CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 185595|Reply: 770

Misteri Di Negeri Perak [ Updated : 11 Feb 2020 ]

  [Copy link]
Post time 14-11-2016 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by AnggunSophea at 11-2-2020 10:41 AM

Aku dah search kat bod MPS dan ternyata takda lagi thread yang focus pada General kisah misteri sekitar Perak. Aku ada jumpa dalam forum ni, tapi bukan di bod MPS. Kalau ada di bod yang sama, ia adalah melibatkan satu kawasan sahaja. So aku ambil inisiatif untuk buka thread ni untuk kita sama sama berkongsi pengalaman dan ikhtibar dengan para forumers. Mana tahu ada tempat yang boleh forumers lain berhati hati lepasni. Jika forumers ada kisah misteri sekitar Perak lain, boleh lah share bersama tanpa perlu risau overshadow aku. Sharing is caring!
MOHON TIDAK MENGULANG SIAR MANA MANA CERITA AKU KE DALAM APA JUA MEDIA SOSIAL


KISAH DALAM THREAD INI :

KISAH 1. HUTAN LIPUR ULU KENAS :
              BERKELAH KE TIDUR?

KISAH 2. MY CHILDHOOD MEMORIES :
              SIAPA JOIN MAIN ACI SEMBUNYI?
              BUNIAN - Menyorok atau disorok?
              BUNIAN OH BUNIAN


KISAH 3. AYAH'S CHILDHOOD MEMORIES


KISAH 4. KG JERING, AYER TAWAR


KISAH 5. JALAN SHORTCUT : BATU GAJAH - IPOH


KISAH 6. BUKIT KLEDANG, IPOH


KISAH 7. BATU GAJAH PERDANA


KISAH 8. LELAKI BERBAJU SILAT


KISAH 9. IPOH :
             EPISOD 1
             EPISOD 2 : PART 1
             EPISOD 2 : PART II
             EPISOD 2 : PART III
             EPISOD 2 : PART IV             EPISOD AKHIR

KISAH 10 : SIHIR
                 EPISOD 1
                 EPISOD 2
                 EPISOD 3


KISAH 11 : ARWAH NENEK
                 EPISOD : TAKDIR
                 EPISOD : PETANDA

KISAH 12 : IMRAN SI PENGAMAL PERUBATAN ISLAM

KISAH 13 : RUMAH BARU
                 EPISOD 1


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



KISAH 1 : AIR TERJUN ULU KENAS, KUALA KANGSAR

Siapa di sini yang masih ingat lagi sekeping gambar yang heboh diperkatakan sekitar tahun 2000 dulu? Sekeping gambar pemuda berlatar belakang kan suasana air terjun Ulu Kenas di daerah Kuala Kangsar. Gambar tu jadi kecoh sebab wujud entiti perempuan berbaju putih dan berambut panjang disamping pemuda tersebut.


Tetapi yang nyata kelibat itu tidak ada saat gambar diambil. Sangat tepat dengan gambaran entiti misteri yang sering dimomok kan sejak kecil. Aku tengok gambar tu masa aku masih sekolah rendah. Gambar tu di edarkan di kedai runcit kampung aku konon untuk berjaga jaga. Gambar tu juga adalah dalam bentuk fotokopi atas kertas A4 hitam putih.


Ada sumber revealed beberapa tahun kemudian yang gambar tu diedit oleh kedai tempat mangsa mencuci filem nya. Ada sumber lain mengatakan gambar itu tulen dan disahkan oleh pakar dalam super impose. Macam macam spekulasi. Apapun jawapan nya, Sejak tengok gambar tu, boleh kata hampir sedekad jugak aku, keluarga dan saudara mara tak jejak kaki langsung kat air terjun tu. Terkesan sungguh dengan gambar tu.


Hari berganti hari. Bulan bertukar ke bulan lain. Tahun takkan duduk diam je. Tahun juga bersilih tahun. Im pretty sure, orang kampung aku dah tak ingat dah kes gambar yang tersebar beberapa tahun sebelum tu. Sekitar tahun 2007-2008, abang aku telah secara sembunyi sembunyi pergi mandi manda kat Ulu Kenas. Dia pergi berhuhu menaiki motor dengan bekas kawan kawan sekolah. Masa tu dia muda lagi, awal 20an.


Actually dia pergi dan balik dari Ulu Kenas tu takda siapa pun dari kalangan keluarga yang tahu. Cuma dia ada mengadu sakit kepala lepas balik dari air terjun tu. Tak tahu pulak dia sakit sebab apa masa tu. Kitorang anggap sakit biasa je lah.


Keesokkan harinya dia balik dari kerja waktu petang, dia melepak kat bengkel kawan dia. Juga sekitar kampung. Kalau siapa duduk kampung mesti faham sangat, anak dara, anak bujang memang suka meronda petang petang. So kawan kawan aku pun macam tu lah. Weng sana, weng sini. Tapi aku jarang join. Sekali sekala ada mood baru aku join.


Petang membawak ke senja, abang aku pun balik lah dengan motor nya diiringi kawan kawan. Entah macam mana, sampai dekat satu kawasan kampung ni (5min dari rumah) abang aku tiba tiba rebah masa tengah bawak motor. So motor dengan muka muka dia sekali terseret atas jalan tar.


Kawan aku yang kebetulan melintas kat kawasan tu cepat cepat inform kat aku. Ajak aku pergi tengok sebab diorang kata abang aku macam dah 50/50 masa tu. Badan dah menggeletar, mulut berbuih buih, mata pun dah putih. Tapi tak sempat aku nak gerak lagi, ada kawan aku yang lain datang bagitahu kawan kawan abang aku dah bawak dia pergi hospital. So aku cuma tinggal tunggu kat rumah. Ayah aku yang outstation dipanggil balik.


Aku ingat ingat lupa samada dia kena jahitan or tak pada pipi dia. Tapi yang pasti muka dia yang terseret tu sampai sekarang ada lagi parut, even dah hampir 10tahun kes tu berlaku. Muka dia jadi bengkak bengkak. Aku pun naik seram nak tengok dia. Dengan calar balar sekitar muka. Teruk jugak lah even motor dia langsung tak terjejas. Ada lah tergores sikit je. Kawan dia sendiri yang hantarkan motor dia kerumah.


2-3hari kemudian ayah dan arwah nenek aku (masa ni arwah nenek aku hidup lagi)  ada panggil seorang pakcik ni. Ala ala Tok Imam, Tok Bilal masjid lah. Alasan nak mintak tolong tengok kan abang aku ni. Sebab muka dia jadi pelik gila lepas jatuh dari motor tu.


Ok, kitorang faham bengkak. Tapi bengkak tu macam dah nak menyerupai rupa benda lain. Benda ye. Aku sebut benda, bukan manusia. Malas aku nak exaggerate lebih lebih, kang ada yang kenal aku dan terbaca kisah ni, heart feeling pulak. Senang cakap seram lah bila kalangan family ni pandang dia. Dia selamba je. Tapi kitorang yang pandang ni seriau.

Dia boleh belek muka dia kat cermin then tanya aku

"Seram ke muka abang?"

Gila aku nak jawab. Sampai ke sudah aku tak respon soalan dia tu.


So setelah di scan dan di baca ayat ayat Al-quran, pakcik tu berjaya revealed something. Maka terkantoi lah yang beberapa hari sebelum tu abang aku ni pergi mandi air terjun Ulu Kenas tu dengan kawan kawan dia. Dengar ceritanya masa kat sana abang aku ni terlajak jelajah kawasan.


Agaknya dia nak cari port nak buat terjun Pandalela Rinong. So dia recce port yang tinggi sikit dari gigi air. Dia terparking kat satu kawasan batu ni. Batu tu besar dan jauh dari kawasan tumpuan orang lain. Masa mandi dan berhuhu haha tu dia dan kawan kawan dia takda rasa apa pun. Budak muda, biasalah. Dia balik pun cuma rasa pening je malam tu. Dia ingatkan kesan sampingan kerana terlebih buat aksi somersault je lah masa mandi manda tu.


Rupa rupanya ternyata bukan aksi somersault persis Pandalela Rinong tu yang buat kepala abang aku ni pening. Tapi sebab ada 'gadis manis' yang dah tersuka dan terikut abang aku balik. Dengar dengar nya, port yang abang aku parking tu memang port dia pun.


Abang aku ni boleh dicategorized kan sebagai hensem lah jugak. Kulit dia licin takda parut sebelum kejadian ni. Among Sibling kitorang, dia sorang lain. Kulit dan muka macam chinese ikut genetik mak. Muka kacak, hidung mancung ikut muka ayah. Kulit putih bersih. Masa tu urat kat badan dia pun tak timbul timbul lagi. Sekali pandang macam budak tahfiz pun ada. Muka ada nur. Lagi nur dari cerita Nur kasih Tiz Zaqyah dan Remy Ishak. Kitorang yang the rest ni takda rupa macam dia. Batang hidung semua takda. Ok, bukan batang hidung yang aku nak ketengahkan. Balik pada cerita.


Abang aku ni boleh kata budak baik lah. Takda nak berkepit dengan perempuan ke, nak angkut perempuan naik motor ke, nak merempit ke, nak hisap dadah ke, nak mencuri jauh lah sekali. Itu sebab lah kot makhluk lain boleh tersuka tanpa sengaja kat abang aku ni. Atas keperibadian dan good looking dia tu. Ini anggapan aku saja ye. Orang orang tua bercakap budak jangan menyibuk. So aku tahu sikit sikit je part 'gadis manis' tu. Takda nak pasang telinga kat diorang jadi kepochi.


Begitu begini, pakcik tu berjaya lah ikhtiar ubatkan abang aku ni dan atas izin Allah beberapa hari kemudian bengkak pelik yang menyerupai formasi sesuatu di muka abang aku tu beransur hilang. Dah kembali ke muka asal dia, cuma ada beberapa effect tambahan hasil dia tercium jalan tar tu tempoh hari. Parut je tinggal, luka dia makin lama makin sembuh. Setelah 100% sihat, abang aku kembali bekerja.


Dah beberapa hari kembali bekerja, mak aku terperasan satu situasi yang berlainan  dengan sesatunya anak lelaki dia tu. Which is abang aku ni tak tidur dalam bilik dia dah. Dia ada bilik sendiri kat tengah tengah rumah. Iaitu laluan dari ruang tamu nak ke dapur. Pelik jugak, tapi mak aku anggap abang aku ni hari hari tertidur masa tengok TV je lah. Sebab masa tu dia suka set timer pada TV. Biasanya dia tertidur dulu sebelum TV tu pulak terpadam.


Makin hari, nak masuk 2minggu pun dia masih lagi tidur kat ruang tamu. Tak tidur kat dalam bilik langsung dah. Dia masuk bilik untuk salin baju je, selebihnya memang dia bertapa kat ruang tamu.

Mak aku ni soal siasat lah dia, dia berkeras cakap

"saja je"

Lepastu bila ditanya lagi lain hari dia respon

"malas. Ada perempuan"

Memang abang aku ni jenis bukan orang yang suka cakap banyak panjang berjela jela. Mak aku pun dengar sambil lalu je. Tapi dalam hati curiousity meluap luap jugak.


Orang tua, banyak makan garam. Setakat jawapan cliche macam tu, diorang dah boleh agak dah. Tapi tulah, banyak sangat makan garam pun tak elok. Nanti kena hypertensi dah kena pantang daging kambing. Pergi rumah orang kahwin tengok kambing golek pun, mencekik air liur sendiri je mampu.


Satu pagi, aku lintas bilik abang aku sambil toleh ke bilik dia. Sebab aku tak nampak dah dia tidur kat ruang tamu.  Agaknya letih diasak soalan sama setiap hari, abang aku kembali tidur dalam bilik dia lah kan. Pintu bilik dia 24/7 terbukak. Bilik dia besar sebab bapak aku sendiri architect tak berdaftar yang buat rumah dan layout. So kalau dia nak salin baju pun dia ada ruang tepi yang orang dari luar tak nampak. Bilik abang aku ni dari pintu masuk terus nampak katil. Dan kalau dia tidur mengiring kepala dia pun memang hala ke pintu. Dia buat macam tu sebab senang mak aku nak kejut bangun kot. Ini jugak hanya anggapan aku.


Masa aku tengah mamai nak mandi pagi tu, aku toleh lah ke katil abang aku ni. Aku nampak ada seorang perempuan berdiri kat kepala katil. Dia pakai baju ala ala loose style. Macam puteri puteri raja. Macam dress jenis chiffon lah. Labuh ke bawah. Warna putih kebiru biruan. Aku tak nampak muka sebab masa lintas pintu bilik tu, focus utama aku nak double check yang abang aku ni betul ke tidur kat dalam bilik dia.


So angle mata aku mestilah ke atas katil. By logic, kalau orang dewasa berdiri sebelah katil tu paras katil adalah bahagian peha dan kebawah. Memang itu lah pun yang aku nampak. Tapi dia macam bayang bayang. Berkabus pun ada jugak. Macam something yang dipancar melalui projector. Aku dah lepas pintu tu, sebaik je aku terperasan kelibat tu, aku cepat cepat undur balik. Ya. Macam yang korang sangka, memang takda apa pun kat situ. Alah, biasalah bangun pagi mamai. Mandi pun belum masa tu. So aku anggap tu semua salah pandang je.


Dalam masa beberapa hari lepas aku nampak kelibat perempuan tu, abang aku start tidur kat ruang tamu balik. Dalam fikiran aku masa tu dah tertanya tanya dah sebab aku teringat dia pernah bergurau mengatakan ada perempuan dalam bilik bila mak aku tanya kenapa dia tidur kat ruang tamu. Aku pulak few days back tu ada nampak macam perempuan kat sisi katil dia. Tapi tak nampak real. Cuma sekilas je.


At last mak aku tanya dia betul betul dengan harapan abang aku pun akan jawab betul betul. Masalahnya mak aku tanya dah betul, abang aku pun jawab betul betul. Cuma kitorang je rasa macam ada yang tak betul. Berkali kali dia jawab soalan mak sambil gelak gelak dan mengatakan


"taknak tidur dalam bilik. Ada perempuan".

Aku ni pulak gatal mulut pergi tanya

"Kalau betul ada perempuan, dia pakai baju warna apa?"

Ok. Part yang ni paling heaven bila aku dengar abang aku dengan selamba reply kat aku

"Entah. Nampak macam putih. Kadang macam biru. Tak tahu lah warna apa. Sekali imbas je"

Haaaaaaaaa??? Baju putihhh??? Macam biruuuu??? Sekali imbasss??? Oh no!!!

Rupa rupanya, kelibat yang aku nampak tu lah punca abang aku tak nak tidur dalam bilik dia. Katanya perempuan tu ada je dalam bilik tidurnya. Berkemungkinan besar perempuan yang sama pakcik yang ubatkan abang aku tu bagitahu sebelum tu. Buat apa itu aku tak pasti. Lupa nak tanya dan dia pun tak bagitahu.


Sejak tu selalu nampak kelibat dalam rumah. Macam ada ahli keluarga yang melintas, tapi bila kita tengok balik sebenarnya ahli keluarga tu kat tempat lain. Entah lah. Tak dapat nak jelaskan secara logik mahupun teori. Tak lama lepas kejadian tu abang aku merantau. Dia keluar dari rumah sebab dapat kerja baru. Sejak tu takda dah penampakan perempuan tu. Last aku nampak dia pun kat tepi akuarium pakai baju labuh warna kuning cair. Sekelip mata je then hilang. Abang aku pun dah tak pernah sebut pasal perempuan tu.


Setahun kemudian, memandangkan abang aku memang takda hati nak menginap dalam bilik tu. Langsung bilik tu ayah aku robohkan sebab nak bagi ruang rumah luas sikit. Sekarang bilik tu dah jadi ruang tamu dan sehingga ke hari ini 14 Nov 2016, abang aku memang TAK PERNAH tidur dalam bilik langsung bila balik rumah family.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2016 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Check in . Mark dulu ...  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2016 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
RamboMandul replied at 14-11-2016 11:15 AM
Check in . Mark dulu ...

Tu ke pokok kepada bunga yang nak bagi kat 'Eyka' dulu tu?  
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 11:25 AM | Show all posts
seram weh jumpa 'gadis manis'
aku pernah berkelah kat Ulu Kenas ni..tahun 2009
time tu dah nak tengahari
mandi manda tak ingat dunia sampailah ke petang
then bila nak balik, kemas2 apa yang patut,
boleh pula ternampak ada perempuan pakai baju putih labuh sapu tanah, rambut panjang, muka cantik,berdiri tegak di sebalik sebatang pokok
ibarat merenung tajam pada sekumpulan mamat2 yang tengah syok mandi, yang tak reti2 nak balik
time tu dah suram muram la suasananya.

mungkinkah 'gadis manis' yang sama??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2016 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 14-11-2016 11:25 AM
seram weh jumpa 'gadis manis'
aku pernah berkelah kat Ulu Kenas ni..tahun 2009
time tu dah nak ten ...

Alamak sis. Ni lagi creepy dari cerita saya lagi ada. Maybe dia tak suka orang beria sangat kat kawasan jajahan dia  

Saya tak nampak muka. Tapi badan dia, macam dia seorang yang kurus cantik, tinggi lampai.

Kalau sis tahu kan ada kes couple melayu mati kat sana. Saya nak sebut serba salah. Macam buka aib pulak. Tapi tu macam rentetan lah yg jangan suka sangat kat tempat macam tu  

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 11:31 AM | Show all posts
ulu kenas kan kawasan hutan.. mcm2 la ada..
sampai sekarang mash ingat lagi gambar hantu tue..
macam2 versi dengar time tue.. mmg kecoh giler time tue..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2016 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Wahh menarik, peveret kan dulu
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia dah jatuh cinta la pulakkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2016 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
aleesyasofia replied at 14-11-2016 11:31 AM
ulu kenas kan kawasan hutan.. mcm2 la ada..
sampai sekarang mash ingat lagi gambar hantu tue..
mac ...

Ye betul. Hutan kan. Tapi budak muda tak jemu keluar masuk pun tempat tu.

Oh awak pun ingat lagi ye?

Gambar yg awak tengok hitam putih atau color?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2016 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
ellejo replied at 14-11-2016 11:39 AM
Dia dah jatuh cinta la pulakkkk

Sepupu lelaki saya kena sorok, sepupu perempuan saya pun ada yang suka.

Saya nyaris kena culik dgn 'Bun', abang saya pulak dia jatuh cinta terus!  
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 11:58 AM | Show all posts
aku cuma pernah dgr citer org2 lama kat kem sana cakap, area situ memang sesuatu.. tp lg keras kalau kat dorm sebelah sungai sana.. dorang cakap la.. selalu pontianak dok kat menara tangki air, dok kat gigi sungai... nasib la sapa nampak..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 11:59 AM | Show all posts
AnggunSophea replied at 14-11-2016 11:39 AM
Ye betul. Hutan kan. Tapi budak muda tak jemu keluar masuk pun tempat tu.

Oh awak pun ingat lag ...

hitam putih.. mcm awk ckp krts A4 yg fotostat..
tue sbb xtau sahih ke tak cerita tue..
sekali jer kot pergi ulu kenas..
takut pnye pasal..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 12:00 PM | Show all posts
iols cekin satgi iols baca
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 12:22 PM | Show all posts
penceritaan yg bagus

so abang mcm na skrg?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam penah tengok gambo tu,rasanye fotostat punye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2016 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
taji2906 replied at 14-11-2016 11:58 AM
aku cuma pernah dgr citer org2 lama kat kem sana cakap, area situ memang sesuatu.. tp lg keras kala ...

Tapak dia ada macam tanah bertambak tu eh? Dah macam kubur je  

Oh yeke. Kalau dapat kenal org yg jaga situ boleh juga tanya tanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2016 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
manehnya replied at 14-11-2016 12:22 PM
penceritaan yg bagus

so abang mcm na skrg?

Abang okay dah. Tak pernah pun cakap cakap pasal tu lagi.

Cuma 4tahun kebelakangan ni dia jadi alim sikit. Dan now boleh lah kalau nak ubatkan family kena benda yang tak sepatutnya kena tu.

Dia baru 4tahun berjinak jinak dgn ilmu perubatan islam. Hasilnya hijab dia langsung terbuka  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2016 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
gunter replied at 14-11-2016 12:53 PM
Macam penah tengok gambo tu,rasanye fotostat punye

Ye betul. Rata rata bila ditanya semua tengok yang fotostat je.

Sebab tu kebenaran diragui  

Yelah zaman dulu. Kita tak biasa lagi dgn super impose n edit mengedit ni. Saya dah dewasa baru lah google balik. Tapi rasa nya palsu belaka. Gambar tu macam tempek pun ada  
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 01:49 PM | Show all posts
kim salam kat abg tt
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 01:59 PM | Show all posts
best best

nak lg!


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.298780 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list