CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: annabellaruz2

[BEST]Koleksi seram dan misteri Sarawak

  [Copy link]
 Author| Post time 10-1-2017 02:43 PM | Show all posts
Hana replied at 10-1-2017 01:34 PM
ITU, ko baca. aku lak, dengar citer kolik yang keje kat sabah/sarawak, dia pun kata yang sama.
ja ...

Klu x buat jahat, x de nyer pulak orang sana suka suki jer nak pedajalkan...
bak kata mak aku...

klu kita buat jahat, bila terkena balasan, sama la dengan orang yang 'enti kerja, bulih la gaji' - ni bahasa sindiran.
bukan bermaksud ko kerja, dapat gaji duit...heheh


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2017 10:26 AM | Show all posts
parking tunggu update hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2017 10:59 AM | Show all posts
macam aku pernah cakap di awal2 thread...

Nak percaya pun tidak, x percaya pun x boleh juga pasal dukun/bomoh ni semua..
kalau kat tempat aku ni, yang selalu jadi punca kematian akibat bomoh2/dukun2 ni biasanya  perbalahan/perebutan hak milik tanah..
meh nak share 1 cerita...

Tok Pawi ni ada sebidang tanah seluas lebih kurang 3 ekar.
Bersebelahan tanah Tok Pawi ni adalah tanah milik abang Tok Pawi tetapi telah diwariskan kepada Mary.

Tok Pawi ni bujang tua dan tidak pernah berkahwin. Tetapi Tok Pawi ni membela seorang budak yang telah kematian ibubapa, bernama Bujang.
Kiranya nanti kalau Tok Pawi ni meninggal, maka tanah Tok Pawi akan menjadi milik Bujang.

Setelah berkahwin dan bekerja, Bujang tidak tinggal bersama Tok Pawi. Tetapi Bujang tetap menjalankan tanggungjawab sebagai anak. Sekurang-kurangnya sebulan sekali Bujang dan keluarga akan balik ke kampung menjenguk Tok Pawi.

Pendek kata kehidupan dan kesihatan Tok Pawi tu terpeliharalah dibawah jagaan Bujang walau pun sekadar anak angkat.

Bak kata Bujang, apa yang Tok Pawi dah buat untuk dia, tak terbalas hingga ke akhir hayat. Tok Pawi membesar dan memberikan pelajaran yang secukupnya sehinggakan Bujang menjawat jawatan yang agak baik di dalam salah satu jabatan kerajaan.

Tetapi, dalam kebahagiaan Tok Pawi dan Bujang sebagai satu keluarga, ada juga yang cemburu. Siapa lagi kalau bukan Mary.

Mary sakit hati kerana Bujang berkahwin dengan orang lain sedangkan Mary sudah lama menaruh hati kepada Bujang.

Mary juga cemburu kerana Bujang berjawatan tinggi sedangkan suaminya hanya membuat kerja-kerja kampung.

Mary pernah cuba untuk mengenakan Bujang dengan meletakkan ‘sesuatu’ di dalam makanan yang bertujuan supaya Bujang tergila-gilakan dia.

Mujur Tok Pawi perasan dan berjaya untuk mengelakkan Bujang daripada ‘terkena’. Tok Pawi juga memberitahu Bujang agar sentiasa berhati-hati dengan Mary.

Pada suatu hari, Mary mendapat durian runtuh kerana tanah kepunyaan Mary telah dijual. Maka bermewah-mewahan la Si Mary ni dengan duit hasil jualan tanah tersebut.

Pendek kata, dapur di rumah tidak pernah berasap kerana asyik makan di kedai makan. Hampir setiap hari Mary akan keluar ke bandar untuk berbelanja.

Rupa-rupanya, Si Mary tu jualkan sekali tanah milik Tok Pawi tanpa pengetahuan Tok Pawi. Itupun Si Mary sendiri yang mengaku secara tidak sengaja semasa dia dalam keadaan mabuk.

Maka berlakulah kekecohan dan pertelagahan di antara Tok Pawi dan Mary.

Pada suatu hari, Tok Pawi jatuh sakit. Kerap batuk dan muntah darah. Apabila dibawa ke hospital, tiada sebarang penyakit yang dapat dikesan. Bujang mula mengesyaki yang Tok Pawi terkena buatan orang. Berkemungkinan santau.

Tok Pawi dibawa berubat. Bomoh/Dukun yang mengubat Tok Pawi bertanya jika ingin dipulangkan santau tersebut kepada yang menghantar.

Bujang enggan memulangkan santau tersebut kerana dia mengesyaki Mary yang punya angkara dan tidak mahu menmanjangkan sengketa. Dia bercadang untuk membawa Tok Pawi berpindah dari kampung tersebut dan tinggal di bandar bersamanya.

Tetapi diam-diam, Tok Pawi meminta bomoh/dukun tersebut memulangkan santau tersebut kepada yang menghantar kerana Tok Pawi ingin memastikan yang sangkaan dia benar.

Sah! Tidak lama kemudian Mary mula jatuh sakit sama seperti Tok Pawi. Dan yang pastinya, apabila sudah ‘dipulangkan’ kepada yang empunya, maka tiada ubat atau penawar yang boleh menyembuhkan santau tersebut.

Akhirnya Mary meninggal dunia setelah tidak sampai seminggu asyik muntah darah. Mayat Mary berbau busuk walaupun baru sehari meninggal. Maka, mayat lekas-lekas dimasukkan ke dalam keranda.

Ada yang memberitahu bahawa Mary telah bertukar rupa selepas dimasukkan ke dalam keranda. Mata terbeliak dan lidah terkeluar. Semasa pengkebumian Mary, lubang kubur yang dikorek tiba-tiba lecak dan berair. Tanah pula tidak cukup untuk menimbusi lubang kubur.

Sedangkan tanah disitu adalah tanah liat kuning. Si penggali kubur terpaksa mengorek dan mengambil tanah dari tempat lain untuk menimbusi lubang yang termendap. Akhirnya kubur Mary dibiarkan rata setelah usaha untuk membukitkan tanah tidak berjaya.

Sejak malam tersebut, penduduk kampung kerap diganggu dengan bunyi lolongan dan tangisan Mary yang mendayu-dayu. Oh, lupa nak bagitau.

Mary ni dah berkahwin beberapa kali tetapi tidak pernah beranak. Setelah kematian Mary, suami Mary telah berpindah dan berkahwin di tempat lain. Semasa zaman menjanda si Mary ni pun, banyak sangat kisah-kisah tidak manis yang kedengaran. Ada cerita mengatakan yang si Mary ni penah bergelar pelacur. Sebab tu kahwin cerai macam orang main pondok-pondok jer.  

Tok Pawi dan Bujang terus berpindah keluar dari kampung tersebut dan tidak pernah pulang. Nak balik pun, apa yang ada? Tanah pun dah terjual dek Mary.

Sebab tu lah aku cakap sukar untuk menidakkan kebenaran tentang bomoh/dukun power nih. Cumanya aku sendiri belum pernah terjumpa dengan bomoh/dukun power sebab tak pernah cuba mencari…heheheh

*sorrylah jika terdapat/terbuka aib yang berkaitan dalam kisah ni untuk panduan bersama...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2017 11:11 AM | Show all posts
haaa...sebut pasal nenek aku, teringat dia pernah cerita...


Kat tempat aku tu, kalau menorah getah, pukul 3 pagi dah bangun tau..
turun ke kebun untuk menoreh..

kenapa aku sebut kebun dan bukan ladang?
Sebab dorang tanam getah kat tanah masing-masing...
luas pun dalam 2-3 ekar jer sorang2..

Macam biasa...nenek pergi ke kebun dengan adik emakku yang no 5 yang ketika itu berumur 13 tahun. Emak ada 8 orang adik beradik.. emak anak yang sulung. Datukku pula meninggal semasa aku berumur 2 tahun. Aku ingat-ingat lupa akan rupa mendiang datuk. Cuma aku masih ingat yang aku nampak dia sakit terbaring diatas tilam sebelum dia meninggal.

Berbalik pada kisah nenek aku.

Setibanya di kebun, dia menyuruh makcik menoreh dibarisan pokok sebelah kiri sementara dia menoreh di barisan getah sebelah kanan.

Jangan tak percaya, orang dulu-dulu terlalu awal diajar untuk bekerja dan berdikari. Tak heranlah mereka berkahwin muda iaitu usia belasan tahun. Emak aku sendiri berkahwin dalam usia 15 tahun.

Ketika asyik menoreh bertemankan lampu pelita yang diikat didahi, selang 4-5 pokok, nenek perasan yang makcik menoreh lebih pantas daripada biasa. "Oi, apasal ko menoreh laju jer. Jangan pulak ko toreh sampai ke dalam. Nanti mati pokoknya" kata nenek.

Masa dulu mana mampu nak beli lampu picit. Kalau ada lampu picit dah kira berada. Jadi nenek cuma nampak samar-samar je. 'Mak cik' tidak menjawap malah terus menoreh.

Nenek terus menoreh sambil sesekali nenek menoleh ke arah 'mak cik'. Entah bila, 'mak cik' hilang dari penglihatan nenek. Ermm...dah siap menoreh la tu...balik ke pondok agaknya" kata nenek di dalam hati.

Selesai menoreh, nenek kembali ke pondok sementara menunggu masa untuk mengutip susu getah. Apabila melihat makcik tiada di pondok, nenek jangkakan yang makcik mungkin masih menoreh. Hairan, kalau ikutkan perkiraan nenek, semasa makcik menoreh tadi, sepatutnya pokok getah sudah habis ditoreh. Tapi kenapa makcik belum balik ke pondok?

Eh!?? baru nenek perasan..bukankah sepatutnya makcik akan menoreh terus ke hujung kebun sebelah kiri?? Dan secara logiknya akan semakin menjauh dari nenek…nenek jadi tak sedap hati…

Nenek pergi mencari makcik..nenek nampak makcik masih terbongkok-bongkok menoreh…nenek menolong makcik menghabiskan baki pokok yang belum ditoreh dan kembali ke pondok bersama-sama.
Sampai je kat pondok, mak cik dah siap membancuh kopi.

‘Eh, mak, mak pergi mana?” tanya mak cik.

‘dah lama ke kau balik ke pondok?’ tanya nenek pula.

‘Lama dah…air pun dah masak, siap dah bancuh kopi. Mak pergi mana pula?’ tanya mak cik lagi.

Demi untuk tidak menimbulka ketakutan pada diri makcik, nenek menjawab “Ala, tadi aku pergi buang air besar”

Sambil dalam hati….. sapa yang aku tolong menoreh tadi… sapa pula yang mula2 aku nampak tadi?

Update…. Sekarang tanah kebun tersebut telah diwakafkan oleh makcik kepada JKK dan dijadikan sebagai tanah perkuburan kerana semasa menoreh disitu pun, memang dah terdapat beberapa kubur yang terdiri daripada ahli keluarga kami seperti moyang dan mendiang datuk.

Dan disekeliling tanah tersebut adalah kebun durian milik orang luar bukan bumiputra yang telah membeli tanah-tanah penduduk kampung tersebut.

Sebenarnya tanah2 tersebut tersangatlah strategic kerana berhampiran lebuh raya Pan Borneo. Jadi harga tanah tersangatlah tinggi. Cuma semasa penduduk kampung menjual tanah tersebut lebih 10 tahun lepas, harga tanah tersangat murah..seekar cuma RM5k-10k sahaja. Sayang…..kerana duit, habis tanah tergadai..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2017 11:14 AM | Show all posts
Maaf la yer...masih lemau lagi nak refresh otak untuk kisah2 hantu..

sebab kebanyakkan nya dari cerita orang terdekat..hehehe

hari tu aku lup apula nak kutip citer antu dari pakcik aku yang keje lori..hahah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2017 12:23 PM | Show all posts
Masa cuti aritu aku jadi supir tanpa sengaja makcik aku.

Cucunya yang sulung patah kaki akibat kemalangan motosikal gara-gara cuba mengelak lembaga putih yang tiba-tiba je muncul di tengah jalan betul2 depan rumah makcik Lina yang aku pernah ceritakan dalam salah satu kisah yang terdahulu.

Sebaris dengan rumah makcik Lina dalam jarak 1km ada sebuah bukit kecil yang menempatkan tanah perkuburan bagi penduduk di situ. Jadi faham2 jer la...agak menakutkan juga bagi penduduk di situ. Kat simpang jalan tu kerap ada penampakan lembaga putih. Terutama bila bakal berlaku kematian.

Dengar khabarnya di daerah Serian, di satu perkampungan, terdapat seorang tukang urut patah yang agak terkenal. Maaf la ye, aku lupa apa nama kampung tu..

Alang-alang dah berada dekat daerah tersebut, makcik pun ajak la singgah kat rumah adik dia a.k.a pakcik aku la juga. Tapi aku tak berapa kenal dan rapat dengan keluarga pakcik ni.  Rumah pakcik ni banyak pokok buah terutamanya rambutan dan durian.

Sepanjang jalan menuju ke rumah pakcik, di kiri kanan, ramai yang mencari rezeki dengan menjual durian. Kalau sebut daerah Serian, memang terkenal dengan durian bukit yang sedap dan menjadi kegemaran orang-orang cina.

Lewat senja biasanya durian akan dijual murah. Masa ni lah jalan yang memang dah sedia sempit akan bertambah sesak dengan kereta-kereta yang parking di tepi-tepi jalan untuk urusan jual beli buah durian. Meriah sangat.

Kami tiba dirumah pakcik lebih kurang pukul 6 petang. Memang rezeki kami, hari tu banyak pula buah durian yang jatuh di sekeliling rumah pakcik. Pakcik pula tidak berkira. Disuruhnya kami bawa balik semua durian tersebut. Mak aku memang gembira tak terkata sebab bakal mendapat stok tempoyak yang banyak..hehehe

Hilux yang aku pandu tu, boleh tahan juga penuh dengan durian dan rambutan.

Pada awalnya pakcik mengajak kami bermalam di rumah dia. Tetapi memandangkan kami masing2 tidak membawa sebarang pakaian, maka kami menolak tawaran pakcik untuk bermalam.

Selepas makan malam kami mula bertolak untuk balik ke rumah. Keluar saja dari rumah pakcik ke jalan besar, suasana memang gelap gelita tanpa sebarang lampu jalan. Mujur malam tu bulan mengambang penuh. Taklah gelap sangat. Waktu tu dalam pukul 10 mlm.

Setibanya di satu kawasan yang dikenali sebagai Bukit Semuja, aku rasa meremang sedikit bulu roma bila dalam samar-samar ternampak bayangan di sebelah kiri jalan.

Haishhh....bayang2 rembulan la tuh...kata ku dalam hati. Si Boy yang duduk disebelah tidak bersuara. Dia asyik menikmati lagu dari handphone. Dah tentu2 lah dia sumbat telinga guna earphone!

Emak dan makcik kat belakang dah tertidur pulak. Sebaik menaiki bukit, perlahan-lahan hilux yang aku pandu tu menjadi berat yang teramat. Aku tukar ke gear rendah pun macam seksa sangat nak panjat bukit tu. Semput....enjin mengaum tapi macam payah benar nak bergerak..

Dah, sudahhh....bukan aku tak biasa lalu kat bukit tu...tapi ini 1st time aku memandu kat situ waktu malam.. Awal lagi pulak tu..baru pukul 10 mlm...

Aku beranikan diri..."Kalau nak tumpang, tumpang la sampai mana kau nak pergi. Tapi jangan ganggu kami. Kami nak balik ni. Esok nak kerja"...

Haa..itu petua yang aku pernah dapat dari pakcik aku yang kerja sebagai pemandu lori.

Emak dan makcik terpisat-pisat bangun bila dengar suara kuat aku..masing menggosok mata dan bertanya "Kau cakap dengan sapa?"

Aku mendiamkan diri sambil terus memandu. Semasa menuruni bukit, hilux tu masih terasa berat. Di kejauhan, melalui cermin pandang belakang aku melihat lampu kenderaan semakin menghampiri dan beralun-alun seolah-olah kapal dilambung ombak dan sesekali memberi isyarat lampu.

Bas atau lori aku kurang pasti sebab suasana yang teramat gelap.
Kalau dia nak memotong pun, memang tak boleh sebab kat situ jalannya memang selorong 2 hala sahaja. Nak memotong, memang susah.

Sehinggalah kami tiba di bulatan utama yang menghala ke Kuching / Tebakang. Kalau orang tempatan panggil Bulatan Durian sebab terdapat replica durian yang sangat besar di tengah-tengah bulatan tersebut.

Jalan menghala ke Kuching akan menjadi 2 lorong sehala. Dikiri kanan jalan terdapat lampu jalan yang berselang seli menerangi jalan. Masa tu baru aku  perasan. Owhh…tadi tu lori yang berada di belakang aku. Aku memandu dilaluan paling kiri untuk memberi laluan kepada lori berkenaan.

Semasa lori itu memotong, kelindan lori melambaikan tangan sambil memberi isyarat yang kurang aku fahami. Dia menunjukkan ibu jari ke belakangnya seolah-olah cuba memberitahu ada sesuatu di belakang kenderaan aku. Aku beranikan diri melihat melalui cermin pandang belakang.

Zuppppppppp!!!!! Aku melihat seolah-olah sesuatu sedang duduk di atas bumbung dan menjuntaikan kaki dibelakang. Jelas kelihatan kain putih yang tercalit tanah kuning berterbangan ditiup angin.

Masa tu spontan aku membaca apa yang terlintas dikepala walaupun tunggang langgang. Aku tepuk bahu si Boy perlahan dan menunjuk ke belakang. Yang geramnya, boleh pulak si Boy tu pandang aku sekejap lepas tu kusyuk balik layan henpon dia.

Aku pasang radio dan kuatkan speaker. Sampai terjaga emak dengan makcik aku yang kat belakang. Masa tu juga la aku sempat melihat makhluk tersebut terbang dan menghilang. Tatkala itu juga, kenderaan yang aku pandu terasa ringan dan laju seperti biasa. Kurang dari 10 minit kami sampai dirumah. Selesai menurunkan segala macam barang yang dibawa, barulah aku bercerita kepada emak dan makcik.

Kesudahannya, aku pula kena bebel dengan emak sebab tak kejutkan dorang. Haisshhh…

Nota kaki :
Bukit Semuja tu adalah salah satu kawasan keras yang kurang digemari oleh pengguna jalan raya kat situ. Tapi apakan daya, itulah satu-satunya laluan jalan raya utama yang menghubungkan seluruh Borneo dari Kuching – Miri dan seterusnya ke Sabah dan Brunei.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-1-2017 03:54 PM | Show all posts
babyleo68 replied at 26-11-2016 01:17 PM
Happy holidays TT, baru selesai merempit baca cerita TT kat sini... Best woo  nanti lepas balik ho ...

Yunk...meh la datang.. aku dah balik dari bercuti.

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 04:57 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 16-1-2017 12:23 PM
Masa cuti aritu aku jadi supir tanpa sengaja makcik aku.

Cucunya yang sulung patah kaki akibat k ...

wowww durian...fav sangat...
kat sana durian merah tu mahal tak harganya?
smenanjung sini takde..hehe tapi teringin juga nak rasa..
kalau dah memang jenis 'hantu durian'
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2017 05:08 PM | Show all posts
antara replied at 16-1-2017 05:57 PM
wowww durian...fav sangat...
kat sana durian merah tu mahal tak harganya?
smenanjung sini takde. ...

durian merah tu aku x berapa suka sbb ada sejenis bau yang aku x berkenan..
wangi dia lain macam..
yg paling sedap dan mahal adalah durian bukit...
klu nak murah, tgu la petang nak ke senja..
7 biji RM50..
Klu x, sebiji pun berbelas ringgit harga nya..yang mana bagi orang kat sana tersangatlah mahal..
bagi yang ada tanam sendiri, mmg best la..makan x kira masa.


Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 05:11 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 16-1-2017 05:08 PM
durian merah tu aku x berapa suka sbb ada sejenis bau yang aku x berkenan..
wangi dia lain macam. ...

kan...dulu kalau ada lelaki nak kat aku..aku tanya
"ada kebun durian tak? kalau takde..aku taknak.." hahhaahha berlagak betul
hujung2 laki aku takde kebun durian juga hahahha
membeli kekdahnya...
tapi pergi indon haritu..durian besar giler... tapi harga dalam rm10 sebiji
which is..mahal la juga kan...
cuma nak merasa tempat orang punya hasil..makan juga
bole tahan sedap..sebab dia durian hutan ea..ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 16-1-2017 03:54 PM
Yunk...meh la datang.. aku dah balik dari bercuti.

Hello larling, dah balik akhir nye, lame bercuti   welcome back chuolls... Thank you jemput meolls.. sila bercerita lagi... Jap I nak scroll balik kot terlepas cerita baru...  
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 08:18 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 16-1-2017 12:23 PM
Masa cuti aritu aku jadi supir tanpa sengaja makcik aku.

Cucunya yang sulung patah kaki akibat k ...

cik pon menumpang la tu
memang kereta akan jadi berat...agaknya gemok sgt cik ponti tu
tak pernah rasa durian bukit..
durian hutan dah pernah rasa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2017 09:08 AM | Show all posts
antara replied at 16-1-2017 06:11 PM
kan...dulu kalau ada lelaki nak kat aku..aku tanya
"ada kebun durian tak? kalau takde..aku taknak ...

durian hutan dengan bukit tu lebih kurang sama kot..
kami sebut durian bukit sebab nak mengutip buah kena panjat bukit sebab pokoknya tumbuh di tanah tinggi..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2017 09:10 AM | Show all posts
Ipo replied at 16-1-2017 09:18 PM
cik pon menumpang la tu
memang kereta akan jadi berat...agaknya gemok sgt cik ponti tu
ta ...

memang terasa berat..macam bawa lori batu..huhuh

yg durian bukit tu pun bukan senang nak dapat..
kat area kami tu, nak cari durian bukit klu nak senang, cari kat area serian..
kat situ orang bidayuh banyak pokok durian.
dorg pon rajin panjat bukit pegi kutip buah durian.

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 09:24 AM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 17-1-2017 09:08 AM
durian hutan dengan bukit tu lebih kurang sama kot..
kami sebut durian bukit sebab nak mengutip b ...

haaa yelah tu...betul lah...
diorang masuk hutan pegi kutip...
ehhh tercerita bab durian pulak hehehhe...
kipidap
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah habis katham dah, nak lagi cited
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2017 11:41 AM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 16-1-2017 05:08 PM
durian merah tu aku x berapa suka sbb ada sejenis bau yang aku x berkenan..
wangi dia lain macam. ...

Musim durian kat sana bulan brapa eh.. Kat area kuching ka? Tetiba teringin plak nk mkn..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2017 11:00 AM | Show all posts
lil_sparky replied at 22-1-2017 12:41 PM
Musim durian kat sana bulan brapa eh.. Kat area kuching ka? Tetiba teringin plak nk mkn..hehe

dalam bulan december..

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2017 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Cekgu pernah posting ngajar kt sarawak 2 thun.. cekgu dduk di bintangor kejap pastu pindah ke sarikei ..skola di daerah meradong..skola 100% murid iban..
Mmg org iban byk pantang larang tp org iban baik dan pemurah asyik dpt beras,jagung,lada,ubi.
Ada skali ujan panas time balik sekolah.cekgu ke sekolah naik moto je jln pon ok bertar walaupon berbukit. Cekgu baru je stat moto ttba dtg 3/4 org budak tak bg cekgu balik. Dierng ckp tak elok keluar masa ujan panas.nnti naseb tak baik. Bebudak pon kuat pegangan depa.
Skola cekgu pon ada asrama budak 100% dduk asrama walaupon rumah pjg dekat je dgn skolah.alhamdulillah selama dok sekolah tu takde la kejadian seram cuma byk belajar budaya dierng. Dgn bahasa iban.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2017 12:03 PM | Show all posts
Cekgushilla replied at 26-1-2017 12:59 PM
Cekgu pernah posting ngajar kt sarawak 2 thun.. cekgu dduk di bintangor kejap pastu pindah ke sarike ...

ye betul @Cekgushilla ... orang iban amat menitik beratkan budi bahasa dan silaturahim..
serta pemurah dengan orang2 yg disukai..
klu musim menuai mmg beras lah yang menjadi buah tangan paling popular.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.195210 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list