JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
4821
View
11
Reply

Malaysia Tidak Lagi Anjur F1 Pada 2018 - Nazri

[Copy link]

Author: lanesra       Show all posts   Read mode

Author
Post time 21-11-2016 09:08 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Malaysia akan berhenti menganjurkan perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) selepas kontraknya berakhir pada 2018.

Perkara itu disahkan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata ini kerana kos penganjuran perlumbaan F1 semakin mahal dan tidak lagi menarik.

"Di seluruh dunia, malah di Singapura, kehadiran (F1) mencatatkan penurunan.

"Saya tidak fikir di mana-mana sahaja di dunia, jumlah penonton F1 meningkat.

"Jadi saya fikir untuk kepentingan jangka masa panjang, ia perkara yang betul untuk dilakukan," kata Nazri kepada pemberita di lobi Parlimen pada Isnin.

Beliau berkata Malaysia membelanjakan RM300 juta setahun untuk menganjurkan perlumbaan tersebut tetapi pulangannya tidak memuaskan.

Tambahnya, Malaysia tidak melahirkan pemandu F1 yang mencukupi sepanjang tempoh penganjurannya.

Namun, Nazri berkata perlumbaan Grand Prix MotoGP menunjukkan peningkatan yang ketara.

- mstar -


Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat la Grand Prix Taxi. Mesti dapat sambutan. Sold out tickets.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
drivethru replied at 21-11-2016 09:42 PM
Buat la Grand Prix Taxi. Mesti dapat sambutan. Sold out tickets.

yg ni win!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Arghhhhh bodohnyaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Bnyk regulation bustln F1 boring tak macam zaman Mika or Schuma..
Org nk dengar V10 and above. Ni nk pikir sangat euro emission. Nama pun race, setahun sekali..kete race lak tu nk pikir emissiom buat apa. Bukan prius kot
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2016 08:40 AM | Show all posts
Apa nak buat, kos operasi penganjuran F1 sangat mahal sedangkan untungnya tiada nk dpt balik modal tak dapat
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 29-11-2016 11:11 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 28-11-2016 08:40 AM
Apa nak buat, kos operasi penganjuran F1 sangat mahal sedangkan untungnya tiada nk dpt balik modal t ...

ada dua musim lagi kan. 2017 dan 2018?

Rosberg Harap F1 Kekal Berlangsung Di Malaysia   
KUALA LUMPUR: Juara dunia F1 Nico Rosberg berharap perlumbaan F1 akan terus diadakan di Malaysia untuk beberapa tahun akan datang terutama selepas pasukan Mercedes AMG Petronas memenangi kejuaraan pengeluar dunia, musim ini.

Beliau berkata pasukan berkenaan mendapat sokongan padu daripada penyokong Malaysia dan ia dapat membantu mereka meraih gelaran pada musim akan datang.

"Daripada apa yang saya perhatikan, rakyat negara ini gemar terhadap sukan ini (F1), jadi ramai yang datang menyaksikan perlumbaan tersebut di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

"Kesemua mereka sangat meminati F1 dan pencapaian kami tahun ini adalah juga kejayaan buat negara ini," katanya pada sidang media kejuaraan pengeluar dunia Petronas F1 di sini Selasa.

Rosberg, 31, juga berkata SIC merupakan antara litar terbaik di dunia dan banyak perlumbaan berprestij diadakan di situ.

"Ia langkah terbaik Malaysia dalam menarik perhatian dunia seperti untuk perniagaan dan pelancongan," katanya sambil berharap peminat akan terhibur dengan baki dua tahun lagi perlumbaan F1 di Malaysia.

Untuk rekod, Malaysia mula menganjurkan F1 pada 1999 dan SIC mempunyai kontrak menjadi tuan rumah perlumbaan berkenaan sehingga 2018.
Sementara itu, Rosberg berkata hubungannya dengan Lewis Hamilton seperti biasa dan percaya persahabatan yang telah terjalin selama 13 tahun itu akan terus berpanjangan.

"Saya cukup faham dengan sikap Lewis kerana kami sama-sama pemandu dan berjuang sehingga ke akhir, ia disebabkan gelaran dunia, maka dia cuba melakukan apa yang dia boleh untuk mendapatkannya.

"Persahabatankami seperti sebelum ini kerana kami berkawan baik, tetapi ia begitu getir dalam tempoh tiga tahun lepas kerana 'permusuhan' kami di litar, tetapi itu yang menjadikan kami hebat... sebenarnya ia sesuatu yang baik," katanya. - BERNAMA


Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2016 11:05 AM | Show all posts
lanesra replied at 29-11-2016 11:11 PM
ada dua musim lagi kan. 2017 dan 2018?

Rosberg Harap F1 Kekal Berlangsung Di Malaysia   

a'ah


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 2-12-2016 09:18 PM | Show all posts
Edited by lanesra at 3-12-2016 06:39 PM

F1: GP Jerman Digugur Daripada Kalendar Musim 2017

GRAND Prix Jerman tidak tersenarai dalam kalendar perlumbaan Formula Satu (F1) 2017 berikutan berdepan dengan masalah kewangan.

Keputusan tersebut diputuskan pada Khamis selepas mesyuarat Majlis Sukan Bermotor Dunia (WMSC) di Vienna biarpun pelumba Mercedes kelahiran Jerman, Nico Rosberg baharu saja dinobatkan sebagai juara dunia.

Ketiadaan GP Jerman sememangnya dijangka selepas tidak mampu membayar yuran penganjuran walaupun kehadiran penonton musim ini amat menggalakan dengan 57,000 kahadiran di Litar Hockenheim.

Litar Hockenheim merupakan salah satu venue terbaik buat  juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher apabila berjaya melakar tujuh rekod kemenangan di situ.

Ketiadaan GP Jerman itu bakal menyaksikan jumlah keseluruhan perlumbaan F1 2017 sebanyak 20 pusingan berbanding 21 musim ini.

Sementara itu, tarikh  Grand Prix Azerbaijan bakal diubah bagi mengelak pertembungan dengan perlumbaan Le Mans 24 Hours.

Manakala Malaysia akan menjadi tuan rumah pusingan ke-15 di Litar Antarabangsa, Sepang, pada 1 Oktober.

Perlumbaan permbukaan akan bermula di Melbourne, Australia pada 26 Mac dan pusingan penutup musim di Abu Dhabi pada 26 Nov dengan empat pusingan pada bulan Oktober.

KALENDAR F1 DUNIA MUSIM 2017.

26 Mac - Melbourne (Australia)

9 April - Shanghai (China)

16 April - Bahrain

30 April - Sochi (Rusia)

14 Mei - Barcelona (Sepanyol)

28 Mei - Monte Carlo (Monaco)

11 Jun - Montreal (Kanada)

25 Jun - Baku (Azerbaijan)

9 Julai - Spielberg (Australia)

16 Julai - Silverstone (Great Britain)

30 Julai - Budapest (Hungary)

27 Ogos - Spa-Francorchamps (Belgium)

3 Sept - Monza (Itali)

17 Sept - Singapura

1 Okt - Sepang (MALAYSIA)

8 Okt -Suzuka (Jepun)

22 Okt - Austin (Amerika Syarikat)

29 Okt - Mexico City (Mexico)

12 Nov - Sao Paulo (Brazil)

26 Nov - Abu Dhabi


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2016 10:08 AM | Show all posts
lanesra replied at 2-12-2016 09:18 PM
F1: GP Jerman Digugur Daripada Kalendar Musim 2017

GRAND Prix Jerman tidak tersenarai dalam kal ...

kalo mcm tu hanya tinggal 19 circuit perlumbaan jer la
tahun ni ada 21 circuit perlumbaan
lg 1 negara mana ek yg tertinggal dlm list

tq share kalender perlumbaan utk tahun 2017

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 3-12-2016 06:40 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 3-12-2016 10:08 AM
kalo mcm tu hanya tinggal 19 circuit perlumbaan jer la
tahun ni ada 21 circuit perlumbaan
lg 1 n ...

dah edited. ada dua tarikh yang sebaris.

3 Sept - Monza (Itali)17 Sept - Singapura



Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2016 10:07 PM | Show all posts
lanesra replied at 3-12-2016 06:40 PM
dah edited. ada dua tarikh yang sebaris.

ok noted...tq

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.046284s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list