CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 225706|Reply: 988

[BEST]Koleksi seram dan misteri Sarawak

  [Copy link]
Post time 22-11-2016 11:33 AM | Show all posts |Read mode
Edited by BabeYSHa at 10-7-2017 12:53 PM

Biasanya aku menumpang thread forumer2 lain sebab aku rasa kisah yang aku nak kongsi tak lah banyak mana..
Jadi aku buka benang ni untuk berkongsi kisah seram dan misteri yang pernah aku, keluarga dan rakan2 aku lalui untuk bacaan bersama..ada juga yang aku petik daripada kejadian yang berlaku didaerah penempatan keluarga ku.

Sebagai permulaan, aku kongsikan kembali kisah Tempayan berpenunggu & Burung ketupung Seruan maut yang aku dah kongsikan di benang @AnggunSophea (Thanks anggun)

Anda juga boleh sharekan pengalaman dan cerita seram atau misteri yang anda lalui di sini supaya lebih meriah.

cuma saya berharap tiada yang mengambil kesempatan copy paste cerita aku untuk dipublishedkan di mana2 social media samaada untuk keuntungan atau perkongsian sebab ada di antara cerita2 ni macam tak masuk akal & mungkin mengaibkan yang empunya cerita..tapi aku akan cuba untuk cover sebaik mungkin..

Terima kasih.


Tempayan Berpenunggu

Moyang atok belah mak aku dulu sebenarnya dukun…
So adalah menurun ilmu sikit2 kat mak aku…
Aku ni plak mmg jenis tak percaya benda2 macam ni…
wlupun mcm tu, aku sangat takut kalau bercakap pasal saka..sebab dah jd mindset…
asal keturunan dukun or bidan mesti ada membela..

meh la citer sikit pasal family aku..
Klu tak, nanti mesti susah nak tangkap pasal citer aku nih..
Moyang pompuan aku berasal dari Kuala Belait, Brunei…
Moyang lelaki pulak keturunan iban + jepun+british, aku x tau nak describe…heheheh (bapak iban + jepun/mak iban + british)

Klu dah Iban ni mmg zaman skrg dipanggil sebagai Sea dayak sbb perkampungan biasanya berhampiran dgn sungai…
Sementara Bangsa Bidayuh adalah Land Dayak…tinggal di pedalaman yg berbukit..
Zaman dahulu bila perang, hero akan penggal & bawa balik kepala ketua musuh...

Dipendekkan cerita, kat kampong mak aku tu, pernah berlaku peperangan 2 puak dan kepala ketua yg kalah telah dipenggal dan disimpan di dalam 1 pondok khas yang terletak di belakang rumah datuk aku..
almaklum ketua kampung..
wlupun ianya kepunyaan musuh, tetapi tetap dihormati dan berlaku upacara pemujaan pada setiap hari Gawai Hantu..
perlu tahu ye…

orang dulu2 bukannya ‘kosong’..
mereka ada sesuatu yang jadi pendamping…
jika tak mahu diganggu oleh pendamping, kena la hormat dan bagi ‘makan’ kat kepala tu…
Sebenarnya aku sendiri x pernah tengok upacara tu..
Cuma dengar cerita daripada sepupu2 yang masih tinggal di kampung…

Jika pada musim perayaan ‘Gawai Hantu’ tiada upacara diadakan, maka setiap kali bulan mengambang, akan kedengaran riuh rendah dari pondok tersebut..
dan tengkorak tu pulak nampak bercahaya seperti bebola api…
dan pastinya selepas itu, akan ada yang meninggal.
x kira usia..tua muda kecil besar, ada saja yang jadi mangsa..
dan dalam masa yang sama tempayan yang berpenutup pula akan menangis sayu…
memang meremang bulu roma kalau mendengar bunyi sayup2 suara mendayu2…

“u u u u uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu uu u uuuuuuuuuuuuuuu u u uuuuuuuuuuuuuuuuu’ sepanjang malam..
sesambil bunyi krukk krukk krukkkkk dari dalam tempayan..

takkan nak kata tikus plak…tempayan berpenutup tanah liat..
Suasana sunyi kampung yg belum ada bekalan tenaga letrik masa tu, lagi tambah menyeramkan…
Biasanya ada kedengaran bunyi ayam itik dari reban dibawah rumah…

eh,eh,eh…bila suasana riuh dipondok dan tangisan sayu dari tempayan, ayam itik jadi bisu…
itu yang menyebab kan bunyi2 seram tu jelas kedengaran…
akan tetapi.. ada back up singer sayup2 juga kedengaran anjing melolong sayu….

aauuuungggggggggggggg..ungg unggg ungggg..aungg aunggaunggggg…

Pada masa ni memang seorang pun tak berkutik ..
segala-galanya bisu kecuali anjing, pondok & tempayan..

Mana-mana rumah yg terletak agak jauh dari pondok tengkorak tu pun takkan selamat sebab ada yang mengadu kena kacau..
bumbung macam kena siram dengan batu kerikil…
dinding kena cakar…jari berkuku panjang dicelah bilah tingkap..
suara mengilai keliling rumah..sepasang mata mengendap di belakang tabir..

Bayangkan kalau masa tu duduk hanya bertemankan lampu minyak tanah…korang x rasa seram ke?

Tapi lebih 15 tahun yang lepas, disebabkan satu kemalangan kebakaran, pondok tu dah musnah..
termasuk tengkorak tu hangus jadi abu dijilat api…
Bunyi2 menyeramkan dari pondok tu pun dah hilang…
tinggal tempayan jer yang masih ada…Cuma dah kurang berbunyi…

adakah tempayan dan tengkorak tu ada kaitan? Kot2 dulu harta benda yang empunya kepala tu pun dirampas jua??

Allahualam….. masih menjadi misteri dan juga lagenda seram kat kampung tu sampai kini..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2016 11:36 AM | Show all posts
Burung Ketupung Seruan Maut

Orang kampung,  apa lagi kerjanya kalau tak bercucuk tanam dan bersawah bendang.
Mak aku ni jenis tak reti duduk diam…dia suka bercucuk tanam…
Pada suatu hari, dia tergerak hati nak ikut makcik aku ke sawah..
Kami sendiri tak de sawah sebab keluarga aku baru jer balik ke kampung lepas bapa aku pencen..
Jadi niat mak aku sebenarnya nak tolong makcik sesambil belajar nak tanam padi..

Kebetulan pula, pakcik aku baru jer baik dari sakit…
dia pun ikut sekali ke sawah walalupun telah ditegah dan disuruh berehat di rumah..
Sedari awal pagi sampai kira2 pukul 12tghari berada di sawah, pakcik aku hanya duduk dipondok sesambil menjemur padi..sesekali terbatuk2 kecil...sesekali menyanyi mengikut lagu-lagu yang berkumandang di radio..

Mak dan makcik pula sibuk nmenyemai padi mengikut jenis padi dan petak sawah…
memandangkan sawah dengan  rumah tak jauh, maka, sepatutnya dorang balik ke rumah untuk berehat sebelum turun semula ke sawah lebih kurang pukul 2 petang.

Tp biasanya kat pondok tu memang ada barang keperluan memasak sbb walau dekat tetapi nak  kena naik bukit..penat juga tu.... sawah pula tanah paya..

Jam menunjukkan pukul 12.30 tghari…mak dan makcik kembali ke pondok sebab mereka merancang untuk memasak dipondok sahaja. Malas nak balik ke rumah.

Lauknya?
Petik ajer pucuk ubi, pucuk paku, pucuk rebung atau sebarang sayur-sayuran yang tumbuh subur di tepi pondok tu.
Tak pun, ambik jer terung dayak atau kacang panjang yang ditanam sendiri disekitar pondok.
Kebetulan bubu yang ditahan pagi tadi mengena…ada beberapa ekor ikan keli & puyu terperangkap di dalam bubu.
Jadi, itulah rezeki makan tengahari nanti. Biasanya juga ada stok sadin kat pondok tu..tp yg tu bila betul kecemasan jer sebab dorang lagi suka lauk sayur2 kampung...

Semasa tengah sibuk memasak, dengan tiba2 hujan turun dengan lebat dalam suasana panas terik..siap dengan angin bergulung2….
kelam kabut mereka menolong pakcik untuk menyimpan padi ke dalam pondok… dalam masa yang sama, kedengaran bunyi burung ketupung dicelahan runtuhan bunyi hujan. Mak aku dah berdebar..sebab biasanya kalau burung tu berbunyi, maka akan berlaku malapetaka atau kematian.

Tiba-tiba mak aku terasa bulu tengkuk dia meremang..sekilas pandang dia melihat kepulan asap nipis seiring dengan gulungan angin yang seperti puting beliung. Spontan jugak mak aku membaca apa2 yang patut.. (macam aku cerita kat kisah tempayan tu, mak aku ada ilmu sikit2 bab2 benda ghaib nih).

Kalau mengikut perkiraan, seolah2 angin tersebut akan merempuh pondok tempat mereka berlindung, namun, melencong ke sebelah kiri sebaik menghampiri pondok. Elok jer puting beliung kecik tu hilang, hujan pun berhenti dan keadaan kembali sediakala seolah-olah tiada hujan sebab cuaca memang tengah panas terik.

Selesai makan, mak mengajak pakcik dan makcik untuk balik ke rumah dan tak perlu untuk turun ke sawah. Ini sebab mak aku macam dapat petanda yang tak elok. Esok sajalah kita sambung, kata mak. Mereka balik ke rumah dan esok akan turun ke sawah lewat sikit sebab pagi2 makcik dan pakcik nak menoreh. Masa tu harga getah RM10/kg. Lumayan tau.

And guess what?

Keesokannya seperti biasa, makcik akan bangun sekitar pukul 4 pagi utk bersiap sedia menoreh. Dan pakcik aku akan setkan alarm telefon dia pukul 4.30.
Ye la, 30 minit awal tu utk makcik aku siapkan sedikit bekalan untuk menoreh. Biasanya air kopi dan sedikit biskut.Bila alarm berbunyi dan pakcik tak bangun lagi, makcik aku yang berada di dapur, pegi ke bilik tidur untuk kejutkan pakcik. Sebab dia pelik kenapa pakcik tak keluar2 lagi dari bilik. Biasanya pakcik aku akan terus bangun untuk bersiap. Bila jam menghampiri 5 pagi, makcik aku dah resah..apasal lambat plak orang tua ni bangun...

“Bang…o Bang…cepat la…dahlambat ni…nanti nak ke sawah pulak”…sambil menolak lembut bahu pakcik yangsedang baring mengiring…
macam adegan drama melayu yang kita tengok dalam TV, badan pakcik aku perlahan-lahan terlentang..mak cik aku goncang pula tubuh pakcik..masih tak bergerak..makcik menjerit memanggil nama pakcik...

kebetulan rumah aku dengan makcik cuma selang sebuah rumah sahaja…dan jeritan dia memang boleh didengar dengan jelas..bergegas mak dan abah ke rumah makcik untuk melihat apa yang berlaku, jiran sebelah pun sama-sama bergegas.. muka pakcik masa tu dah kebiruan..nadi dah terhenti dan tiada lagi degupan jantung…pak cik aku meninggal tanpa disedari oleh mak cik. Untuk makluman, makcik dan arwah pakcik aku ni tinggal berdua dikampung. Anak 2 orang jer. Yang sorang mengikut suami bekerja di Penang dan sorang lagi kerja askar posting pulak disemenanjung.

Selesai upacara pengkebumian pakcik aku. Mak pun bercerita….malam tu dalam mimpi dia melihat seorang wanita cantik yang mengaku sebagai Puteri marah2 sambil berkata yang kepulan asap tu adalah rombongan dorang untuk menjemput bakal suami baru dia…tetapi mak telah mengganggu urusan mereka sehingga mereka terpesong sebab tiba2 pondok tu hilang dari pandangan. Kalau tak, masa tu juga dia jemput ‘suami’ dia tu. Dengan senyuman,dia berlau sambil berkata…”tapi ko takkan berjaya halang sebab aku akan tetap jemput dia”...ala2 cerita khayalan kan?? Tapi itulah kisah benar yang berlaku..

Bila terjaga, mak ingat nak pagarkan rumah makcik tu keesokkannya. Tetapi, tak sangka pula yang pakcik boleh meninggal malam tu. Lagipun pakcik tu tak la tua sangat. Belum cecah lagi 60 umur pakcik tu.  Tapi, mungkinkah benar puteri tu berjaya menjemput bakal suaminya malam itu, atau memang ajal pakcik?

Sampai sekarang pun kami masih tidak dapat melupakan kejadian tu dan akibatnya, kami dah tak berani nak memancing kat anak sungai yang mengalir di sawah mak cik tu bila senja..
Had limit nak memancing pon sampai pukul 5 petang sahaja. mak memang takkan benarkan kitaorang memancing malam walaupun itulah aktiviti paling best sebab pasti akan dapat hasil yang lumayan.

Cuma sampai sekarang,bunyi burung ketupung tu memang umpama seruan maut bagi orang-orang iban. Kalau dengar je bunyi burung tu, mmg segala hasrat nak pegi kemana-mana akan dibatalkan dan duduk jer la kat rumah. Takut terkena bencana.

sekian.

Comments

tacang diberi ciput jer..sebab dah bagi banyak kat benang anggunsophea.. huhu  Post time 22-11-2016 03:55 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Best! More pls
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Best cerita awak. Seronok membaca.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2016 12:30 PM | Show all posts
Thanks dear...Aku tengah taip kisah misteri Buaya Hitam bertanduk yang baham penangkap udang..
kes berlaku tahun 2015. Dan mangsa adalah kawan baik bapak aku..

Alfatihah buat mangsa..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 22-11-2016 10:33 AM
Biasanya aku menumpang thread forumer2 lain sebab aku rasa kisah yang aku nak kongsi tak lah banyak  ...

Kena puja ya kepala tu?
Dulu masa budak2, pakcik selalu cerita penggal kepala ni...sampai balik mengaji malam2 berhimpit2 jalan  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2016 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 22-11-2016 10:36 AM
Burung Ketupung Seruan Maut

Orang kampung,  apa lagi kerjanya kalau tak bercucuk tanam dan bersaw ...

Macam mana rupa burung ketupung tu,?
Maknanya puteri tu kira dh balas dendam pd pakcik tu sbb makcik tu halang laluan dia..
Misteri...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 01:04 PM | Show all posts
wahhh... tread sendriiiii


best best!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2016 01:20 PM | Show all posts
Citer ni best..just teringat aku gi muzium sarawak ari tuh..byk tengkorak yg kena penggal.. masuk area tuh je aku start pening ok..huwaaa pas kuar muzium tuh ok plak..adoyai
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
cek in dulu. malam nnt baca. TT update banyak2 lagi story
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2016 01:37 PM | Show all posts
Ipo replied at 22-11-2016 01:41 PM
Kena puja ya kepala tu?
Dulu masa budak2, pakcik selalu cerita penggal kepala ni...sampai balik m ...

nak kata puja pun x juga...tp kena bagi makan la...
klu x dibagi makan, dia kacau penduduk kampung..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2016 01:38 PM | Show all posts
Ipo replied at 22-11-2016 01:43 PM
Macam mana rupa burung ketupung tu,?
Maknanya puteri tu kira dh balas dendam pd pakcik tu sbb mak ...

Wallahualam....aku tak pernah tengok rupa burung tu..
Cuma bunyi jer yang aku tahu dan pernah dengar..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2016 01:40 PM | Show all posts
Lolalala replied at 22-11-2016 02:37 PM
cek in dulu. malam nnt baca. TT update banyak2 lagi story

thanks..tengah recall balik ingatan aku pada kisah misteri yang mak aku pernah citer..
ada banyak sebenarnya..
ada panjang ada pendek..
nanti aku update 1 persatu..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2016 01:56 PM | Show all posts
Misteri Buaya Hitam Bertanduk

Rumah sepupu mak aku ni memang berdekatan sebatang sungai yang agak terkenal di area Kota Samarahan…sebut jer ai’ semeran, dah sedia maklum akan kelebaran dan cerita-cerita misteri dan seram disepanjang sungai tersebut.

Dulu kala, sungai tu lah punca sumber air buat penduduk kampung yang berhampiran sungai sebelum mendapat bekalan air paip. Aku sendiri pun pernah berenang menyeberangi sungai untuk ke kawasan hutan mengambil buah rambutan yang tumbuh liar di seberang sungai. Agaknya pokok buah yang tumbuh angkara monyet kot. Masa tu aku mana kenal erti takut. Almaklum umur muda lagi. Lasak pun iye. Lagipun masa tu mana de buaya macam sekarang…huhuhu

Selain itu, sungai tu juga merupakan penyumbang bekalan sumber makanan seperti ikan, udang, labi-labi dan sebagainya. Sumber pengangkutan dan jalan perhubungan utama sebelum menaiki bas untuk ke Bandaraya Kuching.

Itu dulu….sekarang nak berdiri di tebing sungai pon dah seram.. banyak sangat kes dimakan buaya kebelakangan ni…meh nak cerita pasal satu kejadian yang menimpa kawan baik bapak aku.

Pakcik Ali ni kerjanya memasang belat untuk menangkap udang di sungai. Kadang-kadang dia memasang jaring untuk menangkap ikan. Dia biasanya ditemani oleh anaknya yang berusia 8 & 12 tahun.

Hasil tersebut akan dijual kepada penduduk kampung dengan harga yang berpatutan. Dan biasanya bapak aku la pelanggan setia sebab kami ni suka makan udang dan ikan sungai. Ikan baung adalah diantara ikan kegemaran kami. Sedap ooo klu masak gulai atau tumis kuning johor.

Pakcik Ali ni pernah mengagumkan penduduk kampung apabila dia berenang seiring dengan buaya untuk mengambil bola yang terjatuh ke dalam sungai. Padang bola memang terletak dalam 20 mtr dari tebing sungai. Dah la padang tu takde berpagar.

Sepupu juga pernah bercerita semasa dia mengikut pakcik Ali ni menahan belat untuk menangkap ikan, terserempak dengan buaya. Pakcik Ali masa tu berada di dalam air sementara sepupu berada di atas sampan. Sepupu ni dah kejung kat sampan sambil tahan nafas, pakcik Ali pula selamba berenang sambil berpaut pada sampan.

Pada suatu hari, seperti biasa, selepas air pasang kira-kira pukul 11 malam, Pakcik Ali pergi menahan belat bersama 2 orang anaknya. Anak2nya berada di dalam sampan sementara Pakcik Ali turun ke dalam air. Setelah menyusuri tebing hampir 30 minit, tiba-tiba Pakcik Ali menjerit kepada anak-anaknya…

“Pergi balik...pergiii…naik tebing…jangan pandang belakang…..pergiii…pergiiiiiii”

Anak perempuan pakcik Ali yang berumur 12 tahun sempat menoleh sambil berkayuh ke tebing dan melihat Pakcik Ali sedang digigit oleh seekor buaya hitam yang bertanduk..sebelah kaki Pakcik Ali sedang berada dirahang buaya. Sepantas kilat anak2 pakcik Ali naik ke tebing sambil menyuluh ke arah Pakcik Ali yang sedang dilambung dan dibaham buaya hitam sebelum hilang tenggelam ke dalam sungai..

Anak2 Pak Cik Ali berlari meminta pertolongan penduduk kampung yang berhampiran..sunyi malam menjadi gempar..seluruh penduduk kampung bergegas ke sungai..namun tiada apa yang dapat dilakukan…

Penduduk kampung menghubungi pihak polis dan usaha mencari Pakcik Ali segera dilakukan dengan bantuan penduduk kampung dan JPAM & RELA. BApa aku pun terlibat sama dalam operasi yang dijalankan bermula pukul 2pagi dan berahhir pada pukul 10pg hari yang sama setelah mayat Pakcik Ali yang tinggal separuh dari bahagian pinggang ke bawah dijumpai lebih kurang 2km dari tempat kejadian.

Jerat umpan dipasang bagi menangkap buaya yang membuat onar..selama seminggu sebanyak 7 ekor buaya yang saiznya lebih 2 meter telah ditangkap. Tetapi, disahkan oleh anak-anak pakcik Ali, seekor pun bukan buaya yang memakan Pakcik Ali. Berdasarkan warna hitam dan tanduk yang dikatakan tidak terdapat pada buaya-buaya berkenaan.

Desas desus mengatakan bahawa sebelum tu pun ada pemancing yang sedang memancing udang  pernah ternampak buaya hitam sebesar kereta kancil dan bertanduk sedang berenang di dalam sungai. Ada juga yang menyangka bahawa buaya itu adalah Bujang Sebelak yangSEBENAR yang mengganas di Sungai Roban walaupun pernah diberitakan bahawa buaya tersebut berjaya ditangkap dan mati ditampar oleh Pawang.

Sampai kini, diyakini bahawa buaya yang membaham Pakcik Ali masih lepas bebas di Sungai Ai Semeran berkenaan.

Al-Fatihah buat Pakcik Ali..

Coming soon…. Penampakan susuk bertanduk seperti rusa dan bersisik seperti naga di lubuk…….

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 02:08 PM | Show all posts
ohh... TT dah buka umah sndri...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 02:10 PM | Show all posts
lagi lagi dan lagi...setia ikut cerita ko...heheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2016 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 22-11-2016 12:56 PM
Misteri Buaya Hitam Bertanduk

Rumah sepupu mak aku ni memang berdekatan sebatang sungai yang aga ...

Sedih pulak baca kisah ni..
Buaya bertanduk tu rare agaknya spesies ni..
Al fatihah utk pakcik Ali
Anyways, best citer! menarik!
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 02:41 PM | Show all posts
TT. Best cerita. Harus iols berkampung di sini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2016 02:42 PM | Show all posts
Ipo replied at 22-11-2016 03:17 PM
Sedih pulak baca kisah ni..
Buaya bertanduk tu rare agaknya spesies ni..
Al fatihah utk pakcik A ...

Tu lah...sedih sangat sebab lepas tu memang kami jarang dapat makan udang sepit biru tu..
nak beli mahal sangat..cecah ke RM40 sekilo..
biasa yang pakcik ali tangkap tu sebesar lengan dan bersepit biru sebelas jari kelingking dewasa..
sedap tau nak sedut kepala udang tu bila dimasak lemak..



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2016 02:51 PM | Show all posts
Penampakan makhluk bertanduk & bersisik seperti naga

Aku belajar di sekolah rendah yang berhampiran dengan kampung nenek aku.
Sekolah berasrama bantuan kerajaan. Sekolah ni terletak berhampiran Sg. Ai Semeran yang aku ceritakan dalam kisah buaya hitam tu..

Sebelum disediakan bekalan air paip, kami mandi menggunakan air sungai yang dipam ke dalam beberapa  kolam yang dibina khas berhampiran asrama lelaki dan perempuan, kantin serta rumah guru. Walau bagaimana pun, untuk kantin, disediakan tangki air khas untuk menadah air hujan bagi kegunaan memasak.

Kerap kali juga pam rosak dan memang inilah yang ditunggu-tunggu oleh budak-budak termasuk aku sebab inilah peluang untuk buat kuak lentang, kuak kupu-kupu, terjun junam, sapa hebat menyelam dan pelbagai aksi sukan air olimpic…hahahaha

Oh, tak dilupa…lupa renang ke seberang sambil kutip buah rambutan dan mangga yang banyak tumbuh meliar diseberang sungai. Tak ketinggalan pelbagai buah-buahan tempatan.

Tapi tu semua dibenarkan kalau air surut… kiranya selamatlah untuk budak-budak sekolah rendah. Kalau air tengah pasang memang tak dibenarkan turun ke dalam sungai.
Cikgu akan mengawasi setiap kali selepas makan tengahari untuk pelajar mandi di pangkalan yang disediakan. Kalau air pasang, pelajar akan diminta menggunakan gayung atau baldi.

Pada suatu senja, gara-gara sakit perut, aku dan 3 orang kawan pergi ke pangkalan untuk mengambil air sebab kebetulan hari tu pam rosak. Jadi kalau nak kencing berak kena ambil air kat sungai. Sesambil tu boleh lepak tengok air yang tengah pasang..bila pasang memang titi jeti akan tenggelam..jadi memudahkan kami untuk mencedok air dari pangkin atas.

Sedang rancak berborak, entah macamana salah seorang kawan aku tu tetiba terdiam sambil jegil2 mata kat aku dan 2 orang lagi rakan dan jarinya menunjuk ke satu arah. Kami semua terdiam sambil memandang ke arah yang ditunjuk oleh kawan aku tu.

Dia menunjuk ke arah lubuk yang kelihatan seperti anak gua bertanah merah.. untuk pengetahuan…setiap kapal, bot dan sampan yang lalu kat sungai itu akan mengelak untuk menghampiri lubuk yang terletak disebelah kiri tersebut kerana dikatakan ada lumpur jerlus dan ‘sesuatu’. Semua akan menghimpit serapatnya ke sebelah kanan. Kapal yang lalu kat situ adalah kapal balak dan bot tunda kayu balak..(ni pun ada cerita yang dilalui oleh bapa aku sebagai pemandu bot tunda kayu balak)..

Berbalik pada kisah kami tadi…dalam remang senja nan jingga…sekonyong-konyong dari dalam air yang tengah berpusar di lubuk tersebut (jarak pangkalan dengan lubuk dalam lebih kurang 500 mtr sebab kat situ laluan sungai agak lurus dan menjadi luas sebab tengah pasang), kami mampak sejenis makhluk bertanduk dan bersisik.. masa tu yang terlintas dalam kepala kami hanyalah NAGA…tetapi masih boleh dinafikan sebab penampakan cuma sedikit sahaja..bahagian kepala yang bertanduk dan bersisik..tetapi tiada penampakan tubuh yang lain… kawan aku yang bertiga dah campak baldi dan berlari balik ke asrama yang jaraknya dalam 300 mtr dari pangkalan..aku pun takkan nak tunggu pula kan..harus la angkat kaki sekali..walau bagaimanapun…seorang pun kami berempat tak berani nak buka mulut petang tu…

Entah apa berlaku pada makhluk tu lepas tu pun kami tak tahu. Yang paling pelik, terus perut aku elok tak memulas pun sampai esok pagi…beberapa tahun selepas tu, ada berlaku juga penampakan makhluk yang sama diceritakan oleh orang-orang kampung berhampiran apabila ada yang terserempak dengan makhluk berkenaan semasa memancing di tebing sungai. Tetapi samalah...hanya penampakan bahagian atas kepala yang bertanduk dan bersisik.

Sungguh misteri...bagaimanakah rupa sebenar makhluk tersebut? Adakah ianya penunggu lubuk tersebut atau hanya menumpang sementara?

Yang pastinya..kini, sungai tersebut semakin kurang dilalui oleh penduduk kampung selepas projek jalan raya siap dibina oleh kerajaan. Sesekali kapal & bot tunda balak sahaja yang menggunakan laluan tersebut.

Ni gambar sungai yang aku sempat google untuk memudahkan korang imaginekan sungai tersebut. Dihujung jalan tu adalah rumah sepupu mak aku yang jadi pusat operasi mencari pakcik Ali dalam citer aku sebelum ni..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.146375 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list