Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar yang juga ketua kumpulan Baju Merah, Jamal Md Yunos, berdarah dihidung selepas dikatakan ditumbuk pengikut Anggota Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin, lapor Oriental Daily News, Kelmarin.
Mengikut laporan itu, kejadian dikatakan berlaku apabila Jamal dan pengikutnya mengekori Zuraida yang sedang mempromosi perhimpunan BERSIH 5 di sebuah pusat beli-belah di Ampang Point.
Perbuatan Jamal dan pengikutnya itu dilaporkan mencetuskan pergaduhan dan pergelutan. Dalam keadaan itu Jamal mendakwa mukanya ditumbuk pihak tidak diketahui.
Adalah tidak dapat dipastikan sama ada individu yang menumbuk muka Jamal adalah ‘budak Zuraida’ seperti yang didakwa Jamal.
Kumpulan Baju Merah juga dilaporkan bergelut dengan beberapa anggota polis yang menyekat laluan keluar pusat beli-belah itu. Sekurang-kurangnya tiga daripada mereka ditahan.
Ketika ditemui media, Jamal memberi amaran akan bertindak balas dengan lebih teruk lagi, malah akan mencincang mereka.
“Saya tak puas hati. Saya akan kejar mereka lebih dari apa saya umumkan. Saya akan cincang mereka,” kata Jamal seperti dilaporkan portal berkenaan.
Jamal kemudiannya membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya.- CARI
Pls la Melayu Blacan jgn kaco area situ.. org nak santai sambil minum starbuck & ko pulak dgn agenda hipokrit ko tuu.. dah la area Ampang point tu baru je upgrade ala2 Telawi gitu
Padan muka! sudahlah datang tidak diundang, lagi nak tunjuk samseng garang, tak ubah mcm berok makyep lepas kandang. Malulah bini punya laki tak berkualiti, malulah anak bapanya sombong berlagak, malulah bangsa, ini melayu nan celaka, malulah negara warga nan satu ni suka mencetus huruhara.
bukan kat video tu mereka bergasak dengan polis ke..
celah mana pulak orang awam yg tumbuk..
tapi nampak cam darah fake je..
hidung tak lebam bengkak pun
Post time 14-11-2016 10:09 AMFrom the mobile phone|Show all posts
applemy replied at 14-11-2016 09:49 AM
Pls la Melayu Blacan jgn kaco area situ.. org nak santai sambil minum starbuck & ko pulak dgn agenda ...
Hihihi.... aku pun hangin nengok bideo tu. Tempat awam kot. Aku kluar masuk beli benang knitting kat sepotlight.
P/s ngaper sora dia macam pondan lorong ek?