpaling.

Dia ni? Naurah ketap-ketap gigi menahan geram.

Erk! Bila masa dia kat sini?

Khalif terpempan. Sekali lagi insiden ‘dirimu tidak kusedari’ terjadi lagi. Err…khilafnya juga. Ralit benar menyeluk saku sana-sini menggagau cari kunci kereta sambil jawab telefon.

“Eh Ara, kenapa tu?”

Hampir naik pekak telinga Rozy ditempik dalam talian.

“I call you back.”

Naurah matikan talian lalu menyimpan telefon bimbit dalam tas tangan. Mahu diselesaikan masalahnya dengan lelaki ini. Naurah bercekak pinggang sambil menatap geram lelaki di hadapannya ini.

Terkebil-kebil Khalif melihat wajah ayu itu kemerah-merahan. Marah ke?

“What is your problem Mr. Khalif? Awak masih tak puas hati dengan apa yang saya cakap kat pantry tempohari?”
“Hah? No…”

Khalif berkerut. Sedangkan tangannya masih teraba-raba mencari kunci keretanya yang menghilang entah ke mana. Dari poket seluar sampailah ke poket kameja.

Mana pulak kunci ni?

Naurah yang menengoknya pun pelik. Apa kes mamat ni teraba-raba badan sendiri? Timbul rasa ingin tahu. Muka Khalif pun dah kelat semacam. Kasihan pulak nak sembur dia ni.

“Err…kenapa ni Encik Khalif? Awak ada apa-apa alergik ke?”

Khalif terpaku. Alahai, lemak merdu suara dia.

“Sebenarnya…”
“Ya saya…”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2016 09:05 AM | Show all posts
Edited by sellie003 at 9-11-2016 12:19 PM

NAURAH melekap pada cermin separa gelap mengamati situasi di dalam.

Ish, ish, ish…agak dah.

“Jumpa Cik Naurah?”

Naurah jarakkan muka pada cermin kereta. Dia melihat wajah pengharapan lelaki itu.

“Ada kat dalam. Elok aje kunci tu kat pencucuhnya. Awatlah cuai sangat ni Encik Khalif.”
“Fiuhh… Thank Allah. Ingat tercicir kat mana-manalah tadi.”
“Syukurlah. Tapi sekarang ni…macam mana nak dapatkan kunci tu? Encik ada pengalaman curi kereta tak?”

Aik. Sindir kasau nampak. Muka aku ni ada tokoh pencuri kereta tega ke?

“Pencuri takkan tinggalkan kunci kereta kat dalam.”

Toya saja muka Khalif menjawab. Naurah terkekek dapat mengenakan Khalif.

“Seronok, seronok dapat kenakan saya?”
“Heheh…seronokkk…sangat.”

Khalif hembus nafas deras hingga anak rambut terjungkit ke atas.

“Jadi, apa solution awak?”
“Encik tanya pendapat saya? Bagi saya senang aje…kasik pecah saja cermin kereta ni. Selesai sudah.”
“Ewah, ewah makin menjadi-jadi ya gurauan awak. Ini bukan kereta saya okey. Papa saya punya ni. Dah, biar saya cuba godek apa yang patut.”

Khalif beralih mendekati keretanya. Dia bertinggung dan menelek-nelek kunci pada pintu kereta. Cuba melihat saiz lubangnya.

“Boleh ke tu? Tak pun saya cari pak guard kot-kot dia ada pemutar skru ke apa-apa yang patut.”

Naurah menawarkan bantuan. Rasa tak patut pula biarkan lelaki ini kalut sendirian dengan kereta…papanya itu. Dahlah standard kereta lama. Jenama Proton Aeroback. Sempat Naurah menilik diri Khalif.

Nampak macam orang ada-ada. Awatlah cikai sangat nak beli kereta sendiri. Tak pun kereta baru yang lebih baik. Ke…kedekut tangkai jering kot mamat ni. Kereta zaman bercinta papanya juga dia nak rembat.

Amboi Naurah. Jauh benar mengumpat orang dalam hati. Dosa tau.

“Cik Naurah. Ada apa-apa masalah ke? Kata nak panggil guard untuk saya tadi?”
“Eh lupa pulak saya. Saya pergi sekarang ya.”

Khalif bangun dari bertinggung. Dilihat susuk Naurah menjauh pergi. Khalif senyum panjang.

Baik juga dia tu ya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2016 10:01 AM | Show all posts
sellie003 replied at 9-11-2016 09:05 AM
NAURAH melekap pada cermin separa gelap mengamati situasi di dalam.

Ish, ish, ish…agak dah.

tq dear.. harap2 tak keputusan idea mengarang n cerita dapat sampai ke penghujung



Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 11:32 AM | Show all posts
sellie003 replied at 9-11-2016 09:05 AM
NAURAH melekap pada cermin separa gelap mengamati situasi di dalam.

Ish, ish, ish…agak dah.

Jenama Proton Aerobik


dear typo ni..Proton Aeroback

aerobik kang berzumba plak keta kt jlnraya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2016 12:19 PM | Show all posts

Thanks...dah edit...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2016 09:27 AM | Show all posts
lajunya cik sellie..
dah bab 11..
citer ni dah siap sampai ke perkataan TAMAT dah ke?
tinggal tepek je kan?

naurah dan khalif ni nanti berjodohan tak??
atau sad ending?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2016 10:23 AM | Show all posts
Ipo replied at 10-11-2016 09:27 AM
lajunya cik sellie..
dah bab 11..
citer ni dah siap sampai ke perkataan TAMAT dah ke?

Tak gak cik ipo...tengh pikio plot sterusnya...ikutkn citer ni berat...tak naklah klise sgt macm drama2 tv malaysia kita tuh...

sya kalu nak tepek...sya taip banyk2 dulu... lgpun plot berubah2...tu pasal slow lak tepek arini...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2016 09:11 AM | Show all posts
Salam Jumaat semua....

BAB 12

“Hai Rozy.” Naurah melambai ke arah Rozy yang setia menanti di lobi hampir sejam.

“Ingatkan tak jadi datang. Lama aku tunggu.” Rozy senyum senang melihat wajah ceria Naurah. Lain benar cerianya. Kalau tak tu, muka serabut aje. Maklumlah, stress bekerja. Eloklah minah ni datang.

“Aku ada emergency tadi. Maaflah buat kau tunggu lama.”

Naurah memaut mesra kedua tangan Rozy. Mahu dipujuk rakannya ini sedangkan tau dah, Rozy bukan kisah pun. Rozy ni lebih penyabar berbanding dirinya ini. Kalau lambat orang tu, mau dia membebel-bebel sampai bingit telinga. Ahaks. Sedar kelemahan diri.

“Tak apalah. Bukan aku nak ke mana-mana pun.”
“So, apa benda surprise sangat kau nak tunjuk kat aku?”
“Heheh…sabar ye Cik Naurah. Jom ikut aku.”

Rozy menarik tangan Naurah untuk mengikutnya. Mereka berdua menuju ke lif Hotel Diamond. Walaupun hati berselirat tanda tanya, namun, dia kena belajar bersabar.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2016 09:14 AM | Show all posts
“AMACAM. Syok tak?”
“Perghh…rasa ringan tubuh aku. Kepala pun dah tak berat. Hari-hari macam ni…heaven bro.”

Mereka berdua berendam dalam kolam air panas bersama aroma herba di sekeliling bilik sauna ini. Hanya nyalaan lilin melatari bilik sauna kolam air panas ini. Bilik sauna ini di tempatkan di tingkat paling atas Hotel Diamond dan dipisahkan bagi lelaki dan wanita. Tiada masalah untuk mereka menyalin dan bertukar pakaian sewaktu dan selepas mandi.

“Tulah. Dari hari tu aku ajak…kau memanjang busy. Sekali-sekala, manjakan diri begini. Barulah kesialan kau tu tak lekat.”

“Heh…kesialan lutut kau. Aku cuma kurang bernasib baik. Masa tulah motor cabuk aku tu rosak. Terpaksa aku pinjam kereta lama papa aku tu. Sampai terlupa kunci kat dalam. Tapi…dalam kurang tak bernasib baiknya aku…ada juga baiknya.”

“Memang dia tak marah kaw-kaw macam sebelum-sebelum ni?”

“Yup, okey pulak dia tolong aku panggilkan guard. Mujurlah guard tu pandai godek sebab sebelum ni pun dia kerja mekanik. Cuma tak puas hatinya, dia boleh layan guard tu berborak sampaikan aku yang tercongok dia tak layan. Lepas tu, aku tengok dia terhegeh-hegeh jalan nak balik. Kasihan pulak. Dah dia tolong aku takkan buat bodoh aje.

Mula-mula ajak nak tumpangkan dia…dia macam sudi tak sudi dengan ajakan aku. Lepas aku psikokan dia pasal kes-kes ragut, rogol dan sewaktu dengannya, barulah dia sudi. Kotlah dia tak sudi sebab kereta buruk ke kan…”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2016 09:15 AM | Show all posts
“KEBETULAN, dia kata lalu kat area Hotel Diamond. Aku pun naiklah juga. Hari dah gelap. Takut juga bila dia sebut kes ragut, rogol semua tu. Nak tak nak…naik jugalah. Orang berbudi takkan tak reti Bahasa pula kan.”

Naurah membelai-belai aluran air dalam kolam air panas. Patutlah beria-ia Rozy ajak dia ke sini. Katanya, dia dapat pakej percuma dari majikan barunya tanda penghargaan dan mohon kerjasama para pekerja termasuk dirinya untuk berkhidmat dengan boss barunya itu.

Untung dapat member kerja hotel. Merasa kejap bersauna kat hotel mewah. Ringan kepala, ringan badan.

“Kiranya, dia baik jugalah dengan kau. Atau…taman-taman bunga mula menghiasi dalam hati.”

Rozy angkat-angkat kening menggiat.

“Tak ada maknanya nak bertaman bagai. Tak rasi aku dengan dia. Biarlah jodoh aku dengan orang lain. Yang baik, penyayang…bukan macam mamat tu. Mulut puaka. Baiknya cuma kejap-kejap aje. Kau tak tau tadi dia momokkan aku pasal kes jenayah bila jadi kat aku…dia boleh kata…silap-silap aku antara mangsa kedua disimen…belum cukup lagi…dia kata…aku bakal kena kerat beberapa bahagian ikut tukang kerat tu nak berapa….atau dibakar hidup-hidup hapuskan bukti. Choy sangat mulut macam hare (haram). Mana tak kecutnya aku.”

“Kah, kah, kah…comellah korang dua ni. Gaduh-gaduh brutal gitu.”

“Eee…tak nak aku. Ingat best ke gaduh-gaduh ni. Stress tau. Cukuplah aku gaduh dengan kau sorang aje.”

“Ceh, mengata mamat tu macam-macam. Kau pun serupa dengan dia. Elok korang berdua berjodohan. Amin.”

Rozy raup muka sambil tersengih suka. Naurah dengan bengangnya menjirus-jirus Rozy semahunya. Kurang asam punya kawan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-11-2016 09:26 AM | Show all posts
KHALIF dan Mikail mengenakan bathrobe yang memang siap digantung untuk pengunjung. Mereka berdua berbaring atas kerusi panjang merehatkan tubuh setelah berendam sekitar 15-30 minit.
Minuman tersedia atas meja di sisi masing-masing untuk mengembalikan kandungan air dan mineral pada tubuh usai bersuana.

Sesambil menatap bintang dilangit. Fikiran masing-masing melayang menembus tanpa sempadan.
Sebenarnya, ada sesuatu yang ingin disuarakan mereka berdua. Tetapi, seakan sukar berkongsi rahsia itu dan terdapat sempadan hati yang tidak mampu ditebak.

Takut akan penerimaan masing-masing walaupun mereka berdua seakrab mana sekalipun. Tidak semua rahsia mampu diluahkan. Mungkin, bukan masa yang sesuai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2016 09:28 AM | Show all posts
“ARA. Aku sebenarnya ada sesuatu nak cerita kat kau ni.”

Rozy mengelap rambut perlahan-lahan sambil menyuarakan sesuatu. Tetapi, dalam waktu yang sama dia serba salah untuk berterus terang.

“Serius aje aku dengar. Kau ada masalah ke kerja kat sini?”
“Kerja tak ada masalah. Tapi…”

Naurah mengadap Rozy. Sudi mendengar apa sahaja permasalahan antara mereka.

“Boss baru aku tu…”

Diam Rozy seketika. Naurah tidak terus bertanya. Sengaja beri peluang untuk Rozy membuka cerita. Namun, seakan berat pula nak memulakan.

Rozy mula berfikir dan menimbang tara untuk teruskan berkongsi cerita ini. Rozy menghela nafas dalam.

“Maaf Ara. Aku tak berani pula nak cerita. Bagi aku siasat dulu kesahihannya. Bila dah betul-betul confirm…aku cerita, okey.”

“Macam berat aje. Kenapa tak boleh cerita sekarang? Kau, tak caya kat aku ke?”

“Bukan Naurah. Bukan soal percaya atau tidak. Benda ni aku kena siasat supaya tak jadi fitnah pula. Nanti, tak memasal kau terheret sama dapat dosa memfitnah, walaupun sekadar mendengar saja.”

“Okey. Aku faham. Aku pun bukan suka nak paksa-paksa. Tapi, kalau rasa seksa nak simpan masalah tu sorang-sorang…jangan pendam aje. Kot-kotlah aku boleh bantu walaupun tak banyak.”

“Hmm…bestnya dapat kawan yang sangat memahami diriku ini. Thanks so much.”

Mereka berdua saling berdakapan mesra.

“You are welcome.”


Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2016 11:59 AM | Show all posts
sellie003 replied at 11-11-2016 09:28 AM
“ARA. Aku sebenarnya ada sesuatu nak cerita kat kau ni.”

Rozy mengelap rambut perlahan-lahan sa ...

rahsia besar apalah yg depa berat sangat nak share ni...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 09:05 AM | Show all posts
sellie.. this week takde update ke huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.071590 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list