CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1838|Reply: 22

Parti perosak pas dan dap nak bercomolot pulak

[Copy link]
Post time 2-11-2016 06:07 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Pas mengesahkan parti itu mengalu-alukan perbincangan antara parti- parti pembangkang bagi mewujudkan  pertembungan satu lawan satu menentang BN dalam PRU14 akan datang.
Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang ketika ditemui di lobi parlimen berkata, pihaknya sudah lama membuka 'pintu' parti itu.
"Kita sudah lama buka pintu.
Cuma apabila masuk, jangan buat kacau dalam rumah kami," katanya ringkas ketika diminta mengulas  mengenai kesediaan Pas berbincang dengan DAP.
Kelmarin, Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin dilaporkan parti bersetuju dengan strategi  satu lawan satu seperti yang diharapkan rakan pembangkang lain untuk pilihan raya depan.
[ARTIKEL BERKAITAN:  Pas setuju strategi satu lawan satu]
Katanya, perkara itu mungkin memberi gambaran positif kepada pembangkang, namun ia terpulang kepada budi bicara rakan parti pembangkang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-11-2016 06:13 PM | Show all posts
IPOH – Mesyuarat rundingan bersama Pakatan Harapan perlu diadakan dalam tempoh terdekat sekiranya persetujuan Pas untuk satu lawan satu menentang BN pada PRU14 adalah benar seperti dikatakan.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, sekiranya hasrat Pas itu ikhlas ia perlu dilakukan secara meja rundingan.

“Cakap kosong tak bererti, dalam hal ini jika Pas ikhlas, mesyuarat rundingan bersama Pakatan Harapan perlu diadakan dalam tempoh terdekat,” katanya
Terdahulu, Pas mengakui bersetuju konsep satu lawan satu seperti diharapkan pembangkang lain untuk menentang BN pada PRU14 nanti.

Persetujuan itu bagaimanapun dengan syarat bersatu atas dasar agama ALLAH.

Ahli Parlimen Taiping itu berkata, kenyataan dikeluarkan Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin itu adalah selaras dengan Deklarasi Rakyat untuk menyelamatkan Malaysia dan satu lawan satu adalah prinsip pembangkang.

“Tapi Pas tidak harus meletakkan syarat memaksa parti lain menerima dasarnya. Yang penting adalah agenda membela rakyat tanpa mengira kaum serta dasar ekonomi yang efektif untuk meringankan beban hidup rakyat.

“Retorik politik harus diketepikan supaya keutamaan diberi kepada kebajikan hidup rakyat,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 06:18 PM | Show all posts
parti2 senang bercium mulut, yg berkelahi ni macai2 bawahan jek
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 06:21 PM | Show all posts


Persetujuan itu bagaimanapun dengan syarat bersatu atas dasar agama ALLAH.


kenapa ak ras PAS ni mcm mabuk jer.......nak join pakatan balik..tp dia plak kenakan syarat yg kompom DAP/PKR x akan setuju..




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2016 06:27 PM | Show all posts
PAS kini bersetuju untuk mengadakan perbincangan dengan Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU), kata presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, persetujuan itu bagi membincangkan soal kerjasama untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Berita baik bahawa PAS telah menyatakan persetujuan untuk mengadakan perbincangan dengan kita (BERSATU), tarikh juga telah ditetapkan dan itu bagi bagi kami satu langkah ke hadapan.

"Ada beberapa pimpinan mereka yang telah diberikan amanah dan akan disusuli dengan peringkat kepimpinan tertinggi,” kata Muhyiddin pada sidang media BERSATU di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, hari ini.

Muhyiddin berkata, Pakatan Harapan juga menjemput BERSATU untuk menyertai mesyuarat kepimpinan pakatan pembangkang itu.

"HARAPAN pula telah menyatakan jemputan untuk kita hadir dalam mesyuarat pimpinan mereka dalam tempoh beberapa hari ke hadapan dan di situ kita dapat mengorak langkah bagaimana bentuk kerjasama yang sesuai yang boleh kita jalinkan.

"Kita juga pada masa itu nak ambil kesempatan untuk memulakan proses rundingan untuk meletakkan kerusi yang mungkin boleh dijadikan kerusi BERSATU," kata Muhyiddin.

Sementara itu, beliau juga tidak melihat masalah bekerjasama dengan PAS sebagai parti Islam memandangkan BERSATU juga tidak berbeza.

"Saya fikir itu tidak menjadi masalah lebih lagi kalau mereka katakan mereka memperjuangkan Islam, sebab itu (Islam juga) sebahagian yang penting dalam parti kita.

"Tapi kita tahu dalam perlembagaan hak agama lain memang terjamin dan dengan ada pertemuan akan datang banyak perkara akan dirungkaikan, kerjasama yang bagaimana, bentuk seperti apa dan sejauh mana kita nak bekerjasama," kata Muhyiddin.

Bekas timbalan perdana menteri itu juga berharap kerjasama dengan PAS akan dapat diputuskan sewaktu pertemuan rasmi dalam tempoh terdekat.

"Jadi, kalau itu dah dijadikan asas kerjasama, itu satu kemajuan.

"Kita harap itu dapat diputuskan bila kita adakan pertemuan rasmi dalam tempoh terdekat.

Terbaru, Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin dilapor berkata mereka bersetuju dengan konsep satu lawan satu seperti yang diharapkan rakan pembangkang yang lain untuk menentang BN pada PRU14 nanti.

Hashim berkata, perkara itu mungkin memberi gambaran positif kepada pembangkang, namun ia terpulang kepada budi bicara rakan-rakan parti pembangkang.

Sementara itu pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menegaskan kerjasama parti pembangkang amat penting bagi menjatuhkan kerajaan Umno-BN.

"Kita berharap ia dapat diselesaikan dan kita dapat isytiharkan dengan parti lawan.

“Mungkin ada parti lawan yang tidak ingin sertai, tapi kia harap kalau nak kalahkan Najib kita kena bersatu," tegas Mahathir
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2016 06:29 PM | Show all posts
Bgus pulak ade bersatu nih..harap2 la parti pas dn dap nih dikuburkn..menyusahkn je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2016 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus. Sediakan Kabinet bayangan terus...senang rakyat nak menilai...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
nampak dap dan pkr terpaksa lah terima hukum hudup demi nak menang pru 14.terima dulu sudah menang boleh sambung balik bercekau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2016 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Penang Selangor Kelantan Terengganu boleh menang. Kedah Perak Melaka N9 50-50. Johor bonus...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2016 06:34 PM | Show all posts
dauswq replied at 2-11-2016 06:18 PM
parti2 senang bercium mulut, yg berkelahi ni macai2 bawahan jek

Da insof kot 2 2 parti nih..2 2 pn ego..bodoh ja gaduh2.yg rugi depa jugak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2016 06:35 PM | Show all posts
cmf_shalom replied at 2-11-2016 06:21 PM
Persetujuan itu bagaimanapun dengan syarat bersatu atas dasar agama ALLAH.

[/back ...

Hudud dan ruu bile nk dibentg dlm parlimen?hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
roy3 replied at 2-11-2016 06:35 PM
Hudud dan ruu bile nk dibentg dlm parlimen?hahaha

Dah kuyup kena kenceng...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 06:39 PM | Show all posts
PAS Sedia Bekerjasama Dengan Pakatan Harapan - Hadi

http://www.mstar.com.my/berita/b ... as-pakatan-harapan/

Diterbitkan: Rabu, 2 November 2016 1:57 PM

Oleh: D. KANYAKUMARI
editor@mstar.com.my



KUALA LUMPUR: PAS sedia bekerjasama dengan semua parti Pakatan Harapan selagi hal dalaman parti Islam itu tidak diganggu, demikian tegas Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Pas telah lama membuka pintu (kerjasama). Kami tidak pernah menutup pintu.

"Tetapi jika anda memasuki pintu tersebut, jangan menggangu isu rumah (hal dalaman PAS)," kata beliau di lobi Parlimen pada Rabu.

Hadi berkata demikian mengulas pertanyaan tentang kenyataan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin bahawa parti itu bersetujun untuk pertarungan satu lawan satu dalam pilihan raya ke-14 akan datang.

Hashim berkata, kerjasama (antara PAS dan Pakatan Harapan) akan memberi gambaran positif terhadap pembangkang.

Ditanya sama ada PAS akan memulihkan hubungan dengan DAP, Hadi mengulangi pendirian sebelum ini iaitu selagi hal dalaman PAS tidak diganggu, perkara itu tidak menjadi masalah.

"Jangan cetuskan sebarang gangguan di dalam rumah (PAS)," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2016 06:39 PM | Show all posts
akusukaq replied at 2-11-2016 06:32 PM
nampak dap dan pkr terpaksa lah terima hukum hudup demi nak menang pru 14.terima dulu sudah menang  ...

Pkr ok je..dap jah parti ego..ingat promo parti amanah bole menang la..last2 terpaksa terima hakikat gak kene ade pas.hehe
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 06:40 PM | Show all posts
kenapa?rase2 mcm nak kalah kat kelantan kaa?takut amanah degil nak lawan jugak kat kelantan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2016 06:43 PM | Show all posts
xy_daen replied at 2-11-2016 06:38 PM
Dah kuyup kena kenceng...

Kesiann..mat sabu da jgka da..tu yg die cabut dlu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-11-2016 06:45 PM | Show all posts
alesandra replied at 2-11-2016 06:40 PM
kenapa?rase2 mcm nak kalah kat kelantan kaa?takut amanah degil nak lawan jugak kat kelantan

Hahaha br sedar agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
roy3 replied at 2-11-2016 06:43 PM
Kesiann..mat sabu da jgka da..tu yg die cabut dlu..

Hadi tu degil...tak padan tua pun kena kenceng dgn Najib...padan muka...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam erti kata lain hadi maksudkan, "nak join ikot cara dia, if taknak, ade aku kesah." So tk bole la pihak BN nak ckp pas kuda dap lagi
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 08:50 PM | Show all posts
xy_daen replied at 2-11-2016 06:33 PM
Penang Selangor Kelantan Terengganu boleh menang. Kedah Perak Melaka N9 50-50. Johor bonus...

Kalau on the ground di kedah ni pun BN boleh kiss goodbye dah....bnyk  family yg dulu bercekau sbb ada pro and anti fed govt dah bersatu dok benci govt... and one of the reasons yg mana bola blh menang dek kerana fans semangat bersatu padu di kalangan orang ramai dah kukuh di kedah ni..mmg ceria belaka. Bukan ceria sbb bersatu pro govt tp ceria sbb bersatu dok benci govt...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.170375 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list