CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1936|Reply: 16

Seorang Lelaki Nekad Bakar Rumah Selepas Bergaduh Dengan Isteri

[Copy link]
Post time 27-10-2016 09:48 AM | Show all posts |Read mode




sumber foto: Astro Awani



Gara-gara bertengkar dengan isterinya, seorang lelaki dikatakan nekad membakar rumah yang disewanya.


Bernama melaporkan, insiden yang berlaku sekitar 5 petang Kelmarin di Jalan Bendahara di Ipoh itu menimbulkan suasana cemas penduduk di kawasan berkenaan berikutan turut menyebabkan lima rumah jiran hangus terbakar.


Bagaimana pun, ketua Zon Satu Balai Bomba dan Penyelamat Perak, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Khairul Jamil mengesahkan tiada kemalangan jiwa atau individu yang cedera dalam satu insiden tersebut.


Tambahnya, anggota bertugas menggunakan lapan buah jentera untuk mengawal kebakaran tersebut setelah menerima panggilan daripada orang awam.


"Kebakaran berjaya dikawal dalam masa tempoh 12 minit dengan kekuatan 27 anggota Balai Bomba Ipoh serta BPP Pasir Putih."


"Selain itu, kita dibantu 18 anggota Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS)."


Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong, isteri kepada suspek bersama tiga anak mereka kini berada di Balai Polis Pasir Puteh untuk membuat laporan dan polis sedang mengesan lelaki berkenaan.- CARI

sumber foto: Bernama

sumber foto: Bernama







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2016 09:57 AM | Show all posts
umah sewa ko gi bako? bijak mung
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 10:16 AM | Show all posts
dah kenapa kerana nyamuk kelambu dibakar sian ank-ank .. deret rumah lain pon terkena juga
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Vavi betul perangai..dah lah bakar pun rumah sewa, umah2 jiran pun hangus sama..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Pg la bakar keter ko ke bakar diri sendiri ke. Takat bakar rumah org lain bole la. Bodohnya laki:
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Thread kan dah ada semalam ? Kenapa bukak baru.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2016 11:46 AM | Show all posts
Ni mesti gaduh dgn bini sebab bini bising2 bila tuan umah kedaun dah ugut suruh keluar umah sebab x bayor sewa..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Jahanam betul kau laki bini gaduh org lain tanggung akibat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2016 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Jahanam betul kau laki bini gaduh org lain tanggung akibat
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 01:43 PM | Show all posts
selesai masalah ya bang?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 01:45 PM | Show all posts
xde akai ka
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
tak da masalah bagi dia, bila masuk jel nanti boleh duduk bilik free.kesian kat isteri dan anak anak yg tak berdosa
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 01:51 PM | Show all posts
Pi tulis novel salahkan kerajaan , tekanan kos sara hidup..  mesti ramai simpati sambil huluq derma.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
nekad btol
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 02:21 PM | Show all posts
rumah orang sekali tbakar skrang apa yang ko dapat?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kucing_gebu at 27-10-2016 02:39 PM

Kalau aku jd tuan rmh tu mmg aku pelangkong si bahalol ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2016 02:48 PM | Show all posts
namirulmukminin replied at 27-10-2016 11:46 AM
Ni mesti gaduh dgn bini sebab bini bising2 bila tuan umah kedaun dah ugut suruh keluar umah sebab x  ...

..tu lah kengkadang mulot bini ni kan,
baru ni aku tengok kat erpot Bangkok kat Boots farmasi tu, ada indian couple dengan anak remaja pompuan (dengor macam Brits yindian), si laki nak cari ubat yg boleh bantu tidor, dia cakap dah 2 hari tak dapat tido, tapi si bini aku dengor berleter macam tak setuju laki dia ambik ubat tu, dia kata not necessary lah, ubat tu entah apa2 lah, tak tau ubat tu dari mana lah, patutnya bila dah tau laki awak dah tak tido 2 hari, paham2 lah kan, at least diam ....  tu memang nak cari pasal je ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.556031 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list