CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AnggunSophea

Misteri Di Negeri Perak [ Updated : 11 Feb 2020 ]

  [Copy link]
Post time 14-11-2016 09:45 PM | Show all posts
AnggunSophea replied at 14-11-2016 10:29 AM
Alamak sis. Ni lagi creepy dari cerita saya lagi ada. Maybe dia tak suka orang beria sangat kat ka ...

rasanya yang gadis manis dlm citer tt ni mungkin bunian, dia dah suka kat abang tt.citer couple tu yang mana ek?
kalau yg buat kerja tak senonoh kat lubuk tapah tu, yang tu ingat la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2016 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 14-11-2016 09:20 PM
Pompuan. Tapi tak berapa nak pompuan  

Saya kasar sikit. Ika ni pun kasar orangnya. Ada lagi  ...

Ok..tq atas pencerahan...sambung lagi dik nanti
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 14-11-2016 09:09 PM
Wah. Penduduk asal. Cuba risik risik ayah, ada ke bukti cerita yg kita sedang bincangkan ni

Abah dah meninggal. Huhu. Tapi memang atas tu banyak kisahnya.

Abg iols pun penah kena. Pegi memancing kat area lata tak silap. Lapar sangat. Ternampak buah apa entah. Dia gi amik makan. Balik umah jadi meracau2. Mak kata dia termakan buah dari kawasan 'org sana'.  
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 14-11-2016 09:14 PM
Wasalam

Utk abg tt lah    
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2016 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by AnggunSophea at 15-11-2016 07:43 AM

KISAH 2 : CHILDHOOD MEMORIES

Episod : Siapa join kitorang main aci sembunyi?

Zaman childhood aku mungkin tak adventurous macam forumer lain. Sebab aku budak kampung je. Takda apa yang special pun. Sama macam budak budak kampung lain. Cuma aku banyak bergaul dengan sepupu lelaki. Sepupu yang sebaya aku semuanya lelaki. Mungkin itu yang menyumbang kepada tingkah laku boyish aku sampai sekarang.

Panjat pokok, mandi sungai, panjat mesin padi, mandi selut semua aku pernah buat. Nak nak lagi masa kecik arwah nenek yang bela aku kat kampung. Mak dan ayah aku busy kerja. Abang dan kakak aku pulak jauh beza umur dgn aku. Aku baru masuk sekolah rendah, kakak aku dah habis sekolah dah. Abang aku pulak dah habis sekolah masa aku masih sekolah rendah lagi. Adik beradik 3 orang je, so pandai pandai lah aku anak bongsu ni bawak diri cari kawan buat geng main.

Macam kampung atuk dan nenek yang cliche dalam drama Melayu. Bila musim cuti sekolah je mesti penuh saudara mara balik kampung bawak anak anak diorang bercuti. Saudara mara aku majority duduk kat Ipoh je. Kampung arwah nenek aku pun dalam negeri Perak jugak. Tak jauh dari kampung arwah nenek Siti Sarah bini Shuib Sepah (hint sikit).

Waktu siang macam macam lah aktiviti kitorang sebab aku ni kategori cucu edisi pertengahan. Atas atas aku pun ramai jugak yang dah umur 20 ke atas masa aku still jagung. Umur baya baya aku ada dalam 10 orang dan bawah bawah aku pun still lagi ramai. Sebab ayah aku anak ketiga dari 7 adik beradik. Sepupu toksah cakap lah, kalau buat group Whatsapp mesti 'hang' phone. Malangnya sekarang semua bawak haluan masing masing lepas arwah nenek meninggal. Sedih pulak rasanya.

Aktiviti malam pulak biasanya lebih kepada main aci sembunyi atau aci sorok je dalam rumah arwah nenek. Rumah arwah nenek aku ni boleh kata luas jugak lah. Rumah kampung kan, biasalah. Kitorang kalau main biasanya dalam 10orang jugak. Sekarang geng aku main aci sembunyi masa kecik tu still lagi contact dgn aku. Alhamdulillah.

So satu malam tu kitorang main aci sorok macam biasa. Waktunya lepas Isyak sebab senang nak access semua ruang dalam rumah arwah nenek aku ni. Sebab semua dah settle solat. Kitorang ni suka menyorok berpasangan. Sebab terms & condition game kitorang kena sebut nama orang tu dulu baru boleh tarik keluar even tak nampak muka ke apa. Budak kecik kan suka menyorok dalam tempat tempat sempit.

Malam tu yang 'jadi' adalah Eman. 'Jadi' tu terms yang kitorang guna untuk tukang cari masa permainan dijalankan. Lelaki, Eman ni lelaki ye. Sekarang dah jadi polis dah. Dia ni second sepupu favourite aku. Dia lahir 20/11, aku lahir 28/11 bulan dan tahun yg sama. Aku dapat tawaran Politeknik, dia pun dapat juga di politeknik yg sama. Siap satu batch lagi. Masa minggu orientasi pun aku selalu jumpa dia. Malangnya habis study dia dapat PDRM, aku je tak dapat sebab aku bini Popeye.

Malam tu aku menyorok bawah meja makan dapur dengan sepupu paling favourite aku. Lelaki, Daus namanya. Dia muda setahun dari aku. Tapi dari kecik memang aku rapat gila dengan dia, pergi balik sekolah sama sama. Sampai umur 20an kitorang still rapat, berkepit je dua orang pergi mana mana pun. Sekarang je dah kurang sebab dia bertugas negeri lain, aku negeri lain.

Ok fine. Susah aku nak buang habit suka elaborate point panjang panjang ni. Back to story guys.

Malam tu Eman yang jadi, masa Eman ni mengira 1 sampai 20, so bertempiaran lah kitorang cari port nak menyorok. Alah, balik balik pun memang port yang sama jugak. Senang je tugas si pencari tu. Yang buat susah cuma nak meneka siapa je lah sebab kitorang trick sorok muka kat lutut sambil bertinggung dan tukar baju dengan sepupu lain. Kalau tukang cari tu teka salah, selamat lah yang kena salah teka tu.

Malam tu aku berhimpit dengan Daus bawah meja makan kat dapur. Lepas masuk kitorang rapatkan balik kerusi ke bawah meja. Kalau Eman nak cari dia kena  teka dulu baru boleh bawak keluar kitorang lah kan. So malam tu Eman rush bilik solat dulu. Dalam tu penuh bantal untuk kegunaan anak anak arwah nenek aku. Jadi memang sepupu aku semua suka sangat lah menyorok kat situ.

Aku dengar Eman ni sebut sorang sorang nama sepupu aku. Aku dengan Daus ni gelak gelak je bawah meja.
"Padan muka diorang. Tengok macam kita, sorok port baik punya"
Riak aku berbisik dengan Daus malam tu.

Hilai tawa dan jeritan gedik budak budak sekolah rendah kedengaran dari dalam bilik solat. Nama last yang aku dengar keluar dari mulut Eman masa tu, lagi lah buat aku tergelak kecil dengan Daus bawah meja.
"Sophea jadi! Dah. Tolong kumpul semua. Semua dah jumpa!"
Aku gelak gelak lagi bawah meja makan dengan Daus sebab kitorang dia tak dapat jumpa dari tadi, nampak sangat dia salah orang. Dia pergi sebut nama aku, sedangkan aku kat dapur lagi. Then ada suara sorang lagi sepupu aku deny arahan Eman.
"Mana boleh Eman. Daus ko tak jumpa lagi"
Then Eman gelak gelak je sambil membalas.
"Alah. Macam aku tak tahu yang bawah meja dapur tu Daus. Dah, dah , dah! Kumpul semua. Semua dah jumpa"

Time ni semua serbu ke dapur suruh Eman sendiri yang keluarkan Daus sebab kitorang tersepit bawah tu. Meja makan tu jenis kayu zaman dulu. Colour hitam, macam meja makan Chinese style. Bentuk 4segi dan agak besar jugak design kayu dia tu. Budak berhingus macam kitorang memang susah nak alih kerusi dia.

Kitorang ni duduk bertinggung bawah meja tu, diorang pulak berdiri sambil tolong Eman ni alih kerusi nak keluarkan kitorang. Then Daus keluar dulu dari bawah meja, sebab dia bahagian depan.
"Haaa ni Daus. Kan aku dah cakap dia kat bawah meja ni!"
Daus senyum senyum je sebab aku belum keluar lagi, ada chance lah Eman ni jadi lagi sekali sebab dia sebut salah nama dalam bilik tadi.

Time aku keluar je semua pakat pakat terperanjat, kecuali Daus sorang je lah yang takda rasa apa apa. Semua terjegil bijik mata tengok aku keluar dari celah kerusi meja sambil senyum senyum.

Sepupu aku berebut rebut tanya.
"Bila masa ko menyorok balik?"
"Masa bila ko kat sini pulak Sophea?"
"Ko memang kat sini ke dari tadi?"

Soalan tu dijawab oleh Daus sambil tersenyum senyum.
"Kitorang memang kat bawah meja lah dari tadi. So Eman jadi lagi sekali lah lepas ni. Ko salah sebut nama tadi. Ko sebut nama Sophea, padahal Sophea dgn aku"

Semua pandang sesama sendiri. Telan air liur dah sorang sorangnya masa tu. Diorang macam pelik tengok aku.

Then salah sorang start bersuara.
"Sophea, kan Eman dah jumpa ko kat dalam bilik tadi"
"Haah lah. Eman dah jumpa ko yang last menyorok bawah bantal tadi"
"Betul tu. Betul tu."
Berebut rebut semua bercakap masa tu sebab tak puas hati aku tak nak mengaku yg Eman dah jumpa aku.

Aku dengan Daus berpandangan. Sebab memang kitorang berdua takda kemana mana dari awal game. Kitorang berdua mati mati menegakkan kebenaran.
"Aku dengan Daus lah dari awal tadi. Manada Eman jumpa kitorang!"
Daus menyambung,
"Haah. Aku dengan Sophea dok gelakkan korang je bila Eman jumpa korang dalam bilik. Kitorang siap dengar Eman salah sebut nama. Dia sebut nama Sophea pada salah sorang yang dia jumpa"

Eman pulak kerut kening.
"Aik, Dah memang aku jumpa Sophea, aku sebut lah nama dia"

Semua sepupu yang lain angguk angguk. Then kitorang bubarkan permainan. Semua berlari duduk kat ruang tamu sebab dah start rasa seram dah. Semua duduk diam je. Diorang macam takutkan aku pulak dah. Semua duduk jauh dari aku kecuali Daus je.

Masa tu lah aku slow talk cara budak budak dengan Eman tanya cerita sebenar dengan dia. Sebab kitorang antara yang paling tua dalam kalangan pemain aci sembunyi malam tu. Alah slowtalk style bisik bisik je.

Eman bagitau aku, dia dah tahu dari awal Daus menyorok kat bawah meja dapur. Tapi dia saja lah nak rush yang ramai dalam bilik tu dulu. Dan dalam ramai ramai sepupu yang dia dapat jumpa dalam bilik malam tu, 'aku' yang last dia jumpa. Dia jumpa 'aku' bawah bantal. Memang dia cakap muka 'aku' lain sikit masa dia jumpa tu. Pucat dan tak senyum. Semua sepupu nampak dia jumpa 'aku'.

Bila dia cakap dia dah jumpa semua, Sepupu yang lain ni kecoh lah cakap dia tak jumpa Daus lagi. Si Eman ni memang dah kira pemain dah cukup, Daus je yang takda. Daus dia memang dah tahu menyorok bawah meja makan dari awal game lagi. Sebab nak habiskan jugak game, Jadi diorang semua gerak ke dapur dan tak terperasankan lah 'aku' yang Eman jumpa dalam bilik masa tu follow sekali or tak ke dapur.

Nak ke dapur cuma ada satu lorong je. Dan takda sesiapa yang pintas Eman ke dapur masa tu. Sebab tu lah semua pakat terkejut bila nampak Daus keluar dari bawah meja diiringi aku. Diorang memang pasti aku dalam bilik bersama diorang, sebab diorang nampak macam mana 'aku' pun sibuk cari port menyorok dan macam mana jugak 'aku' dijumpai Eman masa tu.

Sejak kes malam tu tak main dah lah aci sembunyi malam malam. Makcik pakcik yang dapat tahu pasal tu semua gelakkan kitorang. Eleh mentang mentang kitorang time tu sayur lagi.
"Padan muka korang. Hantu pun nak join main sekali!"

Bersambung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2016 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 14-11-2016 09:45 PM
rasanya yang gadis manis dlm citer tt ni mungkin bunian, dia dah suka kat abang tt.citer couple  ...

Mungkin jugak. Sebab abang TT ni pembersih orangnya. Orang kat Bun suka orang kulit putih bersih ke cane entah  

Rumours couple tu saya pun tak pasti. Takut salah cakap nanti jadi fitnah. Tapi mmg dengar cerita diorang mati kat batu. Celahan batu atau atas batu, tak pasti.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-11-2016 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
atikah2013 replied at 14-11-2016 10:37 PM
Abah dah meninggal. Huhu. Tapi memang atas tu banyak kisahnya.

Abg iols pun penah kena. Pegi m ...

Allah. Maaf ye  

Kat Hutan Lipur tu jugak ye? Kalau tanya dgn orang yg biasa keluar masuk mesti banyak cerita kan. Tapi diorang jenis dah kena, senyap. Yang tahu cuma family terdekat je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2016 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Jajabeans replied at 14-11-2016 10:44 PM
Utk abg tt lah

Adik tolong jawab kan dalam ni  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2016 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 15-11-2016 12:43 AM
Allah. Maaf ye   

Kat Hutan Lipur tu jugak ye? Kalau tanya dgn orang yg biasa keluar masuk  ...

Kat area hutan lipur jugak. Yup. Tambah2 org tua. Dorg bukan nak cerita. Tak nak bagi kita takut. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 08:35 AM | Show all posts
taji2906 replied at 14-11-2016 11:58 AM
aku cuma pernah dgr citer org2 lama kat kem sana cakap, area situ memang sesuatu.. tp lg keras kala ...

seramnya..
nasib baik la opis lama aku x jd buat kursus kat kem ulu kenas tu..

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 11:35 AM | Show all posts
AnggunSophea replied at 15-11-2016 01:20 AM
KISAH 2 : CHILDHOOD MEMORIES

Episod : Siapa join kitorang main aci sembunyi?

dalam seram, geram gak dipadankan oleh makcik2 dan pakcik2 kan tt?? heheheh
aku dulu masa kecik2 pon suka main sorok2 dengan sepupu dan pakcik yg hampir sebaya dengan aku..
almaklum tinggal kat rumah kampung, ada kolong utk letak tikar bemban, serta tempayan2 besar utk simpan beras & barang2 lain..
kadang2 tempayan la jd mangsa port menyorok...yg mulut lebar tu..kikikiki
yg 3 kat bawah ni masih ada smpi skrg tempat mak aku letak beras & stok air utk kecemasan..
sejuk giler air dlm tempayan nih...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 11:51 AM | Show all posts
ada lagi yg jenis tempayan ada telinga tu..tapi ukiran naga..
yg tu kami takut nak dekat sbb dulu2 orang tua kata tempayan yg gitu ada penjaga...
lebih kurang mcm ni rupa dia...tinggi lebih kurang 3 kaki...



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 05:43 PM | Show all posts
Bestlah cerita TT. Tak sabar nak menanti sambungan yang seterusnya. Teruskan bercerita TT.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 15-11-2016 11:35 AM
dalam seram, geram gak dipadankan oleh makcik2 dan pakcik2 kan tt?? heheheh
aku dulu masa kecik2  ...

Pernah dulu menyorok  dalam tembikar yang bawah sekali tu masa duduk rumah panjang...rumah nenek...

Yang bertutup tu memang berhantu. Teringat org kampung cakap ada dengar org menangis dari tembikar tu..seram....

Kami panggil tembikar ni "benda" dalam bahasa iban
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
TT terus update ye...menarik cerita ni...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Bookmark dulu..free2 jgn lupa koi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2016 09:52 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2016 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by AnggunSophea at 15-11-2016 11:27 PM

KISAH 2 : CHILDHOOD MEMORIES

Episod : Bunian - Menyorok atau disorok?

Rasanya aku ni antara forumer termuda dalam kalangan korang. Aku baru suku abad. Sebab rata rata panggil aku 'dik'. So aku minta maaf sebab mana mana cerita aku gunakan kata ganti nama diri AKU. Sebab yang tu aku selesa. Tapi bila reply, aku akan gantikan dengan SAYA tak kira lelaki atau perempuan demi menghormati senior forumer disini ye.

Berbalik pada kisah zaman kanak kanak aku. Masa kecik aku sangat lasak. Kaki aku pernah termasuk kat rantai basikal masa mengayuh. Sampai sekarang ada parut lagi. Aku rapat dengan ayah masa kecik dan sehingga sekarang. Banyak benda dia ajar aku, bertukang, menjala ikan, memancing ikan, repair motor, repair barang elektrik, model kereta, model motor.

Aku jugak anak bongsu dari 3 beradik, yang mana hampir setiap hari hari biasa, rutin aku adalah perlu uruskan diri sendiri. Pandai pandai lah nak hidup, senang cakap. Abang kakak dah besar, dah keluar dari rumah sebab sambung study. So aku kecik kecik jenis suka buat hal sendiri dan jugak banyak buat hal. Masa aku tadika, ayah belikan aku basikal baru tayar yang macam span tu. Tayar basikal tu ada macam macam colour. Aku pergi buat eksperimen parking basikal tu atas timbunan sampah time nenek aku tengah bakar sampah. At the end hangus lah tayar tu tinggal rangka je. Sedangkan basikal tu baru beli. Ayoyooo.

Disebabkan ke-loner- an aku tu. Bila musim cuti sekolah datang aku memang seronok tak hingat lah. Happy gila sepupu balik kampung ramai ramai. Oh lupa nak info, rumah kampung arwah nenek berdekatan dengan rumah sepupu favourite aku si Daus tu. Tapi Daus best, adik beradik 8 orang. Semua dekat dekat. Aku selalu balik sekolah menumpang kasih kat rumah diorang jelah. Sebab aku bila balik sekolah yang ada kat rumah, kucing je.

Bila sepupu sepapat semua balik lagi happening lah kalau buat game aci sorok kat sekitar rumah nenek aku. Rumah pulak verse kg 90an punya. Ni cerita zaman 90an ye. Betul betul kampung, takda pembangunan lagi. Rumah pun masih kayu 2tingkat. Aku rindu suasana ni, sekarang tak dapat dah lah. Susah dah nak cari rumah macam ni. Semua dah batu je. Bosan. Identiti kampung dah semakin pupus.

Kalau forumers perasan, tahun 90an tak macam sekarang. Dulu petang redup je. Panas yang redup. Kalau sekarang, panas nya panas bahang. Maklumlah, Ozone layer dah menipis kan. So kitorang akan start main aci sembunyi pukul 5petang ke atas. Masa tu memang heaven, pemain tolak tambah lebih kurang 20 orang. Pelbagai peringkat umur. Dari hingusan macam aku sampailah yang baru habis SPM. Semua layan main. Satu game dalam 15-20minit baru habis. Sebab sepupu aku yang budak bandar lagi handal cari port menyorok. Diorang pergi teroka tempat yang kitorang budak kampung tu sendiri tak berani nak menyorok, malah tak terfikir pun nak menyorok kat situ.

So satu petang tu kitorang main aci sembunyi macam biasa. Lupa dah aku masa tu sesi yang keberapa. Yang pasti, masa tu dah lewat petang. Kalau kitorang dulu 6:00petang dah kira lewat. Sebab orang tua kan banyak pantang larang. Alah, budak budak kalau seronok sangat mana nak perasan petang ke, senja ke, maghrib ke kan. Disebabkan pakcik dan makcik which is mak dan ayah kepada para pemain dah start bising. Kitorang sudahkan permainan secepat yang boleh. Macam menampakkan diri pada si tukang cari untuk memudahkan kerja dia lah.

Disebabkan kerja si pencari semakin mudah, lama lama kitorang keluar terus tunjuk muka je kat dia sebab mood dah spoil makcik pakcik kacau. Tapi yang tak bestnya, sorang lagi degil taknak tunjuk muka. Kiranya tukang cari ni dah penat cari, masih tak jumpa jumpa jugak. Habis dah semua tempat dia jelajah. Yang tak dijumpai tu abang sepupu lelaki, umur dia 4tahun tua daripada aku. Masa tu abang sepupu aku ni sekolah rendah lagi. Aku namakan dia Izzat je lah.

Hari makin gelap. Makcik pakcik dah bising suruh masuk rumah. Izzat ni degil tak nak keluar dari tempat persembunyian dia jugak lagi. Puas dah sepupu lain jerit nama dia dan bagitahu yang game dah habis. Which is tak perlu lah konon konon nak bertahan lama sangat tak dijumpai. Semua berpecah cari dia sebab dah bengang. Cari punya cari kat seluruh kawasan, hampa. Dia memang takda. Ingatkan dah masuk rumah, pun takda jugak. Atlast semua buat keputusan bagitau kat parents dia, yang kitorang tak jumpa dia.

Masa tu habis panik seisi rumah nenek aku. Bukan kata marah, membebel, menasihat, peringatan, amaran, habis semua keluar. Permainan yang asalnya hanya melibatkan kanak kanak, kemudian diceburi oleh mak dan ayah pemain pula. Habis semua tempat mak mak dan ayah ayah ni cari, dalam rumah, dalam almari, dalam bilik, memang takda. Mana lah tahu, si Izzat ni trick nak menang menyorok kat dalam rumah ke kan. Even rules kitorang menyorok kat luar rumah je.

Hari bukan lagi senja, tapi dah gelap. Dah malam dah pun. Bayang si Izzat ni tak muncul muncul lagi. Masa tu memang tengah top kes culik apa benda semua. Tapi rumah nenek aku special, keliling dia macam ada parit. Access ke rumah ada satu jalan je, jalan tu pakcik makcik kitorang ada berbual bual bawah pokok machang. Tak mungkin Izzat ni kena culik.

Bincang punya bincang, seisi rumah nenek aku time tu setuju nak panggil Tok Imam datang tolong buat apa apa yang patut. Nak panggil Ustaz Kazim, rasanya time tu Ustaz Kazim sekolah pun tak habis lagi.

So bacaan bacaan Al-quran diperdengarkan. Dah hampir lewat malam, Tok Imam tu cakap Izzat tu bukan kena culik dengan orang, tapi ada 'orang' bawak dia jalan jalan kejap. Tok Imam tu suruh cari Izzat kat jalan nak ke kebun. Dia ada kat sana katanya. Ada yang mempertikaikan, sebab budak budak dah cari tak jumpa, mak ayah cari lagilah tak jumpa. Kata Tok Imam, tadi Izzat tu tengah jalan jalan, sekarang mungkin dah balik. So semua pun berhambat lah dengan berkain batik dan berpelikat lari ke sana dengan torchlight beramai ramai.

Macam tak percaya je bila nampak Izzat duduk kat satu pokok pisang dikelilingi semak dengan pegang tempurung. Dia macam terpinga pinga. Dia tak nampak macam kena culik, kena serang binatang buas, atau jatuh dalam parit ke apa. Dia nampak normal, cuma terpinga pinga je. Dah nampak je si Izzat diorang bawak lah dia ni balik berhambat masuk rumah pulak.

Izzat ni masih lagi terpinga pinga tengok semua orang. Rasa nak je tampar bagi hilang kepinga pingaan dia tu. Tapi masa tu aku kan kecik lagi. Tampar pun bukan rasa. Dalam tengah dia terpinga pinga tu, dia diajukan berpuluh soalan oleh seisi rumah.
"Kamu pergi mana hah?"
"Kamu ikut siapa sampai malam malam ni?"
"Kamu menyorok kat mana sampai semua orang cari tak dapat jumpa?"
"Mana kamu dapat tempurung tadi tu?"
Tudiaaa. Satu pun Izzat tak jawab. Apa yang jadi kat dia pun dia masih tak boleh digest, inikan nak jawab soalan yang melibas otaknya macam peluru torpedo tu.

Izzat tak mampu nak jawab soalan soalan yang makcik pakcik ajukan. Mungkin kalau ada skrin kat muka dia, skrin tu akan tunjuk 'loading content..' Ataupun 'waiting..' Atau lagi worst 'Memory Corrupted'.

Aku tak pasti siapa dapat pujuk dia. Tapi akhirnya dia bercerita jugak. Dan cerita ni disampaikan oleh makcik pakcik kitorang yang terlibat dalam misi pencarian malam tu jugak. Ceritanya Izzat ni konon nya nak jadi pemain yang terakhir dijumpai. Well memang dia berjaya pun, tapi Tok Imam lah yang jumpa. Dia menyorok kat tempat yang paling tersembunyi. Berhampiran pokok pisang dan semak samun. Dia kata dia memang yakin orang tak kan dapat jumpa dia paling awal.

Masa dia tengah sembunyi tu ada seorang lelaki datang kat dia. Dia tak kenal katanya. Tapi lelaki tu ajak berbual bual dgn dia. Mungkin tanya si Izzat ni dari mana dan buat apa kat situ agaknya. Izzat ni pun melayan je lelaki tu. Budak lagi kan, nak berprasangka buruk pun tak pandai. Nak nak pulak lelaki tu pun tak nampak jahat katanya. Then lelaki tu pelawa Izzat makan. Izzat ambik makanan tu, tapi cuma pegang je, taknak makan. Sebab masa tu dia terdengar orang laung laung nama dia tapi tak nampak kelibat orang pun. Dia nak jawab pun tak boleh masa tu. Dia cuma tengok je orang tu makan berselera. Dia kan budak lagi, hati dia lebih risaukan kena marah daripada makan free.

Then dia cakap nak balik kat lelaki tu. Masa tu suasana siang lagi katanya. Dia just risaukan nanti gelap lagi susah dia nak balik. Masa tu lah orang semua jumpa dia tengah pegang tempurung. Suasana pulak dah malam. Mau nya tidak Izzat ni terpinga pinga. Sedangkan dia menyorok baru pukul 6, dia berbual dengan orang tu cuma beberapa minit. Makan pun tak sempat lagi, tahu tahu makcik pakcik datang hari dah malam. Sebab tu dia terkebil kebil je bila diasak dgn macam macam soalan.

Hakikatnya, tempat Izzat tu ditemukan dah berpuluh kali orang datang tengok. Memang tak ada dia kat situ. Tapi dia kata, dia takda kemana pun. Kat situ situ jugak. Dan Izzat jugak berkeras pertahankan, dia berbual dengan orang tu cuma beberapa minit je. Hari pun masih siang. Mungkin dalam 10minit macam tu je. Tapi bila dia ditemukan, hari tiba tiba je dah malam. Weirdo. Makanan yang dia pegang pun masih dalam tangan dia. Tapi time tu yang mak dia nampak tempurung dengan isi bukan makanan je dalam tu.

Start dari kes tu tradisi main aci sembunyi ditamatkan terus. No more aci sembunyi kata makcik pakcik! Main waktu malam ada yang join, main waktu siang pulak kena sorok terus. Kitorang ni lurus. Orang tua kata jangan, memang tak buat lah ceritanya. So musim cuti sekolah seterusnya kitorang tukar aktiviti main rounders pulak. Tapi lepas satu peristiwa, tradisi main rounders dalam kalangan sepupu sepapat pun di stopkan jugak. Kenapa? Tunggu..

Bersambung..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2016 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Laduree replied at 15-11-2016 08:35 AM
seramnya..
nasib baik la opis lama aku x jd buat kursus kat kem ulu kenas tu..

Oh office pun ada buat kem kat situ eh? Ingatkan kem untuk student sekolah je.

Mesti kem Jati diri kan. Situ banyak aktiviti jugak kot  
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus penceritaan TT. Aku parking dulu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.091441 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list