View: 1621|Reply: 4
|
Saya Rela Dipenjara Jika Negara Hancur Kerana Saya- Gabenor Jakarta
[Copy link]
|
|
Sabtu lalu kekecohan yang berlaku di Jakarta susulan demonstrasi oleh ratusan ribu umat Islam bagi menentang Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok yang dikatakan menghina kitab suci Al-Quran.
Semalam beliau tampil memberi kenyataan bahawa dirinya telah difitnah oleh pihak tertentu yang berniat jahat untuk memburukkan namanya.
“Kalau negara hancur kerana seorang bernama Ahok, saya rela ditangkap dan dipenjara, tetapi saya tidak akan rela dipenjara kerana difitnah,” katanya sebagai reaksi terhadap bantahan itu.
Mengulas lanjut mengenai demonstrasi itu, Ahok menjelaskan video ucapannya di Pulau Seribu pada bulan lepas disunting oleh orang tertentu bagi menggambarkan seolah-olah dirinya mempertikaikan ayat 51 surah al-Maidah.
Tambahnya, beliau tidak bermaksud untuk menghina ayat suci al-Quran dan meminta maaf kepada semua umat Islam jika kata-katanya itu telah disalah tafsir.
Beliau akan hadir ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Polis di Jakarta bagi memberi keterangan kali kedua selepas melakukannya buat kali pertama dua minggu lalu.- CARI
sumber foto: http://indopos.co.id/
|
|
|
|
|
|
|
|
Penjara? Bukan diorang nak gantung dia kat overhead bridge ke. Apa nak heran diorang ni, cross dressers siap ada madrasah, bapuk jantan semua pakai telekung pi sana semayang . Hihihi. |
|
|
|
|
|
|
|
Korang jangan jadi Jakarta 1998 tu sudah. Ngeri nak mampoih |
|
|
|
|
|
|
|
At least he have balls that our pm didnt |
|
|
|
|
|
|
|
bertambahlah cinkies indon lari ke ibupertiwi sis.....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|