Sumber Foto: IG Khai Bahar
Berada dalam bidang hiburan bukanlah semudah yang disangka dan tempias ini juga terkena pada penyanyi yang sedang meningkat naik, Khai Bahar.
Pelantun lagu Bayang ini berdepan dengan tohmahan masyarakat disebabkan sebuah video panas yang dianggap mencurigakan dan menimbulkan tanda tanya tentang personaliti dirinya.
Namun, menedari hakikat asam garam dunia artis, dia menganggap yang perkara tersebut cuma ujian pertama bagi dirinya dalam mengejar impian menjadi 'public figure'.
“Ketika video itu mula tersebar di Facebook, pelbagai reaksi masyarakat dapat saya lihat. Ada yang menghentam dan menganggap saya golongan songsang.Bagi saya, mereka yang melemparkan komen negatif itu belum kenal siapa saya yang sebenarnya. Itu hanya tanggapan semata-mata dan bukannya realiti. Saya sebenarnya cukup mesra dengan kawan baik saya kerana kami memang rapat sejak dulu,” ujarnya kepada BLING!
Menurutnya, dia masih waras lagi dan tidak akan melakukan sesuatu yang boleh mengaibkan diri mahupun keluarga.
“Video itu tidaklah keterlaluan mana pun. Kalau ia melampaui batasan, tidak mungkin saya dan sahabat itu akan memuat naik ke laman Facebook.
“Setiap apa yang saya lakukan, saya akan fikirkan sedalam-dalamnya kesan dan apa yang akan berlaku selepas itu,” kata Khai.
Dalam perkembangan lain, Khai juga tidak kisah sekiranya dilabel sebagai penyanyi lagu sedih, malah sebaliknya selesa membawakan lagu konsep sebegitu.
Tambahnya kepada Harian Metro, “Apa yang dapat saya lihat, semakin ramai penyanyi baru muncul dengan lagu baru di laman sosial. Ini adalah petanda baik untuk saya dan artis lain kerana industri kita semakin meriah.”
Empunya badan pun sudah memberikan jawapan, lepas ini bolehlah berhenti membuat spekulasi tentang diri penyanyi ini, ya? -CARI |