CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AnggunSophea

Misteri Di Negeri Perak [ Updated : 11 Feb 2020 ]

  [Copy link]
Post time 28-3-2019 08:48 AM | Show all posts
mandear11 replied at 28-3-2019 12:34 AM
maybe lor i tak pernah dgr...sebab tu relaks je lepak sana smp maghrib..hehehehe...

saya pun ada baca pasal Kellie Castle tu...
pnh satu hari tu benti kete kat depan gate tu, tunggu abg ipar dtg hantar barang
asben ajak le masuk tengok Kellie Castle...uiii...idak la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2019 08:51 AM | Show all posts
runiadreamer replied at 23-1-2019 10:42 AM
ehhh ni dah macam kes baru2 ni je yg ada benda kacau ketuk2 pintu rumah, dgr kata hantu raya nk ca ...

ala ko ni...buat aku takut je....
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
iznanaziz replied at 28-3-2019 08:51 AM
ala ko ni...buat aku takut je....

Ahahahahahhaha tkde apa tu rilek ahh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2020 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
BALAI POLIS

CERITA SATU

Kalau siapa follow thread aku ni dari 2016 dulu, dia mesti tahu yang aku ada boyfriend dan kitorang kena sihir untuk pisahkan kitorang berdua masa tu. Dan masa birthday aku tahun 2017, kitorang berpisah jugak. Dan thread aku memang tergantung kat situ je masa tu. Frust campur semangat nak menulis tu dah hilang. Awal 2019 aku masuk balik forum dan jalan jalan di thread orang je. Tadi aku baru lepas tengok Detik 12malam Episod JPJ punya pengalaman seram, tetiba aku teringat husband aku punya cerita. Dia cerita kan pada aku tahun lepas. Actually dia ni seorang perahsia, pasal kerja memang dia tak bagitahu aku sangat. Aku tanya baru dia bagitahu harini buat apa, siapa buli, siapa cuti semua semua lah. Dia ni seorang anggota Polis, muda 6tahun dari aku. Jadi pengalaman seram dia masih kurang lah. Tambah pulak dia ni berahsia, memang susah lah nak dapat cerita.

Husband aku ni bahagian balai, tapi tugas sebenar dia adalah Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang naik motor Ninja tu. Kalau korang nak tahu mana rupa diorang, ada kat ayat last perenggan ni. Setahu aku dia ada tugas tugas lain jugak macam jaga balai bahagian ambil report orang awam, buat roadblock, prowler dan kerja kerja luar lain, angkut mayat, cari orang hilang dalam hutan (contoh : cari Acap hilang kat Gopeng), tangkap orang gila, tangkap budak merempit, orang mengamuk, rusuhan ke apa ke. Antara kerja luar yang paling senang contoh, terlibat dengan perarakan. Perarakan ni macam yang masa Hari Kebangsaan / Merdeka. Macam tahun lepas viral Pegawai wanita jatuh masa berarak depan Sultan Perak sebab enjin motor dia mati tu. Korang search lah kat Youtube, 'Anggota PDRM terjatuh semasa perarakan hari kebangsaan negeri Perak'. Husband aku ada sekali dalam ramai ramai yang bawak motor tu.

Kalau korang perasan aku ada sebut tugas Prowler husband aku. Prowler ni maksudnya berkawal. Maksudnya kat dalam balai ada anggota bertugas ambik report, dia ni kerja jaga luar balai. Bukak tutup pintu gate bila pegawai nak masuk waktu tengah malam buat lawatan ke balai. Husband aku tak pernah lah ceritakan secara spesifik tugas prowler dia ni, tapi cara dia cerita ini fahaman aku pada tugas dia yang satu ni. Malam malam, pintu gate balai ni memang dibuka muat muat untuk motor je masuk. Ini untuk mudahkan anggota yang meronda memalam tu nak balik balai, takyah susah susah nak tarik gate. Gate dia jenis sliding roda tu. So petugas prowler ni kena alert lah kalau ada pegawai sampai, kena bukak kan pintu dan tabik macam biasa lah.

Masa kita tidur, diorang ni aktif berkerja nak settlekan apa apa urusan hantar dokumen dari balai balai berdekatan. Nak dijadikan cerita ada seorang anggota perempuan pangkat lagi tinggi dari husband aku dari balai berdekatan suka pergi ke balai lain memalam buta untuk settle kerja. Dia ni kira pangkat pegawai juga lah. Dia sepatutnya ada anggota pengiring untuk bawa dia nak kemana waktu malam untuk urusan kerja. Tapi dia ni seorang pegawai yang tak bossy or lady boss jadi dia nak ke balai mana mana waktu malam dia drive sendiri sensorang je kereta pasukan. Mula mula ok lah, dah lama lama mustahil lah tak kena apa apa kan? Hehehe

Satu malam (2-3pagi) ada pegawai datang ke balai dia. So husband aku tengok plat dan dia tahu lah yang pegawai perempuan ni datang macam biasa. Husband aku bukak kan pagar dari kiri ke kanan dan berdiri di pagar bagi tabik hormat baru pegawai tu masuk. Husband aku berada di sebelah kiri driver masa kereta pegawai tu masuk. Sebab dia berdiri sebelah kiri tu dia senang nampak ada berapa orang dalam kereta tu. Malam tu pegawai tu datang berdua, tapi pegawai ni yang drive sendiri. Mungkin dia datang dengan pegawai lelaki lain untuk teman dia. Sebab kalau lelaki tu anggota pangkat rendah, takkan pegawai tu pulak yang drive untuk dia kan.

Kalau korang baca banyak sangat tabik, mesti penat kan. Tapi memang kerja diorang macam tu, kena hormat sesama diorang dalam bertugas. Husband aku yang cerita, so jangan tanya aku. Hahahaha Ok sambung balik.

Lepas kereta pegawai tu melepasi pagar, husband aku tutup balik dan dia berjalan ke kereta pegawai tu untuk bagi tabik masa pegawai tu keluar kereta pulak. Dia berdiri sebelah pintu driver, tunggu pegawai tu keluar dan bagi tabik macam biasa. Diorang ni kenal sesama sendiri sebab balai berdekatan jugak under satu Ibu pejabat. Kawan kawan je, tapi sebab kerja kena buat macam tu. Sambil bergurau lebih kurang pegawai ni bawak fail dia masuk balai. Lepas bagi tabik pada pegawai perempuan husband aku pergi ke pintu penumpang untuk bagi tabik pada pegawai lelaki tadi tu. Dia tunggu tak keluar keluar pun pegawai lelaki tu. Husband aku curious, dia tunduk jenguk kerusi sebelah driver tu. KOSONG!

Eh, mana pegawai lelaki tadi takkan dia keluar dulu? Terus husband aku masuk balai nak cari pegawai lelaki tu. Dia masuk tengok ada kawan balai dia dengan pegawai perempuan tu je, yang lelaki tadi tu takda pun. So husband aku ni macam berkias kias lah nak tanya pegawai ni, tapi dia tak tanya direct.

"Puan selalu datang sini tak bawak pengiring ke Puan?"
Husband aku tanya sambil gelak gelak

"Malaslah bawak orang, lambat. Saya ni nak cepat je. Pergi sana sini sorang senang, drive sendiri nak laju nak slow pun boleh"
Pegawai tu jawab sambil bergurau dengan husband aku

Dari jawapan pegawai tu, memang betul lah dia datang sorang malam tu. Tapi husband aku je yang nampak dia datang berdua. Husband aku anggap dia salah nampak jelah, sebab malam kan. Mungkin badan dia letih. Diorang ni siang malam kerja. Banyak kerja dari duduk rumah, banyak jumpa orang awam dari anak bini dan family sendiri. So husband aku malas fikir, dia terus keluar berkawal balik buat macam tak ada apa apa berlaku. Dalam sejam macam tu pegawai tu keluar dari balai tegur husband aku.

"Saya dah nak balik dah Encik Saiful"
Pegawai tu senyum senyum kat husband aku. Actually nama husband aku bukan Saiful, tu nickname je

"Baik Puan"
Husband aku bagi tabik dan berjalan ke pagar nak bukak kan pintu gate

Husband aku tunggu pegawai tu keluar kat gate berdiri macam tiang. Sebaik pegawai tu melintasi pagar, husband aku tabik lagi sekali. Tetiba pegawai tu turunkan tingkap, terkejut husband aku disangkanya pegawai tu nak terus balik. Sebab dia jenis rushing je setiap masa.

"Encik Saiful tadi kenapa tanya saya macam tu?"
Pegawai tu sengih sengih kat husband aku

"Oh, saja je tanya Puan. Kan lebih baik berteman, keselamatan lebih terjamin"
Husband aku cover cover sambil pegang pintu gate dengan harapan takda soalan lain dah

Pegawai tu angkat tangan dan terus berlalu pergi. Masa tu husband aku masih bujang, so dia duduk kat berek lagi. Esoknya dia cerita kat kawan dia. Tak tahunya kawan dia cerita kat yang lain. Minggu depan tu pegawai perempuan tu datang lagi, masa tu ada 2-3orang kat balai, tapi husband aku kerja bahagian lain masa tu. Diorang cerita kat pegawai tu pasal pegawai lelaki yang husband aku nampak. Barulah pegawai tu dengan anggota lain bukak cerita. Memang selalu pegawai tu terperasan anggota prowler pergi ke pintu penumpang nak bagi tabik sedangkan diorang bukan taktau pegawai perempuan ni memang setiap kali pun datang sorang je.

Pegawai tu jugak bukak cerita, pernah jugak ada satu malam anggota yang jaga balai nampak kereta dia ni penuh kabus macam asap tu dalam CCTV. Berkepul kepul penuh kat kereta, tapi bila pegawai ni masuk balai macam biasa je, dia anggap memang dia sorang je yang nampak kabus tu.

Perjalanan dari balai pegawai ni ke balai husband aku dalam 10minit lebih kurang sebab ikut highway Ipoh-Lumut. Dia kadang terperasan jugak bila dia drive sensorang malam malam, macam dalam kereta ada orang lain selain dia. Tapi dia buat bodo je, hati kering orangnya. Itulah kot 'pegawai' yang prowler sibuk nak bagi tabik tu?

Kalau ada sambutan, aku sambung lagi. Thread dah terbenam ke dasar ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2020 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 4-2-2020 05:03 PM
BALAI POLIS

CERITA SATU

Merupaaaaa.. Perghhh.. Aku paling x suka hadap yg jenis menyerupai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2020 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 4-2-2020 09:35 AM
Merupaaaaa.. Perghhh.. Aku paling x suka hadap yg jenis menyerupai

Dia nak mintak tabik jugak kot. Hehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2020 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 4-2-2020 05:50 PM
Dia nak mintak tabik jugak kot. Hehehe

Jeles la tu.. Tak ada sapa tabik dia
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2020 07:17 PM | Show all posts

wehhh lama gila uols lesap. tup2 rupanya dah clash dgn pakwe lama siap dah berlaki muda dari uols lagi. tahniah dah kawin !

mohon update benang selalu. dedulu rajin meols berkuntum baca cerita uols.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2020 03:34 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 4-2-2020 10:45 AM
Jeles la tu.. Tak ada sapa tabik dia

Jeles tapi maluuuu gitu. Hehee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2020 03:36 AM From the mobile phone | Show all posts
gracieyna replied at 4-2-2020 11:17 AM
wehhh lama gila uols lesap. tup2 rupanya dah clash dgn pakwe lama siap dah berlaki muda dari uols  ...

Lama dah clash nya sisturrr. Back on 2017. Sebelum clash tu lg memang iols hilang dah dari forum. Hahahahaha laki muda tak tahan tuuu. Alhamdulillah makasih sisturrrr.

In shaa Allah nanti akan merajinkan diri update thread ni balik
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2020 04:18 AM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 5-2-2020 03:34 AM
Jeles tapi maluuuu gitu. Hehee

Hahaha.. Tu yg dok kacau org lain tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2020 02:39 PM | Show all posts
wow wow wow..TT is back..sila citer..saya orang Perakk
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2020 03:30 PM | Show all posts
Haluu tt, welcome back! Sedih pulakk tt clash jugak dgn bf tu sebab korang dah biasa hadap mcm2 bersama. Tu lah takde jodoh namanya kan...moga sama2 bahagia dgn kehidupan masing2 skrg.

Rajin2 lah bercerita lagi, hakak suka cerita tt dari dulu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2020 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
puteribaya replied at 5-2-2020 06:39 AM
wow wow wow..TT is back..sila citer..saya orang Perakk

Hi sis. Saya ingat lg nick sis. Dulu pakai DP pic anak sis kann.

Ada banyak nak cerita sebenarnya ni. Mcm banyak pulak masa terluang sekarang. Hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2020 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
hatikudus replied at 5-2-2020 07:30 AM
Haluu tt, welcome back! Sedih pulakk tt clash jugak dgn bf tu sebab korang dah biasa hadap mcm2 bers ...

Hi sis. Sis ni yg anak MRSM Parit tu kan? Hehehhe

Mula mula dulu sedih jugak, tapi dah lama lama nampak hikmahnya hilang terus sedih. Plus, husband ni Allah hantar baik orangnya. Huuu

In shaa Allah tengah taip satu lagi cerita
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2020 09:06 AM | Show all posts
AnggunSophea replied at 5-2-2020 08:53 PM
Hi sis. Saya ingat lg nick sis. Dulu pakai DP pic anak sis kann.

Ada banyak nak cerita sebenarn ...

yaa..meh citer..x zabar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2020 12:00 PM | Show all posts
AnggunSophea replied at 5-2-2020 08:55 PM
Hi sis. Sis ni yg anak MRSM Parit tu kan? Hehehhe

Mula mula dulu sedih jugak, tapi dah lama lam ...

Auww tak sangka tt masih ingat ...baguslah tt, mmg semuanya ada hikmah samada kita sedar atau tidak.

Anak sulong tu dah selamat tinggalkan mrsm parit dgn jayanya, tinggal adiknya di pasir salak tahun terakhir 2020 ni. Ada cerita2 sekitar situ tak sis? Best jugak tu kalau ada, my normal route - exit hway masuk sungkai ikut jln kampung2 ke Langkap, terus ke Chenderong Balai sampai ke Kg Gajah.

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Welkam bek tt... follow citer2 tt ni dari awal tak salah start baca 2 or 3 tahun lepas. Tq sebab menulis semula. Iols bukan org perak tapi iols dulu menetap di daerah dekat sempadan negeri perak. Adik iols pun lahir kat teluk intan. Iols akan menunggu dgn sabar next citer dari tt. Keep it up.

P.s kira tt ni baru kawin la ye?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Haiii tt....
Lama x bc kisah tt....sebenarnya hakak start balik  perak taun 2016....2017 br hakak mula bc citer2 tt....pastu lama tt senyap kan...
Ni hakak kat Hosp Batu Gajah amik stok2 ubat...tiap mgu kalau keluar ke Batu Gajah mesti teringatkan citer2 tt....
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Welkambek TT.. Saya SR je dr first day tt bukak benang.. selamat pengantin baru TT sbb saya bru tau TT dh kawin.. hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 1.003654 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list