View: 2546|Reply: 9
|
Tulis Pandangan Panel Bual Bicara Di Status FB, Pengacara TV Digantung Kerja
[Copy link]
|
|
Pengacara popular Ruang Bicara Bernama TV, Dahlan Maamor digantung daripada menjadi hos program itu selepas mendakwa mendapat ‘protes hebat daripada media Umno’.
Tindakan itu dikatakan dibuat selepas Dahlan menulis di Facebook Rabu lalu mengenai pandangan peguam Adnan Seman yang memohon Datuk Seri Najib Razak berfikir secara serius untuk berundur.
Difahamkan Adnan sebelum itu dijemput sebagai tetamu dalam program berkenaan.
Dahlan berkata, tindakannya menyiarkan pandangan Adnan di media sosial dibantah oleh Setiausaha Bahagian Media Umno Malaysia, Datuk Ahmad Kamal Zailani.
Khamis lalu iaitu 27hb Oktober, Dahlan sekali lagi menerusi akaun Facebooknya memaklumkan pengerusi Bernama, Datuk Seri Azman Ujang bertindak menggantungnya tanpa siasatan yang sewajarnya.
sumber foto: FB Dahlan Maamor
“Protes hebat daripada media Umno oleh Dato Kamal Zailani membawa kepada tindakan DS Azman Ujang yang tak profesional dan pendedak dalam pembikinan tanpa memikirkan sumbangan saya kepada Bernama TV bertindak “menggantung saya” daripada mengacarakan program Ruang Bicara."
Menulis di Facebook dengan tajuk ‘Selamat Tinggal Ruang Bicara‘, Dahlan turut menafikan beliau mahu menjatuhkan kepimpinan Bernama, tetapi mendakwa menjadi mangsa pengamal media seperti Azman.
“Menuduh saya untuk menjatuhkan saf kepimpinan di Bernama agak keterlaluan. Dan ia bukan matlamat saya. Saya bukan orang politik tapi hari ini orang sekecil saya pun menjadi mangsa orang media seperti Azman Ujang.” . - CARI
sumber foto: FB Dahlan Maamor
|
|
|
|
|
|
|
|
Status fb camtu pun kena... nampak cam dia nak promot rancangan tv sendu tu jer.... kalo tak promot sapa la nak bukak chanel tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Kau like sesuatu dalam fb pun boleh kena siasat
Malaysia boleh |
|
|
|
|
|
|
|
Ummah yang terlampau bnyk masa free.semoga ditimpa kecelakaan. |
|
|
|
|
|
|
|
bos taip nama smpai salah
mgkin dia takut smpai nk terberak masa menaip.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sah ke surat tu kalau nama pun salah? |
|
|
|
|
|
|
| |
|