|
|
Akhirnya pelakon Lufya Omar yang bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang doktor kacak 26 November depan dilaporkan mula mengedarkan kad undangan.
Memetik laporan Berita Harian, majlis tersebut akan diadakan dalam suasana sederhana dengan jemputan 400 orang sahaja termasuk keluarga, rakan dan media.
"Alhamdulillah, setakat ini persiapan hampir selesai, cuma sibuk menguruskan pengedaran kad. Terima kasih kepada syarikat Kadkahwinsweetswet yang sudi menaja kami.
"Tinggal kira-kira dua minggu lagi untuk hari bernikah, berdebar dibuatnya. Doakan majlis kami berjalan lancar," ujarnya.
Lufya sebelum ini dikatakan merahsiakan tarikh sebenar dia bakal dinikahkan dengan tunangnya, Che Muhammad Hafiz.
Namun, minggu lalu dia mengumumkan tarikh untuk hari bahagianya dan tiada lagi rahsia dengan semua peminat dan juga pihak media. - CARI
 Foto: Carian google
|
|