CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1712|Reply: 2

Kesalahan Yang Perlu Dielak Ketika Memilih Baju Pengantin

[Copy link]
Post time 8-11-2016 08:46 AM | Show all posts |Read mode
Setiap bakal pengantin pastinya inginkan baju pengantin yang menarik dan menampakan anda begitu menawan pada hari persandingan. Anda mesti sudah ada tema untuk baju pengantin dan akan memilih baju yang mengikut tema anda. Meskipun begitu, terdapat juga bakal pengantin yang melakukan kesalahan ketika memilih baju pengantin. Di bawah, kami kongsikan kesalahan yang perlu dielak ketika memilih baju pengantin.


Mencuba baju yang di luar bajet anda
Sebelum anda pergi ke butik untuk mencuba baju perkahwinan, anda seharusnya selidik dahulu harga bagi baju-baju yang ada di butik tersebut. Anda perlu mencuba baju yang anda rasa bersesuaian dengan bajet anda. Ini kerana untuk mengelakkan anda berasa kecewa tidak dapat pakai baju tersebut semasa persandingan anda.

Membawa terlalu ramai orang untuk memilih baju
Anda perlu mengajak seorang atau dua orang peneman anda ketika memilih baju pengantin. Orang yang anda pilih ini akan menolong memberi pendapat untuk pemilihan baju. Janganlah membawa terlalu ramai untuk meneman anda kerana dikhuatiri terlalu banyak pendapat yang akan menyukarkan anda untuk membuat keputusan. Carilah orang yang dapat memberi pendapat yang jujur dan orang yang boleh memberi kerjasama kepada anda.

Memilih baju pengantin yang anda tidak berkenan
Anda yang akan menjadi raja sehari dan andalah yang akan menggayakan baju pengantin yang telah anda beli ataupun sewa. Anda seharusnya memilih baju pengantin yang betul-betul anda suka dan selesa ketika memakainya. Sekiranya ada seseorang yang anda sangat hormat memberi cadangan agar anda mengayakan baju pilihannya, anda perlu cakap dan berbincang secara baik dengannya mengatakan anda tidak berkenan dengan pilihan tersebut. Jelaskan kepadanya dengan baik kenapa anda tidak mahu memilih baju pilihannya. Janganlah kerana anda ingin menjaga hatinya, anda terpaksa lepaskan peluang untuk menggayakan baju pilihan anda yang mungkin sekali seumur hidup.

Memakai solekan ketika mencuba baju pengantin
Sesetengah wanita merasakan dirinya tidak lengkap dan rasa kurang keyakinan diri jika tidak bersolek. Bagi mereka,bersolek merupakan satu kekuatan untuk tampil yakin di khalayak ramai. Boleh anda untuk bersolek tetapi cukuplah solekan yang nipis sahaja kerana dikhuatiri solekan yang tebal akan menyebabkan kekotoran pada baju yang anda telah cuba. Tetapi jika anda yakin dan pandai menjaga baju tersebut dari sebarang kotoran makeup, anda boleh untuk bersolek tebal sekalipun.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2016 12:23 PM | Show all posts
post dh ade tp post lagi.. tt ni suka post pkara sama.

berulang.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2016 08:38 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.057551 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list