CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AnggunSophea

Misteri Di Negeri Perak [ Updated : 11 Feb 2020 ]

  [Copy link]
 Author| Post time 17-11-2016 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
akr replied at 17-11-2016 01:53 PM
tt buah machang tu tt mksudkan bacang ke?

Ye ye ye, Bachang!  

Saya Banjar. Banjar 100%. Memang kitorang sebut Machang dari kecik  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-11-2016 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
NOWORD replied at 17-11-2016 09:09 PM
Seram gila cerita kau dik....sbb tu org selalu cakap maghrib kita tak boleh keluar kan....nasib ba ...

Tq sis. Pembetulan, jangan keluar Maghrib buat budak budak yg kat kampung je kot  

Tak pernah dengar orang bandar kena sorok Bun masa main waktu Maghrib. Kena culik ada lah  
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 09:55 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 17-11-2016 09:01 PM
Taiping kah?   

Oh. Memang kalau Kem diorang akan paksa masuk bawak bagpack menapak masuk kem ...

Bukan taiping..biarlah rahsia  

Cerita main sorok2 mak aii misteri nusantara sangat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2016 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
KISAH 3 : AYAH'S CHILDHOOD MEMORIES

Kisah kali ni adalah 100% pengalaman zaman kanak kanak ayah aku. Kisah ni berkisarkan suasana kampung sekitar 60 hingga 70an. Ayah aku berasal dari Selangor tapi menjalani zaman kanak kanak di Perak. Ayah aku adalah anak ketiga dari 7 orang adik beradik atau lebih tepat lagi anak sulung lelaki dalam keluarga. Jadi apa apa urusan berkenaan adik beradik, banyak terletak di bahu ayah aku. Ayah aku juga diakui harus beralah dengan adik beradik dalam banyak perkara.

Ayah aku jugak masa kecik kena berjalan kaki ke sekolah. Tapi cuma untuk 3km sahaja then sambung menaiki bas ke sekolah yang jarak nya 20km dari rumah. So dia akan start menapak keluar dari rumah pada pukul 6 pagi.

Adik beradik banyak, tidak keterlaluan lah kalau aku cakap ayah aku ni lebih suka buat hal sendiri masa kecik sebab kadang kadang merajuk sebab selalu di belakangkan parents untuk dahulukan adik beradik lain. Budak budak, biasalah kan.

Kisah pertama.

Pagi tu ayah aku siap siap nak ke sekolah awal sikit dari biasa. So pukul 5:30pagi tu dia duduk lah di jalan depan rumah. Untuk makluman, rumah ayah aku time tu dikelilingi sawah padi. Ala ala cerita Tiz Zaqyah dan Remy Ishak berlakon dalam drama Nur Kasih. Masa tu ayah aku cuma duduk je di atas paip besi besar yang jadi saluran air untuk sawah padi. Paip ni besar ala ala kolong. Di letak atas batu untuk buat dia jadi tergantung dan boleh jadi port duduk budak budak kampung waktu petang. Kolong ni sangat panjang. Sepanjang mana ada petak sawah padi.

Pagi tu ayah aku duduk duduk je atas paip besi tu sementara tunggu jam menginjak ke 6 pagi . Buat pengetahuan korang, kat kawasan tu ada 3 biji rumah yang terletak berjauhan lebih kurang 100m antara satu sama lain. Ayah aku terperasan yang kat sebelah dia pagi tu, dalam jarak 10m ada sorang pompuan. Juga duduk sebiji sama dengan cara ayah aku duduk, which is menghadap sawah padi. Ayah aku masa tu malas lah nak layan perempuan tu, sebab sangkakan perempuan tu mungkin lah anak jiran dia jugak.

Dalam 5min kemudian dia toleh perempuan tu still ada lagi kat situ. Oleh sebab masih subuh dan suasana pun sangat gelap. Ayah aku macam kedepan kan sikit kepala dia dari tempat duduk sebab nak mengamati muka perempuan tu. Mana lah tahu kot kot kenal ke kan. Something yang buat tak syok adalah bila ayah aku kedepan kan kepala, perempuan tu pun kedepan kan jugak kepala dia!

Bila tengok je macam tu, ayah aku cepat cepat kebelakangkan balik kepala dia. Tapi masih pandang perempuan tu. Masa ni ayah aku dah tukar posisi kepada bertinggung atas paip tu. Kiranya dah dalam keadaan sedia lah nak melompat ke bawah incase apa apa terjadi. Sebab paip tu dalam keadaan tergantung lebih kurang 2m dari aras tanah.

Paling best, ayah aku ni macam tak terfikir pulak mana lah ada perempuan akan bertinggung atas paip tu pagi pagi buta. Perempuan tu ikut bertinggung sama posisi dgn ayah aku. Ayah aku ni pulak, boleh pulak buat macam macam gerakan lepas tu. Dalam keadaan bertinggung mengadap satu sama lain, ayah aku sengetkan badan ke kanan, perempuan tu pun ikut sengetkan badan ke kanan. Bila ayah aku sengetkan badan ke kiri, perempuan tu pun ikut sengetkan badan ke kiri.

Masa ni ayah aku dah telan air liur dah. Kalau nak patah balik rumah ke dalam kawasan sawah tu kena melalui perempuan tu pulak dah. So ayah aku terfikir saja test angkat tangan kanan dia perlahan lahan. Sebab dia anggap mungkin kebetulan je perempuan tu tadi terikut lenggok badan dia. Tapi ayah aku silap, bila ayah aku angkat je tangan, perempuan tu pun sebenarnya siap angkat tangan perlahan lahan sama sama dengan dia lagi!

Bila je perempuan tu ikut angkat tangan sama sama dengan ayah aku, ayah aku tak fikir panjang dah! Terus je terjun dari batang paip tu berlari melintasi perempuan tu patah balik ke rumah. Bila dia lintas je perempuan tu baru dia perasan, perempuan tu bukan nya manusia. Ayah aku tak cerita details. Tapi dia kata, dia memang tahu perempuan tu bukan manusia! Manada masa tu manusia nak pakai kain putih tak berjahit buat baju!

Dengar ceritanya, ayah aku tak sekolah haritu. Sebab dia takut nak keluar ke jalan, kalau perempuan tu ikut tak ke naya. Jalan kaki dah lah gelap. 3km tu, keliling jalan hutan dan sawah padi je. Tapi ayah aku tak pernah ceritakan pada orang lain, cuma pada mak aku dan anak anak je.

Kisah kedua.

Macam yang aku ada maklumkan di awal cerita. Ayah aku ni suka merajuk sebab kena beralah dengan adik adik. Dan bila merajuk pun, takda lah jauh jauh sangat. Paling tak pun sampai atas batang paip besi tu je. Batang paip tu terletak betul betul sebelah jalan kecik access untuk kampung tu. Aku cakap kecik sebab kereta kalau nak selisih, salah seorang kena berhenti. Kalau selisih jugak, salah seorang confirm masuk parit. Sebab kiri kanan jalan kecik tu adalah parit. Sebelah paip besi, dan sebelah lagi parit. Bawah paip besi tu pun parit jugak. Rumah ayah aku pulak jaraknya 100m dari batang paip besi tu. Sebab rumah dia dalam petak sawah.

Satu senja ni ayah aku ada terasa hati dengan keluarga dia. Budak budak merajuk kan, mesti nak bawak diri keluar rumah. Masa tu dah hampir pukul 7 malam. Tak terfikir takut ke apa, ikutkan sakit hati punya pasal. Port ayah aku, lebih kurang tempat macam dia duduk waktu subuh dalam kisah pertama tadi. Dia duduk diam je masa tu menghadap hutan dan sawah padi. Kata ayah aku, pandangan hadapan dia masa tu tak jauh dari rumah jiran dia. Sebab tu lah kot dia tak berapa takut sangat.

Dah agak gelap nak ke senja tu, ayah aku tak terfikir lagi nak balik rumah. Walaupun dah nak masuk maghrib masa tu. Tapi dia terpandangkan anak jiran dia tak jauh dari tempat dia duduk. Anak perempuan jiran dia tu tengah main buaian. Masa tu dia takda lah takut sangat, sebab anak jiran dia ni pun masih main kat luar. Maknanya jiran dia pun mesti tak masuk rumah lagi kan.

Kalau kat kampung, buat buaian dengan tali nya diikatkan pada pokok besar adalah sesuatu yang normal. Orang kampung kan kreatif, asal boleh jadi buaian, diorang buat je lah. Nak cari playground memang tak ada lah masa tu.

So ayah aku ni macam seronok je tengok anak jiran dia ni main buaian petang petang macam tu. Buaian tu jenis ikat tali kiri kanan dan ada tapak kayu untuk duduk tu. Kalau nak laju kena ada orang tolong buaikan. Kalau setakat nak buai saja saja tu pakai kaki sendiri pun boleh buat injak tanah.

Anak jiran ayah aku sorang je masa tu. Sama lah dgn ayah aku, pun sorang jugak. Tapi laju sungguh dia berbuai. Kiranya anak jiran ayah aku tu expert lah kan. Boleh injak kuat sampai laju gila buaian tu dia buat. Biasanya kalau nak laju kena berdua, seorang atas buaian, seorang lagi tolong tarik dan tolak, baru boleh dapat laju macam tu.

Makin lama hari makin gelap. Anak jiran tu masih lagi berbuai dan semakin laju. Ayah aku ni budak budak lagi, dia pun tak terfikir bukan bukan. Dia perhati je anak jiran tu. Nak join malu, sebab orang takda pelawa pun walaupun dah dekat setengah jam memerhati. Masa ayah aku still lagi menumpukan pandangan pada anak jiran dia, dia tengok budak tu berbuai makin lama makin laju dan semakin tinggi. Lebih tinggi dari pokok kat tepi tu.

Ayah aku pun pelik lah. Macam mana buaian tu boleh jadi macam tu. Masa ayah aku dok tajamkan mata dia, anak jiran ayah aku tu berbuai lagi tinggi sampai lepas pokok kelapa. Bayangkan berapa tinggi budak tu berbuai. Dah lepas pokok kelapa tu satu hal, anak jiran tu dah siap pakej berbuai melepasi pokok kelapa dan gelak mengilai ngilai lagi.

Ayah aku tak fikir panjang dah. Terjun dari batang paip berlari laju selaju lajunya balik rumah! Sambil berlari dia menoleh ke belakang, budak tu masih lagi berbuai sambil mengilai ngilai macam gelakkan ayah aku yang dah ketakutan ya amat ni.

Sampai rumah, ayah aku terus duduk diam dan pucat tak bercakap. Malam sikit baru dia berani ceritakan pada kakak dia. Kata kakak dia, jiran tu tak ada anak perempuan kecik. Semua dah besar dan dah kahwin. Kakak dia jugak siap bagi padan muka kat ayah aku sebab merajuk senja senja. Ayah aku cakap dia masih ingat sampai sekarang budak tu berbuai sorang diri sampai lepas pucuk pokok kelapa!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2016 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
tanganbercakap replied at 17-11-2016 10:57 PM
Bukan taiping..biarlah rahsia   

Cerita main sorok2 mak aii misteri nusantara sangat..

Okay fine. Saja nak tahu. Sebab rumah saya pun tak jauh dari Kem tu  

Rumah keliling hutan. Biasa lah kan. Macam macam ada. Mak saya pernah cerita, masa kitorang kecik main kat halaman rumah, tiba tiba ada arnab datang main sekali.

Sedangkan rumah memang seumur hidup tak pernah bela arnab. Arnab tu datang sekejap, then masuk hutan balik  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2016 07:36 AM | Show all posts
AnggunSophea replied at 17-11-2016 09:43 PM
Haaa. Lain orang lain berat nya kan. Bukan bukan je yang buat berat tu. Beg perempuan lagi berat d ...

hahahaha...
bab beg berat mmg org pompuan juara..
kalo nk p holiday,rasa mcm 1 almari nk angkut


eeuuuwww...pakat luah blk megi..
kesian gila..
tapi maybe depa nak ajaq mcm mana nk faced the situation kalo tgh darurat,makanan x cukup..
or depa nak ajaq semangat setiakawan/kerjasama..gittew..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2016 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Laduree replied at 18-11-2016 07:36 AM
hahahaha...
bab beg berat mmg org pompuan juara..
kalo nk p holiday,rasa mcm 1 almari nk angkut  ...

Ye. Betul tu. Masa nak pergi, packing baju sehari suntuk je. Time dah balik, sebulan pun belum tentu unpacked lagi dari beg  

Ada betul nya apa yg Laduree cakap tu. Sebab time diorang bertugas kat Sabah, diorang terpaksa makan binatang hutan. Saya pun lupa biawak ke apa masa tu. Lagi satu, ni depan mata saya sendiri jadi. Diorang kalau bela udang hiasan dlm akuarium, incase udang tu mati, rilek je diorang goreng then telan. Sedangkan udang tu diorang yang bela dari kecik  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2016 02:18 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 16-11-2016 09:46 AM
tempayan & tembikar tu adik beradik nok...
skrg klu tempayan yg saiz besar gedabak tu senang jer  ...

ha ah .. dulu  rmh arwah mak ada 2 tempayan berat tu.. satu yg gedabak tuh wat tadah air kat palung kalo hujan.. satu lagi berguna masa nak buat bahulu.. adoiii jenuh nak pukul telor puluh2 bijik dgn benda bulat berspring tu (apa ke nama nyer ntah lupa- giant wisk kot hahahaha) lenguh satu badan nak buat sampai bahulu kembang..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2016 02:50 PM | Show all posts
AnggunSophea replied at 18-11-2016 02:11 PM
Ye. Betul tu. Masa nak pergi, packing baju sehari suntuk je. Time dah balik, sebulan pun belum ten ...

setuju sgt part unpacked baju..sebulan beg tersadai atas lantai


thats why la yg berjiwa kental or hati kering ja mampu jd anggota tentera..
mak x sanggup uolls..


xpa ka kita ot jauh sgt ni..
dr cerita hantu tetiba msk dunia army
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2016 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
petaijeruk replied at 18-11-2016 02:18 PM
ha ah .. dulu  rmh arwah mak ada 2 tempayan berat tu.. satu yg gedabak tuh wat tadah air kat palun ...

Oh boleh juga guna utk bancuh adunan bahulu ye? Saya pernah tengok anak arwah nenek buat bahulu pakai tempayan, tapi tempayan tu pendek dan kepala besar.

Pernah juga cuba masa kecik pukul adunan pakai spring besar tu. Apa entah nama nya. Hehehehe

Tapi yg tu tak berhantu lah. Sebab siap boleh buay bahulu lagi  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2016 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Laduree replied at 18-11-2016 02:50 PM
setuju sgt part unpacked baju..sebulan beg tersadai atas lantai



Sebulan tu orang rajin. Saya ni malas. Sampai nak bagitau berapa lama pun malas  

Mungkin jugak. Diorang kan terkadang darurat dalam hutan. Telan je lah apa ada nyaaa  

Tulah. Saya ni susah nak buang habit OT. Kadang tengah bercerita pun dok melalut panjang2 kat thread. Haishh sorry momod  
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2016 04:12 PM | Show all posts
petaijeruk replied at 18-11-2016 03:18 PM
ha ah .. dulu  rmh arwah mak ada 2 tempayan berat tu.. satu yg gedabak tuh wat tadah air kat palun ...

klu nak pukul tepung buat bahulu, mak aku guna yg saiz kecik..
mulut tempayan pon kecik supaya adunan x tumpah bila dipukul..
smpi skrg pun masih ada tempayan tu..
yg lebar 1 setengah pemeluk dewasa aku pernah buat jd kolam ikan guppy...
sekali adik aku masukkan ikan puyu, pupus semua ikan guppy aku...
bengang betul..

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2016 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Hy anggun sophea
amboi sedapnya nama

Sy org perak jgk
Hr ni br mencemar duli di thread ni
Menarik sgt...beside the angker story...kisah childhood n family tu very touching... teruskan share ur story
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2016 11:06 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2016 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
KISAH 4 : KG JERING, AYER TAWAR

Kisah kali ni adalah secebis pengalaman aku sendiri. Tak pernah pulak dengar cerita pasal tempat ni dari orang lain. Mungkin apa yang berlaku time tu adalah kebetulan sahaja. Masa zaman aku baru baru habis sekolah dulu, kiranya zaman baru nak up lah. Aku rajin merayap ke Lumut dan Teluk Batik dengan geng perempuan. Saja je mandi manda.

Then satu petang ni, on the way balik, still atas highway Lumut - Ipoh lagi, kitorang melalui ada satu simpang ni jalan untuk masuk ke Kg Jering. Aku nampak ada kesan macam kereta accident kat divider keluar simpang tu. Simpang ni kalau menghala ke Ipoh, sebelah kiri, manakala divider tu pulak sebelah kanan.

Balik je rumah, aku ni pun kecoh lah kat mak aku konon nya aku nampak ada kesan accident teruk jugak kat simpang keluar Kg Jering tu. Then abang aku pun bukak lah mulut. Malam sebelum tu, dia pun ada ke Manjung dengan kawan kawan dia. Ceritanya, malam tu ada lelaki cina berkemungkinan besar mabuk, pandu kereta dari arah Kg Jering dan tak sempat brek masa keluar simpang lalu terbabas. Sebab jalan tu macam turun bukit sikit kalau dari arah Kg Jering. Dia langgar habis divider tu. Sepatutnya kena belok kiri dan masuk highway, tapi dia bidas terus divider tu. Pemandu mati on the spot. Masa abang aku lalu tu, kejadian tu baru je berlaku.

Beberapa tahun kemudian, mungkin atas kesedaran pihak berwajib, diorang dah bina traffic light kat simpang Kg Jering tu. Traffic light tu betul betul kat tempat berlaku kemalangan yang aku maklumkan beberapa tahun sebelum tu. So kalau dari Kg Jering dah boleh lintas terus je highway dan menghala ke arah Lumut. Aku masa tu dah study kat Ipoh, masa keluar dengan kawan kawan baru perasan kat situ dah ada traffic light.

Then beberapa tahun lepas tu pulak, Which is awal 2014. Aku diminta menemani kawan untuk ke Manjung pukul 10mlm. Time tu aku still lagi stay Ipoh, tapi dah kerja. Tujuan kitorang ke Manjung sebab member aku ni nak swap rim kat kg Dato K. Siapa orang Manjung tahu lah kg yang mana. Sudah lah pergi dah lewat, kitorang sesat pulak lagi. Masa tu waze tak meluas lagi penggunaan. Memang semata mata guna instinct je.

Dah lah sesat masa nak mencari rumah kat kg member tu, then sesat lagi sekali kat Manjung mencari jalan keluar. Dah pukul 1pagi baru lah jumpa jalan balik then terus lah menghala ke Ipoh. Member ni pakai Satria. Bawak rim 4 ketul kan berat, konon nak save petrol dia off aircond dan turun tingkap sampai habis. Kitorang berdua je time tu. Ada member lain 2-3 orang nak follow, tapi mamat ni jenis sayang kereta. Takut sagat katanya. Sebab yang nak ikut tu badan besar besar belaka. So dia taknak ajak ramai ramai. Dia ajak aku pun, sebab aku paling ringan katanya. Buat teman, sebab goyang kalau nak balik Ipoh sorang. Jalan mmg sunyi sebab haritu weekdays.

Buat pengetahuan orang luar Perak, highway Ipoh - Lumut ni bukan sebesar highway PLUS tu tau. Dia mini highway je. Lane pun ada dua je. Banyak simpang boleh exit dan takda tol pun. Setakat ko terlepas simpang, takda hal lah, sebab banyak traffic light especially area UiTM Seri Iskandar. Traffic light paling banyak ragut nyawa.

Masa tu kitorang tak berbual pun. Buat hal masing masing je. Mengantuk dah aku sebab dari siang busy. Dalam 20min dari Manjung, sampai lah ke simpang kampung jering tu dan kebetulan lampu tengah merah. Even takda kereta lain kitorang still berhenti jugak. Mana lah nak tahu, entah kereta dari mana mana datang tak masal je jadi kes kan. Then hijau, kitorang pun jalan.

Masa baru nak jalan tu, dalam keadaan tingkap ternganga kiri kanan telinga aku dapat tangkap ada orang tegur kitorang buat bunyi tikus tu. Alah bunyi orang suwit nak panggil mamak ambik order zaman sekarang ni lah. Bunyi tu macam panggil suruh pandang dia. Tapi bagus betul sebab aku dgn member aku haram tak peduli bunyi tu. Aku buat tegak je kepala aku. Dan aku terperasan, member aku pun tak peduli langsung orang tu.

Dah lepas dari traffic light tu dalam 3km baru aku tanya member aku, samada dia dengar atau tak bunyi orang panggil kitorang sebelum tu. Dia kata dengar, tapi dia tengok aku buat bodoh je, so dia pun buat bodoh lah jugak. Salah satu sebab kitorang tak peduli panggilan orang tu adalah sebab, masa kat trafic light tu memang kitorang usha keliling takda org langsung. Dah gerak baru bunyi tu ada. Bunyi tu sangat kuat, seolah olah betul betul sebelah pintu kereta je.

Baki perjalanan balik ke Ipoh masih jauh, kitorang saja tak nak ungkit dah pasal benda tu. Member aku ni dia macam malas nak ambik port. Aku pulak bukan taknak ambik port, aku memang dah tahu situ pernah ada kes mati accident. Lepas aku bagitau apa yang pernah jadi kat situ, kelam kabut member aku ni naikkan tingkap dia balik. Goyang latu. Sampai ke Ipoh dia senyap je. Esoknya demam terus.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-11-2016 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 18-11-2016 07:13 PM
Hy anggun sophea
amboi sedapnya nama


Nama pena je tu  

Sekapal lah kita ye. Tu lah masa nak mengarang tu, dok flashback semua rindu ya amat kat suasana tu. Tak dapat dah lah. Kg pun sekarang dah takda original kg  

Tq sebab sudi membaca cerita saya. In shaa Allah akan terus berkongsi cerita kat sini.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2016 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 18-11-2016 11:36 PM
Nama pena je tu   

Sekapal lah kita ye. Tu lah masa nak mengarang tu, dok flashback semua rin ...

semestinya support

Dh ada post br kt ats tu
xsbr nk bc
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2016 11:41 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2016 12:05 PM | Show all posts
AnggunSophea replied at 18-11-2016 11:09 PM
KISAH 4 : KG JERING, AYER TAWAR

Kisah kali ni adalah secebis pengalaman aku sendiri. Tak pernah p ...

area kg jering tu memang anker. selalu ada accident yang meragut nyawa sampai la diorg pasang trffic light kat situ. n kawan i pernah lalu jalan tu dr sbatu gajah nak ke manjung tengah malam. kereta rasa berat sangat tiba2, pastu kereta yang bertentangan dok high beam banyak kali ke arah dia. bila sampai rumah nak bukak gate, keluar kereta ada penampakan atas kereta dia huaaaa demam seminggu!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.222256 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list