View: 2751|Reply: 12
|
Hidangan Laksa Terbesar Hanya Cipta Rekod Membazir Dalam Malaysia Book Of Record
[Copy link]
|
|
Suatu pembaziran hebat! Itulah yang berlaku Jumaat lalu apabila hidangan laksa dengan kuantiti cukup untuk dimakan 1500 orang dibuang begitu sahaja.
Sumber foto: Malay Mail Online
Menurut laporan The Borneo Post, Sarawak berjaya mencatat nama dalam Malaysia Book of Records apabila sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini, menyediakan hidangan laksa Sarawak terbesar.
Bagaimanapun, kuantiti bahan adalah sangat melampaui batas apabila membabitkan penggunaan 225kg mihun, 90 kg udang, 1008 biji telur dan 80 kg ayam, sebagai antara bahannya. Malahan, ia mengambil masa hampir 18 jam untuk dimasak.
Sumber foto: BERITAVIRAL.CLICK
"Semua laksa akan dibuang kerana ia tidak baik untuk kesihatan," kata penganjur, Debra Sim.
Pelbagai reaksi diterima daripada orang ramai di mana kebanyakannya mengecam tindakan itu selain menganggap tindakan penganjur adalah kurang bijak.
Sumber foto: FB Plaza Merdeka
Netizen berharap Malaysia Book of Records membuat satu peraturan di mana makanan itu sepatutnya boleh dimakan dan tiada pembaziran berlaku untuk membolehkan pencapaian itu direkod.
Sehubungan itu, Pengurus Besar Plaza Merdeka, Cheah Kheng Mun menjelaskan tindakan itu dibuat pihak pengurusan dan penasihat makanan selain berterima kasih atas perhatian orang ramai mengenai isu itu.
"Kami berterima kasih kepada orang ramai yang membincangkan isu ini di media sosial. Bagi pihak pengurusan, kami tiada sebarang komen dan kami mengalu-alukan tindak balas berharga daripada mereka," katanya.
Selain itu, pusat beli-belah itu turut mengagihkan 1500 mangkuk laksa yang dimasak lain kepada orang ramai keesokan harinya sebagai sambungan daripada acara mempromosikan juadah tradisi Sarawak itu ke peringkat antarabangsa.
Sumber foto: The Borneo post
Walaupun rekod kejayaan dicatat, pembaziran besar-besaran berlaku. Tidakkah itu suatu tindakan sia-sia? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
laksa sarawak x berapa kena dgn selara akak....
|
|
|
|
|
|
|
|
"Semua laksa akan dibuang kerana ia tidak baik untuk kesihatan," kata penganjur, Debra Sim.
Serius dia cakap gini??
Weh menangis baca laksa kena buang. Pelisla takyah buat rekod dgn makanan gini dah. Rekod SS. |
|
|
|
|
|
|
|
gambar yang pertama tu,
risau la takut2 4 orang tu terjunam dalam mangkuk tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku cakap hangpa tak percaya. Apa kisah, Kita semua mewah, makanan buleh di buang. Tapi pakat dok hingaq minyak masak naik sekupang dua. Patutnya, minyak masak tu naik 2 hinggit sekilo.
Kita masih mewah. Kata rakyat tertekan konon, sapa percaya, LKS,LGE,TGHHA,TUN M,TSMYA,DSAZH,DSAM mana depa percaya.
|
|
|
|
|
|
|
|
mungkin dia pakai bahan dah expired .. eloklah dibuang kot ..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak minat ngn rekod terpanjang,terbesar,terbanyak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Membazir... tapi kalau lepas laksa tu dibagi2kan, yg makan tu sakit perut lagi haru. |
|
|
|
|
|
|
|
nampak la masak laksa tu sekadar nk capai rekod.. esok masak baru lg.. nk cover bg org mkn |
|
|
|
|
|
|
|
What a waste..
Tapi kalau boleh makan and bagi free I still chose not to eat lol |
|
|
|
|
|
|
|
membazir x hengat.. sedihh |
|
|
|
|
|
|
|
Takperlah, biarkan ia menjadi pengajaran berharga utk kita semuaa... |
|
|
|
|
|
|
| |
|