Sumber Foto: Boredpanda.com
Kalau anda seorang yang 'gila kucing' dan memang sangat-sangat sayangkan haiwan manja tersebut, tempat ini memang sesuai sungguh untuk anda kunjungi kalau nak peluk kucing-kucing yang gebu.
Lanai Cat Sanctuary yang terletak di Hawaii adalah rumah bagi hampir 500 ekor kucing dan pengunjung yang datang ke sini boleh membelai dan memberi makan makhluk yang tersangat comel ini!
Lokasinya di Pulau Lanai, tempat perlindungan ini adalah seluas 25,000 kaki persegi dan disebabkan kucing-kucing tersebut tidak dikurung, maka kita dapat melihat semuanya bebas bergerak ke mana sahaja.
Kucing-kucing tersebut juga sedia untuk diambil sebagai 'anak angkat' bagi sesiapa sahaja yang mahukannya , malah yang lagi menarik mana-mana kucing terbiar akan dipelihara dengan baik di sini.
Suasana yang tenang dan pemandangan yang cantik memang menjadi tempat yang tepat untuk menghabiskan masa di sini.
Tempat ini dibuka untuk orang ramai mulai dari pukul 10 pagi hingga 3 petang setiap hari.
Ada yang rasa nak terbang ke sana sekarang juga tak? -CARI
|