CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3618|Reply: 39

Hanya Empat Lebuh Raya Berhak Naikkan Tol Tahun Depan- Menteri Kerja Raya

[Copy link]
Post time 2-11-2016 09:30 AM | Show all posts |Read mode
sumber foto: internet




Berdasarkan perjanjian konsesi lebuh raya yang sedang berkuatkuasa, hanya empat lebuh raya berhak menerima kenaikan tol pada tahun depan.


Antara lebuh raya berkenaan ialah Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur (EDL), Lebuhraya Kajang–Seremban (Lekas), Lebuhraya Senai–Desaru (SDE) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).


Demikian jawapan bertulis Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof kepada soalan ahli Parlimen DAP di Bagan, Lim Guan Eng di Dewan Rakyat kelmarin.


Tambah beliau, sekiranya tidak dibenarkan naik tol, anggaran jumlah pampasan tol tahun 2017 bagi empat lebuh raya tersebut ialah RM59.77 juta.  


Berdasarkan perjanjian asal pada tahun 1988, beliau berkata konsesi lebuh raya itu sepatutnya tamat pada 2018 namun, berikutan usaha mengurangkan kesan kenaikan tol, kerajaan terpaksa menstruktur semula kadar tolnya iaitu pada 1999, 2002 dan 2011.


Beliau turut menjelaskan walaupun syarikat konsesi menerima jumlah kutipan tol yang tinggi, ia tidak bermakna mereka mengaut keuntungan yang besar kerana ia perlu dibelanjakan untuk pelbagai komitmen lain.-CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2016 09:34 AM | Show all posts
empat ke satu ke dua ke
pokoknya naik kan?
tak payah pusing sini sana
we got that
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Tol naik minyak naik minyak masak naik

Dah NAIK ANGIN KE BELUM
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 09:52 AM | Show all posts
jilake...jilake...jilake...
apesal senai-desaru naik lagiii
mula2 bukak... rm11.90
pastu naik rm13.50...
pasni nak naik bape arrrr jilake.....
mentang2 pekerja rapid ramai kat sana...ko naik kan la harga tol lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 09:52 AM | Show all posts
hah, amik kau kena timbang dengan dacing
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 09:53 AM | Show all posts
hihkhihkhhikk.....elok laa tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2016 10:00 AM | Show all posts
teha86 replied at 2-11-2016 09:52 AM
jilake...jilake...jilake...
apesal senai-desaru naik lagiii
mula2 bukak... rm11.90

syukurlah nak... kalau cina perintah naik sampai 500%

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 10:02 AM | Show all posts
AbukRokok replied at 2-11-2016 10:00 AM
syukurlah nak... kalau cina perintah naik sampai 500%

aku tgh bersukurrrrrr sangaaattt nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2016 10:15 AM | Show all posts
Semua benda nak di naikkan harga. Apa nak jadilah!
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 10:31 AM | Show all posts
keyword "HANYA"
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 10:32 AM | Show all posts
konsesi ni semua tandatangan zaman sape?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillahhhhh konsepnyer
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 10:46 AM | Show all posts
Janji tahu, pak menteri, hanya empat tol lebuhraya itu sahaja naik, jangan pula yang lain pun naik juga hujung tahun ini, dengan macam-macam alasan diberi.... dengar tak pak menteri ???
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 11:07 AM | Show all posts
Top 5 kerisauan rakyat Malaysia :

1 proton bakal dijual
2 gst naik kepada 8%
3 harga minyak naik lagi
4 Elly mazlein tersingkir Dari gegar vaganza 3
5 tol naik
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 11:20 AM | Show all posts
cibai lahh...ni aku mmg tahap nak sumpah
guthrie tol aku rasa br je naik hari tu..
ni nak naik lagi hrga...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
ibu_haritz replied at 2-11-2016 11:20 AM
cibai lahh...ni aku mmg tahap nak sumpah
guthrie tol aku rasa br je naik hari tu..
ni nak n ...

Entahnya...bukan panjang sgt highway  nya nk cas memahal...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2016 01:17 PM | Show all posts
ibu_haritz replied at 2-11-2016 11:20 AM
cibai lahh...ni aku mmg tahap nak sumpah
guthrie tol aku rasa br je naik hari tu..
ni nak n ...

Kannn...aku rasa baru je naik dlm setahun, pekejadah naik lagi...buang tebiat ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 01:24 PM | Show all posts
Kalau ada jalan alternatif, wajarlah dinaikkan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 01:24 PM | Show all posts
nasib la negeri ku yang bertuah tiada tol...
kalau ada tol tambah ol
jadi bunyi nya tolol....
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
cocorex replied at 2-11-2016 11:07 AM
Top 5 kerisauan rakyat Malaysia :

1 proton bakal dijual

No 4 tu nape pulak.. mentang mentang janda
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.057971 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list