CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2775|Reply: 8

Runsing Kesan Gigitan Nyamuk Pada Si Kecil? Ini Rawatan Paling Mudah

[Copy link]
Post time 8-11-2016 05:30 PM | Show all posts |Read mode
Risau sungguh dibuatnya kalau si kecil terkena gigitan nyamuk dan jika kulitnya sensitif, ia boleh membawa kesan buruk seperti kegatalan, bengkak dan ruam merah.


Kebanyakan ubat moden sekarang memang boleh digunakan untuk menghilangkan kesan tersebut, namun ada sesetengah kulit yang tidak serasi dengannya.


Oleh itu, lebih baik memilih rawatan yang lebih semula jadi kerana pastinya cara ini adalah yang paling bagus untuk menghilangkan kesan gigitan tersebut.


Paling menarik dan seronok adalah bahan-bahan yang diperlukan sangat mudah didapati kerana ada di dalam dapur rumah anda.


Sumber Foto: fitnessfusions.co.uk


1. Bawang putih
Caranya dengan meletakkan sedikit bawang putih pada kawasan yang terkena gigitan nyamuk dan biarkan beberapa minit sehingga rasa gatal hilang. Kemudian bilaskannya dengan menggunakan air yang bersih.


2. Ubat gigi
Pepermint yang ada dalam ubat gigi boleh membantu menyejukkan kulit. Caranya dengan menyapu sedikit ubat gigi di tempat gatal dan biarkannya hingga kering sebelum bilasnya dengan air.


3. Cuka
Paling baik ialah gunakan cuka sider epal. Caranya, rendam bebola kapas dalam cuka dan lekapkan di kawasan gigitan nyamuk.



Sumber Foto: www.healthyfoodhouse.com






4. Madu
Sapukan sedikit madu kerana bahan ini mampu mengelakkan jangkitan dan mengurangkan kegatalan akibat gigitan.


5. Lemon
Perahkan sedikit jus lemon atau limau nipis ke kawasan gigitan. Boleh juga sapukan kulit lemon ke atasnya kerana hasilnya tetap sama.


6. Aloe Vera
Caranya adalah dengan meletakkan sedikit gel aloe vera dan bukan sahaja ia menghilangkan kesan kegatalan, malah membantu mempercepatkan proses penyembuhan kulit.


Sumber Foto: www.stylecraze.com


Mudah sahaja rupa-rupanya untuk menghilangkan kesan gigitan nyamuk kan?


Selepas ini, tak payahlah ibu bapa berasa rungsing bila anak-anak menangis kerana terkena gigitan nyamuk. Bukan sahaja jimat, mudah, ianya juga sangat praktikal. Tak begitu? -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2016 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengalaman sendiri, guna cuka apple cider yang ada ibu, tambah air ratio 1:3 sembur pada anak2, nyamuk lari lintang pukang. Pada orang Ddewasa pun berkesan juga.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2016 06:27 PM | Show all posts
betul sis penah cuba yg bawang putih tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2016 06:31 PM | Show all posts
o yeke? slalu letak ais je
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2016 08:44 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Good sharing tq
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2016 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Selalu salu vicks. berkesan jugak la
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2016 08:36 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2017 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
tips yg sangat2 berguna
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.064815 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list