CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: annabellaruz2

[BEST]Koleksi seram dan misteri Sarawak

  [Copy link]
Post time 24-11-2016 06:16 PM | Show all posts
mak.esah replied at 24-11-2016 04:57 PM
biasa hantu yg isap darah pad ni hntu asrama la kn..u nampak bebetul ke? wujud rupanya ingt cite ...

ya..depan mata
time tu masa kat asrama kolej di universiti..
terbangun tengah malam nak memerut..
sekali tengok sedap je makhluk tu hisap darah kat pad..
pad yang bersepah kat lantai tu bersih macam tak pernah pakai..
jadi, makhluk tu memang hisap sampai bersih la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2016 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 24-11-2016 06:16 PM
ya..depan mata
time tu masa kat asrama kolej di universiti..
terbangun tengah malam nak memerut. ...

siyes meh..ok mmg seram kalau jd dpn mata..dah la stay kolej ni  
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 24-11-2016 06:16 PM
ya..depan mata
time tu masa kat asrama kolej di universiti..
terbangun tengah malam nak memerut. ...

klu dh bersih smpai mcm tu, bole la recycle. jimat sket  
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik cerita tt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2016 09:35 AM | Show all posts
mirian1110 replied at 24-11-2016 06:56 PM
Padu TT orang srawak tek, srawak area siney bah?

Adalah...hihihihi...
bahaya oooo klu nak bgtau kat sini...hihihih
kang ada yang ambik kesempatan untuk PA..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2016 09:36 AM | Show all posts
MissVixen replied at 24-11-2016 07:04 PM
Mak cik tu mcm mana sekrang ye? Kalau mak cik tu p tempat taman orang bela buaya, mcm mana reaksi  ...

Alamak...aku tak pernah bawa makcik ni kat tempat2 macam tu.
Nanti aku try ajak makcik tu g Jong's crocodile kat kuching tu...hahaha


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-11-2016 11:10 AM | Show all posts
Aku tinggalkan korang dengan cerita yang terakhir sebelum aku datang balik dengan kisah2 yang bakal aku korek dari mak aku.

Aku g travelling sampai hujung tahun. Tahun depan baru aku balik Malaysia..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2016 11:20 AM | Show all posts
Edited by annabellaruz2 at 25-11-2016 12:23 PM

KETEGUR

Kisah ni macam tak masuk akal tapi memang betul-betul berlaku ke atas aku sendiri.

Biasanya kerja popular yang dilakukan oleh penduduk kampung selain dari bercucuk tanam adalah kerja dengan taukeh sarang burung.

Purata gaji seminggu adalah dalam RM70. Upah mencabut bulu yang melekat kat sarang pon Cuma RM4 sebakul. Aku kira dalam 200gm.

Sehari biasanya boleh dapat dalam 3 bakul. Mana yang cepat tu boleh dapat sampai 5 bakul. Seminggu 6 hari bekerja. Tapi itu dulu…zaman awal 90’an.

Zaman sekarang dorang makan gaji hari. Sehari dalam RM25 ke atas.

Jadi, memandangkan aku ni bekerja sebab nak berkawan, aku minta izin dengan bapaku untuk mengikut sepupu bekerja. Bapaku izinkan. Mak memang tak setuju. Kalau boleh dia nak aku duduk rumah jer. Masalahnya aku ni mana reti duduk rumah?

Lagi banyak aktiviti yang aku boleh buat. Memancing. Memburu ikan disungai menggunakan senapang ikan yang dibuat sendiri. Memanjat pokok ara untuk melastik burung.

Pasang perangkap burung. Belum masuk lagi aktiviti yang melibatkan anak2 buah yang sekolah rendah. Aku dengan sorang sepupu tahan kelambu di hilir. Pastu suruh bebudak tu mandi kat hulu sambil takut-takutkan ikan. Bila ikan lari ke hilir dan masuk ke dalam kelambu, angkat kelambu tu. Banyak ikan seluang dan pipi merah yang terperangkap. Sekali turun ke sungai, boleh dapat lebih 2 kg tau ikan seluang & pipi merah ni.

Aish…macam-macam la aktiviti yang aku boleh buat..…hehe

Tapi sebab dengar cerita dorang macam best jer kerja dan bergaul dengan orang lain. Maka aku pun teringin mencuba. Hari pertama bekerja, aku rasa seronok. Tp aku mampu buat 2 bakul jer…huhuh

Hari ke-2, 3 bakul…dan maintain gitu jer smpai hari sabtu…huhuhu..

Minggu ke-2 kerja pun, sama juga. Mampu habiskan 3 bakul jer sehari.

Aku akan menumpang lori pakcik yang akan lalu depan rumah aku pada pukul 5.30 pagi untuk ke simpang utama. Pukul 6.30 selalunya taukeh sarang burung tu akan datang menjemput kami ke tempat kerja. Dari rumah aku ke simpang utama tu cuma 15 mnt jer. Masa tu masih jalan batu dan tanah merah.

So nak turun atau naik bukit memang kena berhati-hati. Tambahan pula selekoh2 tajam yang terdapat disepanjang jalan memang merbahaya. Tapi yang paling tak best dilaluan tersebut adalah terdapat 2 hotspot lokasi yang paling tak berapa gemar untuk dilalui.

Salah satu lokasi adalah area yang terdapat sebuah kolam yang mempunyai pulau kecil ditengah2 kolam yang luas tu. Ditepian pula pokok2 ara tumbuh merimbun dengan akar2 berselirat dan dahan2 yang berjuntaian. Memang port best untuk hantu jembalang bergayutan.

Kami panggil Kolam Shah Harun bersempena dengan nama pemilik tanah yang berhampiran kolam.

Yang orang tak gemar adalah sebab bukit tu curam dan tinggi. Klu mendaki naik motor memang kena pakai gear 1 atau 2. Tanah liat kuning dan licin kalau hujan.

Biasanya orang kampung terpaksa menolak motor bila sampai ke bukit tersebut. Lokasi kerap berlaku kemalangan. Kalau kereta pun semput nak naik bukit tersebut.

Dan sebab kedua adalah unsur angker yang terdapat pada kolam tersebut. Kerap kali orang melihar seekor ular hitam yang besar seperti anaconda sedang melingkar ditengah-tengah pulau. Iban sebut ular tersebut adalah Nabau.

Dan yang paling  win bila mana pernah orang ternampak satu makhluk yang bertanduk dan bermisai serta bercahaya naik kelangit dari tengah-tengah pulau.

Kelihatan seperti naga. Disebabkan kemunculan makhluk2 tersebut, maka kami tidak dibenarkan menghampiri kolam tersebut apabila senja.

Walaupun sedari jauh kelihatan ikan yang besar2 tengah bermain dipermukaan air, bila dicampakkan joran, haram nak dimakannya. Tak pernah berjaya memancing walau seekor ikan pun dari dalam kolam tersebut.

Satu lagi adalah selekoh tajam yang berhampiran dengan pintu masuk ke kebun getah makcik aku di dalam cerita burung ketupung. Disitulah dia dan mendiang pakcik menoreh getah.

Area situ memang banyak berlaku kemalangan dan juga penampakan susuk-susuk yang berbeza2. Terutama jika berlaku kematian. Galak la makhluk2 ni menampakan diri..huhu

Pada suatu pagi hari Sabtu, seperti biasa aku akan turun ke tingkat bawah untuk memasak. Masa tu paip terletak diluar rumah. Jadi bilik air untuk mandi tu cuma berdinding tapi tak berbumbung. Melopong la kiranya.

Nak memasak pun leceh sikit sebab dapur sementara dah dialih ke bahagian tengah sebab bapa aku tengah renovate bahagian dapur. Ketika aku membasuh beras, tiba2 aku terdengar bunyi seperti ayam betina berketak dan mengibas sayap.

Gulpppp…ni yang tak syok..bulu tengkuk mula meremang…sebab biasa klu bunyi macam tu, ada ‘benda’ yang berhampiran. Lekas-lekas aku basuh dan sukat beras dan mengambil bekas untuk menadah air dan menyimpan stok dalam rumah. Nampak tak aku dah takut..huhuhu

Selesai sahaja aku mengisi bekas untuk menadah air dan mengangkut ke dalam rumah, apabila aku hendak menutup pintu, entah kenapa gatal plak mata dok mendongak ke atas. Kalau siang, memang nampak jelas pokok2 getah sepupu yang ditanam dihujung kampung.

Rumah aku pula jaraknya cuma 4 rumah dari hujung kampung. Macam aku pernah cakap, jarak antara rumah cuma lebih kurang 2 meter jer kiri kanan.

Apa yang aku nampak dihujung pokok getah tersebut, ada satu cahaya berwarna kuning oren sebesar bola tenis.

Pebenda pulak nih? Aku bercakap sendirian. Semakin aku pandang, cahaya tersebut semakin membesar dan seolah-olah meleleh cecair jingga. Semakin lama semakin besar.

Haishhh…lekas-lekas aku tutup pintu. Aku kejutkan adik untuk temankan aku kat dapur. Dan dia juga yang jadi mangsa untuk temankan aku mandi setelah pasti cahaya tersebut hilang dari pandangan.

Kesian adik aku yang berumur 6 tahun masa tu. Duduk mencangkung tepi pintu sambil berselubung dengan kain untuk temankan aku mandi.

Aku kalau pergi kerja akan menumpang lori pick up 1 tan pakcik yang bekerja sebagai pemandu lori. Depan rumah aku cuma jarak tak sampai 10 meter dari jalan utama penduduk2 kampung lain lalu lalang untuk ke bandar.

Sekarang jalan dah dialihkan ke belakang kampung. Aku biasanya akan duduk dibelakang lori pick up beramai2 dengan beberapa orang sepupu.

Port aku? Tentu la duduk bersandar dikepala lori dan memandang ke belakang sambil berborak-borak dengan sepupu.

Elok jer turun bukit kat area kebun getah makcik, entah kenapa mata aku terpandang satu susuk yang berwarna putih sedang terapung2 didepan pintu masuk ke kebun makcik. Pintu masuk tu memang ada sebatang pokok yang besar dan serumpun buluh betung.

Buluh tu pula melentur dan mewujudkan seolah2 pintu gerbang.

Zaapp! Gemuruh darah aku bila aku lihat susuk tersebut mempunyai rambut panjang..tp muka dia tunduk, so tak nampak la..kalau korang pernah tengok filem ‘Jangan Pandang Belakang”, lebih kurang gitu la rupa makhluk tersebut terapung kat pintu gerbang dengan tangan mendepang. Syukur sebab makhluk tu tak follow dan tak mengejar kami. Cuma penampakan sahaja.

Tiba pula dipersimpangan tanah perkuburan Kristian…betul2 bertentangan dengan simpang tersebut terdapat sebatang pokok buah Tarap yang merimbun dan berbuah.

Spontan pula aku terpandang bebola api sebesar bola sepak dengan api yang mencair tengah elok parking bawah pokok terap tu. Bertambah kecut perut aku.

Tapi aku perasan satu. Pakcik aku bawa lori laju semacam jer pagi ni. Dia nampak juga ke penampakan2 tersebut?

Sesampainya di persimpangan jalanraya utama, kami turun dan duduk di pondok bas sementara menunggu taukeh datang menjemput kami. Alih2 salah seorang sepupu aku, Mimi, minta ditemankan untuk menumpang membuang air dirumah makciknya yang terletak diseberang jalan.

Jadi, aku dan Amy pergi menemani dia. Bila sampai disana, rumah makciknya gelap gelita dan sunyi sepi.

Oh, Ya!  Baru teringat. Makciknya masih dikampung mak mertua dia selepas menguruskan upacara pengebumian anaknya yang berumur 5 tahun mati akibat dipatuk ular semasa di sawah. Nasib baik bilik air rumah makciknya diluar rumah. Jadi boleh la dia menumpang.

Selesai urusan, kami menyeberang untuk ke pondok bas. Pada masa yang sama, sebuah bas sekolah baru sahaja bergerak dan tak semena-mena aku jatuh terjelepok dan terduduk bersimpuh di atas jalan tar. Lekas2 aku bangun dan berjalan ke pondok bas.

Nasib baik tiada kenderaan lain yang lalu lalang masa tu. Kalau tidak, mungkin akan berlaku kemalangan lain pula. Bila terasa pedih, aku memeriksa dan mendapati betis aku habis disagat jalan tar. (Lama jugak betis aku tak tumbuh bulu akibat luka tersebut..huhuhu).

Aku bercadang untuk membasuh luka dirumah sepupu yang terletak diatas bukit kira-kira 100 meter dari pondok bas. Baru jer nak bergerak, tiba-tiba kami didatangi pakcik dari kampung nenek aku (kampung ke 6 dalam cerita kak ponti), memaklumkan yang adik salah seorang sepupu yang sama-sama naik lori tadi telah meninggal dunia.

Dia datang untuk menjemput si kakak balik dan tak payah bekerja pada hari tersebut. Automatik, kami pun tak boleh bekerjalah hari tu sebab sepupu meninggal.

Jadi kami terpaksa balik dengan berjalan kaki. Tetapi kami bernasib baik kerana pagi2 tu ramai guru2 yang mengajar di sekolah berdekatan lalu lalang dan menumpangkan kami sampai di rumah. Kat kampung tu ada 2 buah sekolah rendah. Satu berdekatan kampung aku, dan satu lagi berhampiran kampung No. 8 & 9.(refer kisah kak ponti).

Nak dijadikan cerita, aku tiba-tiba demam panas. Memang semalam pun aku dah demam sikit. Tapi hari ni lagi tinggi demam aku. Puas berselimut tebal tapi tetap aku berasa sejuk.

Mak dah pergi ke rumah makcik yang kematian anak tu. Kejap lagi mesti bapa aku datang jemput aku, bisikku.

Betul.

Tak lama lepas tu bapa datang menjemput aku. Tetapi memandangkan aku demam, bapa suruh aku berehat kat rumah. Lepas telan Panadol, aku tidur. Tapi demam tetap tak kebah. Petang tu bapa bawa aku ke hospital.

Esok tu masih lagi demam. Lusa selepas selesai pengkebumian sepupu tu, bapa bawa aku ke klinik pula.

Jadi hari ke-4 aku demam, mak dan bapa pergi ke kampung nenek untuk menolong apa yang patut kelurga makcik yang kematian anak tu.

Bila balik petang tu, masuk je ke rumah, mak aku menjerit…

“Pak nya oiiii…anak kita dah nak mati nih” kata mak. Aku memang masa tu dah lemah sangat. Sejuk seluruh badan aku rasa sedangkan mak aku kata bahang panas boleh dirasa walau aku bertutup litup dengan selimut tebal.

Sepatutnya aku tak boleh berselimut kalau demam, tapi sebab aku rasa sejuk yang teramat, tu yang aku berselimut.

Lekas2 bapa aku masuk dan sentuh dahi aku. Aku dah tak larat nak buka mata.
“ooo…budak ni bukan demam biasa ni…ada yang mengacau..” ujar bapa lalu mengambil segelas air dan sebilah pisau serta secubit kapur sireh. Sambil mulut terkumat-kamit dan hembus2 kat kapur sirih dan air tersebut.

Bapa calitkan di 3 penjuru dahi sambil terus membaca jampi serapah. Akhir sekali, air dalam gelas tu bapa aku hempus ke muka aku dan selebihnya, aku minum. Selesai berubat, aku tertidur. Malam tu demam aku mula kebah dan esoknya makin sembuh dan sihat. Hurmm…


Just nak share…semua kejadian ni berlaku dalam 1 minggu yang sama..

Tempat aku terjatuh kat jalan tar tu sebenarnya lokasi dimana anak buah aku yang berumur 6 tahun maut dilanggar kereta dan melambung. Dia baru turun dari van dan hendak menyeberang jalan untuk ke rumah neneknya sebelum dirempuh oleh sebuah kereta yang dipandu laju. Mayatnya jatuh betul2 ditempat aku terjatuh tu. Kejadian berlaku pada hari isnin. Memang kat situ jalanrayanya lurus. Jadi kaki2 rempit dan kaki lumba ni memang speeding habis.

Pada hari ahad sebelumnya, anak makcik yang kami tumpang toilet tu berumur 5 tahun telah dipatuk ular dan dimasukkan ke wad ICU dan koma. Dia akhirnya mati pada hari Khamis minggu yang sama.  Aku sempat singgah dirumah makcik ni untuk menziarah.

Dan sepupu yang lelaki ni meninggal pada pagi sabtu setelah beberapa minggu sakit akibat buatan orang. Katanya punca daripada seekor ayam jantan yang dia enggan jual kepada seseorang. Ketika meninggal, seluruh badannya berwarna kehijauan/kebiruan seolah2 orang yang meninggal minum racun. Baru berumur 16 tahun. dan merupakan satu-satunya anak lelaki kelurga tersebut. Bertahun juga mak dia masih terkesan dengan kematian anak lelakinya itu.

Dan menurut bapa, rupa-rupanya aku ni lemah semangat dan sampai sekarang bapa aku tegah aku pergi menziarahi orang meninggal sebab pasti aku akan ‘ketegur’. Demam panas yang teruk dan berlarutan. Makan la ubat demam jenis apa sekalipun, selagi tidak dibacakan ‘ubat ketegur’ memang susah nak kebah.

Sekian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2016 12:16 PM | Show all posts
Penceritaan best! Siap boleh cuba bayangkan lagi kawasan macam mana. suka~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2016 12:24 PM | Show all posts
bukannasigoreng replied at 25-11-2016 01:16 PM
Penceritaan best! Siap boleh cuba bayangkan lagi kawasan macam mana. suka~

thanks sudi baca...
Macam aku cakap, bila kita berada dalam sesuatu kejadian, kita boleh cerita dengan details dan secara tak langsung, orang yang membaca pon boleh masuk sekali dalam situasi tersebut...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2016 12:30 PM | Show all posts
tertinggal pula point penting kat situ..
masa tu aku tgh tgu keputusan SPM..
Bukan cuti sekolah jadi aku boring la bila takda kawan kat kampung..
tu yang gatal join sepupu ambik upah bersihkan sarang burung layang...
lebih kurang macam ni la..







yang ni biasa korang boleh jumpa kat kedai..yang dah siap diproses....



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2016 12:58 PM | Show all posts
Syazzy replied at 23-11-2016 10:17 AM
kami kalau bunyi burung wak wak di pagar kah dekat rumah, its like a sign ada family yang mau meni ...

family iban aku pun sama burung tu kalau bunyi memang tanda orang akan meninggal...memang jadi pun.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2016 12:58 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 25-11-2016 12:30 PM
tertinggal pula point penting kat situ..
masa tu aku tgh tgu keputusan SPM..
Bukan cuti sekolah ja ...

kat mana u ambik upan cabut bulu layang ni??
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2016 01:03 PM | Show all posts

istilah jamah makanan bila di jemput or di pelawa makan ni .

sorry off topic..

stop by dirumah uncle..suruh makan dulu..tapi sebab tak cukup masa mak kata tak pe jamah je..and family uncle/iban i ni..jamah tu bukan calit calit je..

setiap benda tu mesti masuk dalam mulut..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2016 02:20 PM | Show all posts
ogata replied at 25-11-2016 01:58 PM
kat mana u ambik upan cabut bulu layang ni??

macam soklan cepu mas pulak. Td ada forumer tanya aku sarawak kat mana??
huhuhuhuh
klu aku jawab mesti forumer dapat teka aku area mana..hahaha

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2016 02:26 PM | Show all posts
ogata replied at 25-11-2016 02:03 PM
istilah jamah makanan bila di jemput or di pelawa makan ni .

sorry off topic..

yup..betul tu...paling ditakuti 'kempunan' tu..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2016 02:49 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 25-11-2016 09:35 AM
Adalah...hihihihi...
bahaya oooo klu nak bgtau kat sini...hihihih
kang ada yang ambik kesempatan ...

Aihhh, jangan gia, hehehe, anyway teruskan bercerita k TT, best crita ktk
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2016 03:13 PM | Show all posts
selamat bercuti TT...nanti sambung semula yer...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2016 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Slmt bcuti..nnti dh hbis holiday jgn lupa update lg..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2016 03:44 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 25-11-2016 11:20 AM
KETEGUR

Kisah ni macam tak masuk akal tapi memang betul-betul berlaku ke atas aku sendiri.

ohhh Keteguran / Ketaguran....sama plak kan heheh ia lah seborneo mmg sama sja hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.170983 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list