CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5438|Reply: 23

Running Man Sunyi Tanpa Kehadiran Gary

[Copy link]
Post time 26-10-2016 11:46 AM | Show all posts |Read mode
Nampak gayanya, tiada lagi 'pasangan Isnin' (Monday Couple) dalam rancangan realiti popular Running Man.




Sumber foto: Drama Fever




Menurut Soompi kelmarin, produksi Running Man mengumumkan Kang Gary bakal meninggalkan rancangan itu. Menurut laporan pada awal tahun ini, Gary ada memberitahu bahawa dia merancang untuk mengundur diri dan memberi lebih fokus kepada bidang muzik, namun dia diminta untuk mempertimbangkan keputusan itu.


"Saya mahu luangkan lebih banyak masa untuk menghasilkan muzik dan lebih fokus untuk mendalaminya," kata Gary.





Sumber foto: All Kpop





Pihak produksi akhirnya sebulat suara menghormati keputusan Gary untuk mengundur diri kerana dia mahu beri perhatian kepada bidang muziknya.


"Kami hargai segala usaha Gary sepanjang enam tahun dia terbabit dengan Running Man sebagai salah seorang anggota tetap dan kami hormati keputusan Gary untuk mengalih fokus kepada muzik. Kami harapkan yang terbaik dan semoga dia berjaya," kata pihak produksi.


Gary telah menjadi anggota Running Man sejak Julai 2010, dan rakaman penggambarannya yang terakhir untuk rancangan realiti itu akan ditayangkan pada 31 Oktober ini.





Sumber foto: IG Running Man





Pasti ramai peminat akan merindui keletah Gary yang selalu 'blur' dan yang pasti menjadi kerinduan setiap anggota adalah tiada lagi adegan 'gaduh manja' pasangan Isninnya, Song Ji Hyo. Peminat setia rancangan Running Man, adakah anda turut merasai kehilangan Gary? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2016 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka gary dgn haha.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 02:05 PM | Show all posts
alahaiii..dah takde gary dh

suka tgk dia sakat jihyo
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 02:07 PM | Show all posts
sedihnya.. Gary dah tak  de..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih yer...ksemua yer serasi bila sorang xde,cam ada ssuatu kekurangan
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 03:37 PM | Show all posts
Ada pengganti Gary tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2016 04:10 PM | Show all posts
harap tak ganti la, panggil je guest tengok yang mana sesuai.

tapi sebelum ni pun gary pernah tinggalkan running man, tapi datang balik.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Meroyan a gary keluar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2016 07:17 PM | Show all posts
It's about time. Gary dah lama nak keluar sbb nak fokus music kan katanya. Lagipun, mana ada show yang bertahun tak tukar original member langsung. Biasa jelah walaupun mesti iolls mula mula tengok RM takde Gary nanti rasa pelik. Tapi tidaklah nak meroyan
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Janggal ler nnt sebab diorang kan dah syerasyi bersyama
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh lama x tgk running man
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Couple.monday....
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 01:52 AM | Show all posts
oh my garyyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 11:19 AM | Show all posts
gari dah xde....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2016 11:22 AM | Show all posts
tinggal 6 org je laa
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2016 10:37 AM | Show all posts
mesti ji hyo sedih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2016 11:01 AM | Show all posts
ala..dah xde monday couple..dan kawan gila2 haha..suka tgk runningman ni..masing2 ade personaliti masing2..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2016 03:55 PM | Show all posts
runnning man pon dah tak best dah....semenjak pd ni....keluar semua pun tak pe
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 12:42 PM | Show all posts
Chinook replied at 1-11-2016 03:55 PM
runnning man pon dah tak best dah....semenjak pd ni....keluar semua pun tak pe

amboi chuols..kuar semua dh xde la RM
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 01:50 PM | Show all posts
Bila SBS dengan Jae Suk nak buat program tema baru...
dulu family outing tema visit kampung2 pastu main game...
runningman tema urban main game...
dah tiba masa buat konsep baru
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.049804 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list