Siumber Foto: Malaymail Online
Siapa di sini yang 'gila' dengan nasi kandar, pakat ramai-ramai 'mai' ke Nasi Lan Kedah, serius 'terangkat'.
Nasi Lan Kedah yang sebelum ini terkenal di Alor Setar kini cawangannya dibuka di Shah Alam menjadi tumpuan ramai, malah artis-artis tempatan juga selalu datang ke sini.
Pilihan rempah ratus yang menjadi rahsia keenakan nasi dan adunan kuahnya semuanya diambil dari utara tanah air untuk mengekalkan rasa yang sama seperti di cawangan Kedah.
Sumber Foto: Facebook Nasi Lan Kedah
Aroma makanan yang ada di sini pastinya menambat selera sesiapa sahaja yang datang berkunjung.
Nak bukti lagi kedai ini memang sedap dan popular, tengok sahaja keadaan kedai yang sentiasa penuh terutama ketika makan tengah hari, ada pelanggan beratur sampai ke luar kedai.
Antara lauk yang menjadi kegemaran pelanggan adalah sotong kembang masak sambal, daging hitam, telur sotong dan ayam goreng kunyit.
Harga juga sangat berpatutan iaitu serendah RM2.50 sehingga RM20 satu hidangan membuatkan ianya sebuah lokasi makan yang sangat berbaloi!
Alamat:
A-5-G Jalan Serai Wangi, Alam Avenue 2 16/k sek 16, 40200 Shah Alam, Selangor
Masa Operasi:
9.00 Pagi - 9.00 Malam
No.Tel:
017 591 4172
Facebook: Nasi Lan Kedah-Shah Alam
Ada yang pernah cuba? Macam mana, sedap kan? -CARI |