CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: annabellaruz2

[BEST]Koleksi seram dan misteri Sarawak

  [Copy link]
Post time 26-1-2017 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepanjang kt sana 2 kali cikgu melawat org meninggal. Itu pon beramai2 dgn smua guru kt skolah tu sbb yg meninggal tuai rumah pjg.
   Keranda letak ditgh2 coridor rumah pjg tu. Lepas tu ada tirai kain pua tu. Pastu siapa yg masuk tgk mayat kena nangis. Sempat jgk cekgu mayat time kain pua tu diselak. Tgk ada satu anak patung yg panjang tu diletak sebelah mayat tu. Time kt kelas cekgu pon korek la dr anak murid. Tnya kenapa ada anak patung tu. Budak2 ckp tuai rumah tu sgt suka dan syg budak2 jd letak la anak patung tu supaya dia tak sunyi dlm kubur nnti.
  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-1-2017 12:10 PM | Show all posts
Cekgushilla replied at 26-1-2017 01:06 PM
Sepanjang kt sana 2 kali cikgu melawat org meninggal. Itu pon beramai2 dgn smua guru kt skolah tu sb ...

klu ikut mmg macam tu la yg dipraktikkan oleh orang iban...
si mati akan dipakaikan baju paling cantik dan disukai ketika hidup..
jika ada barang yang disukai oleh simati ketika hayat, maka akan ditanam sekali dengan mayat.

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2017 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 26-1-2017 12:10 PM
klu ikut mmg macam tu la yg dipraktikkan oleh orang iban...
si mati akan dipakaikan baju paling c ...

Btol tu TT mayat tu pon dipakaikan baju batik.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2017 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Buku teks bahasa iban tahun 5 time cekgu ngajar tahun 2009 ada cerita pasal dukun yg selamatkan putera buaya tu. Merangkak2 cekgu nk paham cerita tu sb masuk kelas relif bahasa iban kena ngajar sikit2 hehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2017 10:11 AM | Show all posts
Cekgushilla replied at 26-1-2017 12:22 PM
Buku teks bahasa iban tahun 5 time cekgu ngajar tahun 2009 ada cerita pasal dukun yg selamatkan pute ...

ohh...ada buku teks bahasa Iban yer? ingatkan semua buku sekolah standard jer yg kementerian keluarkan...ehh OT jap...sorry
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2017 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
adn replied at 27-1-2017 10:11 AM
ohh...ada buku teks bahasa Iban yer? ingatkan semua buku sekolah standard jer yg kementerian kelua ...

Ada nokks hehe kira skola tu blajar bm, english and iban
Sama cam sekolah kt semenanjung ada sekolah kebangsaan amek bahasa arab,tamil as 3rd lnguage
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2017 10:54 AM | Show all posts
Cekgushilla replied at 27-1-2017 10:52 AM
Ada nokks hehe kira skola tu blajar bm, english and iban
Sama cam sekolah kt semenanjung ada seko ...

tq untuk pencerahan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2017 12:24 PM | Show all posts
adn replied at 27-1-2017 11:11 AM
ohh...ada buku teks bahasa Iban yer? ingatkan semua buku sekolah standard jer yg kementerian kelua ...

mmg ada..tp zaman aku dulu x sempat nak belajar bahasa iban..
bahasa cina/islam/iban - 1 masa.. ikut pilihan pelajar..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-1-2017 12:24 PM | Show all posts
Cekgushilla replied at 27-1-2017 11:52 AM
Ada nokks hehe kira skola tu blajar bm, english and iban
Sama cam sekolah kt semenanjung ada seko ...

oh gitu yer..
ingatkan sekali dengan 1 masa tu ada 3 bahasa.. hehe..sorry..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2017 12:26 PM | Show all posts
Cekgushilla replied at 26-1-2017 01:22 PM
Buku teks bahasa iban tahun 5 time cekgu ngajar tahun 2009 ada cerita pasal dukun yg selamatkan pute ...

ni ada mcm2 versi..
yg nenek aku ceritakan tu kisah moyang kami..
almaklum..bila dah bercerita turun temurun, mesti ada flop sedikit sebanyak jln ceritanya..hehehe

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2017 02:40 PM | Show all posts
aku share kisah pendek jer....


pernah dengar tak pasal pemotong kepala??

Kami gelar penyamun...penyamun ni memang menjadi igauan ngeri bagi penduduk setempat.
Tambah-tambah bila ada yang bercerita yang cucunya hampir-hampir diculik oleh orang yang menaiki van.

Nasib baik budak tu terlepas sebab dia terjun daripada van yang kelam kabut memecut dengan pintu yang terbuka akibat dikejar oleh penduduk kampung.

Disebabkan itu, penduduk kampung bergilir-gilir berjaga diwaktu siang dan malam di sekeliling kampung. Zaman tu RELA belum diperkenalkan lagi di kampung-kampung.

Pihak polis juga tidak mempunyai anggota yang mencukupi untuk melaksanakan tugas mengawal dan melakukan rondaan dikampung-kampung.

PIBG menyarankan bapa-bapa pelajar untuk berkawal diwaktu malam di sekolah berasrama. Salah satunya sekolah aku la. Bagi sekolah yang tidak mempunyai asrama, ibu bapa berkawal disepanjang waktu persekolahan.

Pernah tersebar cerita bahawa penyamun sedang mencari kepala untuk dijadikan sebagai korban dan tiang bagi membina jambatan di sebuah negara. Alasannya supaya jambatan tersebut kukuh.

Persoalannya...benarkah pembinaan sesebuah bangunan dan jambatan memerlukan korban kepala untuk mengukuhkan sesebuah binaan? Adakah itu salah satu punca sesebuah bangunan dan jambatan berhantu? Dan sekiranya tiada korban kepala dipersembahkan sebelum pembinaan bangunan dan jambatan, ramai yang bakal terkorban semasa dan selepas pembinaan.

Kadang-kadang macam masuk akal juga bila sesebuah jambatan kerap berlaku kemalangan dan mengorbankan nyawa...

Allahualam......



Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2017 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya cerita tt..sambubgla lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2017 11:10 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 3-2-2017 02:40 PM
aku share kisah pendek jer....

arwah nenek ai ada cerita kisah penggal kepala ni dulu2
time tu masih budak2..tak tahu dia cerita saja nak takutkan cucu dia atau memang cerita benar
jadi, memang benar wujud la cerita ni..
kepala budak dipenggal dan diletakkan di jambatan..
time nenek cerita tu, duduk pun berhimpit2 sesama sepupu..scary dengar cerita nenek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2017 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 4-2-2017 12:10 AM
arwah nenek ai ada cerita kisah penggal kepala ni dulu2
time tu masih budak2..tak tahu dia cerit ...

Betul la tu kot...bukan cerita rekaan..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2017 11:28 AM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 3-2-2017 02:40 PM
aku share kisah pendek jer....

kami di brunei panggil Pengait
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2017 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 3-2-2017 02:40 PM
aku share kisah pendek jer....



Ngeri jgk..prnh baca psl ni dlm bod mps jgk..dh lama la thread tu..diaorg cari korban utk buat pmbinaan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2017 02:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Atok nenek dulu suka takut2 kan aku dengan cerita potong kepala ni dengan van putih.. dengan harapan aku jadi takut nak main luar.. tapi harapan tinggal  harapan.. sampai kampung2 sebelah aku merayau.. bila balik dapat hadiah.. sama ada tali pinggang, hanger baju, rotan buluh atau ranting kayu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2017 04:50 PM | Show all posts
berhabuk bersarang labah2 dah rumah aku lama tak dijenguk..

ok...kali ni aku nak kongsikan satu kisah yang berkait dengan mimpi.

sapa yg follow dari awal thread tau la yang aku ni asalnya non-muslim....
jd, jangan ditanya kenapa dan mengapa kami ni agak percaya pada benda2 yang agak pelik...

Biasanya orang kata mimpi tu mainan tidur. Tapi kadang2 mimpi tu juga satu petunjuk.

Tetapi apa yang paling ditakuti ialah bila seseorang bermimpi pasal gigi patah atau rumah terbakar. Dan lagi satu, mimpi telanjang. Biasanya gigi yang patah memberi petunjuk perkhabaran yang salah seorang daripada ahli keluarga akan meninggal dunia.

Jika bermimpi rumah terbakar pula memberi petunjuk akan berlaku malapetaka.

Dan jika bermimpi telanjang memberi petunjuk akan mendapat malu besar.

Apa yang aku nak ceritakan disini adalah tentang seorang sepupu yang sangat disenangi oleh saudara mara kerana akhlak yang baik dan disayangi dan dibanggakan oleh seluruh keluarga dan penduduk kampung. Aku namakan sepupu aku ni sebagai Joseph. Jarak umur kami belasan tahun juga.

Dialah salah seorang pelajar yang paling pandai dan diawal 80-an dulu, dialah anak kampung yang pertama berjaya menjawat tugas sebagai seorang guru. Bukan senang tau nak dapat kerja dijabatan kerajaan. Walaupun sebagai guru, itu dah cukup bangga bagi ayah ibu dia. Dia pula anak lelaki tunggal dalam keluarga.

Disebabkan dia sangat disayangi oleh keluarga, maka perkahwinan pun diaturkan oleh ibu ayah dengan menantu pilihan. Alasannya supaya si Joseph ni tak keluar dari kepompong keluarga mereka. Isterinya pula adalah 2 pupu kami sendiri. Sebagai anak yang baik, dia menurut sahaja kemahuan ibu ayah. Aku agak dia ada makwe lain kat tempat belajar..heheh

Namun, baru 3 tahun usia perkahwinan, dikala isteri tengah mengandung anak kedua, dia diarahkan untuk berpindah mengajar di satu kawasan bandar yang terletak jauh dari kampung halaman. Maka berpindahlah dia dan isteri ke tempat baru tersebut.

Beberapa minggu kemudian, salah seorang kakaknya bermimpi melihat rumah panjang mereka terbakar. Dalam usaha menyelamatkan diri, kakaknya tersadung kaki dan terjatuh mengakibatkan giginya patah. Terjaga dari tidur, si kakak berasa tidak sedap hati. Dengan segera dicritakan kepada suaminya tentang mimpi tersebut.

Apabila diberitahu kepada ayahnya tentang mimpi tersebut, mereka sepakat untuk mengadakan upacara ‘MIRING’ iaitu salah satu upacara persembahan atau berdoa kepada Tuhan atau petara bagi memberkati permintaan dan mendapat perlindungan daripada sesuatu ancaman. Ia dirancang akan dilakukan pada hari Sabtu iaitu 4 hari kemudian.

Malangnya, sehari sebelum upacara ‘miring’ dilakukan, mereka mendapat perkhabaran yang Joseph dan isteri terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang meragut nyawa Joseph. Isterinya patah kaki. Ajaib…isterinya bernasib baik kerana kandungannya terselamat. Sehingga kini, seluruh penduduk kampung amat mengambil berat tentang mimpi dan akan segera melaksanakan upacara miring jika perlu dilakukan.

Sekadar berkongsi maksud upacara ‘MIRING’.

Mengikut definisi dalam bahasa Iban, perkataan “miring” adalah bermaksud memberkati penduduk, melindungi, membawa kebahagiaan, kedamaian dan keharmonian dalam masyarakat.

Bagi masyarakat Iban, “miring” diadakan sebelum aktiviti penting berlangsung atau sesudah malapetaka dan kejadian tidak diingini menimpa.

Pada zaman dahulu, “miring”diadakan sebelum rombongan melancarkan ‘ngayau' (memburu kepala musuh) atau menerokai kawasan baharu serta ketika penduduk berpindah ke rumah panjang baharu.

Istiadat ‘miring’ terbahagi kepada empat tahap penggunaan piring iaitu tiga, lima, tujuh, dan sembilan.

Tiga dianggap sebagai ‘miring’ biasa iaitu untuk mereka yang mengalami mimpi buruk atau apabila hendak bersawah, manakala lima piring adalah untuk mendirikan rumah panjang, tujuh piring bagi aktiviti yang lebih tinggi seperti untuk 'berjalai' atau mengembara jauh dan sembilan piring untuk peperangan.






Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 11:30 PM | Show all posts
kudos utk tt sbb ai sakan merempit baca mengenai kisah2 misteri tt kt benang nih...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2017 04:45 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 8-3-2017 04:50 PM
berhabuk bersarang labah2 dah rumah aku lama tak dijenguk..

ok...kali ni aku nak kongsikan satu ...

Ada special piring ke yg digunakan untuk upacara miring ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.129458 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list