CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: annabellaruz2

[BEST]Koleksi seram dan misteri Sarawak

  [Copy link]
 Author| Post time 9-6-2017 11:33 AM | Show all posts
groundfloor replied at 6-6-2017 07:36 PM
Tt, orang islam ada yg pious, ada yg sederhana dan ada yang tersasar. Jadi saya faham bila mereka me ...

tak pe...akujawab setakat yg mampu jer..

betul, ada yg terlalu BERIMAN smpi kan segala2nya HARAM
ada pula yg berlebih kurang..

so far kat sarawak, Iban/bidayuh & melayu selalu berkumpul bersama2 menyambut gawai dan hari raya
masing2 sedar batas agama..saling hormat menghormati, pasti takde masalah..
bebas saling kunjung mengunjung ke rumah kawan2..

mana yg rasa TERLALU BERIMAN dan teguh pantang larang, sebaiknya duduk saja dirumah...
aku sendiri ramai sepupu yang berkahwin dengan melayu semenanjung  dan kerap berjumpa dorg klu masa balik kampung menyambut gawai..

In shaa allah... ISLAM itu mudah jika kita tahu batasnya... jgn rumitkan hubungan sesama bangsa kerana agama..

Sorry to say...... orang yang baru nak mengenal agama Islam jer yg kekonon itu tak boleh ini tak boleh itu haram ini haram, sedangkan ISLAM yg sebenarnya sangat indah dan menjaga ukhwah sesama islam dan bangsa tp paling penting, hubungan kekeluargaan...





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2017 01:42 PM | Show all posts
JDT replied at 7-6-2017 12:11 AM
Alang2 dah menumpang ruai Anna, saya nak sampaikan cerita yg mendiang nenek saya pernah alami.
Hamp ...

P*lir tu apa
Palir?
Pulir?
Pelir?
Polir?
Pilir?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2017 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
lil_sparky replied at 9-6-2017 01:42 PM
P*lir tu apa
Palir?
Pulir?


Yg no 3..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2017 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 9-6-2017 11:22 AM
kesal ati...lebih kurang mcm kus semangat la gitu..
sebab ada yang berniat tak baik...moyang & da ...

Tenkiu Anna...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2017 01:41 PM | Show all posts
Edited by annabellaruz2 at 13-6-2017 02:47 PM

Masa cuti-cuti hari tu, tengah duduk berborak dengan mak, tetiba adikaku yang bongsu call mak aku.

Rupa-rupanya dah 3 malam adik aku tidur kat rumah mak sepeninggalan mak & abah datang ke Kuala Lumpur.

Masa tu lebih kurang 12 hari mak & abah aku kat Kuala Lumpur. Rumah pula sengaja mak aku biarkan gelap gelita.
Cuma lampu garaj motor je yang mak aku pesan kat adik untuk ‘on’ kan bila malam.

Tapi nak takut apakan? Jarak rumah kami dengan jiran kiri kanan, tak sampai pun 2 meter.

Sebelah kanan, sepupu aku, sebelah kiri pula, pakcik aku (abang abahaku).

Macam aku pernah ceritakan dalam kisah-kisah yang lepas, kampung tu dibuka oleh moyang aku. Jadi seluruh penduduk kampung tu memang terdiri daripada adik beradik dan sepupu sepapat.

Adik aku yang mak aku minta tengok-tengokkan rumah tu jarak dalam 100meter jer sebab rumah dia terletak diseberang gelanggang badminton dan sepaktakraw. Buka jer pintu rumah, toleh kiri, rumah adik aku.

Dulu dia tinggal serumah dengan mak dan abah. Semenjak mak mertua diameninggal tahun lepas, dia terpaksa menumpangkan adik ipar dia yang bongsu. Adik ipar dia tu sakit cancer dan suami adik aku tu anak sulung 2 beradik jer.Mungkin suami dia takut mak dan abah aku tak selesa menumpangkan adik dia kat rumah kami.

Yang bongsu pula rumah dia terletak di belakang rumah mak aku. Elektrik memang dia sambung dari rumah mak aku. Dia pula mak aku tugaskan untuk bagi makan ayam itik yang mak aku ternak kat reban di belakang rumah.

Berbalik kepada adik bongsu aku yang call tu. Dah 3 malam berturut-turut dia bermimpi didatangi sekeluarga 4 beranak. Mereka sekeluarga duduk di rumah dalam suasana gelap. Si ibu meminta supaya dihidupkan lampu sebab gelap sangat. Alasannya susah mereka nak bergerak.

Sebab tu la adik bongsu aku tidur kat rumah mak dan hidupkan semua lampu terutama lampu rumah stor tempat mak aku menyimpan padi dan anyaman.Sejak adik aku menghidupkan lampu, dia tidak lagi didatangi mimpi tersebut.

Sebenarnya 4 sekeluarga tersebut adalah penjaga Batu Padi yang mak aku pernah dapat melalui mimpi yang diberikan oleh mendiang moyang. Kebaikan batu padi ni adalah setiap tahun bila musim menanam dan menuai padi, hasil padi akan melimpah ruah.

Sebelum memiliki batu padi tersebut, hasil padi hanya cukup-cukup makan atau pun bekalan beras habis sebelum tiba musim menuai yang baru.

Antara syarat-syarat yang diberikan adalah, tidak boleh menjual padi sesuka hati. Berhati-hati dengan mulut dan hati.
Jika elok yang kita buat, maka elok la yang kita akan dapat. Begitu juga sebaliknya.

Penjaga batu padi hanya akan menjaga tuannya yang mematuhi syarat-syarat yang diberikan. Jika sebaliknya, padi yang ditanam tidak akan menjadi dan hasilnya tidak mencukupi.

Pernah sekali mak aku tidak menanam padi kerana tidak sihat, maka adik aku yang mengerjakan sawah. Adik aku main bantai ikut suka dia jer nak tanam padi. Dia kata kisah penjaga batu padi tu mengarut. Akibatnya, hasil padi pada tahun tersebut tidak sampai pun 20 guni untuk 6 ekar sawah.

Tak sampai setengah tahun, simpanan padi telah habis. Hubungan mak dengan adik pula ‘panas’.

Yang pening, aku lah… sebab kena tadah telinga jadi tempat meluah perasaan mak dengan adik.

Sehinggalah pada suatu malam, mak aku bermimpi yang penjaga batu padi tersebut datang merayu supaya mak aku menanam padi semula sebab kalau padi menjadi, maka mereka 4 beranak akan bersatu semula.

Sekarang ni mereka 4 beranak hidup merempat dan berpecah belah. Tiada tempat berteduh. Kesannya secara tidak langsung juga terkena kepada mak aku sebagai pemilik batu padi tersebut.

Musim menanam padi yang berikutnya, mak aku menanam padi semula bermula dengan hanya 2 ekar tanah yang berhampiran dengan rumah. Sementara tanah 4 ekar yang terletak agak jauh dari rumah, mak aku suruh adik aku yang tanam padi sebab adik aku boleh bawa motor dan kereta. Kat sana ada tanah paya dan bukit. Jadi adik aku boleh tanam padi bukit dan padi huma. Mak aku pula preferred jarak yang hanya berjalan kaki sahaja.

Tahun tu hasil padi meningkat kepada lebih 30 guni. Tahun berikutnya,hasil padi lebih 40 guni. Aku pula menyumbangkan wang untuk mengupah orang kampung semasa proses menanam dan menuai padi. Ye la..apa lagi yang aku boleh tolong sebab jarak yang jauh? hehehe

Setiap kaum keluarga jauh yang datang menziarah mak aku bagi beras sebagai buah tangan. Begitu juga kawan-kawan abah aku yang datang ke rumah semasa Perayaan  Gawai.Mak akan beri sedikit beras kepada mereka.

Kalau kat Sarawak, memang sangat-sangat berbesar hati kalau dapat merasa beras baru. Kalau nak membeli, harga jualan biasanya mencecah sampai RM7/kg.

Aku pula, setiap kali balik bercuti ke kampung memang kena ambik flight Malindo atau MAS sebab jumlah berat bagasi untuk membolehkan aku membawa beras balik ke Kuala Lumpur.

Dan sekarang ni 4 beranak penjaga batu padi tu telah bersatu kembali.Biasanya semasa perayaan Gawai, mak aku akan sediakan setalam juadah pelbagai jenis kuih seperti kuih karas, kuih ros, biskut, kek, sebotol tuak dan sebotol air carbonate di satu sudut khas untuk penjaga batu padi tersebut.

Macam aku cakap, sukar nak percaya jika tidak berlaku di depan mata atau mengalami sendiri kejadian-kejadian misteri sebegini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2017 01:42 PM | Show all posts
Edited by annabellaruz2 at 14-6-2017 04:13 PM

Sawah 2 ekar yang mak aku usahakan dalam kisah terdahulu terletak ditepi jalan utama yang menghubungkan beberapa buah kampung disepanjang jalan yang tembus ke salah sebuah daerah di Kuching. Ianya juga merupaka jalan alternatif dari persimpangan Pan Borneo Highway ke Muara Tuang.

Sebelum terbinanya jalan raya tersebut, kawasan kampung aku ni memang dikelilingi  hutan belantara. Maka tak heran la kalau masa kanak-kanak dulu aku siap dapat gelaran bini tarzan. Sungai dan hutan memang menjadi tempat permainan aku.

Kawasan sawah padi mak aku tu merupakan kawasan paya yang terletak dilembah dan dikelilingi oleh bukit. Disebelah kiri adalah jalan raya dan disebelah kanan adalah bekas perkampungan lama atau pun lebih dikenali sebagaiTEMAWAI LAMA. Biasanya pokok-pokok buah bersepah dikawasan tersebut dan sesiapa sahaja bebas untuk mengutip hasil hutan tersebut. Pokok-pokok hutan yang lain pula memang tinggi dan besar-besar terutamanya pokok ara. Dan kebiasaannya memang akan terdapat mistik di kawasan tersebut.

Aku pula memang rajin masuk ke hutan tersebut mencari buah-buahan seperti durian, asam rawa, buah mawang atau lebih dikenali sebagai buah bambangan, rambutan dan pulasan serta macam-macam lagi.

Mencari pucuk rebung dan pelbagai jenis umbut pun memang favorite aku.Aih! Rindu betul zaman tu.

Kalau disebut TEMUDA’ pula adalah kawasan hutan kecil dan tiada pokok-pokok besar bersaiz mega. Dan selalunya berhampiran dengan penempatan baru.

Berbalik kepada Temawai Lama tu….. ianya betul-betul bersebelahan dengan sawah padi mak aku. Hanya parit atau tali air yang menjadi sempadan yang merupakan port aku memancing.

Ingat tak kisah burung ketupung? Disitulah lokasi tanah tersebut.

Musim menuai baru-baru ni, sewaktu rehat untuk makan tengahari, makaku dan makcik sedang menebang sepokok sagu untuk diambil umbutnya. Rimbunan pokok sagu tu terletak dihujung sawah dan bersebelahan dengan serumpun pokok buluh betong. Tengah sibuk menyimpan umbut ke dalam raga, tiba-tiba hujan panas turun dengan lebat.

Mak aku kata butir hujan tu sebesar ibu jari. Agak sakit terkena butir hujan tersebut. Mak aku tengah membelakangkan rumpun buluh sementara makcik pula menghadap rumpun buluh.

“apuuu!!!!!....” kata makcik..’cepat buat sesuatu’

“apa benda?” tanya mak.

“tengok kat belakang kau” kata mak cik.

Mak aku menoleh ke belakang…disebelah pokok buluh betong tersebut asap nipis mula membentuk sesuatu yang semakin lama semakin tinggi.

Mak aku mula membaca jampi serapah yang biasa dia gunakan untuk menghalau hantu. Tetapi nampaknya asap tersebut semakin tebal dan meninggi..sama tinggi dengan pokok buluh betong tersebut. Mak aku menyuruh makcik menghidupkan api dan mula membakar sejenis kulit buah yang kami panggil sebagai buah empit untuk menghalau hantu.

Perlahan-lahan asap semakin nipis dan menghilang dan hujan panas punberhenti.

Makcik enggan untuk meneruskan kerja disawah pada hari tersebut. Dia mengajak mak balik sebab berasa kurang sedap hati. Mak menurut sahaja.

Sesampainya dirumah, rupa-rupanya, dah kerap penduduk kampung yang memburu kancil, landak dan tenggiling di kawasan tersebut kena kacau dengan penunggu di situ.

Kadang-kadang hanya penampakan kepala lonjong… gigi bertaring… mata merah..tangan berbulu.. kaki panjang berbulu dan tombak panjang yang kelihatan. Kalau setakat terkena ‘sumpit’ itu memang kerap menyebabkan beberapa penduduk jatuh sakit tetapi dapat disembuhkan dengan bantuan dukun dan bomoh atau manang.

Salah seorang sepupu yang pernah terserempak dengan penampakan kepala lonjong serta merta menghentikan aktiviti pemburuan di kawasan tersebut kerana takut dia pula yang menjadi mangsa buruan.

Tak pasti hantu atau gergasi mana yang menghuni temawai tersebut.

Tips : Sekiranya anda memasuki mana-mana kawasan hutan, ada beberapa petanda yang menunjukkan tempat tersebut berpenunggu. Kadang-kadang kita terasa seperti diperhatikan. Bulu roma dan tengkuk pula meremang. Kadang-kadang terlihat kelibat hitam.


buah asam mawang atau bambangan


buah empit (rasa lebih kurang mcm kacang badam or kacang parang)

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2017 02:30 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 13-6-2017 01:42 PM
Sawah 2 ekar yang mak aku usahakan dalam kisah terdahulu terletak ditepi jalan utama yang menghubung ...

wah  tak pernah makan buah empit dan bambangannampak sedap

umbut sagu time kecik dulu suka la makan

menarik betul kisah anna
terbayang suasana  kampung dengan sawah padi
time kecik dulu, rajin jugaklah tolong makcik tanam padi, tuai dan membanting padi
tolong kupas kelapa pun pernah

hantu kepala lonjong tu scary
lain ke dengan jelmaan yang asap nipis tu?

paling menarik, 4 beradik tu, penjaga batu padi
macam mana bentuk batu padi?
yang saya tahu, batu padi tempat mengasingkan kulit padi dari padi tu kan?




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2017 02:44 PM | Show all posts
Ipo replied at 13-6-2017 03:30 PM
wah  tak pernah makan buah empit dan bambangannampak sedap

umbut sagu time kecik dulu suka la ...

penjaga batu padi tu 4 beranak.. bukan beradik..suami isteri dan 2 anak (1 laki 1 pompuan)
batu padi tu pula macam butir beras..kabur sikit rupa dia..besar 2 kali ganda butir beras biasa.

umbut sagu tu susah nak ambk..tp sEdap sangat klu dimasak kari dengan ayam...
menu utama kalau ada gotong royong semai benih padi bukit atau pun dipanggil 'nugal'.
pencuci mulut biasanya bubur kacang hijau..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-6-2017 02:49 PM | Show all posts
Ipo replied at 13-6-2017 03:30 PM
wah  tak pernah makan buah empit dan bambangannampak sedap

umbut sagu time kecik dulu suka la ...

mak aku cakap benda yang sama tapi muncul dalam pelbagai bentuk..
tak pernah lagi ada penampakan yang penuh...
cuma klu tengah berjalan2 dalam hutan, tetiba nampak bahagian badan separuh2 gitu, mmg ngeri la nok..huhuhu

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2017 03:01 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 13-6-2017 03:04 PM
annabellaruz2 replied at 13-6-2017 02:44 PM
penjaga batu padi tu 4 beranak.. bukan beradik..suami isteri dan 2 anak (1 laki 1 pompuan)
batu p ...

ha ya..salah baca tadi..baca balik you tulis 4 sekeluarga, sorry

ingatkan batu padi tu besar macam batu kisar tu
kecik la batu padi tu ya kalau double size padi je tapi berpenunggu gitu
banyak sebenarnya nak tanya ni

mana dapat batu padi tu? I mean, asal usulnya selain dari pemberian nenek
then, kalau saiznya macam tu, batu padi tu disimpan kat celah mana?
ada tempat khusus ke?selalunya kalau berpenunggu ni, memang akan ada tempat special
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2017 03:06 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 13-6-2017 02:49 PM
mak aku cakap benda yang sama tapi muncul dalam pelbagai bentuk..
tak pernah lagi ada penampakan  ...

scary weh..kalau nampak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2017 03:13 PM | Show all posts
Ipo replied at 13-6-2017 04:01 PM
ha ya..salah baca tadi..baca balik you tulis 4 sekeluarga, sorry

ingatkan batu padi tu besar ma ...

masa tu mak aku baru siap menyapu rumah..
tiba2 dia terdengar macam ada benda kena baling...
batu tu dilontar kena skrin TV... nasib baik x pecah skrin tv tu..
bila mak aku nampak batu tu pelik semacam, mak aku saja2 simpan..
malam tu mendiang datuk dia datang dalam mimpi minta dia simpan dan jaga batu padi tersebut.
kat mana mak aku simpan??
aku teka jer...dalam kotak kayu ala2 peti harta karun lanun dalam bilik dia..
jangan berani2 nak buka ok! sebab dalam tu ada mcm2 jenis botol2 ubat..
taring labi2..taring babi jantan..cakar kaki helang, kaki biawak..batu2 kerikil..
topeng kayu (bukan sebarang topeng..topeng ni ada roh dia)
semua tu barang peninggalan mendiang moyang yang pernah jadi manang dulu kala..
mak aku cucu sulung..dia yang bela datuk.. maka barang tu mak aku yang jaga..
kami adik beradik mmg dilarang keras untuk membuka peti tersebut..



Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2017 11:01 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 13-6-2017 03:13 PM
masa tu mak aku baru siap menyapu rumah..
tiba2 dia terdengar macam ada benda kena baling...
bat ...

Oh..macam tu. Tq anna. Jadi memang ada tempat khusus utk simpanan.
Very interesting. Lain dari yg lain story dalam thread ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2017 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
JDT replied at 6-6-2017 10:19 AM
Moyang saya ni seorang dukun yang selain dari tujuan mengubat orang yg sakit tapi juga menyakitkan o ...

Jdt, boleh sy tau rambut kumang itu apa? Dah cuba google keluar gambar perempuan pakai baju kebangsaan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2017 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Usa.Gi replied at 15-6-2017 06:46 AM
Jdt, boleh sy tau rambut kumang itu apa? Dah cuba google keluar gambar perempuan pakai baju kebang ...

Kumang ni mengikut folklore atau cerita orang tua2 kaum iban ni seorang perempuan yang sangat cantik dan pandai serba serbi dari menganyam dan kerjatangan.
Dia berkahwin dengan Keling seorang lelaki yang berani, hensem dan gagah.
Mereka tinggal di Panggau Libau atau kayangan lah..
Banyak cerita pasal pasangan ni, rasa macam dongengan pun ada juga, ala2 puteri gunung ledang atau bunian. Tak pasti sekadar mitos atau kisah benar yg ditambah perasa.
Selalunya kalau ada perayaan seperti gawai ada pertandingan ratu cantik dan raja kacak..pemenang akan digelar Kumang gawai atau keling gawai sempena kecantikkan dan kekacakan sesorang itu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2017 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 13-6-2017 01:42 PM
Sawah 2 ekar yang mak aku usahakan dalam kisah terdahulu terletak ditepi jalan utama yang menghubung ...

Buah bambangan ya...di tempat kami dipanggil buah "embawang".. Sedap tau.
Aah buah empit rasa macam kacang badam
Penerangan makhluk yg ganggu mak Anna tu, macam "Antu Raya". Nenek saya pernah cerita masa dia cari rebung sekitar tahun 50an atau 60an..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2017 11:51 AM | Show all posts
JDT replied at 15-6-2017 10:22 AM
Buah bambangan ya...di tempat kami dipanggil buah "embawang".. Sedap tau.
Aah buah empit rasa mac ...

antu raya ye @JDT?
tak tau la hantu apa..sbb mak aku nampak asap tu jer..
jelmaan lain, orang lain yang nampak...
tp scary juga..
aktiviti memancing malam kat situ mmg mak aku tak kasi..
walhal, malam la paling best nak memancing sbb ikan keluar cari makan..


Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2017 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 15-6-2017 11:51 AM
antu raya ye @JDT?
tak tau la hantu apa..sbb mak aku nampak asap tu jer..
jelmaan lain, orang l ...

Deskripsi saspek bertepatan dgn yg nenek ceritakan...senario pun hampir serupa, hujan tetiba je dan ada masa boleh membesar setinggi atap rumah.
Dulu atuk pernah mengajar di suatu daerah di sepaoh, terpaksa naik perahu utk sampai ke situ..tetiba hujan batu, nampak macam ada kepulan asap di tebing sungai berdekatan dengan buluh aur..
Lepas tu ada penampakan yg tinggi mengalah dan seolah memegang tombak memerhatikan perahu diaorang.  Datuk buat tak tahu je walaupun dalam hati berdebar juga takut perahu tergolek dan karam sebab bapa saya adik beradik semua kecik2 lagi waktu tu ada sekali.. Tapi nasib baik tiada apa2 berlaku waktu tu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2017 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Adeihh...bila baca balik komen sendiri, rasa macam pelik sikit..maaf kaku dan kayu sikit bila menulis...
Saya jenis yg bercerita mesti siap dengan ekspresi muka dan tangan sekali, bila menulis terus jadi kekok sikit...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2017 12:27 PM | Show all posts
JDT replied at 15-6-2017 01:19 PM
Deskripsi saspek bertepatan dgn yg nenek ceritakan...senario pun hampir serupa, hujan tetiba je da ...

I see.... aku seumur hidup ni tak pernah lagi jumpa hantu raya...
meh la share lagi citer hantu kat sini supaya benang ni tak sunyi..hehe


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.140450 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list