CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AnggunSophea

Misteri Di Negeri Perak [ Updated : 11 Feb 2020 ]

  [Copy link]
Post time 7-12-2016 01:41 PM | Show all posts
AnggunSophea replied at 28-11-2016 05:40 PM
Oh. Mati mati saya ingat akak Office Gomen Parit tu. Sebab dulu saya kerja situ  

Jangan i ...

Takpe...dah boleh bgtau sebab dia dah abis spm pun...takde hal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2016 10:12 AM | Show all posts
tuan tanahh oooo tuan tanahh...bila nak update nihhh
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 11:44 AM | Show all posts
paling seram ....cerita ayah TT ....
budak perempuan main buaian ...  aku siap boleh imajin macam mana ayah TT alami situasi time tuh .... kalau akulah kan... kaki dah lembik giler.... tak larik kot merangkak hehe....terbaik ....

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2016 02:58 AM From the mobile phone | Show all posts
fuhhhh.....br hbs merempit.....terbaik laaa citer tt
hakak pun org perak....setelah 28 taun meninggalkan perak ( sek n keje di kl..balik ipoh time cuti sbb mak abah dok ipoh setelah bertaun2 depa merantau kl,kelantan...skrg dah 10 abh pencen )...
skrg br nak masuk 10 bulan hakak transfer balil keje kat ipoh...jln2 sekitar ipoh pun x mahir lg....bila bc kisah tt ni,rs menarik plak...lagi laaa minat nak amik tau psl misteri di perak...
hakak akan setia menunggu hapdet drpd tt
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2016 02:12 PM | Show all posts
menarik citer TT... tinggalkan jejak sesiap.. nnt update taw... dan semoga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2016 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
yeayyyyyy habis pun baca kesemua kisah dari battery full sampai nak dekat low dah hahaha .. btw saya pun org ipoh jugak .. satu kampung dengan mat kaca . kampung manjoi .. tapi mat kaca saya tak kenal lah .. haha sebab saya muda lagi .. ape2 pun cerita sis memang best !
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2016 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak sabar nak tunggu part 3.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2016 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rebecca_nur at 13-12-2016 02:55 PM

Baca thread sbb kesah pasal negeri perak
My husband org chenderong balai parit 5 Perak.. Tiap tahun balik beraya kami akan jelajah batu gajah.. bota manjung ..titi gantung n tak ingatlak semua nama.. Sophea share laa tmpat makanbest kat area ni yg still wujud lagi.. kami lost tiap kali balik bercuti nk makan kat mana

Kami  bercadang nk retire kat bota .. my husband nk duduk dgn geng geng sekolah bota kiri dia dulu..
Perak tengah ni banyak  tempat berhantu ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-12-2016 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
KISAH 9 : IPOH ( Episod Akhir )

*Dalam episod 2, part IV haritu, actually banyak scene yang aku tak masukkan.  Scene kak Ina mengamuk dlm kereta bila kitorang dah dapat tahu 'dia' tu bukan dia. Dia menjerit jerit apa benda semua. Masa tu aku dah start tak sihat. So kalau korang baca rasa macam kurang kick tu harap maklum lah*

HARI KETIGA

Ini adalah hari terakhir aku melepak in a row masa tu. Budak muda mana lah tahu erti serik. Kena sakat waktu malam, balik tu tidur, bangun balik tak ingat apa apa dah. So hari ketiga melepak pun sama juga macam biasa. Masa balik rumah, Subuh yang Kak Ina kena rasuk tu, aku tak balik rumah family. Aku tumpang tidur rumah Abg Man dan Kak Ina je. Sebab BF aku tak larat nak hantar. Dia letih sparring dengan hantu kot. Rumah BF aku dan Abg Man tak jauh. 10minit je. So dia balik rumah dia, aku tinggal kat rumah Abg Man.

So tengahari tu lepas mandi apa semua, BF aku datang ambik aku kat rumah Abg Man dan ajak pergi makan. Balik dari makan sembang sembang dengan Abg Man dan Kak Ina. Diorang plan harini nak melepak pekan je. Maka berlangsung lah aktiviti food hunter sekitar Ipoh. Ipoh banyak jugak port makan, kalau anda seorang yang pandai cari.

Aktiviti melepak kitorang sampai ke malam. Dari satu port lepak, ke port lain. Makan je. Last port lepak kitorang malam tu area I-city Ipoh. Wallcourt. Dia consider food court lah. Deretan food court cina tapi ada seketul kedai melayu. Nasi lemak dia kick. Time aku duduk Ipoh, hari hari mesti pekena makan pukul 4pagi kat kedai tu. Suasana biasa je, tapi makanan sedap. Kedai kedai ni tak jauh dari flat yang Mamat Khalid buat shooting filem 'Rock Oo' dulu tu. Masih lagi dalam kawasan pekan Ipoh.

Dari kedai makan tu lagi aku dan BF aku ada selisih faham sikit. Aku lupa dah sebab apa, tapi memang tak bertegur lah time nak balik tu. Aku ni pulak jenis tak pandai nak memujuk. Dalam 3:30pagi kitorang pun gerak balik. Harini aku dan BF aku pulak kat depan. BF aku drive, aku co-driver. Abg Man dan Kak Ina jadi bos kat belakang.

Macam biasa, sebelum balik mesti singgah isi minyak dulu. Dan aku pun tak paham kenapa kitorang macam tak serik serik. Kitorang still lagi singgah petrol station yang berhantu tu. Maybe sebab petrol station tu senang nak singgah. Betul betul tepi jalan besar dan strategik.

Sesampai nya di petrol station tu, BF aku terus keluar nak bayar kat kaunter. Masa ni lah Abg Man dan Kak Ina tanya apa yang tak kena dengan kitorang. Aku pun berpaling lah ke kerusi belakang, berbual bual dengan diorang sekejap. Masa awal awal couple kitorang tak sebulu sikit. Asyik gaduh je. Maybe sebab kitorang asalnya kawan then couple, so susah sikit nak biasakan diri lagi.

Then BF aku patah balik ke kereta nak isi minyak, aku cepat cepat paling balik muka aku ke depan. Sebab taknak dia perasan. Nanti makin parah pulak bergaduh nya. Masa tu BF aku tak bercakap langsung dengan sesiapa. Badmood agaknya. Sebab tu Abg Man dan Kak Ina perasan.

Tapi aku terperasan something pulak masa aku nak paling muka dari kerusi belakang ke cermin pandang depan. Ada kawasan bangunan berdepan dengan petrol station tu. Tak jauh dari one famous Methodist school. Aku terpandang sekilas je entiti tu masa alih muka tu.

"Eh. Apa tu?"
Aku bisik dalam hati.

So dengan perasaan ingin tahu yang membuak buak, aku ni pun selamba je pergi toleh balik kat entiti yang aku nampak tu hanya untuk dapatkan kepastian. Seumur hidup aku tak pernah nampak benda bukan bukan (kejadian ni berlaku sebelum aku nampak 'orang tua' dalam kereta atas highway tu). Jadi takda lah perasaan takut terbit dalam diri aku.

Bila aku amati entiti tu, nampak macam seorang perempuan berambut panjang, berbaju putih labuh berdiri tegak di sebuah tingkap menghadap ke arah petrol station. Perempuan tu berdiri di tingkap yang terbuka pada aras paling atas bangunan tu.

Aku tak tahu tu bangunan apa masa tu, aku just anggap tu mungkin student perempuan yang menyewa kat situ. Sebab Ipoh tu merata IPT. So student pun memang berlambak. Mana mana pun ada rumah yang disewa untuk diorang. Dan aku sebagai bekas student pun pernah duduk luar rumah pukul 3-4pagi menikmati udara pagi.

"Just a girl standing on the window.."
Kepala otak aku proses apa yang mata aku nampak.

Hanya aku seorang yang perasan kelibat perempuan tu. Kak Ina dan Abg Man kat belakang tak perasan sebab tingkap belakang terlindung petrol pump. So lepas settle isi minyak, kereta pun bergerak menuju ke arah menglembu untuk pulang menghantar Abg Man dan Kak Ina.

5minit perjalanan selepas mengisi minyak. Aku rasa satu kelainan pada badan aku. Tak tahu apa, tapi rasa lain. Ibu jari kaki aku rasa panas dan semacam. Macam ada sesuatu cuba menyusup masuk dalam salur darah aku. Mula mula aku tak hairan pun, tapi lama lama aku rasa lain sangat. So aku taip sesuatu di phone, dan hulurkan pada BF aku untuk dia baca. Masa tu aku malas nak kecoh kecoh, kalau bercakap confirm Abg Man dan Kak Ina dengar.

' TADI KAT PETROL STATION SAYA NAMPAK PEREMPUAN BERDIRI KAT TINGKAP BANGUNAN DEPAN TU. IF ANYTHING HAPPEN TO ME, TOLONG UBATKAN DULU KAT RUMAH ABG MAN, THEN BARU HANTAR KE RUMAH OK '

Begitulah bunyi mesej yang aku taip pada phone masa tu. Aku dapat rasa sesuatu cuba menguasai diri aku. Sebab bahagian buku lali ke bawah dah rasa mengigil. Mulut aku dah start kumat kamit baca ayat ayat suci dah.

"Lawan, lawan, lawan!"
BF aku tepuk lutut aku berkali kali.

Kaki aku dah start menggigil. Tangan aku genggam lutut. Sebab nak kawal kaki aku. Kaki aku tersangat sejuk dan macam dah takda rasa. Aku dah risau, kalau boleh aku taknak lah bagi susah orang orang dalam kereta. Aku cuba sedaya upaya benda yang kawal kaki aku tu. Aku baca ayat kursi berpuluh puluh kali. Sebab hanya ayat tu yang aku boleh baca masa tu. Aku tak teringat ayat lain dah.

"Lawan sayang, lawan lawan!!"
"Abang, dia dah masuk separuh ni bang!"
BF aku menjerit sambil masih lagi memandu kereta.

Perjalanan dah makan masa 20minit. Kereta rasa lambat sangat bergerak malam tu. Aku dengar Abg Man baca macam macam dari kerusi belakang. Dengar, tapi aku tak pasti ayat apa. Aku blur. Badan aku dah rasa berat. Kaki aku dikawal oleh benda lain.

Aku usaha melawan benda yang mengawal kaki aku. Sebab masa tu aku nampak kaki aku bergoyang goyang macam berdiri dalam air yang berombak. Bergoncang kuat. Sekuat ayat kursi yang aku baca. Lagi kuat aku baca, lagi kuat kaki aku bergoncang. Aku dah menangis nangis dah time tu, sebab aku tak dapat rasa kaki. Macam kebas dan bergoyang tanpa tujuan.

Dah nak sampai rumah Abg Man dah. Kaki aku masih bergoyang kuat dalam keadaan aku menekan lutut ke bawah. Konon konon nak bagi kaki aku tu terhenti lah. Tapi memang tak boleh jugak. BF aku siap azan lagi sebab dia tahu aku masih sedar, hanya separuh dari badan aku je dikawal oleh sesuatu.

Sampai je kat rumah Abg Man, BF aku cepat cepat berlari keluar dari tempat pemandu nak menuju ke pintu sebelah aku. Dia membongkok kan badan tanya aku, whether aku ada nampak apa apa yang pelik time tu. Aku pandang keliling, dan aku cakap tak nampak apa apa. Suara Abg Man dan BF aku membaca ka ayat ayat suci Al-quran jelas kedengaran. Kak Ina cuba untuk papah aku masuk.

Masuk je dalam rumah, aku cuma pandang ke satu arah. Aku duduk tapi tak bersandar. Aku pegang lutut aku kuat kuat untuk kurangkan gerakan yang bukan aku sendiri lakukan. Aku nampak Kak Ina hanya memandang aku dari jauh. Dia macam takut. Sedangkan aku sedar je masa tu. Aku boleh berfikir, cuma kaki aku je aku tak boleh rasa.

BF aku berdiri di depan muka aku dan menghulurkan sebotol air. Aku hanya pandang muka dia, tangan aku masih lagi di lutut.

Melihatkan aku tak ambil air botol tu, dia mendongakkan sikit kepala aku dan cuba menuang ke mulut aku. Kaedah paksa digunakan, sebab aku taknak minum sendiri. Air memasuki ruang mulut aku hingga hampir penuh. Mujur lah tak tersedak. BF aku pun tak agak agak tuang. Dia paksa aku telan air tu. Aku telan sikit sikit, sebab mulut dah penuh dengan air.

FUUUUUUUURRRRRRRHHHHH!!

Tindakan spontan aku bila air tu menerjah rongga tekak. Semua air yang ada dalam mulut aku ludah ke muka BF aku. Habis basah muka dan baju dia. Bukan aku yang ludah ye! Aku tak tahu kenapa aku boleh ludah. Tapi aku dapat rasa badan aku bagi reaksi negatif bila air tu menerjah tekak.

"Oh. Melawan kau ye! Siap kau!"
BF aku jerit lagi.

Dia ni komander, memang sikit sikit menjerit lah kerjanya. Marah betul dia bila kena ludah dengan aku. Basah muka dia. Lepas tu aku tundukkan je muka kebawah dan nampak kaki Abg Man dan BF aku kat depan aku. Tapi aku macam tak berani nak tengok muka diorang.

Apa yang jadi selama sesi aku menundukkan muka tu aku dah tak ingat. Tapi aku dengar suara Abg Man dan BF aku silih berganti azan. Aku tak pernah tanya diorang apa yang jadi subuh tu. Sebab apa yang jadi kat Kak Ina pun diorang tak cerita balik kat Kak Ina.

Aku sedar sedar je, aku dah terbaring atas sofa ruang tamu. BF aku bagi aku minum air botol tadi tu. Actually tu air Yassin yang Abg Man buat untuk Kak Ina. Dah aku pulak yang terkena, aku lah yang minum air tu. BF aku soal siasat aku, nak pastikan aku masih lagi di bawah kawalan makhluk lain or tak.

Aku rasa, aku dah okay dah. So aku bangkit dari sofa dan duduk menghadap BF aku. Aku dengar BF aku dan Abg Man berbual bual.

"Okay dah ke tu?"
Abg Man tanya BF aku.

"Tak nampak apa dah. Takda dah kot"
BF aku membalas.

Mata aku lirik ke arah lain. Cuba pura pura taknak ambil tahu lah konon. Tapi sebenarnya aku pasang telinga jugak. Diorang masih lagi meneruskan perbualan.

"Dia nampak apa tadi?"
Abg Man menyoal BF aku.

"Dia kata nampak perempuan kat petrol station tu. Yang tu ke yang 'masuk' tadi?"
BF aku membalas.

"Perempuan? Tapi yang 'masuk' tadi tu bukan perempuan. Benda lain"
Abg Man mempertikaikan makhluk yang cuba menguasai aku.

"Rasanya perempuan tu tak 'kacau' Sophea pun. Dia tunjuk muka je. Yang kacau tu geng geng perempuan tu je kot"
Jawapan clear dari BF aku.

Apa yang aku dapat tahu dari BF aku, perempuan yang aku nampak tu bukan lah student seperti yang aku sangkakan. Bangunan tu office. Bila malam sah sah lah takda staff. Nak nak pulak perempuan tu pakai baju putih, rambut panjang, berdiri tegak je kat tingkap.

BF aku marah sebab aku jenis lambat sedar yang benda tu bukan manusia. Boleh lagi usha benda tu lama lama nak pastikan orang ke bukan. Marah lah benda tu. Dah nampak sekilas, pergi pulak amati lagi sekali.

Satu yang bestnya, yang cuba rasuk aku tu bukan lah 'student perempuan' tu. Tapi benda lain. Mungkin kawan 'student perempuan' tu. Sebab yang cuba rasuk tu pangkat rendah je, sebab tu dia tak berjaya masuk habis. Paras pinggang je.

Alhamdulillah semangat aku kuat, benda tu tak berjaya masuk habis. Kalau masuk habis, teruk lah nak ubatkan.

Aku difahamkan kalau kita dah rasa lain macam, rasa ada sesuatu cuba menyelusuri salur darah kita, kita lawan. Jangan tunduk, jangan diam, jangan takut. Lawan! Baca ayat kursi kuat kuat. Jangan takut jangan sedih. Bila mood kita down, semangat hilang, lagi mudah dia nak masuk.

Esoknya aku terus balik dan menyambung kerja macam biasa. Habis sesi melepak 3day in a row. Complete 3hari jugak aku kena sakat masa melepak dengan diorang.

Macam yang aku bagitahu, impian aku masa kecik tercapai tu, inilah dia. Aku masa kecik pernah terdetik teringin nak kena rasuk. Teringin nak rasa apa rasanya dikawal makhluk lain. Tak sangka 15tahun kemudian Allah makbulkan pulak permintaan aku tu. Buat pengetahuan korang juga, kereta yang aku dan Kak Ina kena rasuk adalah kereta sewa yang sama aku nampak entiti orang tua dalam kereta beberapa bulan kemudian. Tapi dalam thread ni, aku ceritakan kisah orang tua tu  awal awal lagi dah.

Apa yang aku teringin masa kecik, boleh dikatakan semua Allah dah makbulkan. Betul lah orang kata, hati hati dengan apa yang kita ucapkan, mungkin langit sedang terbuka masa tu.

TAMAT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2016 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
asmimie replied at 1-12-2016 04:37 PM
Tt up la lagi 1 citer hahahaha tak puas baca ni.lambat sgt nK tunggu malam sok

Hai. Baru up ending Kisah 9  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2016 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Inezkhalidi replied at 1-12-2016 04:51 PM
Happy belated birthday dik... Semoga diberkati Allah selalu dan dipermudahkan urusan dunia & akhir ...

Thankyouuu sis  

Lepas baik demam, phone pulak tak boleh on seminggu. Tu yang hilang tanpa jejak lama tu  

Dah up dah part last kisah 9
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2016 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
sesukaje replied at 2-12-2016 12:07 AM
next episod plzz hihihi.. dah mcm tgk cite malam keliwon yang kat tv3 dulu2 plak

Hai dah up episod 3. Lambat sikit. Phone tak boleh on seminggu  :
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2016 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Noyen replied at 2-12-2016 05:28 AM
sambung plis sis.

Hi baru je sambung  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2016 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
ninaaa replied at 2-12-2016 06:09 AM
hihihi tak nak lahh.. sekali buatnya awk kenal dia, for sure awk kenal kita jugak.. sebab dulu per ...

Awak dulu UNISEL kah?      
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2016 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
VirusDetected replied at 2-12-2016 06:36 AM
sambungan please

Baru sambung. Lambat sikit. Phone problem seminggu. Cerita kat dalam phone pulak  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2016 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
BONDAFAD replied at 2-12-2016 05:43 PM
Sambung @anggunsophea..please

Hi sis. Baru harini dapat sambung. Settle dah kisah 9  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-12-2016 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 4-12-2016 10:37 AM
Gws tt. Tak ape, sihat dulu ya

Hi. Btw, tq yaaa.

Baru je update ending kisah 9  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2016 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
eenhemo2 replied at 4-12-2016 05:22 PM
Kiranya abang TT ni berani jugak la orangnya.. siap boleh gelak2 bagitau dalam bilik ada perempuan ...

Takut takut berani je kot  

Tapi adik dia yang takut masa tu  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2016 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
eenhemo2 replied at 4-12-2016 06:02 PM
Waktu raya haji baru2 ni, een melawat nenek saudara kat rumah dia kat pahang.. dia cerita, tak lam ...

Ye betul. Tapu sekarang kurang dah. Kalau dulu sorang meninggal, 6 org akan follow kemudian. Sekarang sorang meninggal, 2-3 org je akan follow.

Kebetulan je kot  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2016 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
eenhemo2 replied at 5-12-2016 04:02 AM
Een dulu pun mrsm pasir salak. Kitorang first batch yang masuk situ...tahun 2003.. kira macam batc ...

Oh. So awak senior anak Rosyam Nor lah kan?  

Anak Rosyam Nor dulu pun MRSM pasir salak. Ada sorang watak dalam thread saya sebelum ni pun MRSM pasir salak batch 2004. Dia lah yg bagitau  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.491857 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list