CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: katibism

Edisi merintih : Amerul Affendi Akur Dipinggirkan Stesen TV Kerana Tidak Kacak

[Copy link]
Post time 18-11-2016 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
terpaku replied at 18-11-2016 08:45 AM
mohon operate sampai jadi macam daddyZ yach!

OMG pecah empangan meols...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2016 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
muke sendu tp acting power..aku puji je. fattah tu aku suke tgk sbb kachaks sini sana ngan sado jah. gittchewww. tp acting heshe tahap kayu kayan tetap aku hencap jua
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2016 09:48 AM | Show all posts
aku yakin bley grooming si amerul.. since ko hebat berlakon cuba betulkan postur badan betul, lirikan mata betul, jgn asik nak menyengih, potongan rambut kemas jgn nak trendy sgt, kurangkan watak jadi bodoh bodoh supaya next time people can take u seriusly... sentiasa berpakaian kemas x perlu swag swag bagai due to ur appearance.. contoh nye bront palarea nak kata dia sehensem fattah idok la sgt but dia sentiasa nampak kemas and muka confidence... aku yakin boleh... yg penting org x jemu bila on tv tengok muka kamu tue...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2016 10:18 AM | Show all posts
i rasa dia okey jeee. not bad jugak cuma kena lagi grooming.

tp acting memang best!
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2016 10:21 AM | Show all posts
aku tgk cite hidup selepas mati ke ape yang dia belakon dengan faizal hussin.. duk tanya sapa mamat ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2016 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
syitaeyqa replied at 18-11-2016 10:18 AM
i rasa dia okey jeee. not bad jugak cuma kena lagi grooming.

tp acting memang best!

Dia budak teater dan pelajar aswara sama mcm zahiril adzim sebab tu acting power dan bagus

Filem gadoh ni best dia berlakon pasal budak sekolah melayu gaduh dgn cina

https://m.youtube.com/watch?v=ol_ZqWay5Ck
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2016 10:39 AM | Show all posts
oh, no wonder laa.

first acting dia yg I tgk masa filem Terbaik Dari Langit. Memang best. Start situ I follow dia
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2016 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku suke tgk dia blakon, especially watak lawak2. Menjadi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2016 11:07 AM | Show all posts
walaupun muka tak ensem kena la bnyk jual muka kt socmed baru la senang org nak kenal... rmai je lagi pelakon buruk2 tp bleh je kerap masuk tibi..

ps: dia penah belakon jd india jual surat khabar mse kt sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2016 11:11 AM | Show all posts
watak ganas2, rocker kg ,atau mat indon sesuai dia ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2016 11:24 AM | Show all posts
Amerul Affendy Bela Kerbau, Tanam Pisang Demi Masa Depan
[size=0.688em]Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2016 5:45 AM


[size=0.75em]Amerul akui mula minat dengan bidang pertanian dan penternakan.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Amerul Affendi memberitahu dia kini menceburi bidang penternakan dan pertanian yang diusahakan secara serius bersama bapanya di Temerloh, Pahang.

Amerul atau nama sebenarnya, Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi, 30, berkata, ia merupakan salah satu perancangan awal daripada segi ekonomi dan masa depan keluarganya.

"Kita tahu pendapatan dalam bidang seni ini tidak menentu dan kita juga tidak tahu sampai bila boleh bekerja dalam industri ini, jadi saya cuba menceburi bidang pertanian dan peternakaan kerbau secara kecil-kecilan.

"Ini juga untuk masa depan keluarga dengan ekonomi pun tidak menentu, lebih baik saya bermula sekarang," ujarnya kepada mStar Online.






Amerul yang baharu memulakan bidang itu sejak beberapa bulan lalu kini sudah mempunyai hampir 30 ekor kerbau.

Selain itu, turut mengusahakan tanaman kelapa sawit dan pisang di tanah milik keluarga mereka.

"Alhamdulillah, kami beli sikit-sikit, seekor kerbau baru RM1,000 seekor yang kecil dan berhasrat untuk jual pada Hari Raya Haji nanti.

"Saya juga usahakan tanaman kelapa sawit dan pisang serta beberapa tanaman lain. Saya buat atas tanah keluarga serta pakcik saya yang tidak diusahakan sebelum ini," ujarnya.

Jelas Amerul, dia kerap pulang ke kampung halamannya itu bagi membantu bapa serta beberapa pekerja yang menguruskan ladang tersebut.

"Kalau tiada kerja saya akan berada di kampung untuk bantu apa yang patut, sekarang bapa saya yang uruskan dengan beberapa pekerja," ujarnya.

Dalam pada itu, Amerul yang memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia 27 (FFM27) menerusi filem Terbaik Dari Langit ini berkata, dia tidak pernah berharap untuk memeggang watak utama di mana-mana drama atau filem.

Katanya, biarpun mempunyai bakat dan ilmu dalam bidang lakonanan, Amerul sedar tidak mempunyai wajah yang kacak menyukarkan untuk memeggang watak utama.

"Saya tidak terfikir dan bermimpi untuk dapat jadi hero, saya tahu untuk main watak utama perlu pakej yang lengkap bukan sahaja ilmu dan bakat semata-mata," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Amerul turut terlibat dalam menjayakan teater Bikers Kentalarahan Nazrul Asyraff pada 23 hingga 31 Januari ini di Panggung Sari, Istana Budaya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2016 11:25 AM | Show all posts
Kelihatan Selekeh, Amerul Affendi Mula Bosan Watak Antagonis
[size=0.688em]Diterbitkan: Jumaat, 26 Ogos 2016 12:49 PM


[size=0.75em]Amerul Affendi tidak pernah berasa terkilan apabila sering diberikan watak pembantu walaupun lakonannya sentiasa mendapat perhatian penonton. Foto Ihsan Instagram @amerul_affendi

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Amerul Affendi tidak berasa terkilan apabila sering diberikan watak pembantu walaupun lakonannya sentiasa mendapat perhatian penonton.

Amerul atau nama sebenarnya Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi, 30, berkata, dia tidak menjadikan perkara itu sebagai ukuran sebaliknya paling penting dia menjalankan amanah diberikan sebaiknya.

"Kita semua tahu itu adalah rezeki daripada Allah dan saya tidak pernah berasa kecil hati apabila sering diberikan watak pembantu sahaja.

"Posisi dalam sesebuah drama atau filem bukan fokus kerana saya pandang sesuatu tawaran itu sebagai amanah yang perlu saya lunaskan sebaik-baiknya.

"Saya tidak mahu mengambil gaji diberikan dengan mengabaikan tanggungjawab saya walaupun hanya watak sampingan," katanya kepada mStar Online.

Amerul bakal muncul dengan filem lakonan terbaharunya berjudul Pekak disamping Sharifah Amani, Zahiril Adzim, Sharifah Sakinah, Joe Flizzow dan Iedil Putra.

Diarahkan oleh Mohd Khairul Azri, naskah berkenaan bakal menemui penonton di pawagam bermula 1 September ini.

[size=0.98em]
[size=0.98em]Amerul memegang watak sebagai Azman dalam Pekak.
[size=0.98em]Dalam pada itu, Amerul berkata, dia berasa bersyukur kerana dengan lambakan pelakon-pelakon baharu pada hari ini rezekinya dalam bidang lakonan masih baik.

Bagaimanapun dia berharap diberi peluang untuk mencuba watak selain antagonis yang sudah menjadi makanannya dalam mengembangkan kariernya kehadapan.

"Saya sebenarnya sudah bosan melakonkan watak antagonis dan sentiasa kelihatan selekeh dalam filem atau pun drama lakonan saya.

"Alhamdulillah rezeki masih ada tetapi harap-harap selepas ini dapat memainkan watak sebagai bos yang berpakaian kemas," ujarnya.

Bercakap mengenai Pekak, Amerul berkata, cabaran terbesar melakonkan watak Azman adalah untuk menzahirkan sifat seorang penagih dadah yang sebenar.

Selain membuat carian di Google dan menonton video di Youtube, Amerul juga mengambil kesempatan meninjau kehidupan golongan berkenaan di Jalan Chow Kit bagi mendapat realiti sebenar mereka.
[size=0.98em]



[size=0.98em]Pekak turut membariskan pelakon seperti Sharifah Amani, Sharifah Sakinah, Zahiril Adzim dan Iedil Puta.
[size=0.98em]"Kebetulan penggambaran berlangsung di kawasan berkenaan dan saya mengambil kesempatan meninjau keadaan mereka dan dari situ saya gunakan untuk menghidupkan watak Azman yang juga seorang penagih dadah.

"Pun begitu apa yang saya gambarkan dalam Pekak bukan seratus peratus kerana keadaan sebenar adalah lebih teruk," ujarnya.

Sementara itu, Amerul sudah bersedia dengan kritikan penonton terhadap lakonannya yang disifatkan sebagai kontroversi namun menjelaskan apa digambarkan adalah realiti masyarakat sebenar.

Tuturnya lagi, dia bersetuju berlakon dalam filem itu kerana menyedari ini adalah antara cara dalam memaparkan situasi sebenar dan mendidik masyarakat terutamanya golongan belia dalam menjauhi najis dadah dan perbuatan yang mampu merosakkan akhlak.

"Saya sedar akan ada impak daripada watak Azman itu nanti tetapi inilah realitinya yang berlaku dalam masyarakat kita.

"Sebagai pelakon saya menjayakan watak diberikan dan dari situ diharap penonton dapat berfikir kembali realiti sebenar dan bagaimana kita hendak menangani situasi tersebut.
[size=0.98em]
[size=0.98em]Salah satu babak dalam Pekak.
[size=0.98em]"Ia bukan sekadar filem untuk hiburan tetapi ada mesej disebaliknya kerana golongan muda adalah pewaris negara dan apa yang digambarkan dalam Pekak sebenarnya sedang perlahan-lahan memakan masyarakat," jelasnya.

Pekak mengisahkan tentang Uda (Zahiril Adzim) yang cacat pendengaran dan demi mencapai cita-cita untuk kembali mendengar dia akhirnya terjerumus dalam aktiviti penjualan dadah bagi menampung pembiayaan pembedahan.

Takdir telah menemukan Uda dengan Dara (Sharifah Amani), seorang pelajar sekolah bermasalah yang ingin melarikan diri daripada bapanya yang terlalu mengongkong.

Hubungan yang luar biasa ini mula menerbitkan bibit-bibit cinta di antara mereka, namun mereka terpaksa menghadapi cabaran dunia yang penuh dengan keganasan, seks, dan dadah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2016 11:33 AM | Show all posts
katibism replied at 18-11-2016 11:25 AM
Kelihatan Selekeh, Amerul Affendi Mula Bosan Watak AntagonisDiterbitkan: Jumaat, 26 Ogos 2016 12:49  ...



memang kusam

mohon pergi menuntut dgn jihan muse
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2016 11:34 AM | Show all posts
de_ikea replied at 17-11-2016 08:56 PM
Lagi cerita pelakon kelas A yg kena abandoned dgn tv3.
Tv3 pun jgn lah pikir nk untung saja. Bukak ...

iols sokong.. idea best.
tengok rating nanti silap2 orang lebih layan yg kualiti tu...
RTM punya drama mmg best2... tp tula... kualiti gambar kusam je. Promo pun nampak kusam...
diorg tak nak upgrade ke machine2 diorg ehh... sama je dari dulu.

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2016 11:39 AM | Show all posts

lah ko ni... buletin utama.. muka sape yg slalu kluar noks?
si bibir pinkish tu aaa... tv3 suku approve je kalau muka tu kluar ari2 dalam berita..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2016 11:45 AM | Show all posts
OK PE DIA NI BERLAKON DR NTAH SAPE2 PELAKON KAYU TU...UHUH....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2016 04:29 PM | Show all posts
xtravaganza replied at 17-11-2016 10:28 PM
Klu luar negara mcm US, Korea, Japan.. aku tgk ada je muka hauk jd lead actor.. Acik2 kepam kat Ms ...

btol..kalo tgok cite mr. robot ngn how to get away with murder..
hero die hauk jek..
tp dh mass market drama2 tv ialah acik2 kepam and bbnu..
so hadap je la hero kayu keras kejung janji ade rupa acamtu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2016 04:34 PM | Show all posts
helokk kot dia ni berlakon. dah rupa tang tu nak wat cemaneee, janji bakat hado
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2016 05:37 PM | Show all posts
rmainye nk suh die polish kulit
aku rasa klu die jd putih melepak..errrkkk..
just bg nmpk kemas tu sy bsetuju..

berlakon die mmg best giler
bosan dh ngn Malaysia ni
pelakon enem kayu kayan
cer tgk Negara luar
hero mcm rakyat marhaen je
laju plak rakyat kite ke panggung nengok film diorg
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2016 05:50 PM | Show all posts
nicuya replied at 17-11-2016 09:29 PM
Hmmppp... majority yg komen kt sini pon pentingkan rupa...suh polish la...mnde la...bekerak la...jad ...

kannnn...alih2 pentingkan rupa jugek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.093797 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list