CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Andyscenes

Rumah No. 21

  [Copy link]
Post time 31-3-2017 12:11 PM | Show all posts

TT. Bila mau sambung? Ke dah hbs? O_o
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2017 02:01 PM | Show all posts
smpi ke sudah xde ending pon stori ko ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2017 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Hi tt.. Nanti dah update inform ye.. Cite u best
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2017 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Hi tt.. Nanti dah update inform ye.. Cite u best
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2017 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
mak oiii hati kering betul helmy dgn naz p ambik minyak dagu nasib baik gambar lambat keluar, laju i scroll

tt nanti dah update bagitahu ya. i is menanti. cerita best
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 12:47 PM | Show all posts
bila nak abes cerita ko ni....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2017 02:24 PM | Show all posts
dik andy... dari minggu lepas last, last... bila nak last ni....
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 09:26 AM | Show all posts
TT i kenot sabar dh.. lebih seminggu dh ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2017 08:12 AM | Show all posts
TT nanti dah update bgtau yerrrrrrrrrrr......
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 01:23 PM | Show all posts
tt sambunggggg........
tt da bulan dpn ni......
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2017 03:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmm ingatkan thread ber pages nie bnyak ceritanya... Hmpa... Walhal boleh jadi one page story je pun... :zz
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2017 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Miming2 replied at 9-4-2017 03:24 AM
Hmm ingatkan thread ber pages nie bnyak ceritanya... Hmpa... Walhal boleh jadi one page story je pun ...

Sorrylah, sbb menghampakan. Cerita x best pun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2017 12:49 PM | Show all posts
CHAPTER 13


Tok Imam :"KELUARRRRR"
Helmy (kena rasuk) : "AKU AKAN KELUAR TAPI DENGAN SYARAT"
Tok Imam : "TIADA SYARAT UNTUK KAU SYAITAN, KELUAR KAU"

Tok Imam membaca ayat2 suci Al-Quran sambil memegang kepala Helmy, Tok Bomoh melaungkan ALLAHUAKBAR sebanyak 3 kali, Helmy meronta ronta disusuli dengan jeritan kuat dari Helmy dan juga satu suara diluar tingkap "Arrrhhhhhhhgggg" "BAGI AKU BOTOL" tiba tiba Tok Imam mintak, dengan tiba tiba Megat terus berlari turun, melompat aku terkejut, aku igt dia melatah ke apa, lepas tu dia naik bwk botol cili, kalau kosong takpe, ni tak, cili tu ada lagi tinggal suku, dia bagi kat Tok Imam, Muka Tok Imam menahan marah, aku bersuara tunggu jap tok iman sambil mengelengkan kepala dan terus turun, nak harap si Naz bodoh tu, duduk belakang Pakcik kedai sambil menangis, aku bergegas ambil botol kosong dan berikan pada Tok Imam, Megat tnya aku, mana kau dapat botol tu? Kau pun satu, kan ada botol kosong cili thai kat sebelah pintu dapur tu,  korg mkn pastu tak reti basuh. Aku jugak yg basuh sbb hampir berkulat.

Masa Tok Imam cuba mengeluarkan Hantu yg merasuk Helmy, kami semua nampak semacam asap seakan ditarik dari ubun ubun (atas kepala) Helmy dengan paksaan "LEPASKAN AKU ARGHHHHH ". Tok Imam menjerit "ALLAHUAKBAR" sambi tangannya mengengam dan memasukkan sesuatu didalam botol sambil terkumat kamit membaca ayat suci. Kami dapat melihat dengan jelas rupa hantu yg menghasut Helmy dalam botol tu.



Gambar sekadar hiasan

Helmy telah selamat dipulihkan, Tok Imam memberikan air yg dibacakan ayat suci kepada Helmy, "BIARKAN DIA BEREHAT, SEKARANG BAGI AKU GARAM DAN LADA HITAM" dalam hati aku, Garam adalah Lada Hitam mana nak cari. Megat turun lagi sekali dengan lajunya dan naik keatas dengan membawa Garam dan Lada Hitam Aji Shio,



Pakcik Kedai tepuk dahi, aku sekali lagi mengelengkan kepala menandakan kebodohan apakah yang ada pada Megat. mengamuk Tok Imam, " TAK BOLEH HARAP" bentak Tok Imam, Megat pulak seakan menahan marah sambil membalas "ITU JE YANG ADA TOK IMAM" yelah kan , usaha tu da betul da, tapi silap dia jugak, dia marahpun sebab usaha dia macam x dihargai kesiaan..

Tok Imam cakap tidak apa, garam pun sudah mencukupi, Tok Imam pergi kesetiap penjuru rumah sambil menabur garam disusuli dengan Azan. Tok Imam bersuara "RUMAH NI ADA PENGHUNI LAIN SELAIN DARI KAMU" Tok Imam cuba mengamati setiap sudut dan Tok Imam ternampak ada dua paku yang diikat dengan kain kuning tercacak di depan bilik aku. Tok Imam meminta penukul untuk mecabut paku tu, dengan lafaz BISMILLAH Tok Imam mencabut dengan tiba tiba pinggan mangkuk terbalik dengan sendiri pintu dapur terbuka dengan sendiri, mujurlah pinggan mangkuk tu semua plastik, aku dan megat plan beli plastik je kat ikea sbb takut pecah, nasib baik. Tok Imam berkata "BENDA TU DA KELUAR, HITAM DAN TINGGI, DIA KEMBALI PADA TUANNYA".

Selesai sudah kerja Tok Imam membantu kami, masing2 mencapai handphone dan ambil no contact Tok Imam dan Pakcik kedai, aku mengeluarkan duit dan memberi lepada Tok Imam sebagai upah sebab membantu kami, tetapi Tok Imam menolak sambil berceramah, hampir sejam jugak aku, Megat dan Naz kena ceramah, kalau kena ceramah dengan keadaan duduk tak pe jugak, ni Tok Imam duduk, kitaorg berdiri, Megat pandang aku dengan renungan tajam, sebabnya akulah punca kitaorg kena ceramah, Naz masih lagi menangis. Tok Imam serta Pakcik kedai meminta izin untuk pulang, sambil selit "INGAT SEMUA YANG BERLAKU ADA HIKAMAHNYA, BUAT SESUATU MENGUNAKAN AKAL BUKAN NAFSU, JAGAN TINGGAL SOLAT, BACA AL-QURAN DAN JANGAN LUPA PERGI MASJID" serentak kami bercakap "BAIK TOK IMAM" kami salam dan Tok Imam serta Pakcik kedai berlalu pergi. Kami memutuskan untuk tidur diruang tamu.

Helmy mengejutkan kami bertiga kerana hari sudah petang dengan muka yang agak pucat tetapi sudah pulih dari dirasuk, ketiga tiga kami tertinggal untuk solat subuh dan zuhur. Megat terkam tangan Helmy dan paksa Helmy menceritakan kisah sebenar.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2017 12:50 PM | Show all posts
CERITA HELMY

Aku ada suka sorang gadis dari college aku, cantik putih melepak sekali pandang gugur iman didada walaupun rasanya tiada iman pun, dengan perangai aku yg x senonoh ni. Aku pun nekad, dengan rupaku yang kacak lagi bergaya aku cuba mengorat, hari berganti hari, sem berganti sem, akhirnya aku berjaya menawan hati sigadis pujaan. Nama gadis itu LISA nama samaran je, lisa tu pun x mungkin ahli forummeer ni sbbnya.. jap aku sambung. Lisa ni caring, lemah lembut kadang kadang lasak dan bila dia ketawa dan senyum boleh membuat aku berada di syurga yg penuh bunga di taman astakona, saje buat metafora mcm ni.

Aku pernah membawa LISA pulang kerumah, sehingga IBUBAPA ku sudah mengenali LISA dan menganggap LISA seperti anak mereka sendiri. Kerana kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kami pernah terlanjur dan akulah yang meragut kesucian LISA, kerana perjanjian untuk hidup bersama LISA lah beliau rela memberi kesuciannya kepada aku dan sejak itu jika ada peluang kami akan menyusuri bahtera percintaan, faham faham jelah.

Selepas habis belaja dan dapat pekerjaan yang diidam idam kan, kami mengumpul duit untuk mendirikan rumah tangga, kusangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari, berita buruk mehantui diriku dimana kekasihku LISA dirampas orang, orang itu juga sudah pun menghantar rombongan meminang LISA dan dipersetujui oleh ibubapa LISA, dan aku juga mendapat tahu yang LISA sudah lama menjalinkan hubungan dengan orang itu.

LISA sudah berubah, dia meninggalkan aku dengan keadaan yg mencengkam kalbu, dia mengatakan lupakan dia dan jangan pernah menghubungi dia lagi, sejak itu aku seperti orang yang hilang tanpa arah tuju, aku hampir membunuh diri tapi sayang nyawaku masih melekat ditubuhku ini, kerana kesedihan yg sentiasa membelengu, aku hampir dibuang kerja kerana kelalaikan dan membuatkan syarikat aku bekerja mengalami kerugian yang besar, oleh kerana aku banyak membawa keuntungan kepada syarikat sebelum ini, aku hanya digantung kerja selama seminggu.

Dengan tiba tiba terdengar bisikan yang menyuruh aku untuk membuat sesuatu yang jahat dan juga bakal menguntungkan aku. Aku nekad untuk mendapatkan semula LISA, aku mencari bomoh melalui internet da akhirnya aku mendapatkan no contact bomoh yang power untuk melaksanakan dendam kesumat aku. Hahahha..

Aku membawa Naz, kerana Naz tahu tentang kisah hidup aku dan dia pun mempunyai niat yang sama ingin mendapatkan wanita yang diidamkan. Sewaktu menjejak kaki ke dalam rumah Tok Bomoh, aku terkejut kerana yang menyambut ku adalah seorg wanita berkebaya dan disisinya makhluk berbulu bertaring seakan seekor mawas tetapi besar dan tinggi. Bomoh tersebut menyuruh aku duduk dan aku nampak makhluk berbulu tu berbisik ke telinga Bomoh tu. Dari ruang tamu kelihatan kepala yg lidahnya panjang sedang menjilat jilat lantai dan dinding. Bomoh memberi arahan kepada aku untuk membuat kerja terkutuk iaitu mendapatkan minyak dagu anak dara.

Peluang aku amat cerah, ada anak dara yg meninggal dunia disebabkan denggi. Malam itu juga aku melakukan tugas aku, aku tidak tahu kenapa aku menjadi terlalu berani sehinggakan mayat itu merayu kepada aku untuk melepaskan dia, "TOLONG JANGAN BUAT SAYA MACAM NI" rayuan mayat itu tidak aku hiraukan. Selepas berjaya, aku tidak menunggu lama untuk mendapatkan LISA.

Pagi tu aku sudah terpacak ke office LISA, aku merayu untuk berjumpa buat kali terakhir, semasa makan aku membacakan mantera yg telah diajarkan kepada aku dan mencalit minyak itu pada lengan LISA, keesokannya LISA menelefon aku sambil menangis dan bgtau aku yang dia menyesal meninggalkan aku, kerana hati aku telah penuh dengan dendam, aku melayan LISA sesuka hati aku, LISA tanpa membantah rela mendengar apa sahaja arahan daripada aku. Sehinggalah aku meninggalkan dia, menukar nombor contact dan kerja ditempat lain.   

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2017 12:50 PM | Show all posts
Helmy Story2

Aku menerima panggilan daripada IbuBapa Aku, Ibu aku cakap, IbuBapa LISA datang untuk berjumpa, dan memberitahu yang LISA sakit kerana sakit rindu terhadapku, dengan EGO yg tinggi aku enggan berjumpa dengan LISA, ibubapanya merayu tetapi aku tidak mengendahkan baru kau tau langit tinggi dan rendah, sewenang wenangnya memainkan perasaan aku, ngomel aku sendiri, selang beberapa minggu, aku diberitahu yang LISA telah menghembuskan nafasnya terakhir dengan menyebut namaku.

Penyesalan telah menghantuiku, aku tidak terjangka semua ini terjadi. Aku sering bermimpi LISA datang kepadaku dan ingin bersamaku, suatu hari LISA datang kepadaku dalam keadaan mengerikan, kedatanganya melalui mimpi, dan apabila aku bukakan mata, LISA ada didepan mataku, LISA terawang awang, mukanya seinci sahaja dengan muka aku, baunya sangat busuk bercampur dengan bau tanah. Mukanya pecah seperti dirobek dan tersiat kulit mukanya.

Setiap malam LISA datang kepadaku, kadang kadang dalam keadaan yg cantik dan kadang kadang dalam keadaan yg mengerikan, aku seperti dipaksa untuk memuaskan nafsu LISA.

Aku pergi kerumah Bomoh tetapi apabila aku sampai, aku tidak nampak sebuah rumah pun yang kelihatan, cuma hutan dan bunyi unggas. Aku bertanya kepada penduduk setempat, tetapi mereka mengatakan tidak pernah tahu dan tidak pernah ada Bomoh dikawasan itu. Aku mencari Bomoh lain, tetapi jawapan yang diberi sangat menghampakan, aku kena jumpa Bomoh yang mengajar aku itu. Aku ingin ke pusat perubatan ISLAM tetapi aku takut. Hinggalah kejadian aku dirasuk terjadi. Skrg aku amat menyesali perbuatan aku.

Selepas kejadian itu ,kami seperti biasa ddk dirumah tu, aku dapat menyambung pelajaran aku jadi dengan berat hati aku pindah dari rumah no 21 ni, Helmy mendalami ilmu agama tapi dia kembali semula ke perangai lama dia beberapa tahun kemudian. Naz pula, pak turut Helmy, Megat pun pindah ke tempat lain. So beraakhirlah sudah citer ni. TAMMAT

Berat jugak hati aku skrg ni. Sbb aku pun akan mengundur diri dari forum cari, terima kasih kepada semua yang sudi membaca thread aku dan menyokong thread aku, sebenarnya citer simple tapi aku cerita dengan details sedikit. Jadi panjanglah citer dia. Kalau x suka aku mohon maaf. Apa yang baik datang dari ALLAH S.W.T yg buruk dari aku sendiri.. mohon maaf kepada yg menunggu. Sbbnya aku banyak kali terdelete story ni. Membuat aku xde mood nak buat thread. Kepada yg setia menanti aku minta maaf yea akhir kata. Terima kasih.  sape nak IG aku boleh PM sebelum aku delete account yea
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2017 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
me.me replied at 21-3-2017 09:00 AM
moga tt rajin dan mood utk menulis on senantiasa..  hahahaha

Da updated
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-4-2017 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuppy replied at 21-3-2017 09:15 AM
X de sambungan ke? O_o

Da ada sambungan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2017 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
MelZ_Eulalia replied at 22-3-2017 11:29 AM
baru habis baca, seram! x sabar tunggu update

Da updated
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2017 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
surwanis replied at 22-3-2017 03:18 PM
lamanya tt...
penat tgu

Xyah tggu da update
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2017 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Andyscenes replied at 9-4-2017 01:16 PM
Da ada sambungan

Tq TT.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.129684 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list