Sumber berita melaporkan Lee Jong Suk akan membintangi drama daripada penulis Pinocchio & I hear Your Voice yang menaikkan namanya sebelum ini untuk drama ketiga kolaborasi mereka yang berjudul, “While You Are Asleep”.
“While You Are Asleep” mengisahkan seorang gadis yang mempunyai kehebatan melihat mimpi yang mampu untuk meramalkan kejadian tak dingini pada masa hadapan, manakala Lee Jong Suk akan memainkan peranan sebagai pendakwaraya untuk mengelakkan tragedi itu daripada berlaku.
Produksi iHQ yang mengesahkan berita tersebut berkata gabungan Park Hye Run dan Lee Jong Suk pasti akan memberi pulangan berharga kerana hasil kerja mereka setakat ini, Pinocchio dan I Hear Your Voice telah menjana “ratings” agak tinggi. Park Hye Run menambah , “Saya akan menunjukkan hasil kerja yang terbaik buat peminat semua.”
Park Hye Run pernah dicalonkan 2 kali Best Screenplay Cari K Drama Awards untuk nukilan drama I Hear Your Voice dan Pinocchio manakala Lee Jong Suk adalah 3 kali calon Popular Actor.
REVIEW BOX (Pilih yang mana yang anda rasa mudah untuk dibuat)
CARA 1: >>KLIK SINI<<
CARA 2: >>KLIK SINI<<
---> Baca Review dari CARA 2 " >>KLIK SINI<<"
(Kredit extra diberikan kepada yang menulis / memasukkan review dengan lengkap/detail)
“While You Were Asleep” is about a woman who can see unfortunate events that will befall others in her dreams, and a prosecutor who does everything he can to prevent the woman’s dreams from coming true.
suka I hear your voice & Pinocchio so harap2 citer ni pun sebest citer2 tu.. harap Jongsuk boleh polish lagi mutu lakonan tu.. bakat dah ade dah.. Suzy as well.. comel dua2 ni so ofkos aku nak tengok kimia dorang macam mana...