CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mommyzhaf

Normal anak bercakap start umur berapa?

[Copy link]
Post time 2-11-2016 08:22 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2016 03:41 PM | Show all posts
Anak aku bulan ni masuk 3 tahun. Masih x boleh cakap lagi. Word yang kluar dari mulut dia pun ada yang paham ada yang tak. Macam kalau dia nak susu dia cakap, "nana nak ma". Kalau nak mandi "nana nak di". Nana= mami

Hari selasa ni nak jumpa doktor balik sebab sebelum ni dah minta surat dari doktor nak refer kat speech therapy tapi doktor cakap dia normal. Tak perlu risau.

Anak aku pre-m. Lahir masuk nicu seminggu.

So, tunggulah apa doktor nak cakap hari selasa ni.

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2016 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Normal je...tgk 2 thn dia mcm mana...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
anak iol late bloomer,nak masuk 6 tahun barula sheol bercakap macam budak lain,..sejak sheol tengok boboiboy d movie banyak perkataan n ayat yang dia sebut baik malay n english.

dedulu weol nk stimulate supaya dia nak bercakap selalu weol buat bedtime story tapi sheol buat dono je,sekatang ni sheol pulak yang buat bedtime story kat weol smpai dia tertido sebab penat membebel
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 03:36 PM | Show all posts
My dotter Marisa pun ada masalah bercakap. marisa dh 2y5m tp tak pandai ckp. i tgok dia normal cm bebudak lain. Ape die nak suma tarik tangan n tuju ketempat brg o benda yang dia nak..

yes i ada bg dia tgok tab, hp, tv n karton suma. tp bukan sepanjang masa.  n i pun ada berborak dengan dia.. tp dia xpernah pgl i mama.. pgl papa je. dia paham arahan n boleh buat suma yang kite suruh. cuma xckp. Perkataan yg dia pernah ckp; papa, mimi (nenek dia) usu, apis, pin pin (Upin ipin) and boboiboy. n pandai ckp sedappp je.. hahaha

adakah anak iols bermasalah? atau i as parents yg bermasalah? Pls advice i..  sebab cousin dia sebaya.. pandai ckp masyaallah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2016 02:52 PM | Show all posts
anak i pun baru 2 tahun.. bercakap dgn full sentence tu blom lg la.. lambat lg kot rasanya.. tp sebut perkataan tu bleh la.. i think normal je perkembangan mcm ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2016 12:27 PM | Show all posts
umur anak sy 1 thun 6 bulan pun belum pandai cakap. pandai cakap " ma acih " je bila bagi/ambil brg.selebihnya "uh,uh,uh,uh" .Dahlah nurse bising . nurse nak tgk umur 1 tahun 9 bln . boleh cakap ke x. huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 04:04 PM | Show all posts
Anak aku, umor 9 bulan dah start cakap2 sikit, kuar "ma / bah". Cecah setahun dah mula lari2, aktif sangat, pastu tau kalau org mintak "kiss", dia akan cium, kalau aku pegang snack ke apa ke dan dia nak, dia akan kata "nakkk".

Sekarang dah setahun setengah, boleh cakap nombor 1 sampai 10, tau setengah alphabet, nyanyi2 kalau dgr lagu2 nursery rhymes dia. Boleh lari sambil tip toe.

Aku ingatkan nih normal untuk kebanyakkan baby.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2016 07:43 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 12:52 PM | Show all posts
anak sy masa umo 6 bulan dah sebut papa mama (maksdara dia), sy dia panggil mimy (mommy)..ingat boleh bercakap dulu br berjalan, tapi genap setahun dia boleh jalan dlu..bercakap bahasa jerman..sekrang dah 1thn 5 bulan dh boleh bercakap slow2..boleh gabung 2-3 ayat...sy selalu interaksi dengan dia,.dia akan ikot apa yang sy cakap.seketul2 je la,.nanti dia akn cakp nak nasi, nak air..pelat pn kurang bila kita ajar penuh, jgn cakap omey...nanti dia pelat...biasa orang cakap anak pompuan lebih cepat bercakap...masih awal lg untuk puan ajar dia...slowly..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 04:45 PM | Show all posts
alhamdudillah anak saya 3 thn dh lancar bercakap...tp klu ada org luar punya lah susah nk dgr suara dia....malu-malu gitu
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 01:52 AM | Show all posts
mokcikKSKB replied at 30-10-2016 01:15 PM
Bagid dia sikit masa lagi sampai reach 2yrs. Kalau masih belum boleh bckp 2-3 syllable word mmg kena ...

Anak saya pun dah 1 tahun 6 bulan..tak dengar lagi dia panggil ibu/ayah...
Nurse pun suruh tunggu sampai 2tahun...tgk mcm mana  nanti..harap2 boleh la dia menyebut perkataan..risau jugak
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2016 05:03 AM | Show all posts
okay sorry Puan, saya terlepas pandang thread ini

okay anak  1 tahun 8 bulan

lazimnya - ( ini belum ada lagi kajian yg published untuk normskan bebetul  kanak kanak malaysia dan kanaka kanak malaysia dalam latar belakang penguasaan bahasa berbeza  - YEP DBP your job to liase with academia )


kalau 7 - 12 bulan dah ada pelbagai bunyian - variegated babbling sila google

yups pelbagai bunyian

12 bulan ke atas single word / perkataan tunggal - yang difahami  yg selalu digunakan oleh penjaga

mama
baba

makan
main
susu

those words single words yg dia sama ada  a) faham  - apabial idujarkan   b ) atau boleh guna - say out

usually julay 1-50


kalau

12 - 24 bulan

dia selalunya boleh  rangkaikan

dua perkataan
selalunya selalunya frasa pendek yg  kita faham

kan acik ( makan nasi )

apa apa lah


now

i nak tanya

masa bersalin

bagaimana pendengaran dia - dah screening ke?

sila check pendengaran

ada jaundice tak? i mean kuning?


so please  suruh doktor refer ke pegawai perubatan pemulihan  

pi check telinga/ pendengaran

if you are concern


Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2016 05:06 AM | Show all posts
lagi satu may i knwo siapa yg jaga anak puan ye

yg menjaga tu ada kanak anak sebaya ke , rajin sembang , bermain
or macam mana
kena tengok faktor persekitaran juga

dan juga  amk ayah  dulu yg cepat atau lambat cakap tak?

see link:
http://htapah.moh.gov.my/v1/index.php/my/menu-artikel-kesihatan/26-kategori-artikel-kesihatan/108-mengapa-anak-lewat-bercakap

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2016 05:09 AM | Show all posts
kepaad ibu bapa dan bakal ibu bapa

sila ke kedai buku dan laburkan wang anda membeli buku buku tentang perkembangan awal kanak kanak

ini penting sangat  I suggest.

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2016 05:12 AM | Show all posts

Mengapa Anak Lewat Bercakap?

Ditulis oleh Pentadbir Web.


Tiada kaitan jantina, mungkin petanda anak alami masalah pendengaran, autisme

SEAKAN wujud satu persepsi dalam kalangan masyarakat yang mengaitkan jantina sebagai alasan bagi kanak-kanak yang lewat bercakap.

Tidak hairanlah, kita sering mendengar dialog seperti “kalau dibandingkan dengan budak perempuan, budak lelaki memang lambat bercakap’. Namun, adakah tanggapan ini benar?

Mengajukan persoalan itu kepada Terapis Pertuturan Bahasa Pusat Pengajian Sains Rehabilitasi, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Basyariatul (Basha) Fathi Othman, sebaliknya menyifatkan pandangan itu hanyalah mitos.

“Kanak-kanak yang lambat bercakap tidak boleh dibezakan dengan jantina. Cepat atau lambat kebolehan bercakap itu, sebenarnya banyak dipengaruhi persekitaran, termasuk pemilihan permainan.

“Budak perempuan dikaitkan dengan cepat pandai bercakap kerana jenis permainan mereka seperti ‘main masak-masak atau main pondok-pondok’ itu boleh menjadi satu proses pembinaan pertuturan,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Menurutnya, sambil bermain masak-masak itu, mereka akan mengajuk cara ibunya memotong sayur, menjaga adik dan menukarkan pakaian. Perbuatan itu akan bersulam dengan pengeluaran ayat. Sekiranya dilakukan secara berulang-ulang kebolehan bercakap akan menjadi semakin lancar.

“Ini berbeza dengan budak lelaki. Kebanyakannya suka bermain kereta mainan, atau ‘pencuri-polis’. Tidak banyak perkataan dapat dikeluarkan menerusi permainan berkenaan melainkan bunyi ‘vroom’ enjin kereta atau perkataan ‘lari’ dan ‘tangkap’ daripada mulutnya. Secara langsung faktor permainan amat mempengaruhi kebolehan mereka bercakap.

“Justeru saya fikir ada baiknya kalau budak lelaki turut sama bermain permainan budak perempuan kerana nyata bentuk permainan itu membina kebolehannya bercakap dan kognitif lain termasuk penggunaan motor tangan serta kaki. Penggunaan otak dan pergerakan badan menerusi perbuatan akan mempercepat mereka belajar perkataan baru, seterusnya membina ayat dengan baik,” katanya.

Namun, bilakah masanya atau tahap usia kanak-kanak itu dikenal pasti sebagai lewat bercakap dan perlu mendapatkan bantuan?

“Kanak-kanak yang normal boleh mengeluarkan perkataan seawal usia lapan bulan ke setahun setengah. Kalau lewat daripada itu, ibu bapa boleh membawa kanak-kanak bertemu dengan terapi pertuturan bahasa untuk menentukan sama ada anak mereka mengalami masalah.

“Masalah bercakap hanya boleh ditentukan oleh Terapi Pertuturan Bahasa kerana dalam setiap kes dirujuk, kanak-kanak itu akan diperiksa secara terperinci termasuk menyelidiki persekitaran yang mempengaruhi kebolehannya bercakap. Ibu bapa yang mengesyaki anaknya berhadapan masalah bercakap, perlu segera merujuk kepada Terapi Pertuturan Bahasa kerana lambat bercakap boleh menjadi ‘petanda’ kepada masalah lain termasuk masalah pendengaran, autisme atau masalah masalah lain. Lebih cepat dikenal pasti, lebih cepat kanak-kanak itu dapat dibantu,” katanya.

Apakah bezanya antara masalah bercakap dengan pertuturan? Katanya masalah lambat cakap dikaitkan pelbagai faktor komunikasi termasuk kurang rangsangan untuk bercakap.

Bagi masalah pertuturan pula, adalah biasa untuk kanak-kanak kecil yang mula belajar bertutur untuk mengeluarkan bunyi-bunyi yang ‘pelat’ kerana ini adalah proses normal. Pelat atau ‘proses-proses fonologi’ ini berlaku sehinggalah sekitar lima hingga enam tahun di mana bunyi-bunyi pertuturan kanak-kanak akan terus bertambah baik dan akan menyamai bunyi-bunyi pertuturan orang dewasa. Apabila kanak-kanak tidak berjaya mengatasi ‘pelat’ ini pada tahap umur berkenaan, maka masalah pertuturan perlu dibantu oleh patologis pertuturan bahasa.

Jelasnya seseorang bayi itu bersuara mengeluarkan kata - kata membebel atau ‘baby talk’ seperti 'aa', 'aa', 'ahggege', 'bababa', 'dededed', 'mamamam', 'nanana' dan seterusnya sebelum dapat mengeluarkan perkataan yang bermakna. Dalam usaha merangsang kanak-kanak cepat bercakap, ibu bapa digalakkan bercakap dengan mereka walaupun ketika itu mungkin si kecil pada usia bayi.

Mengenai kemungkinan kanak-kanak lambat bercakap akibat penggunaan pelbagai bahasa di rumah menyebabkan kanak-kanak mungkin keliru, Dr. Basha berkata, ia tidak semestinya berlaku kerana kanak-kanak menyerap bahasa bagaikan span dan tahu membezakan bahasa bila sampai masanya.

Pada peringkat awal, sesetengah kanak-kanak yang bertutur pelbagai bahasa mungkin ada menunjukkan sedikit kelambatan dalam menguasai kesemua bahasa yang dituturkan. Bagaimanapun, ini akan diatasi secara semula jadi. Dalam sesetengah kes, ibu bapa mungkin dapati anak-anaknya lebih bijak bercakap bila tahu banyak bahasa.

Tidak dinafikan unsur genetik adalah satu lagi sebab mengapa kanak-kanak lambat bercakap.

“Untuk mengelakkan berlakunya masalah bercakap bagi kanak-kanak, ibu bapa perlu memastikan supaya tahap pertuturan yang mereka gunakan adalah sepadan dengan umur anak mereka. Peluang untuk kanak -kanak mereka mendengar bahasa dan menggunakannya mestilah mencukupi di dalam persekitaran mereka.

“Jika ibu bapa atau penjaga selalu bercakap cepat, menggunakan perkataan yang tidak sepadan dengan kebolehan kanak -kanak mereka memahaminya sudah tentulah akan memberi kesan yang negatif kepada perkembangan pertuturan kanak -kanak mereka. Penggunaan bahasa adalah perlu untuk perkembangan intelek seseorang kanak -kanak. Perkembangan intelek pula dipengaruhi oleh tahap penggunaan bahasa. Jika kanak -kanak lambat bercakap pembelajaran mereka di masa hadapan akan terjejas.

“Sebetulnya selain daripada kesihatan tubuh badan , tahap pemakanan yang baik, keadaan fizikal dan mental yang baik , persekitaran yang penuh dengan stimulasi adalah perlu diberikan kepada kanak-kanak untuk menggalakkan perkembangan bahasa optimum,” katanya.

Jelasnya masalah bercakap selalunya menjadi petanda kepada masalah lain yang lebih besar, termasuk masalah pendengaran, atau autisme.

“Segeralah merujuk kepada pakar dapat membantu mengesan masalah dihadapi kanak-kanak. Selain Hospital Kuala Lumpur dan hospital besar di setiap negeri, ibu bapa boleh ke Klinik Audiologi & Sains Pertuturan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Temerloh, Kuala Lumpur yang khusus mengendalikan mengenai masalah berkaitan.


sumber :
http://htapah.moh.gov.my/v1/inde ... anak-lewat-bercakap

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2016 05:15 AM | Show all posts
so ada pelbagai penyebab anak  lewat bercakap - please kenal pasti faktor risiko anak anda

a) prematurity / pra matang
b) jaundice - kuning  yg memerlulan exchange tranfsuion - org cakap pindah or tukar darah
c)  ibu semasa hamil - mendapat kangkitan - rubella etc etc
d) kelahiran yang  komplikasi - anak tak menangis serta merta , atau anak ' lemas' etc  - bukan untuk panic ye , untuk just know and pantau perkembangan
e) genetic / penyakit genetic yang melibatkan  kelainan upaya / masalah pembelajaran


Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2016 05:22 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 25-11-2016 05:27 AM

Boleh puan buat sedikit screening / saringan pemahaman perkataan tak?

kalau puan tunjukkan kat dia benda yang dia selalu  guna/ pakai / dan etc

just  letak depan dia

tanya dia macam ni :

ni apa:

( then puan diam - jgn bagi any clues or tolong) dia boleh namakan benda yg dia selalu guna/ pakai . nampak tak?

then

kalau dia tak boleh cakap

boleh tak bagi clue : suku kata sedikit je

macam nasi

dia takleh jawb, then puan kata : na...... ( puan tunggu respons dia )
so puan catat berapa banyak benda yg puan letak kat depan dan dia boleh cakap
dan berapa banyak yg dia perlu dibantu  ( maksudnya puan kena guna cues / bagi hints )



atau  

Puan  bagi pen

dan suh dia pegang - tengok a ) sama ada dia  tahu mimik perbuatan menulis tak - sebab kalau dia buat macam ni - means dia faham dan kaitkan objek - dan - fungsi

cuba dengan beberapa benda yg dia familiar -

atau boleh puan tengok cara dia bermain tak - anak anak patung ke atau kereta ke dia buat apa dengan alat mainan tu - ada tak dia macam kekanak lain  main..macam dia  suap makan ke kat anak patung tu, dia buat apa ap alah yg logik...?

( ni i nak tengok simbolik play dia )

atau

puan

a) letak pen atas meja
b) suruh dia ambik

i nak tengok di afaham tak arahan simple ( ni kefahaman arahan simple command)

ambik pen atas meja

dia ambik tak


kalau puan concern sila pi ke pakar kanak kanak terus - yes


pendegaran dia okay ke?


selalunya budak dia faham banyak perkataan / vocab/ koasa kata  daripada dia sebut

read  on: receptive vocabulary  
expressive  vocabulary

bahasa yg dituturkan di rumah  pun main peranan : is it english or malay

tapi ni selalunya tak apa...guna  yg dominan dan familiar



Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2016 08:11 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 25-11-2016 05:22 AM
Boleh puan buat sedikit screening / saringan pemahaman perkataan tak?

kalau puan tunjukkan kat di ...

Anak sulung hang umur berapa????

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2016 08:16 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 25-11-2016 10:42 AM
manaakkaatau replied at 25-11-2016 08:11 AM
Anak sulung hang umur berapa????

i am not joking in this thread. this is important pada the mother. i tak akan ambik enteng.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.073959 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list