CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: annabellaruz2

[BEST]Koleksi seram dan misteri Sarawak

  [Copy link]
 Author| Post time 3-1-2017 03:01 PM | Show all posts
Terima kasih semua..Yeayh..aku dah kembali dari cuti panjang..

FYI, aku bukan bercuti balik kampung rumah panjang… area aku xder rumah panjang..
Semua dah transformed jadi rumah teres..

Sebagai hadiah tahun baru, aku kongsikan satu kejadian misteri yang berlaku masa aku kecil dahulu.

Sebagai penduduk kampung, kerja bercucuk tanam ni dah memang jadi kerja utama penduduk kampung terutamanya bersawah. Boleh dikatakan apabila tiba musim menanam padi, kebanyakkan penduduk kampung akan bermalam di pondok yang dibuat khas di sawah. Pondok yang berlantai dan berdindingkan buluh dan beratapkan daun rumbia.

Tetapi pondok yang bapa aku dirikan pula beratap zink dan dilapik dengan daun rumbia supaya tidak kepanasan. Jadi bila malam, sejuk dan nyaman jer. Sebelum orang kenal aircond, pondok kami tu terlebih dahulu beraircond semulajadi. Bila musim hujan, memang kesejukan hingga ke tulang sumsum. Serta merta berubah menjadi tenggiling. Mengerekot jer tidur sambil berselubung dari hujung rambut ke hujung kaki. Hahahaha

Seperti biasa, bila tiba musim menuai, kami anak beranak akan bermalam dipondok di tepi sawah tu. Makan dan minum berpunca darpada hari hujan. Mandi memang dari telaga yang bapa aku korek sendiri di tepi pondok. Air telaga tu tak berapa sejuk. Sentiasa suam jer. Jadi kalau nak mandi pagi memang terasa sedaplah kan. Tapi bila panas terik, ada satu lagi telaga mata air yang terletak di kaki bukit sawah padi tu.

Di gigi telaga tu terdapat sejenis rumput yang batangnya segitiga dan agak keras. Aku pun tak tahu apa nama rumput tu. Kalau yang biasa ke sawah mesti dapat agak rumput yang aku ceritakan ni. Biasanya kawasan air yang ditumbuhi oleh rumput tersebut akan menjadi tempat ikan-ikan liar bermain dan menjadi sumber air minuman yang menjadi ‘dambaan’ petani-petani kerana airnya yang sejuk dan nyaman. Masa tu tak berapa kenal lagi rupa peti sejuk..hehehe

Pada suatu hari, kami berhenti menuai lebih awal dari biasa kerana hujan panas yang berlaku pada awal petang. Mungkin aku agak dalam pukul 3 petang. Jadi memandangkan pantang larang kami ni, kalau hujan panas, memang tak dibenarkan untuk melakukan sebarang aktiviti di luar rumah. Jadi malam tu kami berehat lebih awal. Masa tu TV memang bukan menjadi hidangan utama kami. Kalau radio pun ada masa-masa tertentu sahaja yang bersiaran.

Awal senja, kira-kira pukul 6 petang, bapa pergi keluar memburu dikebun getah yang berhampiran. Masa tu pelanduk memang senang-senang jer boleh dapat. Kadang-kadang tenggiling, landak dan ayam hutan biasa menjadi hidangan mewah kami sekeluarga.

Sebaik sahaja bapa keluar memburu, emak mengajak kami berkurung di dalam pondok. Masa tu memang emak tidak akan membenarkan kami berada diluar pondok. Apa lagi? Kami pun mula berbaring dan perlahan-lahan terlelap. Dalam keadaan mamai, aku terjaga dan aku tengok mak masih mengayam tikar bemban.

Tiba-tiba anjing2 peliharaan kami menyalak dengan nada seperti melihat orang asing. Aku terdengar bunyi tapak kaki berjalan menghampiri pondok dan berhenti sebentar sebelum bunyi air telaga berkocak seperti orang membasuh kaki. Agak lama bunyi tersebut kedengaran. Sementara salakan anjing semakin ganas. Emak membuat isyarat diam.

Adik-adikku yang lain tidur seolah-olah bunyi salakan anjing itu adalah irama yang mendodoi mereka menjadi lena. Emak bangun mengambil parang panjang seolah-oleh bersiap sedia jika ada apa-apa yang tak dijangka berlaku. Lebih 10 minit keadaan itu berlarutan dan akhirnya anjing berhenti menyalak dan bunyi kocakan air tidak lagi kedengaran.

Hampir 10 minit berlalu, kedengaran salakan dan bunyi anjing menyambut kepulangan tuannya. Siapa lagi kalau bukan bapa aku. Bapa pulang membawa hasil yang lumayan. Dia mendapat 3 ekor pelanduk dan seekor tenggiling. Belum sempat bapa naik ke pondok, emak bertanya. “tadi awak ada balik ke pondok tak?’
“Aah..ada..”Jawab bapa. Tanpa berlengah bapa menyuruh kami berkemas untuk balik ke rumah nenek dikampung yang berhampiran. Rumah kami terletak agak jauh dari sawah tersebut.

Aku yang ketika itu baru darjah 6 menyangka bahawa bapa sengaja ingin balik berkongsi rezeki yang lumayan malam tu dengan keluarga emak. Ada kisah disebalik cerita rupanya…

Dengan motosikal scrambler bapa yang gagah perkasa membelah jalan kampung yang berbatu dan lecak tanah kuning, kami balik ke rumah nenek. Apabila sampai dirumah nenek, emak tanpa berlengah lagi terus berkata ‘Baik awak cakap cerita sebenar. Saya rasa awak tipu”

Perlahan-lahan bapa berkata, “Tadi saya tak balik pun ke pondok. Tapi saya dapat rasa sesuatu juga berlaku kat pondok sebab saya terserempak dengan hantu galah masa tengah memburu tadi. Sebab tu bila dapat pelanduk yang ketiga tu saya terus balik. Dari seberang jalan saya dah nampak bebola api tengah berlegar berhampiran pondok. Lepas dah baca jampi sikit-sikit baru bebola tu hilang. Lepas tu saya terus balik ke pondok dan ajak awak balik ke sini”.

Hurrmm…lepas je bapa bercerita, emak pun apa lagi….macam bertih goreng mulut dia menyumpah sambil nenek dan makcik tercengang-cengang melihat drama minggu ini secara langsung di depan mata.

Keesokkannya, jiran dari kampung sebelah datang memberitahu bahawa salah seorang penduduk kampung telah meninggal dunia akibat terjatuh dari pokok kelapa. Mangsa tersebut jatuh melorot dan mengakibatkan kecederaan parah alat sulit. Dengar khabar, ‘telur’ mangsa pecah kerana terhempas.

Dan kejadian berlaku ketika hujan panas yang turun tiba-tiba pada hari sebelumnya.

Yang misterinya, siapa yang basuh kaki kat telaga malam tu? Bapa terserempak dengan hantu galah dan nampak bebola api berlegar di udara disekeliling pondok.

Tetapi walau apapun, emak tetap tidak serik bermalam di sawah. Cuma sekarang, semenjak jalan kampung dah transformed jadi jalan tar, pondok tersebut hanya menjadi tempat menyimpan padi dan berehat semasa musim menuai sahaja. Nak ke sawah pun dah senang, naik motor atau kereta jer berulang alik.

Tapi bila malam, tetap mengundang suasana seram di sekitar kawasan tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-1-2017 03:05 PM | Show all posts
annehuda replied at 28-12-2016 03:39 PM
dulu aku penah baca psl orang semenanjung pegi sarawak, keje kt sana, main dgn anak gadis orang kt s ...

itu baru cerita busung...

pernah dengar tak kisah yang seorang askar semenanjung kalau x silap pi kacau anak tuai rumah..
dah disedut madunya, dia tinggalkan macam tu jer sebab dia sebenarnya dah berkahwin..
alih2 bangun tido, kemaluan tumbuh didahi...yang tu memang kisah benar..bukan rekaan semata-mata..

aku ni kekadang bila dengar orang bercerita, macam tak berapa nak percaya...
tp klu tak percaya, kekadang ada kejadian yang berlaku depan mata sipi-sipi dengan kisah yang orang cerita..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2017 03:06 PM | Show all posts
schloe_w replied at 29-12-2016 08:01 AM
ouhh, ktk iban kah?? sorry tnya sbb mok tau juak.. tp apapun crita ktk nang best sbb kisah ktk yg  ...

thanks sudi baca...auk..

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 09:52 AM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 3-1-2017 03:05 PM
itu baru cerita busung...

pernah dengar tak kisah yang seorang askar semenanjung kalau x silap  ...

aii benar kah? dasyat juak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2017 01:56 PM | Show all posts
Pontianak


Bila sebut jer Pontianak, memang Nampak macam cerita seram yang cliché.
Tapi aku nak share juga kisah Pontianak yang pernah berlaku kat tempat aku.
Salah satu kisah yang aku tak dapat lupakan sampai sekarang adalah kisah yang berlaku pada tahun 1990.

Ketika pelajar-pelajar junior (Tingkatan 1 & 2) sedang menikmati sarapan pada pukul 10 pagi, kami dikejutkan dengan berita kematian ibu kepada salah seorang pelajar yang sama-sama bersekolah dari Darjah 1 – 6 di sekolah yang sama. AKu namakan sebagai Ratna sahaja.

Dikhabarkan yang ibunya meninggal akibat bersalin tetapi nasib baik adiknya selamat. Dan inilah kisah yang aku nak kongsikan disini.

Masa tu jalan kampung masih lagi jalan batu besar kepala dan lopak air tanah kuning. Diselimuti dedaunan pepohon rendang dan tinggi di kiri kanan jalan. Semak samun dek lalang dan rerumput yang menjalar disepanjang jalan.

Kalau berjalan kaki dari rumah aku ke kampung nenek, ambik masa lebih sejam. Disepanjang jalan tu memang terdapat tumbuhan liar yang berbuah dan boleh dimakan seperti kandis dan buah tampoi, asam mawang, pingan, terap, cempedak dan bermacam-macam lagi.

Kalau lalu waktu pagi atau petang dan lewat senja, telinga biasanya disajikan dengan bunyi2 burung dan serangga hutan. Ada yang mendamaikan. Ada yang menyeronokkan. Dan tidak kurang kadang-kadang menyeramkan.

Kenderaan memang tersangat jarang lalu lalang di jalan tersebut sebab masa tu motor dan kereta masih kurang mampu untuk dimiliki oleh penduduk kampung. Berbanding sekarang, boleh dikatakan seluruh penduduk kmapung memiliki kenderaan masing2 sama ada kereta atau motosikal.

Masa tahun 1990 tersebut, cuma 1-2 penduduk sahaja yang mampu memliki kereta. Salah seorangnya adalah Cikgu Peter yang bekerja sebagai guru besar di sekolah berhampiran. Cikgu Peter ni sekampung dengan Ratna dan kampung tersebut terletak diseberang sungai batang Samarahan.

Kereta dan motosikal tidak dapat dibawa menyeberangi sungai kerana tiada jambatan dan terpaksa ditinggalkan di seberang sungai. Penduduk kampung pun mempunyai 2 pilihan sama ada menyeberangi sungai untuk melalui jalan darat bila hendak ke bandar atau ke pekan atau pun menaiki sampan sehingga ke jalan raya utama yang terdekat.

Pada malam tersebut, ibu Ratna yang sarat mengandung tiba-tiba telah bersalin dirumah. Malangnya, dia mengalami pendarahan yang teruk. Penduduk kampung meminta jasa baik Cikgu Peter untuk menghantar ibu Ratna ke hospital yang berhampiran. Dalam kegelapan malam, mereka terpaksa menyeberangi sungai untuk ke seberang. Zaman ni, buaya tak ganas dan banyak macam sekarang.

Sungai tu juga la yang nenjadi laluan budak-budak kampung tu untuk ke sekolah dan menjadi sumber air utama pelajar-pelajar di sekolah rendah aku tu. (refer pada kisah penampakan makhluk bertanduk)

Nak dijadikan cerita, sepanjang perjalanan Cikgu Peter yang ditemani bapa Ratna dan seorang penduduk kampung, dia perasan akan kewujudan bebola api berwarna kuning yang bergerak seiring dengan kelajuan kereta wira yang sedang dipandunya. Sehinggalah sampai ke hospital, bebola tersebut lesap begitu sahaja.

Sementara penduduk kampung yang berada disepanjang laluan dari kampung Ratna ke jalan utama memberitahu bahawa mereka mendengar bunyi mengilai da nada yang mengaku ternampak Pontianak duduk di atas bumbung kereta.

Malangnya, ibu Ratna disahkan meninggal semasa dalam perjalanan akibat kehilangan banyak darah.

Memandangkan dia meninggal akibat bersalin, maka urusan pengkebumian agak berbeza. Dikiri kanan celah ketiak diletakkan telur ayam yang dicucuk jarum. Kononnya supaya dia tidak bertukar menjadi pontianak.

Tetapi senja sehari sebelum pengkebumiannya esok pagi, kampung tersebut telah menjadi riuh rendah kerana penampakan pontianak yang terbang dan bertenggek di pokok kelapa yang berhampiran dengan rumah Ratna.

Selama seminggu selepas pengebumian ibu ratna, penduduk kampung kerap ternampak pontianak terbang dan bertenggek sambil mengilai di dahan pokok.

Dukun dan bomoh terpaksa dipanggil untuk menghalau Pontianak tersebut. Sementara bapa Ratna mengambil langkah berpindah ke tempat lain bersama anak2 dan bayi yang baru lahir tersebut. Tidak dapat dipastikan bilakah kali terakhir penampakan pontianak di kampung tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2017 03:10 PM | Show all posts
Edited by annabellaruz2 at 5-1-2017 04:20 PM

Ni pula cerita pendek yang baru jer terjadi masa aku tengah bercuti kat kampung hari tu,

Susunan rumah dikampung aku tu adalah sebaris jer. Jarak dari rumah ke rumah cuma lebih kurang 5 meter jer. Almaklum, bukan orang lain. Adik beradik sepupu sepapat jer dalamkampung tu.

Rumah disebelah kiri rumah aku tu adalah abang kepada bapa aku. Mereka suami isteri tinggal bersama sepupu yang telah berkahwin. Sepupu dan keluarganya mendiami bahagian belakang rumah tersebut sementara pakcik dan isterinya mendiami bahagian hadapan dan mereka berkongsi dapur. Beberapa tahun lepas, isteri sepupu telah meninggal dunia akibat kanser payudara.

Kebetulan pula bilik tidur sepupu tu bersebelahan dengan dapur kami. Selama seminggu sebelum kematiannya, keluarga aku terganggu dengan bau busuk yang menusuk gara-gara kanser yang semakin parah.

Semasa dia menghembuskan nafas yang terakhir, adik aku ada sekali didalam bilik semasa ahli gereja bersembahyang untuk dia. Payudara dan isi dibahagian dada memang dah luluh. Sebaik sahaja dia menghembuskan nafas yang terakhir, bau busuk serta merta menyelubungi bilik.

Mayat telah dimandikan dirumah, betul2 bersebelahan dengan bahagian dapur rumah aku. Semasa dimandikan, nanah2 dan daging reput terlerai menampakan tulang2 mayat. Bau memang tak payah cakap la...busuk sangat. Sehinggakan ada yang termuntah akibat bau busuk yang meloyakan.

Entah dimana silapnya pakcik dan sepupu telah berselisih faham dan akhirnya sepupu keluar dari rumah tersebut bersama 2 orang anaknya dan tinggal bersama adiknya. Sementara rumah tersebut didiami oleh pakcik dan makcik serta ditemani 2 orang cucu yang berusia 9 & 10 tahun.

Kebelakangan ini kerap kedengaran bunyi mengilai disekitar rumah tersebut.Baru-baru ini, belakang rumah tersebut, kebetulan seorang sepupu yang baru berkahwin telah mendirikan rumah hanya jarak dalam 10 meter dari bahagian dapur rumah pakcik tersebut.

Suatu hari, hampir pukul 6 pagi,  anak kecilnya yang berumur 3 tahun telah menangis dan ingin menaiki kereta dengan bapanya. MAka sepupu ni pun pergilah ke kereta untuk mengambil anaknya. Sebaik sahaja dia hendak masuk ke rumah, dia terpandang kelibat seseorang sedang duduk dihujung bilik.

"Eh, awalnya makcik ni pergi ke sawah'? - getus hatinya.

Sebelum menutup pintu, sekali lagi dia menoleh ke arah makcik. Perlahan-lahan makcik bangun dan masuk ke rumah dan menutup pintu.

Lebih kurang dalam pukul 9 pagi, sepupu datang ke rumah aku membeli gula. Untuk ke rumah aku dari rumah dia, kena melalui lorong di antara rumah aku dan pakcik yang sebenarnya adalah tempat memandikan mayat isteri sepupu tu.

Terus terang aku kata, aku rasa seram nak lalu kat situ terutama senja dan malam sebab kat situ gelap gelita. Biasanya selepas pukul 7 malam, memang tiada siapa yang akan berada di bahagian belakang rumah tersebut. Jadi aku yang penakut ni memang takkan lalu kat situ bila malam.

Sebaik ternampak makcik yang sedang duduk dikerusi malas di balkoni rumahnya, sepupu bertanya.

"Ai! Cepatnya makcik balik dari sawah?"

"Eh, mana ada aku pergi ke sawah" kata makcik.

"Aku nampak la makcik pagi tadi kat belakang tu duduk isap rokok"  kata sepupu.

"Mengarutlah kau ni...mana ada aku keluar rumah pagi ni. Ni baru la aku keluar ni hah" ujar makcik.

"Betul la...pukul 6 tadi aku nampak makcik kat dapur tu pakai baju yang biasa makcik pegi sawah. Baju panjang warna merah"  kata sepupu.

'Sumpah, aku baru bangun ni. Lepas mandi tadi, aku duduk kat sini. Tak pegi mana-mana" kata makcik.

Masa tu sepupu dah terkulat-kulat.... takkan aku nampak hantu kot..getus hatinya...
dan lagi, hantu tu serupa dengan makcik....huhuhuhuhu

Dan malam tu bila adik ipar aku datang ke rumah, di dapur, dia bercerita.

"kak, kak nak tau tak kenapa tingkap ni mak tutup dengan kain hitam?
Sebab lepas kakak sebelah tu meninggal, macam-macam bunyi datang dari dapur sebelah.
Bunyi mengilai. Bunyi berdesis. Kadang-kadang berdehem.

Hari tu mak bagitau, dia bermimpi. Rumah kita dengan rumah sepupu yang kat sebelah ni ada hantu asyik pusing keliling. Sepupu tu minta tolong dengan mak untuk halau hantu tu.

Mak baca jampi halau hantu. Hantu tu melolong-lolong bila mak lontar dengan lada hitam.
Bila mak terjaga, mak dengar bunyi kucing menderam macam bergaduh. Mak lontar lada hitam kat bunyi kucing tu. Kedengaran macam bunyi sesuatu melompat dan terus hilang. Sampai sekarang dah tak kedengaran apa-apa dari rumah sebelah ni."

Adehhh....cerita tu automatik dah tumbuhkan virus-virus seram dalam hati aku...huhuhuhu
Dah la aku ni pukul 3pagi dah bangun untuk buat nasi lemak.

Sepupu-sepupu aku kat kampung tu pantang kalau aku balik kmapung...memanjang order nasi lemak buat sarapan atau bekal pergi kerja.

Nak cuti senang lenang pun tak boleh...hehehe...

Tapi alhamdullillah juga sebab walau pun bercuti, boleh gak buat duit sikit2 dari hasil jualan nasi lemak tu. Sebungkus aku jual RM2 sebab portion nasi banyak disamping telur rebus separuh dan ikan masin bulu ayam. sehari aku dapat jual lebih 50 bungkus pun dah lumayan...











Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-1-2017 03:51 PM | Show all posts
Ni ada lagi kisah pendek.


Aku ada sorang pakcik yang suka cakap besar. Bila orang bercerita pasal terjumpa/ternampak hantu, dia pun mula la kata orang tu penakut la. Buat cerita la.

Hantu tak wujud la. Itu ini sana sini. Dia tak percaya sebab dia tak pernah jumpa hantu katanya.
Kalau dia jumpa hantu, dia nak buat sesuatu katanya. Sesuatu apa, kami tak tau.

Masa kisah hantu pontianak tengah hangat dikampung, dia selalu gelakkan orang dan kata orang tu reka cerita. Siap dia cakap, kalau dia jumpa pontianak tu, dia nak ajak beromen. kuang ajaq kan??

Satu hari masa malam Gawai, dia balik ke rumah hampir tengah malam. Jalan yang bakal dia lalui itu agak gelap. Dikiri kanan jalan tu ada beberapa kawasan tanah perkuburan. Dikala dia menghampiri satu simpang, dia ternampak susuk tubuh seseorang sedang duduk mencangkung.

Dia terfikir, sapa pulak yang duduk kat situ tengah-tengah malam ni. Semakin menghampiri..

"Oh, kau rupanya. Kenapa duduk kat sini? Nak pegi mana?" sapanya.

Orang tu masih tunduk dan diam sahaja. Tidak menjawab walau sepatah.

'Eh, jom la naik. Aku anta ko balik. Rumah kau agak jauh juga ni" katanya.

Orang tu pun naik ke atas motosikal dan dia terus menghala motosikal ke arah rumah orang tersebut.

Sebenarnya, rumah orang tu di kampung sebelah. Tetapi, disebabkan jalan yang sehala, maka dia dengan rela hati menumpangkan orang tersebut.

'Eh, ko ni tak padan degan kecik, berat jugak ye?' ujarnya berseloroh.

Orang yang menumpang tu masih diam sahaja.

Sebaik menghampiri rumah orang tersebut, dia melihat ada beberapa penduduk kampung sedang berkumpul di rumah tersebut. Dia mematikan enjin dan menyapa penduduk di situ.

"Uii...buat apa ramai-ramai ni?" tanyanya.

"Ni ha, si Anu meninggal accident. Kami tengah tunggu mayat dia la ni. Kejap lagi sampai la tu' jawab salah seorang penduduk di situ.

Hah! Si anu yang dikatakan meninggal tu la yang dia tumpangkan kejap tadi.
Masa tu baru dia perasan yang tiada sesiapa pun yang duduk atau turun dari belakang semasa dia mematikan enjin motosikal sebentar tadi.

Hampir seminggu dia demam. Dan setiap kali bila orang bercerita pasal hantu dan ada yang menafikan, dia akan ceritakan kisah dia. Padan muka dia.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2017 04:40 PM | Show all posts
Ni pula kisah perkuburan cina yang agak keras disalah satu lokasi tanah perkuburan cina di highway Pan Borneo.

Tak tau la kalau ada sesiapa yang pernah dengar pasal kisah ni.

Di tanah perkuburan tersebut terdapat serumpun buluh kuning yang tumbuh merimbun.

Semasa projek jalan raya sedang dijalankan, lakaran jalan tersebut sepatutnya melalui ditengah2 tanah perkuburan tersebut yang kebetulan ditempat pokok buluh tersebut.

Maka kerja-kerja pembersihan pun dimulakan. Pokok buluh tersebut gagal dibuang.
Jentolak dan jengkaut yang digunakan untuk menumbangkan pokok buluh tersebut kerap kali rosak. Kadang2 pemandu pulak yang sakit.

Akhirnya, atas nasihat bomoh, pokok buluh tersebut tidak perlu diusik tetapi tukarkan laluan jalan raya tersebut.

Kerap kali juga kemalangan berlaku di kawasan tersebut. Adakalanya membawa maut.

Pada satu hari Jumaat, bapa aku pergi ke rumah kawannya untuk berbincang pasal projek masuk hutan dan bermalam untuk memburu rusa dan kijang atau babi hutan.

Dalam pukul 6.30 petang, bapa pulang ke rumah menunggang motosikal. Jalan agak lengang kerana penduduk kebanyakkannya dah berada di rumah.

Menghampiri tanah perkuburan cina tersebut, tiba-tiba 2 buah bakul rotan yang besar, biasanya digunakan untuk meletak sayur kat pasar., jatuh tergolek di hadapan motosikal. Kelam kabut bapa cuba mengelak bakul tersebut.

Akibatnya, bapa terjatuh dari motosikal. Nasib baik bapa tidak menunggang dengan laju. Tapi, lengan kan kaki bapa habis luka tersagat di atas jalan tar.

Dan, nasib baik juga tidak ada kenderaan  besar lain yang berada di situ yang boleh menyebabkan akibat yang lagi teruk. Cuma beberapa motosikal yang kebetulan lalu disana.

Beberapa orang membantu bapa mengangkat motosikal dan membersihkan luka. Kebetulan salah seorangnya adalah MA hospital yang berhampiran.

Yang peliknya, tidak terdapat sebarang bakul pun di tengah jalan raya apabila bapa memberitahu orang-orang yang menolongnya. Bahu jalan tu lebar. Mustahil kalau betul ada bakul besar yang  tergolek di tengah jalan akan hilang begitu sahaja.

Sungguh misteri...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2017 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Wahh sekali masuk banyak cerita. Thank you tt nanti update cerita lain lagi

Happy new year!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2017 10:35 AM | Show all posts
doubleA replied at 6-1-2017 01:38 AM
Wahh sekali masuk banyak cerita. Thank you tt nanti update cerita lain lagi

Happy new year!

Happy New Year!

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 12:49 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 3-1-2017 03:05 PM
itu baru cerita busung...

pernah dengar tak kisah yang seorang askar semenanjung kalau x silap  ...

penah dengar citer nih..
spesis ni elok dipadankan muka
perangai macam puaka

yayy!! banyak cite tahun baru ni

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
tq tt...blik kg kumpul crta utk forummer lain
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2017 02:07 PM | Show all posts
Ni cerita makcik aku pulak seperti yang diceritakan oleh mak aku. (refer balik kisah burung ketupung).


Lepas pakcik aku meninggal, dia asyik menangis jer... tengah duduk sorang2 pun boleh menangis meraung tiba-tiba. Tak kira siang atau malam. Walhal semasa hayat pakcik aku tu, tak de la loving couple sangat.

Kerap gak bergaduh laki bini. Tapi lately sebelum meninggal masa pakcik tu tak sihat, memang la hubungan dorang baik jer. Makcik yang banyak mengalah dengan mendiang pakcik.

Makcik ni tinggal sorang2 kat rumah dia. Nasib baik la kiri kanan tu semua ipar duai.

Cuma kadang-kadang bila dia sedang bersendirian, kerap dia terdengar seperti suara pakcik berdehem.. tak tau la kalau itu cuma perasaan dia sahaja. Tapi kalau dah bayang menjelma serupa pakcik, itu aku tak tau nak cakap apa.

Pernah juga dia nampak seolah-olah seseorang sedang mengintai dari bilah tingkap nako, Bila diperhatikan, wajah tu, wajah mendiang pakcik.

Lama-kelamaan dia semakin takut tinggal bersendirian di dalam rumah tersebut.

Yang mak aku geram, tiap kali dia menangis, dia selalu sebut "Ambik la aku si anu..hidup pun tak berguna..sorang2 jer..ada anak pun jauh semuanya. ada yang dekat, bukan boleh harap"

Ayat tu la yang diulang-ulang...

Satu malam tu dia bermimpi...mendiang pakcik datang dalam mimpi...tapi dalam rupa yang menakutkan..semakin laju makcik berlari, semakin laju pakcik mengejar...akhirnya makcik jatuh tergolek..rupanya dia terjatuh dari katil..

Bila dia bercerita kepada emak aku, emak berkata ' itu tandanya mendiang tak suka dengar ko asyik mengarut minta mati..tu yang dia marah..ko ingat mati tu senang ker? Cuba ko tengok orang yang dah mati, boleh hidup balik ke? Kalau nak mati, biar la tuhan yang cabut nyawa. Bukan kita bunuh diri' tegur mak.

Seminggu selepas tu, makcik tinggal dengan anaknya yang kerja askar di semenanjung..kadang-kadang dia tinggal di rumah anak sulungnya yang berada di Perak. Harapnya dia boleh melupakan kesedihannya sedikit demi sedikit sebab sibuk melayan cucu-cucu.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2017 02:25 PM | Show all posts
jiwakacau06 replied at 6-1-2017 02:50 PM
tq tt...blik kg kumpul crta utk forummer lain

dulu masa mendiang nenek aku masih hidup, dia rajin bercerita tentang kisah-kisah misteri ni...
Citer-citer hantu ni memang nenek aku suka citer malam..
lagi seram sebab ditemani lampu pelita..kadang2 bayang2 kat dinding rumah pon boleh menakutkan bila lampu tu meliuk lintuk ditiup angin..
Masa tu jangan harap la nak bergerak..memang membatu jer sampai la nenek habis bercerita..
lepas tu padan muka nenek jadi mangsa kena temankan kita orang pegi kencing sebelum tidur...heheheh

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 03:57 PM | Show all posts
Memandangkan dia meninggal akibat bersalin, maka urusan pengkebumian agak berbeza. Dikiri kanan celah ketiak diletakkan telur ayam yang dicucuk jarum. Kononnya supaya dia tidak bertukar menjadi pontianak.
tu amalan orang kampung tu ke? First time dengar ni

memang gitu kepercayaan orang,  bila perempuan mati bersalin, akan dikaitkan dengan pontianak
kat semenanjung pun gitu..

tapi yang bola api tu..memang banyak kat sarawak kan?
kawan saya dulu pernah kerja kat sana sekejap..malam2 suka hisap rokok kat beranda rumah..
then nampak bola api..cepat2 dia masuk rumah..selimut lingkup



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2017 04:36 PM | Show all posts
Ipo replied at 6-1-2017 04:57 PM
tu amalan orang kampung tu ke? First time dengar ni

memang gitu kepercayaan orang,  bila perem ...

Aku pun tak tahu itu amalan kampung tu ke atau kepercayaan kaum. Aku masa tu form 1.
Itu yang aku dengar cerita daripada orang2 kampung.

Selepas tahun 1990 tu, aku tak pernah lagi dengar pasal orang mati bersalin kat situ.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-1-2017 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
LeomAryis replied at 8-1-2017 12:09 AM
Hey bro! Hi kawan2!!

30% UNLIMITED DEPOSIT BONUS hanya untuk anda!!!

Membongak jer keje ko nih!
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Welcome back tt!..byk cter skali update..aku suka..aku suka..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2017 09:43 AM | Show all posts
mrizumi replied at 8-1-2017 11:15 PM
Welcome back tt!..byk cter skali update..aku suka..aku suka..

thank you...

masih lagi recall memori utk citer2 lain..
byk yang pendek2 jer..kurang seram..


Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 12:34 PM | Show all posts
annehuda replied at 28-12-2016 02:39 PM
dulu aku penah baca psl orang semenanjung pegi sarawak, keje kt sana, main dgn anak gadis orang kt s ...

ITU, ko baca. aku lak, dengar citer kolik yang keje kat sabah/sarawak, dia pun kata yang sama.
jangan main2 dgn orang sana, nanti kena buatan, lupa diri/gila & tak balik semenanjung balik.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.608644 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list