View: 1949|Reply: 8
|
Demo Jakarta: Ibu Pejabat Polis Dlm Keadaan Berjaga-jaga, Bakal Jadi Sasaran
[Copy link]
|
|
Bangunan ibu pejabat polis di Jakarta, Indonesia dikatakan akan menjadi sasaran para penunjuk perasaan yang berlangsung hari ini.
Memetik laporan portal Detiknews di Indonesia, untuk mengawal keadaan perhimpunan, dua unit meriam air kelihatan berada di kawasan bangunan Ibu Pejabat Polis Unit Jenayah yang terletak di pusat bandar Jakarta termasuk beratus-ratus polis telah ditugaskan sejak malam kelmarin lagi.
Di samping itu, puluhan anggota polis juga dikerahkan bersiap sedia di hadapan bangunan.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh AFP, kini terdapat sebuah syarikat swasta iaitu Sabhara yang mempunyai kakitangan kira-kira 100 orang dan pegawai Brimob daripada dua syarikat, mereka dilihat sedang 'duduk' dalam keadaan berjaga-jaga.
Manakala, pasukan keselamatan yang memegang alat penghalang atau shield turut kelihatan bersedia untuk menjamin kelancaran proses demonstrasi.
Sementara itu, sehingga jam 8.05 malam, aliran trafik di Jalan Medan Merdeka Timur, arah ke Tugu Tani dan Jalan Medan Merdeka Utara kelihatan ramai orang tapi lancar pergerakannya.- CARI
sumber foto: http://news.detik.com/ |
|
|
|
|
|
|
|
Ahok sorangpun x boleh setel, lagi pengen ribut2 di negara orang. |
|
|
|
|
|
|
|
ade jamal pak tongko lg bgus |
|
|
|
|
|
|
|
masyallah, berkumpulnya para habib habib, syeikh syeikh besar, ualma ualam terkenal seIndonesia. satu agama satu tujuan satu semangat.
bikin merinding dunia.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|