CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AnggunSophea

Misteri Di Negeri Perak [ Updated : 11 Feb 2020 ]

  [Copy link]
Post time 19-5-2017 01:37 PM | Show all posts
AnggunSophea replied at 19-5-2017 01:35 PM
Otai lah tu. Silap silap kacang dah sepenuh ladang dah   Haritu i salah masuk rumah lah sis.  ...

ada masuk sana eik??
tak perasan la pulak..
ala, aku nak melahar pun pandang kiri kanan dulu..
takde la suka suki sembur tak berasas..
klu setakat orang newbie, aku ok jer..
biasa la kes salah masuk rumah & kena perli tu..
aku pun pernah terkena kat board nora..
bukan setakat perli jer ok..siap maki hamun sumpah seranah lagi aku dapat..
sejak tu aku terus sign in the opposite..huhuh


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2017 01:49 PM | Show all posts
AnggunSophea replied at 19-5-2017 02:21 PM
Kisah 11 : Arwah Nenek (Episod : Petanda)

al fatihah buat nenek TT....

aku ni sempat bersama sekejap dengan nenek sebelah mak..
nenek meninggal semasa aku di tingkatan 1..
datuk sebelah mak meninggal semasa aku berumur 2 tahun..
datuk & nenek sebelah abah plak meninggal sebelum aku lahir..

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 04:25 PM | Show all posts
AnggunSophea replied at 19-5-2017 01:21 PM
Kisah 11 : Arwah Nenek (Episod : Petanda)

insaf baca citer ni.. especially part arwah mintak pak su balik kg tu..
betul la org tua bukannya nak sgt duit kita.. derang nak jmp kita je
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 04:54 PM | Show all posts
AnggunSophea replied at 16-11-2016 10:29 PM
Oh tahu tahu. Betaboh tu macam pukul gendang kan? Tapi rasa nya tu adat orang zaman dulu je. Sekar ...

suspen nya nak g kampung ko dikkk
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 04:58 PM | Show all posts
AnggunSophea replied at 17-11-2016 09:18 PM
Tq. Dah wish dah  

Ye betul apa tekaan awak. Macam dalam kisah 1 saya ada bagitau yg rumah sa ...

mereka pun dah dapat subsidi kerajaan..cenggitu, dpt buat rumah ..gurau je..terus kan berkarya TT citer sedap ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by DeeHanania at 19-5-2017 09:39 PM
AnggunSophea replied at 19-5-2017 01:21 PM
Kisah 11 : Arwah Nenek (Episod : Petanda)




Hi Adik Anggun...
Welcome back...
Rindu kat Adik
Ttiba rindu Kaka menerpa pd Arwah Nenek&Arwah Nek Saudara&Arwah Atuk...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2017 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 20-1-2017 07:31 AM
Maaf semua yang ternanti nanti update dari saya. Hubungan saya dengan Remy sekarang ni dah macam ret ...

Insya'Allah,Adik
Kalo da xde jodoh,kita xleh nak elakkan...
Mudah2an ada jodoh Adik Anggun bersama yg lain...
Kaka doakan...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2017 03:54 AM | Show all posts
Al fatihah utk nenek2 Tt..


Cerita pasal arwah nenek ni.. Teringat aku kisah masa arwah nenek aku sakit  dulu..


Mak aku ni orang susah.. Dr muda..mak isteri ke 2..jadi ada pakcik aku yg x berapa suka dengan ayah aku.. Berjangkit sampai x suka kami adik beradik..


Masa arwah wan aku sakit.. Masa tu laluan utama xde lagi.. Rumah pakcik aku ni xde la jauh Sangat.. Tpi penat la jugak nak jalan kaki..


Masa tu kalau x salah aku dlm form 3..sebab mak aku  sarat mengandung kan adik aku yang bongsu.. Balik sekolah petang tu,(aku sekolah pagi tapi stay back)
Aku tengok mak aku tersandar keletihan.. Dengan perut besar tengah  sarat..


Muka mak aku nampak betul2 orang kecewa.. Aku pun tanya.. Kenapa.. Mak aku cerita la.. Pakcik aku cakap Wan aku sakit.. Dia ajak mak aku balik kampung.. Dia  boleh je  ikut laluan jalan besar.. Tapi dia mintak mak aku datang sendiri kat rumah.. Mak aku ni kakak pakcik aku..


Dalam keadaan perut  7@8 bulan mengandung.. Pegang anak yg umur 3 tahun.. Mak aku pergi rumah dia.. Jalan nk ke rumah pakcik aku tu kena naik bukit sikit..

Mak aku sampai... Pakcik aku dah xde.. Jiran cakap baru je 5 minit pakcik aku jalan.. Allah... Sedih sangat rasa bila dgr mak cerita macam tu... Mak aku siap  cakap.. Kalau  wan aku meninggal.. X dpt la mak tengok kali terakhir..alhamdulillah... Wan aku sihat  kembali..



2 tahun selepas  tu.. Wan aku sakit lagi.. Kami balik naik bas.. Ramai2..aku x ddk lama kat kampung sebab sekolah kan.. Wan aku sakit dlm 2 minggu.. Alhamdullilah...mak dpt jaga... Sampai arwah menghembuskan nafas terakhir.



Pakcik aku??.
Macam mana di tinggalkan mak aku.. 5 minit sebelum mak aku sampai rumah dia dlu...macam tu la jgk dia kena balik... 5 minit dia tinggalkan arwah.. Arwah Wan
aku meninggal.. Dia sorang je yang x dapt bersama masa arwah meninggal..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-5-2017 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kisah 12 : Imran si Pengamal Perubatan Islam.


Ni cerita berkenaan seorang sepupu aku. Lelaki. Tahun ni genap berusia 32tahun. Masih bujang. Biar aku namakan dia sebagai Imran saja. Masa kecik kitorang boleh katakan agak rapat jugak sebab rumah Imran ni sebelah rumah arwah nenek belah mak aku je. So banyak lah dengar story dari dia.


Suatu hari, masa zaman kanak kanak Imran. Dia ternampak sesuatu yg luar dari norma kebiasaan. Dia nampak sesusuk tubuh manusia. Tapi lain dari manusia biasa. Kiranya dia tak pernah tengok 'orang' yang berkeadaan macam tu. Dia nampak gitu je. Tapi tak rasa apa apa katanya. Kira macam kita nampak orang tak kenal lalu , tapi kita tak tau orang tu siapa. So dibiarkan saja.


Beberapa tahun kemudian Imran tengok cerita hantu dari negara seberang. 'Hantu Suzanna'. Aku pernah dengar cerita tu, tapi tak pernah terfikir nak tengok. Masa tu baru Imran terperasan, 'orang' yang dia tengok beberapa tahun lepas tu menyerupai hantu Suzanna tu. Masa tu baru dia tahu benda yg dia pernah nampak tu salah satu spesis hantu rupanya. Dia ingatkan orang biasa. Maklumlah budak lagi kan masa tu. So itulah pengalaman pertama Imran nampak hantu tapi hanya disedari beberapa tahun kemudian.


Beberapa tahun berlalu. Kehidupan Imran dijalani seperti biasa. Makin dia menginjak remaja makin banyak benda yang tak sepatutnya dia nampak, dia terpaksa tengok.  Rumah dia 2 tingkat. Pernah satu hari, dia lalu depan bilik maknya di tingkat atas. Tujuannya, keluar dari bilik untuk pergi ke tingkat bawah. Masa lalu depan pintu bilik tu, dia tengok maknya sedang sikat rambut depan cermin. Normal lah sikat rambut kan. Dia pun cuma lalu sahaja, takda niat nak menegur emaknya. Maka, dia pun terus turun ke tingkat bawah.


Sampai je di tingkat bawah dia tengok maknya elok je ada kat situ. Dia tanya maknya ada naik kebilik sikat rambut atau tak, meskipun pertanyaan tu tak masuk akal. Hanya ada satu laluan untuk turun ke bawah dan dia yg berlalu meninggalkan maknya di bilik, bukan maknya yg berlalu meninggalkan dia. Maknya menafikan pertanyaannya lalu dia bergegas naik ke bilik maknya semula untuk double check. Ternyata takda sesiapa di bilik. Dia hanya menganggap dia tersalah pandang.


Zaman remaja Imran pada tahun 90an pula diisi dengan aktiviti seni mempertahankan diri iaitu silat. Masa ni kitorang tak berapa rapat mcm zaman kanak kanak dulu. Tapi sekali sekala ada jugak sembang sembang bila balik beraya rumah Imran ni.


Menginjak dewasa, Imran jadi salah seorang ahli perubatan cara islam. Macam Darul Syifa' jugak, tapi dengan nama lain. Ahli ahli dalam tu boleh kata semuanya pengamal dan bekas ahli silat.


Aku pernah sakit pada tahun 2012 dan Imran jugak yg banyak bantu aku masa tu. Tapi biasalah, kita manusia ada yg sesuai ada yg tak. Kalau tak serasi dengan seseorang Ustaz tu, tak bermaksud dia tak bagus. Mungkin sebab kita tak serasi dengan caranya. Apa yg penting, ikhtiar kan. Aku ada jugak dengar macam macam pengalaman berubat dari Imran, tapi aku rasa tak penting untuk aku ceritakan disini kerana melibatkan aib pesakit itu sendiri.


Masa arwah ayah Imran meninggal, ada satu peristiwa berlaku malam tu. Arwah ayah Imran adalah Paklong belah mak aku. Ini diceritakan sendiri oleh Imran ni masa raya tahun lepas. Kalau aku tak silap, ayahnya meninggal waktu malam dan orang kampung sepakat untuk mengebumikan arwah keesokan paginya.


So malam tu Imran bergilir gilir dengan abangnya menjaga jenazah. Dia ada 2 beradik je, dua dua lelaki. Malam tu dia duduk ambil angin diluar katanya. Kemudian, dengan jalan kampung yg sempit seluas sebuah kereta tu dia nampak ada bas berhenti di depan rumahnya. Kemudian turunlah sejumlah orang lelaki dewasa berjubah dan berserban / songkok putih menuju ke rumahnya. Dia tak sempat kira, tapi dia kata ramai. Semua berjubah putih.


Masa tu dah lewat malam. Imran ni sangka ada sahabat sahabat arwah nak lawat jenazah ayahnya. So dia cepat cepat masuk rumah kejutkan abangnya, untuk bagitahu ada rombongan satu bas datang nak lawat jenazah.


Dalam keadaan mamai, abangnya pun bangun dan menuju ke pintu untuk melihat gerangan tetamu tu. Aneh sekali, bila abangnya jenguk ke luar rumah, jangan kata tetamu berjubah, bas pun tak ada kat depan rumah.


Abangnya pesan pada Imran, kalau mengantuk bagitahu, dia boleh tukar giliran. Tapi Imran mati mati cakap memang ada orang datang pakai jubah ramai ramai tadi. Dia nampak semua orang tu turun dari bas dan berjalan menuju ke rumahnya. Dia hanya fikir mereka tu dari kalangan anak murid ayahnya.


"Jalan kampung kita ni sempit, mana boleh bas masuk! Lagipun kalau bas masuk takkan orang kampung tak terjaga. Rumah jiran penuh keliling ni!"


Abangnya seolah mengatakan Imran ni mengigau. Walhal Imran kata dia mengantuk pun tidak, apatah lagi tidur. Dia nampak dengan mata kepalanya sendiri bas tu menghampiri rumahnya dan penumpang tu turun berjalan menuju ke rumahnya.


Selepas keadaan itu reda, baru Imran ni sedar sesuatu. Kampung dia tak boleh bawak masuk bas. Kawasan kampung dengan rumah tanah lot. Lori pun hanya lori gas saja boleh masuk. Macam mana bas yg begitu punya besar boleh masuk ke kawasan kampung nya, apatah lagi parking dihadapan jalan rumahnya. Lagi satu yg paling hairan, dia tak dengar pun bunyi bas datang dan masa dia kejutkan abangnya, dia tak dengar pun bunyi bas berlalu. Kalau bas tu berlalu pun abang dia pasti boleh lihat masa menjenguk keluar. Ini, langsung tak ada apa apa kelibat. Lalu beliau husnudzon sahaja. Mungkin ada 'sesiapa' yg berhajat nak melawat jenazah bapanya.


Note : Ada satu lagi cerita bab lawat melawat tu. Masa tu semua ada di sisi arwah tapi hanya sorang je dari kalangan mereka yang nampak lelaki tu lawat ayahnya, orang lain tak nampak. Tapi aku dah tak ingat details. Takut salah cerita pulak nanti.


Setelah beliau menginjak dewasa dan dah jadi pakar perubatan islam, beliau kurang mengalami benda benda pelik. Adapun hanya kesan daripada merawat orang. Takda lagi penampakan macam masa beliau kecil dan remaja dulu.


Satu malam, Imran bermimpi didatangi seorang wanita cantik. Wanita itu mengatakan dia menyukai sepupu aku ni oleh kerana amal dan akhlaknya. Sepupu aku ni pengamal perubatan islam, mestilah alim. Imran bertanya pada wanita itu, dari mana wanita itu kenal dia. Jawapan diberi wanita itu amat mengejutkan. Wanita itu mengatakan dia tinggal di pokok depan rumah Imran ni. Dia selalu memerhatikan Imran ni di rumah katanya. Tapi tak pernah masuk. Mungkin sebab rumah Imran ni berpagar. Bila terjaga, sepupu aku hanya menganggap mimpi itu mainan tidur semata.


Imran hanya tinggal berdua dengan maknya. Ayah dah meninggal, abang dah ada kehidupan berkeluarga sendiri. Jadi masa terluang dia lebih suka duduk duduk di kerusi kayu depan rumahnya sambil memerhatikan org lalu lalang. Rumahnya betul betul di tepi jalan.


Satu petang, datang seorang pakcik agak berumur yg dia tak kenali ke rumahnya. Pakcik tu nampak baik dan saja mahu berbual dengan Imran ni. Mungkin orang dari taman perumahan berdekatan. Mereka berbual bual kosong sampailah ke suatu saat pakcik tu bertanya.

"Siapa perempuan tu?"

"Perempuan mana pakcik?"

"Ni.. perempuan kat rumah kamu ni.."

"Perempuan kat rumah? Tua ke muda pakcik?"

"Perempuan muda lah.. pakcik selalu nampak dia kat sini.. ni ada je kat sini perempuan tu"

Sepupu aku kebingungan sebentar. Di rumah itu hanya ada dia dan emaknya. Emaknya sudah hampir 70tahun. Perempuan muda? Beliau masih bujang. Anak saudara perempuan? Baru belasan tahun. Lagi pula abang nya tiada di rumah ketika itu.

"Kat rumah ni ada saya dengan mak je pakcik. Saya bujang lagi"


Kemudian pakcik itu dilihat memandang ke arah sesuatu tanpa mengeluarkan suara dan berpaling semula ke arah sepupu aku.


"Oh.. dia suka kamu ni nak.. nak berkawan je. dia duduk depan rumah kamu ni haaa"


Sambil pakcik tu menunjukkan pokok sederhana besar di depan rumah.


"Cakap kat dia saya taknak kawan dengan dia pakcik"


Pakcik itu hanya tersenyum sahaja. Rupanya pakcik tu selalu ulang alik di depan rumah Imran dan setiap kali itu juga dia nampak perempuan yg sama duduk di kawasan depan rumah. Rupa macam perempuan biasa saja, tak mengerikan apalagi menyeramkan.


Aku difahamkan perempuan itu hanya berlegar legar di kawasan halaman rumah kerana dia tak boleh memasuki rumah Imran tu. Rumah dia dah berpagar. Kalau orang yang ada sihir atau saka masuk sekalipun, orang itu akan tidur saja sepanjang berada di rumahnya. Walau ketika datang menziarah hari raya sekalipun.


Ini atas pengalaman aku sendiri. Masa tu aku sakit. 2 tahun beraya dirumahnya, memang dua kali tu aku tidur sahaja di ruang tamu beliau. Depan balang kuih raya lagi aku berdengkur. Mata aku macam ditarik tarik suruh tidur. Ayah aku pun sama. Bila berubat baru tahu, aku dan ayahku dua dua ada sesuatu yg tak perlu aku jelaskan di sini.


Tamat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2017 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
DeeHanania replied at 19-5-2017 01:38 PM
Hi Adik Anggun...
Welcome back...
Rindu kat Adik

Hi sista  

Welcome to rumah sendiri je. Tengah kemas kemas nak buang habuk dulu. Hehehehe tq sudi singgah lagi.

Hmm. Nak raya ni lagi sayu kan sis. Sedihnya rasa mengenang org yg dah takda  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2017 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
asfaz replied at 19-5-2017 07:54 PM
Al fatihah utk nenek2 Tt..



Terima kasih Asfaz  


Nenek saya pun isteri kedua atuk saya. Tak tahu macam mana hubungan diorang dulu dulu. Sebab masa tu saya pun tak lahir lagi. Atuk ada 3 isteri. Tapi hubungan semua anak2 arwah atuk alhamdulillah baik lagi sampai ke harini.


Tulah org kata apa yg kita buat kat orang mesti berbalik ke kita balik. Samada perbuatan atau kata kata kan. Sebab tu kena berbuat baik pada semua org, apatah lagi adik beradik or ipar sendiri kan..

Al-Fatihah juga utk mereka  
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2017 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 20-5-2017 07:24 PM
Terima kasih Asfaz   



Kan... Pakcik pernah cakap.. Dia Xde anak sedara kat sini..anak sedara dia semua kat kampung..
Sampai macam tu sekali.. Dia x suka..  
Kalau ada kenduri  pun.. Sellunya makcik sendiri yg akan wassap iols.. Pakcik??  Idok ler
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2017 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
asfaz replied at 20-5-2017 11:34 AM
Kan... Pakcik pernah cakap.. Dia Xde anak sedara kat sini..anak sedara dia semua kat kampung..
S ...

Sama lah dengan i. Bukan anak sedara pilihan sebab mak i bukan menantu atau ipar favourite. Seksa juga masa kecik dulu. Even i baru umur 8-9tahun masa tu, tapi i still ingat apa yg makcik2 perli2 i masa kecik. Nak masuk rumah diorg pun, tuan rumah jeling2 tak suka. Sampai anak dia pulak tolong cover i nak masuk rumah. Sedangkan i anak sedara dia kot.


Dah besar, dah ada benda yg boleh dibanggakan tetiba je jadi anak sedara. Sangat tak profesional perangai macam tu. Jauh disudut hati, perbuatan puluhan tahun diorg tu i masih ingat. Tapi i tak tunjuk lah yg i ni still teringat perbuatan diorang, if jumpa diorang di majlis family i layan ok je. Am i being hypocrite?    


Anak buah yg disanjung2, ipar yg disanjung2 sekarang buat perangai. Anak buah tu anak kepada ipar disayangi tu. Sekarang diorg bercampur pun tak dgn sepupu.


Sejak tu i admit, time healed gituu. Macam mana masa boleh merubah hati someone. Yg diatas dah kebawah, yg dibawah merasa di atas. Sabar k. One fine day mesti uols merasa disayangi  
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2017 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq tt..iols pergi je umah pakcik kalau ada kenduri...pikir mak nak jumpa adik beradik  kan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2017 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by DeeHanania at 21-5-2017 10:32 AM
AnggunSophea replied at 20-5-2017 07:20 PM
Hi sista   

Welcome to rumah sendiri je. Tengah kemas kemas nak buang habuk dulu. Hehehehe tq ...


Hi adik Anggun...
Ahaa,btol tu dik,
Lebih2 nak masuk Ramadhan,
Tringat kat Arwah Ayah Kaka,
Dia lah paling sibuk mngemas umah tuk sambut Ramadhan AlKareem...
Skrg turn kaka lak buat bersama anak2&shuben tuk mnyambut ktibaan bulan Ramadhan...
Sebak lak ttiba..
Ofkos,slalu masuk kat MPS nie,bca yg lelain yert,tmasuk @annabellaruz2 jgak,kan anna,rindu citer seram dri Borneo
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2017 11:37 AM | Show all posts
Laduree replied at 23-11-2016 11:35 AM
i bley imagine perasaan ittew..meremang bulu roma..

baru tau kalau bunyi orang lempar pasir atas bumbung tu hantu raya, patut la masa
duk kampung kecik2 dulu selalu dengar tengah-tengah malam

rupanya memang selang 3, 4 buah dari rumah mak ada orang yang membelanya, katanya
tuan tengah sakit sekarang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2017 11:37 AM | Show all posts
Laduree replied at 23-11-2016 11:35 AM
i bley imagine perasaan ittew..meremang bulu roma..

baru tau kalau bunyi orang lempar pasir atas bumbung tu hantu raya, patut la masa
duk kampung kecik2 dulu selalu dengar tengah-tengah malam

rupanya memang selang 3, 4 buah dari rumah mak ada orang yang membelanya, katanya
tuan tengah sakit sekarang..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2017 11:39 AM | Show all posts
Benang yang menarik tt, akak tengah cuba nak menghabiskan benang tt ni..
sangat menarik dan berinformasi, baca pun santai jer, ada masa bulu roma
meremang, ada masa tergelak sorang-sorang..

tapi lepas join semula thread MPS ni akak perasan kadang kat lengan ada lebam,
semalam cuti kat rumah perasan ada cakaran dari belakang peha membawa ke
belakang betis tu, panjang ... seriau pulak akak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2017 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
asfaz replied at 20-5-2017 02:49 PM
Tq tt..iols pergi je umah pakcik kalau ada kenduri...pikir mak nak jumpa adik beradik  kan.

Mak n sibling iols ada lah dalam 30tahun menjadi yg dibenci. Dari sebelum Tun M jadi PM lagi. Hehe Tapi family iols jenis tak reti nak melawan. Orang buat diam je, orang mengata senyum je. Now iols dah dewasa, iols tetiba jadi sangat defensive. Pantang tercuit sikit, iols mesti nak bertindak. Sama dgn maksud nama iols "pahlawan wanita"   (bukan Sophea ni)


In Shaa Allah satu hari nanti uols pun akan merasa disayangi. Kadang hidup ni, disebabkan pengalaman kita lah kita jadi diri kita sekarang. Agaknya kalau kita bahagia je dari kecik, sekali Allah tarik salah satu kebahagiaan tu, mesti kita tak boleh terima kan  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2017 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
DeeHanania replied at 21-5-2017 02:31 AM
Hi adik Anggun...
Ahaa,btol tu dik,
Lebih2 nak masuk Ramadhan,

Semenjak saya up balik thread ni, saya rasa macam saya tercampak balik ke zaman budak dulu pun ada.
Rasa terbuai buai je jiwa tu. Semalam duduk depan rumah, kat rumah kg mak. Menghadap rumah arwah nenek.
Tetiba saya rasa mcm zaman dulu.
Nak berbuka saya tolong arwah nenek buat juadah berbuka, lepas berbuka pasang pelita keliling rumah.


Rasa mcm saya balik dari sekolah waktu petang.
Beriringan dgn kawan2 gelak ketawa.
Rasa mcm tengah bercinta dgn boyfriend zaman sekolah dulu yg sekarang dh jadi bapak org pun ada.
Takut gila je nanti saya ni    


Cerita seram Borneo tu Kak Ainiz punya kan.Tergantung je thread tu kan.
Baru tahun lepas saya khatam thread tu. Best. Rasa dekat je kat hati bila dia story pasal suasana kg. Kadang terbayang suasana kg Zero MLM tu. Kak Anna pulak pasal Sarawak kan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.417034 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list