CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8981|Reply: 73

[Jenayah] Senarai harta yang dibeli oleh kroni-kroni Najib Razak menggunakan duit 1MDB

  [Copy link]
Post time 16-11-2016 05:04 PM | Show all posts |Read mode
                Senarai harta yang dibeli oleh kroni-kroni Najib Razak menggunakan duit 1MDB                                                        Posted on November 16, 2016 by jebatmustdie                                                Leave a comment                                       
                                               
Kita semua sedia maklum tentang penyelewengan yang telah dilakukan oleh orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga 1MDB.

Ketika skandal ini mula meletus di dalam tahun 2014, tidak ada siapa yang menyangka bahawa Najib Razak tergamak membiarkan 1MDB menyeleweng dari objektif asas pertubuhannya. Ramai seperti tidak percaya bahawa berbillion-billion ringgit telah disalurkan ke dalam akaun syarikat Jho Low bernama Good Star ketika itu. Pada mulanya Najib Razak memuji-muji 1MDB. Tetapi tidak mampu untuk menipu lebih lama, dia akhirnya mengaku bahawa model perniagaan 1MDB sebenarnya umpama angan angan Mat Jenin sebab itu 1MDB gagal.

Semua ini diburukkan lagi apabila siasatan oleh pihak berkuasa mendapati Najib Razak menerima sekurang-kurangnya RM2.6 billion di dalam akaun peribadinya. Tidak pernah dalam sejarah dunia seorang pemimpin dengan selamba menerima wang sebanyak itu secara peribadi. Dengan muka tidak malu, dia pada mulanya tidak mengaku menerima. Kemudian apabila bukti terpampang di peringkat umum, dia menukar cerita mengatakan itu hanya derma dari Arab Saudi. Tidak pula dia memberitahu kita bagaimana dia membelanjakan wang itu. Tidak juga dia memanggil pihak audit untuk memberi keyakinan kepada kita bahawa dia tidak menggunakan waima satu sen pun dari duit tersebut untuk kegunaan peribadi.

Yang nyata cerita derma itu semua tidak benar sama sekali. Oleh kerana penyaluran wang haram itu dilakukan melalui bank-bank luar negara, maka pihak berkuasa luar negara telah menyiasat penyelewengan ini di bawah akta penggubahan wang haram. Siasatan demi siasatan dilakukan dan hasilnya, dua pihak, iaitu JAbatan Peguam Negara di Amerika Syarikat dan Jabatan Peguam Negara di Switzerland telah mengemukakan bukti untuk dihadapkan mereka yang menyeleweng itu ke mahkamah.

Hanya siasatan di Malaysia sahaja diberhentikan. Ini kerana mereka yang menggepalainya terdiri dari penyokong tegar Najib Razak. Mereka tidak berkecuali dan tidak amanah di dalam melakukan kerja mereka. Peguam Negara Malaysia akhirnya berkata tiada kes dan Najib Razak tidak perlu dihadapkan di mahkamah di sini.

Kita diketawakan oleh dunia kerana menyimpan pemimpin-pemimpin yang tiada integriti dan tidak amanah. Apabila seseorang mengkritik secara lantang, dia ditangkap polis. Apabila ingin bertanya tentang 1MDB di Parlimen sekalipun, dihalang oleh Tuan Speaker yang kini boleh dikategorikan sebagai keldai Najib.

Namun begitu, kebenaran tidak mungkin dapat dilindung. Bangkai gajah tidak mungkin dapat ditutup dengan nyanyian sha la la la. Pemerintah yang munafik tidak mungkin dapat hidup bahagia selamanya.

Di dalam sidang akhbar Julai lepas, pasukan penyiasat ini berjanji ingin memulangkan semula wang tersebut ke rakyat Malaysia dan mendedahkan dan menangkap dalang-dalang yang terlibat. Mereka yang mencuri duit rakyat akan dikenakan tindakan.

Di bawah adalah senarai harta yang disita oleh Kerajaan Amerika Syarikat kerana menggunakan wang haram dari 1MDB. Aset-aset ini tidak boleh digunakan oleh kroni-kroni Najib Razak lagi dan segala pendapatan yang dijana oleh aset-aset ini akan dirampas.

Senarai ini telah diambil dari website DOJ sendiri. Kesimpulan boleh dibaca selepas senarai ini.

Jumlah keseluruhan, RM3,983,000,000 atau pun dalam bahasa golongan elit RM3.983 Billion.
Dari kiri: Khadem Qubaisi, anak angkat Najib, anak tiri Najib


Bayangkan, dengan wang rakyat sebanyak itu, kita boleh membiayai 100,000 pelajar miskin untuk belajar secara percuma di universiti awam tempatan.
Tetapi malangnya, yang mendapat habuan tersebut adalah sekumpulan kecil kroni-kroni dan ahli keluarga Najib Razak.

Rakyat diketepikan, pencuri diutamakan.

Oleh sebab itu hari Sabtu ini ramai dari mereka yang tidak puas hati akan sistem pencegahan jenayah di Malaysia akan pergi ke demonstrasi Bersih5 untuk menyatakan pendirian dan perasaan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2016 05:06 PM | Show all posts
semua tu murah
bida bank
rugi kalau tak beli


hahahhahaha

uwekkkkkk


Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 05:08 PM | Show all posts
Jamal tongkol tak nak ajak media terbang tengok ker?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 05:08 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 05:10 PM | Show all posts




YANG TERDEDAH ADALAH ADAM ROSLY, YANG MEROYAN SENTAP ADALAH ZURAIDAH KAMARUDDIN!!!






Lagi episod pendedahan. Kali ini bukan menerusi tinjauan udara. Tidak juga menerusi dedahan melalui carian di ROS, ROB dan sebagainya. Malah tidak juga menerusi carian di SC apatah lagi di Wall Street Journal mahupun Sarawak Report.

Sebaliknya hanya sekadar menyelak-nyelak Instagram milik Adam Rosly yang memaparkan KEUJUBAN dan KETAKBURANnya kerana memiliki kemewahan.

Sikap yang sudah tentu biasanya dimiliki oleh golongan yang TIBA-TIBA KAYA, atau KAYA SEGERA bukannya golongan yang mewarisi kekayaan atau sudah biasa kaya!

Bagilah alasan apa pun...

(1) Mewarisi kekayaan mak bapak yang merupakan ahli perniagaan berjaya.
(2) Bapa meninggal dan tiba-tiba sahaja baru diketahui, telah ditinggalkan harta bertimbun-timbun.
(3) "Kalau kami pemimpin Pakatan Harapan kaya raya, apa masalahnya? Pemimpin UMNO boleh, kenapa kami tak boleh?"

Yang pasti, kata dulang paku serpih...

Cuma yang menariknya, sepatutnya dalam hal ini, Adam Rosly yang paling banyak mulut menjawab setiap persoalan, sepertimana yang pernah DAP dan PKR kenakan kepada Khir Toyo sehingga Peguam Negara waktu itu (sekarang sudah dibersarakan), mengarahkan Khir Toyo agar tutup mulut atau didakwa kerana mencampuri urusan undang-undang. Tetapi yang banyak mulut dalam kes ini, termasuklah terpaksa menerangkan dan memberi alasan kekayaan ADAM ROSLY diwarisi daripada perniagaan hebat keluarganya adalah ZURAIDAH KAMARUDDIN.



Dan untuk lebih meyakinkan, Zuraidah bawa isu itu ke Dewan Rakyat walaupun sepanjang dia bergelar Ahli Parlimen Ampang, jangankan isu-isu Ampang, bahkan batang hidungnya pun susah nak dilihat di Ampang. Zuraidah cuba jadikan isu Pegawai Khasnya sebagai isu negara.

Zuraidah pertikaikan bagaimana Jamal boleh menyewa sebuah helikopter. Zuraidah tanya Menteri Pengangkutan dan apabila Menteri kata tidak ada maklumat, Zuraidah mengamuk-ngamuk. (RUJUK SINI)

Apa yang Zuraidah sentap sangat sampaikan isu remeh macam tu pun, dia bawa ke Dewan Rakyat? Apa jadi masa dia bukan main terkinja-kinja dan lebih sudu dari mangkuk masa isu Khir Toyo dulu? Dah hilang dah integriti dan anti rasuah serta anti penyelewengan dia?

Atau dia sebenarnya sangat bimbang sekiranya, helikopter yang disewa oleh Jamal yang menurut Jamal, dibiayai oleh seorang rakannya bernama RAFIZI, akan berlegar-legar pula di atas rumah Zuraidah, sekaligus mendedahkan bagaimana hebatnya Zuraidah mengubah status hidup dan keluarga selepas bergelar Ahli Parlimen Ampang selama dua penggal?

Atau Zuraidah sebenarnya bimbang, kekayaan luar biasa Pegawai Khasnya itu, akan membuatkan dia terpaksa dengan kesukaran?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila nmpk news ni cpt2 skrol laju2..
Tak tahan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2016 05:32 PM | Show all posts
'Saya orang PERTAMA yang mengarahakan supaya 1MDB DISIASAT', melolong Najib Razak kepada orang awam yang mendengar ucapannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2016 05:37 PM | Show all posts
kalau duit cukai aku di rompak, aku tidak halalkan dunia akhirat...dan di doakan semoga tuhan menimpa bala sedasyat-dasyatnya kpd perompak2 ini...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2016 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Lukisan monet tu lagi mahal drpd rumah? Sila meninggal!:
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 05:53 PM | Show all posts
WhiskeyScotch replied at 16-11-2016 05:32 PM
'Saya orang PERTAMA yang mengarahakan supaya 1MDB DISIASAT', melolong Najib Razak kepada orang awam  ...

muka tempek taik vavi...tak ada maruah punya manusia, malunya Ton Rahah dapat anak sepandai ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 06:01 PM | Show all posts
mahalnya lukisan2 tu..mmg nilai sebenar ke tu atau acah2 je letak harga camtuh
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga karma menggigit kamu di punggung dek
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
diizzzek replied at 16-11-2016 05:10 PM
YANG TERDEDAH ADALAH ADAM ROSLY, YANG MEROYAN SENTAP ADALAH ZURAIDAH KAMARUDDIN!!!



     sama jeeee . selayak nya lah berseh jadi bershit. hiburan utk peon2  kaki sembang
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Btul ke ni ???
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysiakan ramai anak muda kaya raya
Tak percaya, cer terjah instafemes
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 07:41 PM | Show all posts
ifanonline replied at 16-11-2016 05:37 PM
kalau duit cukai aku di rompak, aku tidak halalkan dunia akhirat...dan di doakan semoga tuhan menimp ...

Ameeennnnn..... semua group  watsup I dok mendoakan perompak ni semua di lalukan bala yg maha dasyat kat depa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2016 07:45 PM | Show all posts


ini rumah bg mat. rumah sewa. myr80 aje sebulan  
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Alah korang, MP Zuraidah tu roper macam tu. Kalau dia roper Melania Trump, tak berkata kata akan disuruh juga berucap walau sepatah dua
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 06:28 AM | Show all posts
Tun Razak banyak berjasa pada rakyat, kenapa lah anak dia jadi macam ni. Kalau Tun Razak masih hidup mau dia bagi pelempang kepada si Najib ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Budaya kroni2an ni dikembangbiakkan oleh Mahathir.
Adakah dia ikut rasa bersalah dengan pendedahan ini?
Saya rasa tidak, sebaliknya dia masih berlagak hero dengan drama terbaru nya menyeru rakyat menyertai BERSIH. The truth is, jika Najib nak ditumbangkan, maka dia pun patut ikut tenggelam kerana kemusnahan yang berlaku kini, beliau lah pencetusnya.
Sory, putrajaya, F1, klia, twintowers etc tu tak dapat menutup kesilapan besarmu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.061651 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list