CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AnggunSophea

Misteri Di Negeri Perak [ Updated : 11 Feb 2020 ]

  [Copy link]
Post time 21-11-2016 12:19 AM | Show all posts
AnggunSophea replied at 18-11-2016 11:09 PM
KISAH 4 : KG JERING, AYER TAWAR

Kisah kali ni adalah secebis pengalaman aku sendiri. Tak pernah p ...

Siapa yang tegur tuuuu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2016 07:29 AM | Show all posts
AnggunSophea replied at 18-11-2016 03:25 PM
Sebulan tu orang rajin. Saya ni malas. Sampai nak bagitau berapa lama pun malas  

Mungkin  ...

hihihi...
tp i suka cara sophea cerita,sbb sophea akan cerita bg org paham tau..detail..


kat opis i pon ada jugak sbb bangunan lama kan..ala2 bangunan warisan gittew..
husband i la yg rajin nmpk sbb dia bdk technical..
kat dalam opis ni ,kalo koi 5.30 x blk lg,mula la 'depa' buat perangai..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 10:20 AM | Show all posts
aleesyasofia replied at 14-11-2016 11:31 AM
ulu kenas kan kawasan hutan.. mcm2 la ada..
sampai sekarang mash ingat lagi gambar hantu tue..
mac ...

iols pun ade gmbr tu.. sebok kawan2 fotostat edar kat sklah. ramai2 pakat takut kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 10:21 AM | Show all posts

hahahahaha... bertuh betoi mark ghoper itu!
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 10:23 AM | Show all posts
AnggunSophea replied at 14-11-2016 11:42 AM
Sepupu lelaki saya kena sorok, sepupu perempuan saya pun ada yang suka.

Saya nyaris kena culik ...

mesti menarik awak nie... sampai kannak di kidnap
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 12:16 PM | Show all posts
Edited by annabellaruz2 at 22-11-2016 11:53 AM

Since aku x reti nak buka benang.. lepas tu citer pon xbanyak & Mod dah bagi GreenLight, aku tumpang la benang TT ni…
Maaf la klu aku x reti nak olah cerita..based pada ingat2 lupa yang mak aku cerita jer...mungkin klu berlaku kat aku sendiri, baru ada jiwa nak bercerita kot...
Thanks Mod @babeYSha

Tempayan
Moyang atok belah mak aku dulu sebenarnya dukun…
So adalah menurun ilmu sikit2 kat mak aku…
Aku ni plak mmg jenis tak percaya benda2 macam ni…
wlupun mcm tu, aku sangat takut kalau bercakap pasal saka..sebab dah jd mindset…

asal keturunan dukun or bidan mesti ada membela..meh la citer sikit pasal family aku..
Klu tak, nanti mesti susah nak tangkap pasal citer aku nih..
Moyang pompuan aku berasal dari Kuala Belait, Brunei…
Moyang lelaki pulak keturunan iban + jepun+british, aku x tau nak describe…heheheh (bapak iban + jepun/mak iban + british)
Klu dah Iban ni mmg zaman skrg dipanggil sebagai Sea dayak sbb perkampungan biasanya berhampiran dgn sungai…
Sementara Bangsa Bidayuh adalah Land Dayak…tinggal di pedalaman yg berbukit..
Zaman dahulu bila perang, hero akan penggal & bawa balik kepala ketua musuh...

Dipendekkan cerita, kat kampong mak aku tu, pernah berlaku peperangan 2 puak dan kepala ketua yg kalah telah dipenggal dan disimpan di dalam 1 pondok khas yang terletak di belakang rumah datuk aku..
almaklum ketua kampung..wlupun ianya kepunyaan musuh, tetapi tetap dihormati dan berlaku upacara pemujaan pada setiap hari Gawai Hantu..
perlu tahu ye…
orang dulu2 bukannya ‘kosong’..
mereka ada sesuatu yang jadi pendamping…
jika tak mahu diganggu oleh pendamping, kena la hormat dan bagi ‘makan’ kat kepala tu…
Sebenarnya aku sendiri x pernah tengok upacara tu..
Cuma dengar cerita daripada sepupu2 yang masih tinggal di kampung…

Jika pada musim perayaan ‘Gawai Hantu’ tiada upacara diadakan, maka setiap kali bulan mengambang, akan kedengaran riuh rendah dari pondok tersebut..
dan tengkorak tu pulak nampak bercahaya seperti bebola api…
dan pastinya selepas itu, akan ada yang meninggal.
x kira usia..tua muda kecil besar, ada saja yang jadi mangsa..
dan dalam masa yang sama tempayan yang berpenutup pula akan menangis sayu…
memang meremang bulu roma kalau mendengar bunyi sayup2 suara mendayu2…

“u u u u uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu uu u uuuuuuuuuuuuuuu u u uuuuuuuuuuuuuuuuu’ sepanjang malam..
sesambil bunyi krukk krukk krukkkkk dari dalam tempayan..

takkan nak kata tikus plak…tempayan berpenutup tanah liat..
Suasana sunyi kampung yg belum ada bekalan tenaga letrik masa tu, lagi tambah menyeramkan…
Biasanya ada kedengaran bunyi ayam itik dari reban dibawah rumah…

eh,eh,eh…bila suasana riuh dipondok dan tangisan sayu dari tempayan, ayam itik jadi bisu…
itu yang menyebab kan bunyi2 seram tu jelas kedengaran…
akan tetapi..
ada back up singer sayup2 juga kedengaran anjing melolong sayu….

aauuuungggggggggggggg..ungg unggg ungggg..aungg aunggaunggggg…

Pada masa ni mmg seorang pun xberkutik ..
segala-galanya bisu kecuali anjing, pondok & tempayan..

Mana rumah yg terletak agak jauh dari pondok tu pun takkan selamat sebab ada yang mengadu kena kacau..
bumbung macam kena siram dengan batu kerikil…
dinding kena cakar…jari berkuku panjang dicelah bilah tingkap..
suara mengilai keliling rumah..sepasang mata mengendap di belakang tabir..

Bayangkan kalau masa tu duduk hanya bertemankan lampu minyak tanah…korang x rasa seram ke?

Tapi lebih 15 tahun yang lepas, disebabkan satu kemalangan kebakaran, pondok tu dah musnah..
hangus jadi abu dijilat api…

dan bunyi2 menyeramkan dari pondok tu pun dah hilang…
tinggal tempayan jer yang masih ada…Cuma dah kurang berbunyi…

adakah tempayan dan tengkorak tu ada kaitan? Kot2 dulu harta benda yang empunya kepala tu pun dirampas jua??

Allahualam….. masih menjadi misteri dan juga lagenda seram kat kampung tu sampai kini..

Sat g aku sambung citer burungketupung plak..

Comments

napa tk bukak benang sendiri? kan lagi syiok bercerita.. huhu.. kalo ada bnyk cerita best.. baek ko bukak benang sendiri mcm yg haku ajar tue..   Post time 21-11-2016 01:58 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2016 02:02 PM | Show all posts
@BabeYSHa
ala mod...aku x byk citer..huhuhuh...tumpang sini jer..
nanti buka benang de 2-3 citer jer...tumpang2 meriah sikit...orang pun seronok nak baca...boleh la..boleh la...
lagipun aku suka baca citer TT...

Comments

Yer.. yer.. pat sambung citer seterusnya.. :P  Post time 21-11-2016 02:13 PM
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 04:14 PM | Show all posts
Edited by annabellaruz2 at 21-11-2016 05:21 PM

Burung Ketupung
Orang kampung,  apa lagi kerjanya kalau tak bercucuk tanam dan bersawah bendang.
Mak aku ni jenis tak reti duduk diam…dia suka bercucuk tanam…
Pada suatu hari, dia tergerak hati nak ikut makcik aku ke sawah..
Kami sendiri tak de sawah sebab keluarga aku baru jer balik ke kampung lepas bapa aku pencen..
Jadi niat mak aku sebenarnya nak tolong makcik sesambil belajar nak tanam padi..
Kebetulan pula, pakcik aku baru jer baik dari sakit…
dia pun ikut sekali ke sawah walalupun telah ditegah dan disuruh berehat di rumah..
Sedari awal pagi sampai kira2 pukul 12tghari berada di sawah, pakcik aku hanya duduk dipondok sesambil menjemur padi..
sesekali terbatuk2 kecil...sesekali menyanyi mengikut lagu-lagu yang berkumandang di radio..
Mak dan makcik pula sibuk nmenyemai padi mengikut jenis padi dan petak sawah…
memandangkan sawah dengan  rumah tak jauh, maka, sepatutnya dorang balik ke rumah untuk berehat sebelum turun semula ke sawah lebih kurang pukul 2 petang.
Tp biasanya kat pondok tu memang ada barang keperluan memasak sbb walau dekat tp kena naik bukit..penat juga tu.... sawah pula tanah paya..
Jam menunjukkan pukul 12.30 tghari…mak dan makcik kembali ke pondok sebab mereka merancang untuk memasak dipondok sahaja. Malas nak balik ke rumah.
Lauknya?
Petik ajer pucuk ubi, pucuk paku, pucuk rebung atau sebarang sayur-sayuran yang tumbuh subur di tepi pondok tu.
Tak pun, ambik jer terung dayak atau kacang panjang yang ditanam sendiri disekitar pondok.
Kebetulan bubu yang ditahan pagi tadi mengena…ada beberapa ekor ikan keli & puyu terperangkap di dalam bubu.
Jadi, itulah rezeki makan tengahari nanti. Biasanya juga ada stok sadin kat pondok tu..tp yg tu bila betul kecemasan jer sebab dorang lagi suka lauk sayur2 kampung...
Semasa tengah sibuk memasak, dengan tiba2 hujan turun dengan lebat dalam suasana panas terik..siap dengan angin bergulung2….
kelam kabut mereka menolong pakcik untuk menyimpan padi ke dalam pondok… dalam masa yang sama, kedengaran bunyi burung ketupung dicelahan runtuhan bunyi hujan. Mak aku dah berdebar..sebab biasanya kalau burung tu berbunyi, maka akan berlaku malapetaka atau kematian.
Tiba-tiba mak aku terasa bulu tengkuk dia meremang..sekilas pandang dia melihat kepulan asap nipis seiring dengan gulungan angin yang seperti puting beliung. Spontan jugak mak aku membaca apa2 yang patut.. (macam aku cerita kat kisah tempayan tu, mak aku ada ilmu sikit2 bab2 benda ghaib nih).
Kalau mengikut perkiraan, seolah2 angin tersebut akan merempuh pondok tempat mereka berlindung, namun, melencong ke sebelah kiri sebaik menghampiri pondok. Elok jer puting beliung kecik tu hilang, hujan pun berhenti dan keadaan kembali sediakala seolah-olah tiada hujan sebab cuaca memang tengah panas terik.

Selesai makan, mak mengajak pakcik dan makcik untuk balik ke rumah dan tak perlu untuk turun ke sawah. Ini sebab mak aku macam dapat petanda yang tak elok. Esok sajalah kita sambung, kata mak. Mereka balik ke rumah dan esok akan turun ke sawah lewat sikit sebab pagi2 makcik dan pakcik nak menoreh. Masa tu harga getah RM10/kg. Lumayan tau.

And guess what?

Keesokannya seperti biasa, makcik akan bangun sekitar pukul 4 pagi utk bersiap sedia menoreh. Dan pakcik aku akan setkan alarm telefon dia pukul 4.30.
Ye la, 30 minit awal tu utk makcik aku siapkan sedikit bekalan untuk menoreh. Biasanya air kopi dan sedikit biskut.Bila alarm berbunyi dan pakcik tak bangun lagi, makcik aku yang berada di dapur, pegi ke bilik tidur untuk kejutkan pakcik. Sebab dia pelik kenapa pakcik tak keluar2 lagi dari bilik. Biasanya pakcik aku akan terus bangun untuk bersiap. Bila jam menghampiri 5 pagi, makcik aku dah resah..apasal lambat plak orang tua ni bangun...

“Bang…o Bang…cepat la…dahlambat ni…nanti nak ke sawah pulak”…sambil menolak lembut bahu pakcik yangsedang baring mengiring…
macam adegan drama melayu yang kita tengok dalam TV, badan pakcik aku perlahan-lahan terlentang..mak cik aku goncang pula tubuh pakcik..masih tak bergerak..makcik menjerit memanggil nama pakcik...

kebetulan rumah aku dengan makcik cuma selang sebuah rumah sahaja…dan jeritan dia memang boleh didengar dengan jelas..bergegas mak dan abah ke rumah makcik untuk melihat apa yang berlaku, jiran sebelah pun sama-sama bergegas.. muka pakcik masa tu dah kebiruan..nadi dah terhenti dan tiada lagi degupan jantung…pak cik aku meninggal tanpa disedari oleh mak cik. Untuk makluman, makcik dan arwah pakcik aku ni tinggal berdua dikampung. Anak 2 orang jer. Yang sorang mengikut suami bekerja di Penang dan sorang lagi kerja askar posting pulak disemenanjung.

Selesai upacara pengkebumian pakcik aku. Mak pun bercerita….malam tu dalam mimpi dia melihat seorang wanita cantik yang mengaku sebagai Puteri marah2 sambil berkata yang kepulan asap tu adalah rombongan dorang untuk menjemput bakal suami baru dia…tetapi mak telah mengganggu urusan mereka sehingga mereka terpesong sebab tiba2 pondok tu hilang dari pandangan. Kalau tak, masa tu juga dia jemput ‘suami’ dia tu. Dengan senyuman,dia berlau sambil berkata…”tapi ko takkan berjaya halang sebab aku akan tetap jemput dia”...ala2 cerita khayalan kan?? Tapi itulah kisah benar yang berlaku..
Bila terjaga, mak ingat nak pagarkan rumah makcik tu keesokkannya. Tetapi, tak sangka pula yang pakcik boleh meninggal malam tu. Lagipun pakcik tu tak la tua sangat. Belum cecah lagi 60 umur pakcik tu.  Tapi, mungkinkah benar puteri tu berjaya menjemput bakal suaminya malam itu, atau memang ajal pakcik?
Sampai sekarang pun kami masih tidak dapat melupakan kejadian tu dan akibatnya, kami dah tak berani nak memancing kat anak sungai yang mengalir di sawah mak cik tu bila senja..Had limit nak memancing pon sampai pukul 5 petang sahaja. mak memang takkan benarkan kitaorang memancing malam walaupun itulah aktiviti paling best sebab pasti akan dapat hasil yang lumayan.

Cuma sampai sekarang,bunyi burung ketupung tu memang umpama seruan maut bagi orang-orang iban. Kalau dengar je bunyi burung tu, mmg segala hasrat nak pegi kemana-mana akan dibatalkan dan duduk jer la kat rumah. Takut terkena bencana.

sekian.

Thanks tt & mod sebab sudi kasi tumpang benang ni...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2016 05:59 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 21-11-2016 04:14 PM
Burung Ketupung Orang kampung,  apa lagi kerjanya kalau tak bercucuk tanam dan bersawah bendang.Mak  ...

Bestlah cerita you. Buka la thread baru. Macam you cakap, your mom pandai ubat org kan. Ceritalah pengalaman your mom ubat org yang you tahu. Mesti best. Mesti banyak perkara-perkara mistik berlaku. Heheheh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2016 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
sarafund replied at 20-11-2016 12:05 PM
area kg jering tu memang anker. selalu ada accident yang meragut nyawa sampai la diorg pasang trff ...

Fuhhhh yeke  

Saya bersyukur sangat takda nak cari tahu siapa yang panggil kitorang malam tu. Tak berani nak tengok. Sebab dah tahu memang takda orang  

Nasib lah kalau dia nak bergurau sampai ke rumah macam tu kan. Dia tau kawan awk boleh nampak lah tu.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2016 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
WhiskeyScotch replied at 21-11-2016 12:19 AM
Siapa yang tegur tuuuu?

Tak mampu nak jawab. Yang pasti, bukan manusia    
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2016 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Laduree replied at 21-11-2016 07:29 AM
hihihi...
tp i suka cara sophea cerita,sbb sophea akan cerita bg org paham tau..detail..


Saya cerita bersungguh sungguh, sebab nak orang rasa dia termasuk sekali dalam cerita. Kalau tak, nanti orang tak paham. Saya syok sendiri pulak menaip  

Bangunan warisan? Memang dikekalkan atau tak mampu nak runtuhkan?  
Fuhh. Apa husband sis nampak? Story sikit  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2016 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 21-11-2016 10:20 AM
iols pun ade gmbr tu.. sebok kawan2 fotostat edar kat sklah. ramai2 pakat takut kekdahnya  ...

Kat sekolah pun edar? Cikgu tak rampas ke?  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2016 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
farihada replied at 21-11-2016 10:23 AM
mesti menarik awak nie... sampai kannak di kidnap

Secara jujurnya, saya ni tak menarik pun masa diajak masuk hutan tu. Gelap, rendah dan boyish.

Benda tu bukan setakat suka yang baik dan cantik je, yang nakal pun dia suka jugak. Macam saya ni    
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2016 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 21-11-2016 12:16 PM
Since aku x reti nak buka benang.. lepas tu citer pon xbanyak & Mod dah bagi GreenLight, aku tumpang ...

Aiyooo. Seramnya. Selalu baca cerita dari kepulauan Borneo, hantu hantu diorang memang lain macam sikit. Terjegil bijik mata bila baca    

Diorang sampai sekarang masih ada mengamalkan apa yang atuk nenek semenanjung zaman 60-70an amalkan ke? Macam yg saya dengar, kalau nak hantar anak ke semenanjung pun diorg bagi pendinding. Tak tahu lah sekarang ada lagi or tak  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2016 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 21-11-2016 04:14 PM
Burung Ketupung Orang kampung,  apa lagi kerjanya kalau tak bercucuk tanam dan bersawah bendang.Mak  ...

My pleasure  

Saya suka kisah kisah seram macam ni. Benda benda yang kita tak nampak secara zahir.

Pada pendapat saya, apa yang datang dalam mimpi mak awak tu cuma syaitan yang nak memperdayakan mak awak. Secara kebetulan pulak pakcik awak meninggal pada malam yg sama.  Syaitan kan ada macam macam cara nak perdaya manusia  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2016 09:31 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2016 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
KISAH 5 : SHORTCUT BATU GAJAH - IPOH

Sorry 2hari senyap sunyi. Phone aku buat perangai. Dulu pernah jugak macam ni. Setiap kali cuba nak send out text, making call atau on data, automatic jadi 'No Service'. Sedangkan sebelum tu ada lah 2-3bar. Kalau dapat on pun, few seconds je dan bukan LTE, tapi E. E nak reload apa pun tak boleh. Berat ya rabbi. Ni aku hadiahkan secebis kisah pendek, untuk readers yang sudi baca kisah kisah di thread aku.

Kalau sebut shortcut Batu Gajah ke Ipoh. Agak agak orang tahu tak? Tipu lah tak tahu kan. Jalan ni terletak di antara pinggir Pekan Batu Gajah dan terus menghala ke Pengkalan atau lebih dikenali dengan Station 18.

Nak senang meh aku bagi direction. Kalau korang berada di Pekan Batu Gajah, korang akan jumpa Pasaraya TF Value Mart. Jika TF Value Mart di sebelah kanan korang, korang akan nampak simpang sebelah kiri (TF tu dalam 100m sebelum jambatan. Dari jambatan tu straight jumpa traffic light. Dan lebih kurang 3 ke 4 km akan jumpa Kellies Castle).
*Tempat aku langgar ular tedung dalam thread sebelum ni*

Simpang tu menuju ke Arena Square Batu Gajah sebelum sampai kawasan perumahan Taman Tasik Permai. So dari simpang tu, if korang straight je dalam 10 ke 15minit terus sampai traffic light Bomba Lahat. Kiri Lahat, Kanan Pengkalan, Straight Kg Sri Kinta menghala Kuala Pari.
*hati hati di sekitar arena square. Kawan aku kena samun kat situ. Nyaris kena tetak. Top rompakan di Batu Gajah adalah by india*

Mana seramnya? Seramnya tang aku nak explain tu je. Hahaha takda lah. Banyak cerita kalau aku nak cerita satu satu berkenaan jalan shortcut ni. Accident lah, kereta terbakar lah, kes bunuh lah, hantu pun ada macam macam verse dan kawan aku pun pernah accident kat sini. Dia balik kerja, terlanggar kawan dia yang tengah berbaris nak race. Lokasi adalah jalan yang menuruni bukit sekitar jambatan lepas flyover tu. Bukit tu banyak ceritanya. Situ jalan straight dan gelap gelita. Tapi takda mangsa mangsa lain yang cerita direct ke telinga aku, so aku susah nak percaya.

Satu malam ni, tepat pukul 12:30malam kawan aku ni aku gelarkan dia Iza je lah ye. Iza ni stay Pengkalan. Kerja kat AEON Station 18. Rumah family dia kat Batu Gajah. Haritu dia dari Batu Gajah menghala balik ke Ipoh. Dia tunggang Yamaha 125zr dia seorang diri. Macam yang aku cakap, kawan kawan aku majoriti kasar. Iza ni pun kasar, ala ala tomboy.

Pertengahan jalan shortcut tu, adalah satu kawasan rumah dan ada bas bas sekolah di perkarangan rumah tu. Tak banyak pun rumah, mungkin dalam 2-3buah je. Aku tak pernah kira pulak. Sebab selalu laju je melalui jalan tu.  Tapi yang pasti memang ada banyak bas. Maybe owner rumah tu punya bas bas tu semua.

Iza ni pulak nak kata laju, tak laju. Sebab sejuk, dia pulak tak pakai sweater. Dia bawak motor dalam kelajuan sederhana, memandangkan jalan clear. Sebijik kenderaan pun takda, melainkan dia sorang. So dia layan angin malam je lah sambil berangan angan.

Elok je melintasi kawasan rumah yang ada bas tu, Iza nampak nun jauh kat depan dia ada banner jatuh. Lokasi banner tu betul betul di tepi line putih jalan. Kiranya gambar ataupun tulisan banner tu dah terbalik. Nampak bahagian putih yang belah dalam tu je. Banner tu tersangkut kat tiang kecik tepi jalan tu. Tak jelas sangat, sebab tu pandangan dia dari jauh je.

Sampai je motor dia kat sebelah banner tu. Allahuakhbar! Bukan nya banner terbalik, rupa rupanya baik punya makhluk berbungkus tu berdiri mengadap dia. Masa dia melalui tu, benda tu pun seolah olah ikut berpusing memerhatikan dia. Slow motion je katanya.

Nak menjerit, bukan ada orang. So Iza ni buat keputusan buat cool je, sambil change motor dia kepada gear rendah. Kalau takut mesti benda tu lagi suka kan. Motor dia dah rasa berat ya amat masa tu. Dia tak toleh pun kat side mirror. Takut benda tu follow ke apa ke kan. Dari tempat dia nampak tu, dia bantai pakai gear dua sampai lah ke flyover yang aku sebutkan tu. Jarak lokasi berbungkus tu ke flyover, lebih kurang 500 ke 600m. Mau jahanam motor dia sebab dia guna gear dua sepanjang panjang tu. Mengaum ngaum motor si Iza ni sepanjang jalan tu.

Lepas je flyover, motor dia terus rasa ringan balik dan dia memang tak tunggu apa dah terus full throtle balik Ipoh. Mujur lah benda tu tak ikut dia, sparring sebelah menyebelah ke kan. Kalau tak, masak lah Iza. Dari lokasi penampakan sampai ke flyover adalah hotspot shortcut tu. Paling top kes kereta dan motor terbakar. Satu fakta menarik, jalan berbukit tu ramai orang tak nampak apa jalan yang ada didepan. Kosong. Kalau lalu situ, banyakkan berzikir.

Pada yang tahu jalan ni, berhati hati lah ye. Memang lah jalan shortcut, tapi banyak dah kes kat situ. Area Industri Pengkalan yang ada kilang berbau roti kuat tu pun kena hati hati. Selekoh kecik tu, orang selalu nampak jalan dia straight. Sedangkan jalan dia lengkok sedikit. Sebab tu ada yang mati sebab langgar tiang, tak perasan jalan tu ada lengkok. Syaitan ada macam macam cara nak perdaya manusia. Kita kena persiapkan diri sentiasa dengan ayat ayat suci Al-Quran.

Aku pernah kerja kat Industri Pengkalan II, tak jauh dari port benda berbungkus tu. Masa tu aku kerja kejap je sebagai admin, boleh tahan lah benda tu bagi salam perkenalan. Dan adik watak Ika pernah kena kacau masa lalu di kawasan kubur area Kuala Pari shortcut untuk ke Pekan Ipoh. Nanti aku ceritakan dalam next story.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 10:24 PM | Show all posts
AnggunSophea replied at 21-11-2016 10:07 PM
KISAH 5 : SHORTCUT BATU GAJAH - IPOH

Sorry 2hari senyap sunyi. Phone aku buat perangai. Dulu pern ...

Rajin betul makhluk-makhluk ni mengacau manusia. Geram pula rasa. Hahahaha.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2016 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
WhiskeyScotch replied at 21-11-2016 10:24 PM
Rajin betul makhluk-makhluk ni mengacau manusia. Geram pula rasa. Hahahaha.

Sebab tu Allah cipta manusia kerja waktu siang, tidur dan berehat waktu malam.

Sebab waktu Malam, yang lain pulak keluar bekerja dan mencari 'rezeki'  

Saya ada banyak juga cerita pasal orang orang terdekat yg suka cari pasal, then mendapat ni. Tapi tengah fikir fikir, nak cerita ke tak. Sebab risau buka aib pulak kan  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.132222 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list